Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 November 2013

Presiden Kelab Putera 1Malaysia Cedera Di Hempap Tiang Besi.

Kesian. Sakit pejuang kemanusiaan sorang neh. Kena hempap dengan tiang. Semoga cepat sembuh la ye. Aku tahu mesti ramai yang marah aku punya la kalau aku cakap benda neh. Tapi aku nak cakap juga. Korang nak hentam ke nak balon ke nak marah aku kaw2 suka ahti korang la.


Selagi aku tak luahkan apa yang aku rasa aku memang rasa tak seronok. Aku sejujurnya bukan nak kisah sangat pun sesiapa nak bantu sesiapa, sesiapa nak buat misi2 kemanusiaan neh. Aku raikan bahkan sangat2 kagum dengan benda2 gini. Aku tabik orang2 yang terlibat dalam perkara2 neh beb.

Tapi jauh di sudut ahti aku, aku semacam rasa bengkek plak kalau misi kemanusiaan neh dibuat oleh BN dan UMNO ataupun sekutu2 depa.

Bukan dengki apa.

Aku cuma tak faham langsung.

Kat negara lain beria2 bagai ko nak tunjuk hero ko. Update kat berita melalak2 sembang kencang Malaysia antara negara yang terawal la, hantar misi la apa la..

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Baiknya kerajaan kita neh kan?????

Tapiii dekat rakyat sendiri ko buli2 aje. Yang susah bersepah masuk paper. Mana wang zakat kami? Yang dekat taknak pula bantu bagai. Orang2 susah berlambak2 kot di Malaysia neh. Takan korang hanya nak membantu kalau kami semua kena bala? Kalau macam tue setiap dari rakyat Malaysia perlu berdoa agar ditimpa bala ke baru korang beria2 nak datang bantu sambil2 tunjuk hero?

So aku memang malas nak respect dengan puak2 UMNO neh. Aku rasa mana2 rakyat Malaysia pun akan rasa sedih dan kecik ahti melihat senario ini.

Di saat rakyat sendiri hulurkan tangan agar kerajaan sahut bantu la kami, dengarla suara kami. Kerajaan HARAM nak peduli. Kerajaan pergi hulurkan tangan pada orang yang mana bantuan kiri kanan dah bersepah dah. 

Nak jadi watak baik pada sesetengah pihak tapi pada sesetengah pihak yang lain, kerajaan bersikap zalim. Contohnya isu GST. Ada kat sini sesiapa tahu berapa banyak dah kerajaan habis jutaan ringgit untuk buat iklan GST? Lagu GST kat radio?

Ada kat sini sesiapa pernah terfikir kenapa kerajaan sanggup beria2 promosikan kebaikan GST tetapi berkira nak mampos mempromosikan kebaikan undang2 Islam?

So boleh nampak dah pemikiran kerajaan korang macam mana. 

BN apa pun tak boleh. Dan eer Azeez, moga cepat sembuh la yer. Jaga2 kepala. Nanti kena tiang lagi. Dah elok sangat la nasihatkan sikit kat geng2 UMNO yang huha huha dalam fb pasal isu neh sehari dua. Jangan riak sebarangan. Jangan ingat bila ko terlibat dalam misi kemanusiaan ko dah cukup bagus. Buat baik, buat baik aje la. Buat baik, semata2 nak berlagak baik tak payah.

Oke bai.

Jumaat, 15 November 2013

Bung Moktar Pening Dengan Serangan Rakyat Di Twitter.

Rasanya dia dah tak larat dah tue. Ketika ini serangan demi serangan di twitter rasmi milik adun Kinabatangan sedang diserang oleh warga maya.

Dia dah tak mampu nak reply satu persatu2. Dia mungkin reply pada mereka2 yang buat dia angin satu badan aje.

Lihat bawah antara serangan yang dia terima menerusi laman twitter ;


Macam yang aku sebut, dia tak reply semua sekali. Mana2 yang dia rasa dia meluat dan menyampah baru dia balas untuk sembur beb. Ayat dia pun boleh tahan juga. Memang jenis sound direct. Tapi serangan belum cukup meluas lagi sebenarnya. Dia belum cukup goyang walaupun dah start pening2. Apa kata kita serang dia sampai dia betul2 goyang dan malas nak buka twitter, dua tiga hari neh nak tak?

Yelah. Orang koyak kertas usul juga. Bukan nak kata MP PR tue maksum dan semua tindakan dorang betul. Kedua2 kumpulan pun memang ada perangai masing2. Tapi takde la provokasi gila babi macam Bung Moktar. Aksi Bung Moktar semalam memang mengarut. Buat apa ko terjerit2 tipuuuu tipuuuuuuuu harammmmm harammmmm harammmmm masa orang sedang berbahas elok2? Itupun mengamok meroyan sebab usul potong elaun pegawai2 khas Najib. Jangan tataul, ada seseorang tue sampai dapat rm27,000 sebulan untuk bekerja yang tak perlu buat kerja.

Faham tak?

Bayar seseorang rm27,000 semata2 untuk dia KERJA = tak payah buat kerja.

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/angkara-elaun-rm27000-mp-bn-mengamok.html

So jika elaun mereka dipotong ataupun dihapuskan ataupun dikurangkan memang la kena pada situasi dan tempatnya. Terutamanya pada mereka yang makan gaji buta.

Tang mana tipu nya kat sini?

Tang mana haram nya?

Tang mana masuk neraka nya pula?

Adoiyaiiiiiiiiiiii

Lawak ah dia neh.

Twitter rasmi Bung Mukhtar ==> https://twitter.com/MyKinabatangan

Angkara Elaun RM27,000 MP BN Mengamok Sakan Dalam Parlimen.

Dibayar RM27,000 sebulan kerana tak buat kerja. Bukan kerana buat kerja oke, tetapi sebab dia tak buat kerja la dia dapat RM27,000 sebulan. Best tak jadi ahli parlimen BN? 

KAH KAH KAH

Menurut apa yang dinyatakan oleh MSO menerusi facebook rasminya ;

Jamaluddin Jerjis walaupun tidak lagi menjadi Duta Khas ke Amerika Syarikat tetapi masih lagi menerima elaun untuk tugasan itu sebanyak RM27,000 sebulan. Demikian dijelaskan ahli parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaaffar di Dewan Rakyat hari ini ketika membahas usul untuk memotong elaun duta khas negeri ini di India, China. Wassalam Mso.

Dapat tiap2 bulan RM27,000 walaupun dah tak jadi duta lagi. Ada logik ka? Jadi ahli parlimen pembangkang pun buat usul agar beberapa elaun pegawai2 Najib bukan saja perlu dipotong bahkan hapuskan terus bagi sesiapa yang tak buat kerja tue.

Pegawai khas kepada Najib neh ada ramai. Duta khas pun ada ramai. Pening aku nak kira. Pokoknya memang ramai. Itu tak masuk lagi bab penasihat la. Kejap penasihat bab wanita. Kejap penasihat hal kebudayaan. Pendek kata Najib terlalu ramai pekerja tetapi kebanyakkan nya gagal perform dengan baik. Sebab tue la sistem pentadbiran negara huru hara. Dikendalikan oleh orang2 yang tak berkelayakkan langsung untuk mentadbir negara ini.


Jadi memang betul la cadangan untuk memotong elaun2 bagi pegawai2 macam neh. Kenapa perlu bayaran itu diteruskan jikalau kita dah tak buat kerja itu lagi, ye tak?

Dan sepatutnya MP Kinabatangan tak patut tunjukkan lagak MUNKEE dalam parlimen semalam. Kalau betul la usul pasal potong elaun tue

HARAMMM HARAAMMM HARAMMMMMMMM

TIPUUU TIPUUUU TIPUUUU HARAMMM TIPUUUUUUU TAK BOLEH BAHAS

Dan sebagainya, tunjukkanlah bukti. Bagi la hujah dan fakta. Kalau rasa MP PR menipu, tunjukkanla kami fakta yang tepat. Ini setakat cakap haram tipu haram tipu haram tipu last2 masuk neraka aku pun terer. Itu bukan hujah. Itu penafian bangang. Dah la tak menjawab soalan, bahkan lagi topic. Ingatkan penyokong2 BN je ada masalah untuk menumpukan perhatian pada perbahasan, rupanya ahli2 MP BN pun lebih kurang juga. Masing2 ada masalah untuk tumpu perhatian.

Adoyaiiiiiiiiiiii..

Duit punya pasal la ahli2 MP BN jadi gile meroyan semalam..

KAH KAH KAH

Khamis, 14 November 2013

Aksi Ahli Parlimen Koyak Kertas Usul Pula Tersebar.

Tadi kemain korang penyokong2 BN kutuk kaw2 ahli2 parlimen PR. Koyak kertas bagai la. Macam beruk maknyeh la. Terpekik2 terlolong2 macam orang gila la. Tak reti bersyukur la. Orang bodoh yang buat kapal terbang kertas dalam parlimen la.

Woahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Baca kutukan2 korang memang rasa macam ahli2 parlimen BN neh confirm bagus nak mampos. Siyes.

Sekali korang tengokla benda kat bawah neh pula ;


Semua di dalam gambar di atas ;

1. Terpekik2 dalam parlimen.

2. Terlolong2 dalam parlimen.

3. Meloncat dan meninggi suara.

4. Menjerit jangan cakap la.

5. Part menarik, koyak kertas usul.

So apa lagi? Bila nak maki wakil2 rakyat BN pula?

Ke dah rasa malu? Sentap ke oi?

PADAN LA MUKA KORANG. LAINKALI KUTUK LA KAW2 macam tak ingat doniaaaa ahhh rasakan. Sekali MP sendiri pun tak jauh beza dari orang2 yang dia kutuk2kan tengahari tadi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH  KAH  KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Penyokong BN Kritik Khalid Samad Buat 'Roket Kertas' Dalam Parlimen.

Sebelum sebarangan mengutuk dan membidas membuta tuli amek tahu fakta dulu la kawan. Kertas usul yang mencadangkan agar Surendran digantung selama 6 bulan = ialah kertas yang tak bernilai. Bila Khalid Samad jadikan ia sebagai roket maka Khalid Samad sedang memberikan nilai kepada kertas tersebut. 

Oleh kerana apa yang tertulis atas kertas itu bersifat sampah dan mengarut yang amat, maka Khalid jadikan ia sebagai roket. Alang2 kertas tersebut tak bernilai untuk dibaca, at least ia dapatla juga menjadi alat permainan sebarang dua. Ada masalah ke disitu?

KAH KAH KAH

Dorang sempat tangkap gambar dan sebarkan di alam maya untuk mengkritik Khalid Samad. 

Lihat gambar ;

 
Orang yang akalnya waras tidak akan membidas Khalid Samad isu kertas. Ini kerana ahli2 pembangkang usah kata buat roket kertas, bahkan ada yang memperonyok2nya kertas2 tersebut sehingga dibidas oleh Speaker Dewan. Bahkan speaker meminta agar ahli2 pembangkang tidak menjadikan parlimen sebagai tempat untuk berbuat kecoh. Kita di Malaysia bukan di Zimbabwe.

La. Speaker. Aku rasa aku nak betulkan sikit mentaliti ko dan mentaliti orang yang suka mengaitkan Zimbabwe sana sini neh.

Jangan rasa diri hebat sangat dan baik sangat dari Zimbabwe weh. Tengok dulu lagak pemerintah Malaysia macam mana. Time nak kutuk orang memang sembang kencang. Cuba ko buka kertas dan buat analisa mengenai negara ko dulu. Malu la weh. Kita pun tak betul mana nak kutuk negara orang konon.

Dan lagi satu, parlimen tempat untuk bersidang dan berbahas. Lain orang lain cara berbahas. Yang penting bila berbahas point mesti ada. Kalau terpekik terlolong tapi takde point boleh la tegur. Kalau tak terpekik terlolong tapi takde point juga pun bukan benda yang boleh dibanggakan. Bila ko dah point titik kemarahan dorang, camne la MP pembangkang tak sentap di dalam dewan.

Hukuman 6 bulan dilarang masuk dalam dewan ialah hukuman yang berat. Tak sesuai langsung dengan kesalahan yang dilakukan oleh Surendran. Btw, ada salah ke pun?

Apa yang Surendren buat ialah highlightkan isu rakyat yang berkaitan kuil. So sepatutnya dewan memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut. Menutup suara Surendran takan menyelesaikan isu berbangkit. Tegas, tapi sayang tak kena tempat weh BN.


Bukan la aku nak bekap sangat bila MP2 pembangkang mengamok sakan dalam dewan isu pengantungan Surendran dalam dewan. Tapi perlakuan dorang tue ada kewajaran jika difikirkan dari side dorang. Kenapa perlu BN bersikap kuku besi. Ada masalah, selesaikan. Kalau Surendren salah, betulkan. Simple as that. Itupun tak boleh nak buat. Lepas tue suka2 nak gantung orang. Tak habis2 dengan perangai lama. Ini meraikan perbezaan pendapat ke namanya neh? Asal bersuara lebih sikit je kena hukum. Apa punya undang2 la. Mengarut gile.

Apa pun elok la sangat kertas usul neh dibuat roket. Ada juga faedahnya. Boleh lempar ke speaker yang double standard dan bias. Beria2 nak tunjukkan diri tak menyebelahi mana2 pihak konon. Ingat rakyat Malaysia tak p sekolah ka nak terpedaya dengan taktik korang? Blah la weh.

Johor Bharu Kecoh Angkara Lukisan Mural - Pertarungan Tawan Dinding Pun Bermula.

Mengimarahkan dinding2 bangunan di seluruh negara. Daripada kosong begitu saja lebih baik gunakan ia untuk sesuatu tujuan. Bukan saja mencantikkan dinding bahkan ia juga memberikan kesedaran awam mengenai tahap keselamatan dalam negara.

Tapi sayangnya ada pihak2 yang sentap dengan senario tersebut. 

Kenapa?

Ahhhaa.. mungkin mendedahkan kegagalan diri sendiri, ye tak?

Pengenalan.


Mural lego ini menjadi kontroversi di JB ketika ini. Lukisan ini ditemui di salah sebuah bangunan yang terdapat di JB dan ianya dilukis oleh seniman terkenal iaitu ;

Ernest Zacharevic

Kenapa?

Legoland = Johor = Mural Lego = membayangkan tahap keselamatan di JB = begitu beria kerajaan mahu menjadikan JB bandar pelancongan = pelbagai dana demi dana diraih untuk mereleasasikan perkara tersebut = tetapi bagaimana pula dengan tahap keselamatan dalam negeri? 

Adakah usaha yang sama turut dilakukan dengan bersungguh2?

Maaf. Ini apa yang aku nampak yang aku rasa pelukis tersebut cuba bayangkan. Samada ia benar atau tidak sepertimana yang aku sangka, ia kena directly tanya pelukis tersebut sendiri la. Biasalah, lain orang lain dia punya interpretation

Apa yang berlaku, lukisan tersebut menjadi kontroversi kerana memberikan persepsi negatif bahawa tahap keselamatan di JB sangat meruncing. Walaupun ada usaha dari pihak2 tertentu yang cuba meletakkan lukisan POLIS konon nya mereka ada disitu untuk cegah jenayah daripada berlaku namun ia akhirnya tetap dipadamkan.

Sebenarnya beb. Buat apa nak letak GAMBAR POLIS kat situ? Ianya adalah satu realiti di dalam negara ini kat mana2 negeri pun bahawa tahap keselamatan kita memang di tahap disaster. Kenapa paksa otak kita untuk tidak menerima realiti dan fakta? Kenapa perlu tipu pemikiran kita?

Memang tahap keselamatan di negara ini merundum. Itu fakta. Soal samada siapa yang menyebabkan ia merundum itu soal kedua. Soal pertama semua orang harus menerima hakikat bahawa tahap keselamatan dalam negara sedang mengalami kemerosotan. Bahaya ada di mana2. Jenayah ada di mana2. Depan rumah pun boleh mati kena tembak. Berjalan ke pasaraya pun berdepan dengan risiko samun, culik dan ragut. Apa nak dikatakan lagi?

Bila kita terima yang pertama, baru la kita boleh terima bab kedua. Bab mencari punca, mengkaji faktor2 yang menyumbang kepada perkara tersebut dan kemudiannya baru la boleh mencari solusi terbaik. Ini bab pertama pun seboleh2nya nak paksa diri jangan terima, jangan akui sebab takutkan persepsi umum. Apa jadah macam tue?

Apa yang berlaku selepas lukisan tersebut menjadi kontroversi?


Lukisan tersebut dihilang terus dari dinding tersebut. Wow. Takut sungguh mereka. Selepas kartun, baju, warna dan kini lukisan pula.

Takpe. Satu lukisan di atas melahirkan 2 buah lukisan yang sama di dua  lokasi yang berbeza.

Lihat bawah ;


Satu jadi dua. Dua jadi empat. Empat mungkin jadi lapan dan seterusnya. Nampaknya pelukis2 satu negara sedang menguji kesabaran penguatkuasa di negara ini. Dan pertarungan ini pun bermula. Sudah tentu rakyat yang akalnya waras memilih untuk bersama2 pelukis di atas. Ayuh pelukis satu Malaysia, tunjukkan suara hati mu sekarang. Kami bersama anda.

Bayar Perunding RM4juta Sehari - Rakyat Meminta Najib Beri Penjelasan.


Benda ini berlaku selama hampir 5 tahun. Sehingga kini hampir RM7.2billion telah dibelanjakan untuk membayar khidmat syarikat2 perunding ini. Bahkan yang lebih menimbulkan tanda tanya awam ialah ;

KENAPA KERAJAAN BERIA2 UPAH PERUNDING LUAR DAN BAYAR KHIDMAT DORANG MAHAL2?

Perunding2 ini, bukan perunding tempatan beb. Bukan anak2 Malaysia. Tapi perunding luar negara. Kita tak nafikan bahawa kepakaran ada di mana2. Tetapi yang kita persoalkan apa perlu rm4juta sehari untuk mereka?

Kalau ikut statement media oleh pemimpin pembangkang, kerajaan masih lagi membayar khidmat perunding2 dari luar sehingga sekarang. Ini aku cakap pongpang2 kat dalam blog neh, rm4juta dah lego dah kat syarikat2 perunding dari luar.

Korang seme neh tahu tak?

Yang berjoget sakan, yang minat artis sakan, yang gila game sakan, yang mengorat sakan, yang berhibur sangat, yang pentingkan diri sakan dan semua sekali ahhhhh korang tahu tak setiap hari rm4juta wang negara ini berjalan pelan2 masuk ke dalam poket perunding luar negara?

Kalau tatau p amek tahu. Berhenti dulu buat benda2 takde faedah tue. 

Sebab itu kita sebagai rakyat kena bersatu padu. Minta penjelasan lanjut dari BN. Betul ke seperti yang didedahkan oleh ahli parlimen pembangkang dalam parlimen baru2 ini? Ini satu kebahlolan yang nyata. Rakyat kena jimat cermat bagai. Sekali buta2 aje kerajaan ko bayar orang luar rm4juta ringgit sehari. Tak sakit ahti ke ko?

Untuk itu Najib diminta jawab persoalan2 kat bawah neh. Rakyat perlu tahu.

1. Semua syarikat2 perunding yang dibayar oleh BN perlu didedahkan nama syarikat mereka.

2. Semua syarikat2 tersebut juga perlu mendedahkan juga skop kajian mereka secara terperinci.

3. Semua syarikat2 tersebut juga perlu membuktikan bahawa kajian mereka benar2 memberikan impak positif kepada rakyat di dalam negara ini.

4. Hasil kerja oleh semua syarikat2 tersebut juga perlu didedahkan untuk dinilai secara terbuka oleh rakyat Malaysia.

5. Kerajaan perlu jelaskan kenapa bayaran yang mahal ini disalurkan kepada syarikat2 tersebut dengan mengemukakan hujah serta dokumen sokongan bahawa syarikat2 tersebut layak dibayar mahal. Adakah kerana hasil kerja mereka? Adakah kerana kepakaran mereka? Adakah mereka sangat hebat dan tiada mana2 anak tempatan yang layak buat kerja seperti itu?

6. Kenapa tidak kerajaan melantik beberapa pakar dari luar untuk menasihati kerajaan secara rasmi dengan jawatan tertentu dalam beberapa isu yang kerajaan rasa anak tempatan tak boleh uruskan sekaligus memberikan latihan dan khidmat bimbingan kepada anak tempatan supaya mereka boleh belajar sesuatu dari situ dan sekaligus boleh mengambil alih peranan dari pihak2 luar untuk kebaikan bersama? Bukan kah ini lebih menjimatkan wang sekaligus boleh memberikan latihan kepada anak2 tempatan juga?

7. Kerajaan menafikan kepakaran anak tempatan. Boleh jadi penafian ini wujud atas beberapa perkara. Samada memang anak2 tempatan tidak layak dalam skop tugas yang kerajaan sasarkan ataupun orang yang layak kerajaan belum temui lagi sebab karenah kroni menguasai agensi kerajaan.

Oleh itu Najib diminta menjelaskan beberapa persoalan yang berkaitan kerana rakyat berhak tahu. Mengapa dana awam dibelanjakan rm4juta sehari ke atas syarikat2 perunding dari luar ini. Apa hebatnya mereka sehingga sejumlah wang yang besar dibelanjakan ke atas mereka macam air yang mengalir. Mohon jawab persoalan kami.

Terima Kasih. 

Rabu, 13 November 2013

Motor CC Rendah Tidak Dibenarkan Berada Atas Jalan Raya - Tol Untuk Motorsikal Berdasarkan Berat Motor.


Duit tak berapa nak ada beli kereta. So beli motor. Kadang2 kena break time hujan. Singgah la kat mana2 tempat. Setiap kali lalu sebelah lori dan bas rasa macam bertarung nyawa. Tapi still guna motor sebab apa?

1. Duit tak berapa nak ada..

2. Nak jimat cermat. Mungkin ada kereta tapi disebabkan kos sara hidup tinggi maka motor jadi kenderaan pertama ulang alik kerja. Save masa, minyak, tol dan sebagainya.

Ini penjelasan kepada cadangan kat bawah neh hah ;

Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.

Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.

"Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan," katanya sidang Dewan Rakyat hari ini.

Idea nak mengutamakan keselamatan rakyat tue cantik. Memang cantik. Aku puji. Niat nak fikir pasal nyawa rakyat tue ada. Tapi slack satu benda. Niat betul, cara ko menterjemahkan niat ko tue pula tak betul.

Apa yang perlu dibuat ialah lebih banyak keadilan dalam menguatkuasakan undang2 pencegahan. Lori rosak jangan dibiar atas jalan. Buat pemantauan yang kerap dan keras. Bila orang hantar sms aduan ke LPKP tue respon la. Jangan terima aduan tapi respon satu haram takde.

Hukum mereka2 yang cuai dengan tindakan yang tegas. Jangan biarkan gejala rasuah bertebaran dalam institusi awam sehingga kredibliti penjawat awam terjejas. Itu sebab lori senget2 pun slumber mak nenek di bawa atas jalanraya.

Pasang CCTV atas jalanraya. Kot ye pun malas nak mampos. Duduk dalam satu bilik. Upah la beberapa orang. Nampak aje lori2 dan bas2 yang tidak memenuhi spesifikasi untuk berada atas jalan, catatkan no plat tersebut dan jangan sekadar keluarkan saman. Tarik terus lori tersebut. Jangan bagi dia jejak jalan sehingga la kerosakkan dia dibaikpulih.

Dalam waktu yang sama. Kurangkan cukai kenderaan. Harga lori biarla munasabah. Harga bas biarlah munasabah. Jangan serabutkan akal majikan. Harga repair dan maintainance pun biarlah munasabah. 

Ini harga kereta dah la mahal nak mampos. Ko tacap safety sikit. Ko naikkan harga dia. Kang ko tambah la safety, ko naikkan lagi harga. Seboleh2nya ko nak serap idealism ;

Ko nak rasa selamat bila memandu kenderaan? = Ko jadi kaya.

Ko nak rasa terlindung bila memandu kenderaan? = Ko jadi kaya.

Semua benda neh ko boleh dapat bila ko jadi kaya. Kereta ko lebih baik, safety ko lebih baik, bila ko mengalami kemalangan pun risiko ko untuk selamat lebih tinggi berbanding kereta yang tak berapa nak safety untuk orang2 yang tak berapa nak kaya macam ko.

Ini idealism yang berlaku sekarang.

Rasa selamat, rasa terlindung hanya untuk orang2 berduit. Yang miskin nak mampos, bagi la apa2 yang sesuai dengan apa yang mereka mampu tawarkan. Dah miskin nak mampos kan. Apa je kita boleh buat. Miskin = cikai = satu geng. Lantak la. Yang mampos pun nyawa si miskin. Bukan nyawa mak bapak kita ke nyawa kita mak. Nyawa si miskin neh standard nyawa lalat aje. Dah mampos, mampos aje la. Apa boleh buat. Sapa suruh jadi si miskin?

Sambung isu utama. 

Jadi pengguna motor pun akan mula berkira2 selepas neh. Ah sudah. Samada aku takde duit nak beli kereta ataupun aku memang ada kereta tapi sebab nak jimat cermat aku gunakan motor so apa aku nak buat untuk atasi benda neh?

Ko nak kurangkan kadar kemalangan, tue betul. Tapi langkah2 yang ko akan ambil mestilah tidak membebankan mana2 pihak sekalipun. 

Cadangan seperti ini tidak perlu dikaji langsung. Buang saja dalam mana2 tong sampah yang berdekatan. Sebaliknya tumpukan kepada cadangan untuk membesarkan jalan. Bukan semua jalanraya kat Malaysia neh ada laluan motorsikal. Ko pergi tengok sendiri la. Ko akan tahu. Lebih2 lagi kat kampung2. Lebih2 lagi kat tempat yang jalan raya asyik2 kena renovate dan renovate dan last2 laluan untuk motorsikal pun ke mana2 hala. 

Ada yang sempit nak mampos pun ada. Itu tak masuk lagi bab kenderaan besar yang suka makan jalan. So apa2 cadangan sekalipun yang ko nak buat, ko kena pastikan suara orang yang terlibat dalam situasi neh, terlibat sama. Jangan tanya KFC kenapa mekdi sedap. Dah kfc tue buat kfc, bukan buat mekdi, faham ka?

Dan dalam inbox di facebook. Ada salah seorang sahabat fb memberikan info. Katanya dia dengar dalam berita. Konon nya ada cadangan nak mengenakan tol untuk pengguna motor. Dan tol pula dikira berdasarkan berat motor. Aku sangka baik. AKu yakin orang yang bagi cadangan ini sebenarnya telah disalah erti. Dia bukan bagi cadangan. Dia cuma bagi 'lawak'. Bila dia bagi lawak, kita gelak sudah la. 

Oke, bai. 

Rujukan berita : http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131113/pa_02/Kerajaan-kaji-cadangan-tidak-benarkan-motosikal-kapcai-berada-di-lebuh-raya

Ilmu Agama Mahathir Tinggi - Kenyataan Admin SSTDM Dibetulkan Hilal Asyraf.

Kes salah faham la neh. Takpe. Yang penting bila admin page SSTDMM baca neh insya-Allah depa akan betulkan balik suasana. Satu pesanan aku, jangan taksub sangat pada batang tubuh Mahathir. Dan err entah la aku rasa semua orang pun tahu Mahathir tak beberapa tepat di anggap terer bab agama..

Tapi kalau bab pentadbiran tue insya-Allah dia ada kebijaksaaan dalam bidang tue

Tak perlu2 nak tonjolkan pemimpin kesayangan kita pakar dalam semua benda neh. After all dorang pun human being macam kita juga. Bukan berdosa pun kalau mereka pakar dalam sesetengah hal yang lain dan tak pakar dalam sesetengah hal yang lain. Yang beria2 mewujudkan ilusi dan persepsi pemimpin mesti hebat dalam semua perkara yang wujud di dunia neh dah kenapa?

Relax sudah.

Mahathir memang tak terer bab agama dan ia terbukti. Jangan la sayang sampai mendewa2kan beb. Amek jalan tengah2 la. 

Adohaiii dorang neh pun. Terlalu mendewakan manusia bernama Mahathir neh memang berbahaya oke. Cukupla limit ko sampai ada sesuatu mengalir dalam jiwa dan rasa tenang bila mengadap muka Mahathir.. aku rasa itu paling jauh la korang patut pergi. Jangan lebih jauh lagi dari itu beb. Cover2 sikit ma.. 

Hehe..

Lihat bawah ;



Pada tahun 2012, saya memang pernah berdebat(atau sebenarnya lebih kepada diskusi) dengan Tun Dr Mahathir melalui internet.

Saya berbalas artikel dengan beliau, menjawab beberapa persoalan beliau.

Namun seingat saya, saya tak pernah claim sebagaimana claim yang dibuat oleh Page Saya Sayang Tun Dr Mahathir ini.

Seingat saya, yang saya pernah komen di Page Saya Sayang Tun Dr Mahathir ini ialah berkenaan sikap Tun kala melayan saya. Saya sekadar mengakui bahawa Tun mempunyai hemah yang tinggi kala berbicara dengan anak muda yang berbeza pandangan dengan beliau seperti saya. Saya sangat hargai Tun dari sudut yang itu.

Namun bab ilmu agamanya, seingat saya, saya tak pernah sebut ilmu agama Tun tinggi atau rendah.

Boleh rujuk artikel saya dengan Tun Mahathir tersebut di link berikut:

1 - http://langitilahi.com/7734
2 - http://langitilahi.com/8025

Sekian, sekadar mengklarifikasikan.

Penjelasan dan penafian di atas ditulis oleh Hilal Asyraf dalam fan page nya sendiri. Harap2 tolong betulkan apa2 yang patut yer SSTDM. Jangan stress sangat sebab silap neh sesiapa pun selalu silap. Yang penting betulkan kesilapan. Cuma dalam kes neh admin page tersebut bukan sekadar perlu betulkan kesilapan bahkan limit ketaksuban tue, kasi kawal sikit naaa..

Hehe

Oke bai. 

Pistol Untuk Ustaz - Cadangan Jamil Khir Untuk Lindungi Ustaz..

Pistol untuk semua yang rasa terancam di negara neh pun oke juga aku rasa. 

Almaklumla.. rakyat pun nak rasa selamat. Dalam suasana sekarang tah bila2 masa orang boleh tembak kita. Tengah2 mengadap komputer, update blog, pun orang boleh masuk rumah dan tembak beb. Punya la longgar tahap keselamatan + penguatkuasaan + keadilan di dalam negara ini, sehingga gabungan tiga elemen itu menyebabkan penjenayah boleh bermaharajalela sewenang2nya di dalam negara ini.

Lihat bawah ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan agar anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/246416

Cadangan neh mungkin oke tapi sayang tak berapa tepat sebab ia merujuk kepada keadaan ketika mereka sedang melakukan operasi. Ancaman sebenar bukan ketika pegawai2 penguatkuasa neh sedang melakukan operasi. Ancaman sebenar ialah ketika penguatkuasaan2 ini duduk santai di rumah, memandu kereta dan sebagainya.. iaitu ketika mereka tak sedar bahaya sedang menanti di hadapan sana..

Pada aku membekalkan pistol hanya mewujudkan suasana happy trigger.

Yang perlu ditekankan sekarang ialah tiga elemen di atas seperti yang aku sebutkan di atas.

1. Penguatkuasa undang2. = wujudkan satu suasana yang mana penjenayah nak buat jenayah dia rasa susah. Mungkin kerana kawalan keselamatan yang kekal. Mungkin kerana di setiap jalan ada CCTV dan ia sentiasa beroperasi dengan effisen. Mungkin kerana ada sistem cegah jenayah yang berkesan di setiap penempatan tak kira status miskin kaya. Mungkin kerana ada jadual pantauan PDRM di semua tempat dalam setiap waktu.. 

Politik dan ekonomi juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pergerakkan jenayah di negara ini beb. Ia naik atau turun bergantung kepada kecekapan satu2 pemimpin yang mentadbir negara ini. Aku takmo hurai lanjut sebab panjang kang perincian dia cuma cukupla korang tahu bahawa politik + keadaan ekonomi antara faktor2 yang mempengaruhi perlakuan jenayah di negara ini.

2. Keadilan. = Dia buat jenayah, tetapi disebabkan pdrm bijak, dalam masa 24 jam dah dapat diberkas. Lepas tue didakwa dan dihukum setimpalnya. Jadi orang rasa takut. Gila ah. Nak buat jenayah pun fikir sejuta kali sebab sistem keadilan tue terlaksana kat negara neh beb.

3. Kawalan keselamatan. = Mungkin sudah sampai masanya untuk kita masing2 belajar mendalami seni pertahankan diri dan juga lebih baik jika setiap rumah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang lebih canggih dengan dengan kos yang mampu dimiliki tanpa kira status. Jangan la hanya utamakan orang2 kaya aje. Ingat orang kaya je ke nak rasa selamat beb. Nyawa sama aje kot tak kira miskin kaya ma. Lebih molek kalau ko wujud sistem interkom2 tue. Tengok muka. Dan benda tue boleh dirakam pula. Maka jika berlaku apa2 senang la. At least benda2 gini boleh cegah kejadian yang tidak diingini depan rumah. Cadangan2 lain seperti pondok guard dan sebagainya. Kat semua tempat beb. Jangan pilih2 penempatan miskin kaya.

Bagaimanapun aku ada sedikit tersinggung dengan pendapat Jamil Khir neh. Yang dia beria2 nak bagi idea2 begini bila babitkan salah seorang pegawai dalam agensi dia dah kenapa? Kemain banyak kot orang mati kena tembak kat negara ini. Mana suara dia? Nyawa je kot semua tue. Tapi dia lebihkan nyawa seseorang yang lain dari nyawa orang biasa sebab nyawa orang biasa takde kaitan dengan dia, macam itu ka?

Apa benda ah perangai menteri agama begini. Pentingkan diri sendiri la pula.

Apa pun cadangan untuk beri pistol tue aku kurang setuju. Aku rasa kita belum lagi sampai ke tahap macam tue. Beri pistol ttue pada aku lebih kepada untuk pertahankan diri sedangkan seelok2 kita kena wujudkan satu sistem jaringan keselamatan yang effisen beb.. barula menyeluruh. Perghhhhhh apa benda ayat yang aku guna neh hahhhhhhh? Tetiba rasa bijak luar biasa la pulaaa

KAH KAH KAH

Selasa, 12 November 2013

Warga Indonesia Buat Pengakuan Yang Jual Mykad Palsu Ialah Orang Malaysia..

Semakin lama semakin banyak persoalan2 yang bermain2 di minda rakyat ketika ini beb. Semalam sapa tengok berita tv3? KPN mengulangi beberapa kali secara tegas. Dengan suara yang menekan.

Saya nak cakap kad pengenalan ini palsu. Bukan di edarkan oleh JPN. Saya ulang sekali lagi kad pengenalan ini palsu. Bukan di edarkan oleh mana2 agensi kerajaan atau JPN. Saya ulang kad pengenalan penjenayah itu palsu..

Apa yang KPN nak sampaikan? KPN nak bagitau bahawa persepsi rakyat bahawa kad pengenalan warga asing = penjenayah bunuh pengawai AMBANK adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh mana2 agensi kerajaan di negara ini.

Owh oke.

Aku faham. Kalau betul takpe. Tapi yang aku pelik, sepalsu2 kad pengenalan depa tue pun takan sampai boleh menyerupai 100% macam kad yang ori? Yang neh aku minta PDRM jelaskan serba sedikit. Dalam setiap kad kita tue kan, ada rekod cap jari kita, betul? Disebabkan itu walaupun sesiapa mencuri kad pengenalan kita, bila dia nak buat account bank, dia akan scan cap jari dia. Sama tak rekod dalam kad pengenalan yang dia bawa tue. Kalau tak sama tak boleh la scan, betul? So yang neh scan jari dia tally dengan rekod yang terdapat dalam kad tue. Dan untuk masukkan cap jari kita dalam kad pengenalan tersebut, kita kena ada alatan dia, betul?

Hah. 

Jadi kat sini tak salah lagi bila kami syak ia melibatkan organisasi yang besar since penjenayah tersebut siap buat account bank lagi beb.

Sekarang korang baca pula pengakuan dari warga Indonesia yang juga menyamar sebagai rakyat Malaysia dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di dalam negara ini ;



1. Dia ditawarkan masuk ke dalam negara ini untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan..

2. IC Malaysia turut disediakan..

3. Kena bayar upah rm350

4. Orang Malaysia ialah dalang.

Perghhhh

Ini account facebook dia ==> https://www.facebook.com/arjuna.tangguh.7?fref=ts 

Dia neh pun ada dua account facebook. Satu lagi nama melayu apa tah. Agaknya itu identiti Malaysia dia kot. Mohon polis selidik hal neh dalam2 weh. Sapa dalang disebalik semua ini. Dan untuk rekod, si Arjuna neh dah hidekan atau padamkan semua perkara2 penting di wall facebook neh. Wall fb nama Malaysia dia aku tatau dia dah padam ke belum. Yang tue aku lupa apa tah.. cuma nak jelaskan bahawa PDRM patut panggil si Arjuna neh ke balai dan amek keterangan dia. Mohon dia dedahkan sapa rakyat Malaysia yang jual IC kat dia. Chelakey. Habis rosak negara ku disebabkan oleh penjenayah gila duit sampai gadaikan maruah negara tercinta..

Rupa2nya Hamdan Bin Hamid Rakyat Malaysia Yang Dicuri Identiti Oleh Warga Asing - Baca Dan Sebarkan..

Gila ahhh

Kes neh lebih rumit dari apa yang berlaku. Warga asing kini bukan saja semakin berani menggunakan MYKAD palsu bahkan lebih teruk mencurik identiti rakyat Malaysia dan berbuat sesuka ahti dengan identiti yang dicuri olehnya..

Ini betul2 gila.

Kes yang sama pernah singgah kat inbox aku dulu. Bagi yang tatau boleh rujuk sini ;

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=212367482269687&set=pb.169361723236930.-2207520000.1384185990.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F521740_212367482269687_1208775613_n.jpg&size=600%2C450

Maksudnya kat sini, sesiapa saja di luar sana, boleh menjadi mangsa warga asing ini. Ko, aku dan sesiapa saja. Mereka boleh menyamar sebagai kita walaupun mereka bukan kita. Bahkan mereka boleh menggunakan identiti kita untuk apply loan, apply talian telefon, apply kad kredit, kahwin dan sebagainya selagi mana mereka menggunapakai kad pengenalan kita.

WOWWWWW

Ini benar2 bahaya beb. Aku tetiba rasa SERAM.

Citer dia begini. Rujuk gambar kat bawah neh ;


Nak tahu dia siapa? Dia neh rakan kepada pembunuh pegawai bank. Ini dipetik dari laman facebook dia sendiri tau tak? Oke. Itu satu hal. 

Lihat bawah pula ;



Nama dia ada dalam daftar pemilih. Yakni = IC dia kemungkinan besar ori = berdaftar dengan JPN beb. Itu point kedua. Ini dipetik dari laman web SPR. Boleh check sendiri beb.

Lihat gambar bawah neh pula ;



Ini gambar yang diperolehi dari laman fb nya oke. Sama kan muka macam dalam kad anggota RELA kat atas tadi? Oke. Dari mana aku dapat?

Rujuk sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=392523164207803&set=pb.100003503671031.-2207520000.1384186367.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash4%2F1185534_392523164207803_1960569328_n.jpg&size=640%2C960

Tahu apa nama yang dia gunakan dalam facebook?

Ini dia ==> Arshanikum Endeyn

Tapi nama dalam kad RELA lain pula, ye tak? Oke ini point ketiga.

Ulangan, kad RELA tue pun dipetik dari laman facebook dia sendiri oke.

Rujuk sini ==>  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=352661271527326&set=pb.100003503671031.-2207520000.1384186368.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F1025406_352661271527326_1805904064_o.jpg&smallsrc=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F1010596_352661271527326_1805904064_n.jpg&size=1529%2C2048

Nama Hamdan Bin Hamid ada dalam rekod daftar pemilih sebab pemilik sebenar kepada IC tersebut memang berdaftar sebagai pemilih. Ini berlaku sebab dia rakyat Malaysia. Yang mangkok ayun kat atas neh pula cilok identiti salah seorang rakyat Malaysia. 

Adakah kemungkinan besar pemilik kepada dua2 IC ini samada yang ORI mahupun PALSU boleh mengundi sebanyak 2 kali secara berasingan? Itu aku tatau. Kita minta SPR jawab persoalan kita.

Dan korang terfikir tak apa yang aku terfikir? Kita kalau buat benda jahat mesti mao sorok2 ma. Pasal apa plak nak tayang bagai kan? Dah sah2 dorang kat atas neh seme buat benda jahat. Pasal apa dorang slumber gile je upload macam2? 

Adakah ini kerana dorang ;

1. Dilindungi oleh pihak tertentu dari PDRM?

2. Penguatkuasa di Malaysia lemah jadi dorang sikit pun tak heran?

Wajah sebenar pemilik kepada nama dan no ic di atas telah didedahkan oleh blogger MAZ. Rujuk gambar kat bawah neh ;


Rujukan : sini

Alahai. Tak pasal2 jadi mangsa ye tak?

Semoga individu yang mengenali mangsa di atas, sedara mara dan sesapa saja la yang mengenali mangsa boleh la ke balai polis yang berhampiran untuk log report dan buat sidang media bagi membersihkan keadaan. Jangan lupa juga. Lakukan semakan samada nama dan no IC anda ada digunakan untuk apa2 tujuan yang tak baik oke. Jangan biarkan hidup kita dihantui oleh pencuri identiti rakyat Malaysia. Nyahkan warga asing yang jahat. Apa pun tak boleh la dorang neh.

Oke bai. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...