Mahathir dan DAP dilaporkan tentang mencapai satu persefahaman andaikata pembangkang menang besar dalam PRU ke 14, kerusi Perdana Menteri akan disandang oleh Mukhriz Mahathir manakala kerusi Timbalan Perdana Menteri akan disandang oleh Lim Kit Siang. Ia susulan dari kenyataan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mendedahkan perancangan sulit pembangkang.
Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau menerima info sulit itu dari orang dalam di kalangan pembangkang juga namun terpaksa merahsiakan sumber berikutan atas alasan menjaga identiti informer.
Tunku Abdul Aziz turut mencabar agar DAP menyamannya bagi menafikan dakwaan tersebut. Berikutan dari penyebaran maklumat itu, Mahathir tampil menafikan dakwaan bahawanya DAP pernah meminta jawatan Perdana Menteri namun terdapat satu rakaman video yang tersebar di laman sosial yang mendedahkan kenyataan Mahathir bahawanya DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kesahihan video tersebut masih tidak dapat dipastikan.
Disebabkan isu meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh DAP diperbesar-besarkan, maka netizens pro pembangkang mendedahkan pula bahawanya MCA suatu ketika dahulu pernah meminta jawatan yang sama.
Kenapa UMNO tidak marah bila MCA turut minta jawatan yang serupa, bidas netizens.
Ya, MCA pernah minta jawatan yang sama pada tahun 2009. Ia dilaporkan menerusi media rasmi kerajaan iaitu Jabatan Penerangan Malaysia.
Namun selepas ianya kecoh, Najib menafikan dakwaan. Katanya MCA tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tidak pernah!
"MCA tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri" - Najib.
Bagaimanapun netizens tidak berdiam diri dan masih terus mengasak. Bukti berita yang diperolehi dari laman web Jabatan Penerangan juga turut ditampilkan. Malahan ada di antara netizens menyebarkan link berkenaan di ruangan komen FB rasmi milik Najib Razak.
Dan akhirnya seperti dijangka, berita tersebut dighaibkan - Kenapa, soal netizens, kenapa?
Tinjauan kami di web tersebut juga mendapati perkara yang serupa.
Berita tersebut - hilang, ghaib, tidak ditemui.
Apa agaknya yang ingin disorokkan oleh kerajaan, parti Barisan Nasional, Najib dan Salleh Keruak selepas semuanya telah didedahkan dan diketahui oleh rakyat jelata? Kami juga tidak tahu jawapannya.