Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Februari 2014

Gambar2 Gelandangan DI KL - Takde Rumah Tapi Saya Ada Kerja Okay !!!

Bukan malas.

Bukan duduk saja minta sedekah kat corner2 jalan di sekitar KL. Tapi dorang neh ada kerja. Tapi kalau ada kerja kenapa takde rumah? Kenapa?

Sebab sewa rumah mahal nak mampos. Usah kata nak simpan duit untuk bayar sewa rumah, nak simpan duit untuk deposit pun tak lepas der.

Gambar2 berikutnya di ambil oleh salah seorang rakan facebooker, Ayah Halim. Dan, Ayah Halim sempat juga bertanyakan beberapa soalan bagi mencari jawapan kenapa mereka2 neh tidur di tepi2 jalan. Kalau korang nak tahu antara gelandangan2 yang ditemui oleh Ayah Halim ialah ;

1. Pasangan suami isteri - kaum melayu, agama Islam.

2. Pasangan suami isteri yang ada anak kecil - kaum india.

Well, aku highlightkan bab kaum neh bukan nak diskriminasi ke apa ke. Jangan salah faham k. Just nak buat perincian cerita aje.

Lihat gambar ;

 



Gambar lain2 rujuk sini.

Boleh baca idea2 dari rakan2 kita disitu.
 
Situasi.

1. Ada yang tak mampu bayar sewa rumah.

2. Ada yang tak mampu nak menyewa sebab rumah mahal sangat. Tak setimpal dengan pendapatan yang mereka mampu raih.

3. Bukan semua gelandangan ini tidak bekerja.

Macam mana nak bantu dorang? Sediakan rumah sewa dan suruh mereka bayar sewa tiap2 bulan? Kalau dah tak mampu bayar sewa, sekali lagi pergi ke jalanan dan merempat?

Pasangan suami isteri yang ditemubual ada memberitahu bahawa mereka ;

1. Ada pekerjaan tetap

2. Cuma takde rumah disebabkan tak mampu bayar sewa

3. Tidur di sekitar2 KL. Berjalan setakat mana yang mampu

Ya Tuhan. Benda neh berlaku di KL. Bandaraya tau. Negara Islam tahu. Apa peranan baitumal kat sini? Dah, tak boleh tegur baitumal pusat zakat neh. Lantak la korang disitu.

Daripada geng2 UMNO dan NGO Islam kumpul duit nak tampar Teresa Kok baik korang bina satu pusat, di tengah2 KL juga sebab ia berdekatan dengan tempat dorang cari makan, untuk dorang tidur sekurang2nya. Tak boleh ke? Just untuk tidur aje. Tak kesian ke tengok orang2 tua, tidur kat escalator tue? Tak kesian ke tengok budak2 kecik tidur tepi jalan? Mari la kita jadi lebih berperikemanusiaan, lebih bersimpati dan lebih berkasih sayang antara satu sama lain. Walaupun duit itu best sangat, tetapi apa erti duit tue kalau ia menghilangkan ahti nurani kita? Perasaan simpati kita? Perasan saling bertolenrasi dan perasan peduli kita?

Geng2 dapur jalanan ada bagi dorang makan2. Rujuk sini.

Geng2 thenasilemak pun ada. Rujuk sini.

Bantuan makanan tetapi bukan sekadar makanan aje yang mereka perlukan. Tempat tinggal, tempat solat, baju bersih, tempat mandi, tempat berehat, tempat melepaskan lelah ketika penat bekerja dan sakit.

Anjung singgah? Apa peranan anjung singgah? Itu yang kita kena amek peduli. Setakat pongpang2 cakap ada anjung singgah buat apa. Entah2 dorang neh pun tatau apa kewujudan anjung singgah bagai. Orang2 anjung singgah la kena turun padang dan mendekati gelandangan2 neh. Cuba la, untuk sesekali, daripada sibuk bermain politik sana sini, tangkap gambar kat pasaraya ke, tangkap gambar beli biskut ka, tangkap gambar selfie ke, tangkap gambar berpayung ke apa ke, cuba la jadi pemimpin yang prihatin sikit. Keluar rumah jam 3 pagi tangkap gambar keadaan rakyat2 yang takde rumah. Nak sangat aku tahu. Kalau la pemimpin keluar rumah jam 3 pagi tangkap gambar rakyat yang homeless, apa perasaan mereka sendiri? Adakah mereka akan rasa sebak sepertimana yang aku rasakan ketika ini?

Lue fikirlah sendiri.

Kedah Nafi Biayai MaharajaLawak Mega RM1.2juta Sebaliknya Cuma RM200,000 Sahaja..

Owhh

Bukan la sebanyak rm1.2 juta rupanya. Cuma sekadar rm200k aje. Tapi kan, taja still taja, betul tak? Dan bila taja, still guna duit kerajaan negeri, betul tak? Walaupun pihak penaja minta rm1.2juta tak dapat tapi dorang tetap dapat rm200k betul tak? Dan kat sini rm200k dah digunakan untuk menaja satu program yang tak memberikan manfaat kepada rakyat2 di Kedah betul tak? Haizh. Patutlah pemimpin2 kita suka sangat tengok maharajalawak mega. Rupa-rupanya.. ada tajaan..

KAH KAH KAH

Baca ;


Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din mengesahkan penganjur program Maharaja Lawak Mega suku akhir yang diadakan di Dewan Wawasan Jitra, 24 Januari lalu, membuat permohonan tajaan sebanyak RM1.2 juta.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat menerusi exco penerangan, namun tidak mendapat kelulusan kerana jumlahnya yang tinggi.

“Permohonan itu tidak diluluskan, ada cadangan supaya mereka mohon penaja lain antaranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Menurutnya, beliau tidak pasti sama ada penganjur ada membuat rayuan terhadap permohonan itu menerusi exco berkaitan.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah menafikan kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya hanya menggunakan RM200,000, seperti yang diluluskan.

“Memang benar kos keseluruhan mencecah RM1.2 juta tetapi yang diluluskan hanya RM200,000. Bagi menampung kos lain seperti penginapan dan pengangkutan, kita dapatkan tajaan dan tidak keluarkan belanja,” katanya.

Menurutnya, peruntukan RM200,000 itu digunakan untuk menganjurkan program sampingan sempena acara Maharaja Lawak Mega iaitu Fiesta Penerangan Kedah Makmur dan Karnival di luar Dewan Wawasan, dimeriahkan dengan gerai jualan dan pameran agensi kerajaan.

Mengulas permohonan bajet awal yang dikatakan terlalu tinggi (RM1.2 juta), Mohd Tajuddin berkata, kos itu dicadangkan penganjur program dan selaku Exco berkaitan, beliau memanjangkan permohonan itu kepada kerajaan negeri sebagai kos tajaan.

“Mereka cadangkan kita taja RM1.2 juta dan apabila dibentangkan, hanya RM200,000 diluluskan. Dakwaan kita belanja RM1.2 juta itu tidak benar, itu hanya permohonan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menggunakan kebijaksanaan untuk menggunakan peruntukan yang diluluskan tanpa memohon peruntukan tambahan selepas program berakhir.

“Saya anggap dakwaan kononnya kita belanja RM1.2 juta itu adalah fitnah untuk menjejaskan nama baik saya.

“Saya hanya guna peruntukan diluluskan. Saya juga tidak membuat tuntutan bayaran melebihi peruntukan yang dibenarkan. Hanya guna RM200,000,” katanya.

Menurutnya, penganjuran program itu diletak bawah tanggungjawab jawatankuasa penerangan kerana ia turut diisi dengan program penerangan.

“Kita jalin kerjasama untuk program itu bukan semata-mata untuk berhibur tetapi ada agenda serampang dua mata iaitu mempromosi Kedah secara langsung.

“Saya guna kesempatan populariti Raja Lawak untuk promosi Kedah kerana artis diminta mempromosi tempat pelancongan seperti Ladang Anggur Tasik Beris dan Ulu Legong ketika siaran itu sedang ke udara secara langsung,” katanya.

Mohd Tajuddin menganggap langkah itu adalah suatu penjimatan dalam mempromosi negeri kerana untuk mendapatkan siaran televisyen adalah terlalu tinggi perbelanjaannya.

“Rakyat Kedah patut bersyukur kerana banyak negeri melobi untuk dapatkan program itu mewakili wilayah utara. Saya andaikan ia win-win situation kerana penganjur diberi garis panduan tertentu dan mereka patuhi termasuk pakaian dan etika persembahan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan ini lebih khusus kepada memenuhi kehendak orang muda, di mana pihaknya membuat kajian sebelum berhasrat menjalin kerjasama itu.

“Maklum balas daripada generasi Y sangat positif. Kita buat tinjauan melalui twitter untuk bawa Raja Lawak ke Kedah dan semua sokong. Saya harap pihak luar jangan cuba eksploitasi isu ini atau berfikiran negatif,” katanya.

Mohd Tajuddin turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya pada peringkat pada awal pihaknya berhasrat menjual tiket persembahan bagi menyaksikan program suku akhir itu.

“Awalnya ada cadangan untuk jual tiket, namun saya tegaskan supaya tidak teruskan kerana mahu rakyat Kedah berhibur secara percuma,” katanya.

Beliau berkata, kesinambungan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan artis Raja Lawak akan diteruskan pada masa akan datang.

“Kita sedang rancang adakan program amal bersama artis Raja Lawak untuk membantu golongan kurang upaya menerusi program kebajikan yang dilakukan.

"Namun ia masih dalam perbincangan awal,” katanya.


Ceh.

Nak buat program amal? Takpayah guna program MJ LAWAK MEGA pun boleh beb. Punyalah banyak NGO2 dan orang2 persendirian buat kerja2 amal tanpa menggunakan populariti program2 tertentu, boleh aje, kenapa?

Ini alasan2 nak menghalalkan cara dorang la neh.

Sapa la bangang2 akan tertipu dengan alasan korang neh hah?

KAH KAH KAH 

Seruan Jihad Di Kajang - Err Demo Semalam Ada Kaitan Dengan UMNO Kah?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS LA PUAK2 UMNO neh. Buat lawak bangang tak sudah. 

Btw, UMNO tak payah nak nafikan la yang mereka tiada kaitan dengan tindakan2 NGO yang ;

1. Sembelih ayam

2. Lumurkan darah ayam atas poster pimpinan

3. Pijak2 + marah2 dan merepek2 depan wartawan

4. And then edarkan poster tampar Teresa Kok

Pasal apa kita kata jangan nafi? Pasal kita tahu NGO2 tue sekurang2nya memang pro UMNO dan sokong UMNO.

Lihat gambar ayahanda2 dan geng2 NGO yang berdemo semalam ;

 

Beberapa jam sebelum demo meeting dengan Noh Omar dulu. Meeting pasai apa? Pasai demo ka?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Bukan salah pun korang nak berdemo. Ini negara demokrasi. Korang berhak berdemo dan berhak menyatakan ketidakpuasan ahti terhadap video raya Teresa Kok. Takde sapa2 paksa korang bersetuju pun. Aku raikan perbezaan. Bahkan ramai sebenarnya yang raikan perbezaan di negara neh. Kepelbagaian pendapat itu wujud disebabkan kita majmuk ma. Apa yang peliknya disitu.

Tapi dalam pada nak berdemo tue buat perangai elok sikit. Buat la flashmob yang cerdik. Matang orang kata. Di mana bila korang buat demo, orang akan ulas bab tujuan kenapa korang berdemo. Bukan nya cara korang berdemo.

Ko sembelih ayam atas tujuan nak serap kebencian. Baik ko sembelih ayam tue elok2. Bakar dan makan. Kenyang pun dapat. Pahala pun dapat sebab jamu orang. Jangan dok kutuk2 wakil rakyat PKR bazirkan kangkung dan blablabla.. (macam la kita semua nampak dorang buat apa dengan kangkung2 tue kan, jangan2 lepas tue dorang masak dan makan, mana kita tahu) sedangkan cara korang lebih teruk dari mereka2 yang korang kutuk2kan dan benci2 kan tue. Ko sembelih ayam atas tujuan nak serap kebencian dan mengalakkan permusuhan, boleh makan ka ayam tue? Halal tak? Ke ko bagi masak dan jamu orang2 non muslim makan? Almaklumla, ayam bukan macam kangkung. Kangkung masuk dalam patung Najib still halal di makan lagi. Kalau ayam sembelih atas tujuan lain selain dari Allah, halal ke di makan? Ce citer.

Kita dok kutuk2 orang memang no 1. Pakar sembang kencang. Ingatkan bila kita kutuk2 orang, kita takan buat apa yang kita kutuk2kan tue. Rupany2 perangai kita lebih teruk dari mereka2 yang kita kutuk2kan tue. 

Yang lebih teruk. Jaja nama Islam la pula.

Sejak bila ISLAM ajar buat2 mengarut dan merepek neh hah?

Ko boleh aje berdemo macam neh ;

1. Buat flashmob.

2. Tulis cantik2, sopan2 dan penuh fakta.

3. Kemudian bercakap depan media dengan menggunakan fakta2 yang terbukti sahih, bukan auta ataupun tuduhan sebarangan.

4. Then suarakan perbezaan pendapat dengan matang.

Kenapa mesti sembelih ayam, lumur darah, letak kat poster, jaja poster tampar Teresa Kok dan heret nama Islam lepas tue dok fitnah2 PR dan kaitkan mereka dengan isu cikgu sekolah yang dipaksa buka tudung la, insiden makan rumput la dan kalimah Allah? Apa kaitan PR disitu sedangkan insiden guru tue babitkan mereka yang pro MCA? Insiden makan rumput tue pula takde kaitan dengan politik dan isu kalimah Allah  ialah kegagalan BN dalam melakukan penerangan yang munasabah dan juga kegagalan mereka dalam melaksanakan undang2 yang adil?

BTW, kita ikut ceruk mana sekalipun, tindakan lumurkan darah ayam tue memang tindakan yang tak bertamadun. Bahkan memalukan la der. Memalukan. Dah la heret nama Islam nak halalkan perbuatan terkutuk itu. Tak terasa ke bangang ke bilamana korang memperlekehkan maruah Umat Islam namun dalam masa yang sama beria2 pongpang2 cakap pasal perjuangan Islam?

Terencat akal ke apa korang neh semua?

BTW, upah menampar Teresa Kok pun dah dinaikkan sehingga RM1,200. Hasil sumbangan orang ramai. Banyak duit korang nampak? Jam 2 petang lebih ke atas aku akan kongsikan gambar2 gelandangan di KL. Ada duit BANYAK SANGAT KAN? DARIPADA KORANG COLLECT DUIT RAMAI2 UNTUK TAMPAR ANAK ORANG BAIK KORANG BANTU AKU UNTUK BANTU GELANDANGAN YANG TAKDE RUMAH NEH PUN BAGUS JUGA. JANGAN LUPA JAM 2 PETANG LEBIH SIKIT BACA BLOG INI KALAU BETUL KORANG TUE NAK TOLONG ORANG ISLAM DAN MELAYU LA SANGAT.

Dan minta tolong la. Pergi serang orang sebarangan atas nama politik dan perbezaan pendapat bukan JIHAD namanya. Tapi bangang. Ya, bangang. Macam contoh kat bawah 
neh ;


JIHAD KEPALA HOTAK KORANG BERJAMBUL. NAK BERJIHAD SANGAT? Tue Palestine dan Syria tengah lambai2 tangan panggil tue. Bila nak p sana oi? Kata nak jihad sangat?

BODOH NAK MAMPOS PUNYA ORANG.

KAH KAH KAH

Khamis, 6 Februari 2014

Gambar2 NGO ISLAM Lumur Darah Ayam Atas Poster Pimpinan PR.


Motif perhimpunan dorang. NGO2 yang gelarkan diri mereka Islam la sangat. 

Mereka kata ;

1. Cina2 dan India2 yang tak fasih bahasa melayu patut diberamboskan dari negara neh.

2. Ini termasukla juga mereka2 yang tak respect sultan bagai. Semua cina2 dan india2 yang tak respect sultan patut dinyahkan dari negara neh.

3. Then mereka meminta pemimpin2 PR agar hormati melayu dan kedaulatan Islam kat negara neh.

4. Mereka juga mahu mengingatkan PR mengenai peristiwa 13 Mei.

5. Jangan main2 dengan orang melayu.

6. Jangan cuba cetuskan kekacauan kat negara neh.

Sambil2 menyebut dan mengungkit mengenai peristiwa 13 Mei, mereka juga tak segan silu sembelih2 ayam then lumurkan darah2 ayam kat poster2 pemimpin PR.

Apa kejadahnya korang buat kerja tue?

1. Sembelih ayam

2. Melumurkan darah ayam atas poster

3. Then remind PR mengenai peristiwa 13 Mei

4. Meminta pembangkang faham2 sudah la

Adakah ini ugutan secara terbuka? Ugut? Ugut orang then labelkan diri sendiri selaras dengan perjuangan Islam?

SERIOUS KORANG FIKIR MACAM TUE???

Lihat gambar2 berkaitan dulu ;









Yang tak boleh blah tue. Tah sapa2 la yang korang upah untuk buat drama swasta kat bawah neh. Nak tunjukkan perhimpunan neh disokong oleh orang cina le tue..

Baca sat ;
Mencuri perhatian di antara peserta himpunan NGO pro-Melayu itu adalah seorang lelaki Tionghua dikenali sebagai Sunny Goh.

Memegang jawatan sebagai pengerusi perhubungan hal ehwal masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Goh menggesa pemimpin DAP agar berhenti "membuat kecoh".

"Saya bernama Mr Goh, saya mewakili rakyat Malaysia, rakyat Cina tak kira bangsa, saya minta pemimpin pembangkang jangan buat kecoh.

"Di negara-negara lain tak aman, di Malaysia sahaja aman.


"Saya mewakili Cina Malaysia dan seluruh masyarakat Malaysia berharap agar parti politik Cina tolonglah jangan cetuskan kekecohan yang tak perlu," katanya

Malaysia saja aman? Negara lain tak aman meh? SG tak aman? Brunei tak aman? Korea tak aman? China tak aman? Britain tak aman?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS la dorang neh. Makin lama makin lawak. Tapi lawak2 dorang makin lama makin seram pun ada. Siap2 sembelih ayam apa bagai lagi. Ini tak boleh dipandang ringan beb. Mula2 sembelih ayam. Tanda geram dan panas ahti. Lama2 dia sembelih orang. Nak tunjukkan kemarahan. Mohon polis bertindak la secara adil. Dan sekali lagi. Aku ucapkan tahniah kepada NGO2 Islam la sangat. Bagus sungguh tindakan korang menjaja imej Islam dengan menunjukkan perangai buruk. Tak sempat non muslim nak kutuk Islam, korang sendiri kutuk dulu. Lue fikirlah sendiri oi.

Kredit gambar : Malaysiakini.

Nak RM500? Sila Tampar Teresa Kok Kata NGO Islam.

 Kah kah kah
 kah kah kah kah
 kah kah kah kah kah

Ko ingat senang nak tampar anak orang? Dah la bagi ganjaran sikit nak mampos. RM500 nak cover turun naik mahkamah or balai pun tak lepas weh kalau2 si Teresa Kok filekan saman kita melakukan keganasan dan kekerasan ke atas batang tubuh dia.

Alahai. NGO Islam la sangka. Islam apa ajar2 orang lakukan keganasan dan kekerasan? Islam kepala bapak hotak ko ke apa? Padan la ramai non muslim anti dan menyampah dengan umat Islam. Tengokla attitude masing2 macam mana. Sikit2 nak serang. Sikit2 nak ugut. Sikit2 nak penampo orang. Cakap bodoh kang marah. Tapi memang bodoh nak mampos pun.

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Dan errr tahniah sebab tambah burukkan imej Islam di mata dunia ek. Kerja yang begitu bagus sekali untuk menjatuhkan maruah Islam oleh umat Islam sendiri. Well done so called NGO ISLAM la sangat.

Lihat ;


Dan err aku tak semestinya bersetuju dengan stail Teresa Kok yang menggunakan sambutan perayaan untuk mencipta kontroversi dan permusuhan. Aku lebih suka kita gunakan pendekatan yang harmoni dan less kontroversi. Sikit2 nak gaduh sikit2 nak gaduh sampaikan bab perayaan pun nak gaduh letih juga. Tapi sebangang2 tindakan Teresa bangang lagi kot orang yang tawarkan wang untuk tampar Teresa. Yang lebih bangang lagi dok heret nama Islam atas nama nak halalkan perjuangan. Cerdik sangat. Macam mana la Islam tak kena kutuk je.

Lue fikirlah sendiri ek.

Misteri Jawatan Menteri Besar Selangor - Rupanya Ramai YG Tidak Suka Kata Ambiga.

Anwar kata bekas adun Kajang CC Lee yang melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di Kajang tidak menerima sebarangan elaun.

Dulu ko ada gaji. Sekarang tiba2 ko takde gaji. Takde elaun. Takde apa pun. Sanggup ke ko melepaskan jawatan tersebut? Lue fikirlah sendiri.

HAHA.

And Rafizi kata konflik antara Azmin vs Khalid boleh diselesaikan melalui proses pemilihan parti. Tak perlu susah payah buat PRK apa bagai. True. Kat sini PKR dah pun mengakui secara jelas, there is conflict between Azmin dan Khalid. Yang mana sebelum neh mereka beria2 cuba menafikan ia. Jadi kita dah boleh anggap bahawa konflik antara Azmin dan Khalid bukan sekadar cakap2 politik aje oke. Ia terbukti benar lagi betul dengan pengakuan secara terbuka oleh Rafizi tadinya tue.

Rujuk sini dan sini.



Forum yang cukup menarik. Yang berlangsung pada semalam. Aku harap dapat tengok di youtube kalau ada versi rakaman. Ini versi pembacaan aje. Aku bersetuju hampir kesemua point2 Ambiga.

Aku susun ;

1. Ambiga kata rakyat tidak suka misteri/polemik jawatan MB Selangor. PR patut lebih telus dengan perkara ini. Kalau ya DSAI akan jadi MB maka katakan terus terang. Jika tidak, maka katakan juga terus terang. Rakyat takde masalah pun sapa yang patut jadi MB. Asalkan buat kerja sudah la. Bukan soal Azmin, Khalid atau DSAI yang perlu jadi MB dan sebagainya. Ia soal sapa pun jadi MB, ko kena buat kerja. Kalau Azmin jadi MB dan dia buat kerja, apa masalahnya? Kalau Khalid jadi MB dan dia buat kerja, ada isu ke? Kalau DSAI jadi MB dan lakukan tugas, problem ke? Persoalan sekarang ialah PR berteka teki dan berdolak dalih dalam isu perlantikan Anwar sebagai MB.

Sejujurnya, aku pun keliru.

Yang aku dengar dari geng2 partisan cakap lain.
Yang aku baca di paper cakap lain.

Bukan kah ia benar bahawa DSAI memang akan dilantik jadi MB selepas melakukan semua proses berkaitan? Kenapa pula Khalid Samad cakap lain? Kenapa pula pemuda PAS tiba2 tak menyokong? Kenapa pula PAS kata ini neh tak sepatutnya timbul? Kenapa pula tiba2 PAS akan hantar calon MB dari PAS? Maksudnya apa kat sini? Maksudnya PKR tak berunding betul2 dengan PAS. Itu hakikatnya. Makanya masing2 terkeliru dan tenggelam dengan persepsi sendiri. Bila korang sendiri yang keliru, korang jangan pelik dan pongpang2 marahkan rakyat yang keliru. Korang sendiri pun tah hapa2 dalam mengeluarkan statement. So apsal pula aneh rakyat terkeliru dengan kenyataan demi kenyataan dari korang semua?

Kang yang tue cakap Sultan takde hak nak batalkan lantikan MB. Kang yang neh cakap takde diskusi isu MB. Kang yang neh pula cakap DSAI perlu terajui Selangor. Apa maksud terajui Selangor kalau bukan kena mengena dengan jawatan MB?

Pada aku. Korang berterus terang sudah. Yes, DSAI akan lead Selangor. He will become the next MB. Replaces Khalid. Perubahan dalam kepimpinan ini perlu untuk menambahbaik pentadbiran Selangor di masa2 mendatang. Habis. Selesai citer.

Dan kita sama2 tengok la peranan DSAI sebagai MB. Kalau betul cara pemerintahan dia, apa salahnya kita sokong dan terima. Kalau tak betul, apa salahnya kita bantah dan bersuara? Betul tak?

Terus terang sudah. Rakyat mahu wakil rakyat yang jujur. Bukan sekadar hebat lawan kezaliman, kami juga mahukan kejujuran, ketelusan dan mereka yang amanah. Bukan minta kesempurnaan pun.

2. Ambiga kata dia tidak dapat diyakinkan dengan semua point Rafizi mengenai Kajang Move. Walaupun dia tak dapat diyakinkan tetapi dia cuba memahami. Good point Ambiga. Sebab aku pun sama. Kang aku elobrate satu persatu kang ada yang cakap aku cuba mencari pasal. So aku cakap aje la seringkas yang mungkin. Aku sendiri tak teryakin dengan perkara neh then aku takan pergi yakinkan orang agar menerima penjelasan2 dari Rafizi itu. 

Dan aku juga bersetuju dengan kata2 dari Kak Aiman Athirah yang pernah dikemaskini dari laman fb nya. Berhentila dari keluarkan kenyataan2 yang semakin memperbodohkan diri kita (PR) dan terus focus untuk pertahakan Kajang. Ya neh aku cukup setuju dan suka. Bagi aku semakin banyak kita bercakap, semakin tah hapa2 yang terkeluar. Apa yang dah berlaku tue biarla berlaku. 

Kita terus pandang ke depan sudah. Kalau sungguh PKR janjikan Kajang adalah kunci untuk kita semua menjadi lebih baik, maka kita bagi saja peluang dan ruang itu kepada PKR dan PR untuk membuktikan kenyataan mereka. Jika keadaan yang berlaku semakin baik, siapa yang rugi? Kita tak rugi. Tapi untung ma. Tetapi jika berlaku keadaan sebaliknya, pendirian kita akan ditentukan bila situasi itu tiba kelak. Tak payah susah payah fikir sekarang.

3. Ambiga mengkritik PAS yang acapkali keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan PR terutamanya dari PKR. Ambiga akui bahawa PAS bukan robot dan tidak terpakai untuk perlu bersetuju setiap kali dengan PKR dalam apa2 isu namun adalah lebih baik jika PAS dan PKR dapat menunjukkan kesepakatan dalam isu2 kritikal seperti Kajang Move.

Bagi aku ini bukan zaman kuno. Lagi ko takut nak tunjukkan ko berbeza pendapat, lagi susah kita nak melangkah ke alaf yang lebih terbuka. Menutup ruang perbezaan dan hanya menunjukkan persamaan ia tak mengubah keadaan sekarang. Namun point Ambiga ada juga benarnya. Perbezaan pendapat di kalangan parti komponen PR akan dijadikan peluru untuk media2 BN menembak dan menyerang mereka. Kata PR takde kesepakatan. Takde persefahaman. Takde penyatuan. So kat situ akan timbulkan persepsi dan spekulasi yang tidak enak terhadap mereka. Selalunya, PAS akan dapat sokongan simpati. Selalunya PKR akan dijadikan kambing hitam. PKR pasti bersalah dan PAS yang berbeza pasti betul. Ini gambaran yang media BN bentuk. 

Bagi aku cara kita nak counter attack ialah bukan dengan menutup perbezaan antara kita. Sebaliknya raikan perbezaan kita dengan lebih berhemah. Okey, PAS tak bersetuju dengan perkara ini, PKR pula berpendapat seperti ini, korang buat forum, kita bincangla secara terbuka. Biar rakyat nilai. Korang buka satu dimensi baru. BN pun terkejut tengok. Aik. Dorang slumber aje raikan perbezaan dan masih bersatu antara satu sama lain? Takde gaduh2 nak keluar parti, emosi bagai nak nilai semula tahaluf siyasi ka apa neh?

Nampak tak?

Apa yang jadi isu sekarang bukan soal perbezaan pendapat.

Tetapi cara korang tanggani perbezaan pendapat tue TERUK SANGAT.

Kang PKR pergi dedah keburukan2 PAS macam neh.
Kang PAS pergi dedah keburukan2 PKR macam neh.

Sampai bila nak tamat macam tue dah masing2 memang cenderung ada kesilapan, kesalahan, dan memang ada banyak kali salah buat keputusan pun. Ingat kita semua neh sempurna bagai ke apa?

Kita bukan saja perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Bahkan kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju dengan menggunakan cara yang lebih matang, terbuka, pratikal, tidak menambahkan kelukaan di ahti masing2 dan ulaskan perbezaan dengan cara yang lebih demokratik.

Jangan ko pongpang2 ko berbeza tapi dalam waktu yang sama ko cuit kesilapan2 lampau parti2 komponen ko. Dalam erti kata lain, jangan korang semua saling UNGKIT MENGUNGKIT PERKARA YANG LEPAS. YANG LEPAS ITU PENGAJARAN, IKTIBAR UNTUK KITA BELAJAR DAN JADIKAN PENGAJARAN YANG BERGUNA. BUKAN UNTUK JADIKAN PISAU DAN TIKAM KAWAN2 SENDIRI.

Fikirlah sikit.

Bagi aku. Aku memang tak bersetuju langsung dengan Kajang Move. Tetapi aku sangat terbuka untuk melihat perkara yang PKR cuba sampaikan. Maksudnya walaupun aku tak suka rakyat terheret dalam perselisihan dalaman parti tetapi kita bagi peluang sudah untuk mereka buktikan kata2 mereka. Kalau tak bagi peluang pun bukan ada apa2 alternatif yang lebih baik dari itu. Ko suka ke tak suka ke ko bagi aje la peluang, tengok dan nilai la situasi itu sendiri. Habis citer.

Rabu, 5 Februari 2014

Taib Mahmud Bakal Berundur Bulan Ini.

Seriously?

Taib Mahmud berundur? Tapi dia masih hidup lagi kan? Belum meninggal dunia lagi kan? So kenapa berundur ek? Pelik aku.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Lihat laporan mengenai pengunduran Taib Mahmud ;


BTW, ini bukan statement rasmi dari Taib Mahmud. Cuma cakap2 politik dari pihak ketiga. Jangan2 lepas neh Taib Mahmud keluar statement menafikan dia akan berundur apa bagai. Hah melalak la korang. Nak berangan Taib Mahmud berundur konon. Perasan je la masing2.

KAH KAH KAH

Apa pun jika benar la Taib Mahmud mahu berundur, aku rasa bukan Sarawakian aje yang happy, bahkan satu Malaysia akan raikan bagai pesta beb. Best gila tengok dia bersara. Tapi jangan dilupa juga. Walaupun dia bersara belum tentu dia akan hilang kuasa dan pengaruh di Sarawak tue. Dia just takde jawatan rasmi. Tetapi secara tak rasmi nya dia masih lagi berkuasa di Sarawak tue. Asal saja nama dia Taib, jangan harap la sesiapa boleh sentuh dia. Even SPRM pun takut nak usik dia. Ko berani nak lawan Taib Mahmud? No hal. Sediakan surat wasiat.

HAHAHAHAHA..  

Macam tue la dia punya kebal plus terer di Sarawak tue. Tak masuk lagi harta2 yang dia berjaya kaut untuk kepentingan dia dan family dia. Kalau korang rajin baca Sarawak Report, korang akan tahu apa saja skandal yang tak membabitkan Taib? Jenuh nak susun satu persatu beb. Pokoknya di Sarawak, Taib adalah raja. Bahkan lebih raja lagi dari raja2 di negara neh. Sapa pun tak boleh usik dia tau. Lue fikirlah sendiri.

Bai. 

Pesanan Saiful Bukhari Untuk Anwar Ibrahim

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Dah takde modal lain gamaknya.

Setiap kali Anwar bertanding. UMNO mesti pilih nak lawan isu ;

1. Liwat

2. Seks

3. Kes mahkamah

4. Citer lampau

5. Kaitkan dengan kawan2 lama DSAI masa dia jadi menteri UMNO dulu

Woitt.

Cuba bagi yang terkini punya tak boleh ke? 

KAH KAH KAH

Yang aku heran nya. Si Saiful neh dah lama tidur. Alih2 dah terjaga pula sejak2 si Anwar nak bertanding di Kajang. Apa citer neh woit?

KAH KAH KAH

Lihat kata2 Saiful yang ditujukan kat Anwar. Auwwww Saifull.. apsal lama sangat menyorok neh? Lepas tue awat tiba2 muncul neh? Tak rasa malu ke asyik kerja Anwar je? Awak tue bukan dah kahwin ke?

KAH KAH KAH



Dan seperti itu la Anwar dan PKR akan menang di Kajang lagi. Bukan sebab Anwar tue hebat sangat. Tapi sebab lawan dia BANGANG sangat. Macam mana orang nak pilih BN. Kalau aku jadi pengundi2 Kajang pun, dalam bengang2 sebab terheret dalam masalah dalaman politik PKR aku rasa undi PKR tetap sejuta kali lebih baik dari undi BN. Tengok peel BN macam neh? Phui. Tak sanggup der. Berlambak2 isu pasal Kajang korang boleh naikkan, mainkan, hujahkan, bincangkan, debatkan, tapi isu seks juga yang korang jaja?

MEMANG SAH2 KORANG BANGANG. Jangan marah ahhhhhh.

HAHAHAHAHAHAHA..

Selasa, 4 Februari 2014

Adun PKR Keluar Parti? Itu Laporan Palsu.

Kemaskini. 4/2/2014 4:50 petang.

Disahkan yang tiada mana2 Adun PKR yang keluar parti. Surat yang tersebar secara meluas ini terutamanya di kalangan bloggers dan portal pro UMNO disahkan palsu.

Tu takde kerja la tue.

Sikit2 fitnah.

Apa la nak jadi.

Hihi--------
Itulah yang sedang tersebar sekarang neh. Yang kencang dok sebar puak2 pro UMNO. 

Lihat ;



Dan surat yang dimaksudkan ;



Adun yang dikatakan keluar parti.

Kesavan A/L Subramaniam.

Dari PKR. Hutan Melintang. Perak.

Aku dah cuba dapatkan reaksi segera dari pihak2 yang berkaitan tapi belum terima respon. Masih tunggu pengesahan lanjut dari dorang. Sementara tue aku malas nak percaya benda neh benar. Melainkan dah terbukti dia keluar parti memang aku rasa nak maki kaw2. Walau apa pun alasan dia, let say dia ada masalah dengan PKR, then you don't keluar parti dan keluar time2 PRK neh kot. Timing tak kena. Lepas tue keluar konon2 atas alasan nak jadi bebas. Alih2 sokong BN. Lagi macam lan***. Aku memang tak caya trademark politician yang cakap nak jadi bebas neh. Bebas kepala hotak kau. ALih2 sokong BN juga. Kalau ko keluar parti PKR masuk DAP or PAS baru aku percaya ko benar2 angin satu badan dengan PKR. Itupun kena tengok jalan citer juga. Bukan boleh suka2 nak sokong.

Apa pun kita tunggu pengesahan lanjut juga.

Biarlah tak betul.

Kalau betul memang kena kutuk la. Tak kira baik ke buat kerja ke apa ke tapi tindakan keluar parti neh memang melampau sebab mempermain2kan kepercayaan rakyat. Tolong fikir semasak-masaknya.

Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...