Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 November 2013

Pistol Untuk Ustaz - Cadangan Jamil Khir Untuk Lindungi Ustaz..

Pistol untuk semua yang rasa terancam di negara neh pun oke juga aku rasa. 

Almaklumla.. rakyat pun nak rasa selamat. Dalam suasana sekarang tah bila2 masa orang boleh tembak kita. Tengah2 mengadap komputer, update blog, pun orang boleh masuk rumah dan tembak beb. Punya la longgar tahap keselamatan + penguatkuasaan + keadilan di dalam negara ini, sehingga gabungan tiga elemen itu menyebabkan penjenayah boleh bermaharajalela sewenang2nya di dalam negara ini.

Lihat bawah ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan agar anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/246416

Cadangan neh mungkin oke tapi sayang tak berapa tepat sebab ia merujuk kepada keadaan ketika mereka sedang melakukan operasi. Ancaman sebenar bukan ketika pegawai2 penguatkuasa neh sedang melakukan operasi. Ancaman sebenar ialah ketika penguatkuasaan2 ini duduk santai di rumah, memandu kereta dan sebagainya.. iaitu ketika mereka tak sedar bahaya sedang menanti di hadapan sana..

Pada aku membekalkan pistol hanya mewujudkan suasana happy trigger.

Yang perlu ditekankan sekarang ialah tiga elemen di atas seperti yang aku sebutkan di atas.

1. Penguatkuasa undang2. = wujudkan satu suasana yang mana penjenayah nak buat jenayah dia rasa susah. Mungkin kerana kawalan keselamatan yang kekal. Mungkin kerana di setiap jalan ada CCTV dan ia sentiasa beroperasi dengan effisen. Mungkin kerana ada sistem cegah jenayah yang berkesan di setiap penempatan tak kira status miskin kaya. Mungkin kerana ada jadual pantauan PDRM di semua tempat dalam setiap waktu.. 

Politik dan ekonomi juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pergerakkan jenayah di negara ini beb. Ia naik atau turun bergantung kepada kecekapan satu2 pemimpin yang mentadbir negara ini. Aku takmo hurai lanjut sebab panjang kang perincian dia cuma cukupla korang tahu bahawa politik + keadaan ekonomi antara faktor2 yang mempengaruhi perlakuan jenayah di negara ini.

2. Keadilan. = Dia buat jenayah, tetapi disebabkan pdrm bijak, dalam masa 24 jam dah dapat diberkas. Lepas tue didakwa dan dihukum setimpalnya. Jadi orang rasa takut. Gila ah. Nak buat jenayah pun fikir sejuta kali sebab sistem keadilan tue terlaksana kat negara neh beb.

3. Kawalan keselamatan. = Mungkin sudah sampai masanya untuk kita masing2 belajar mendalami seni pertahankan diri dan juga lebih baik jika setiap rumah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang lebih canggih dengan dengan kos yang mampu dimiliki tanpa kira status. Jangan la hanya utamakan orang2 kaya aje. Ingat orang kaya je ke nak rasa selamat beb. Nyawa sama aje kot tak kira miskin kaya ma. Lebih molek kalau ko wujud sistem interkom2 tue. Tengok muka. Dan benda tue boleh dirakam pula. Maka jika berlaku apa2 senang la. At least benda2 gini boleh cegah kejadian yang tidak diingini depan rumah. Cadangan2 lain seperti pondok guard dan sebagainya. Kat semua tempat beb. Jangan pilih2 penempatan miskin kaya.

Bagaimanapun aku ada sedikit tersinggung dengan pendapat Jamil Khir neh. Yang dia beria2 nak bagi idea2 begini bila babitkan salah seorang pegawai dalam agensi dia dah kenapa? Kemain banyak kot orang mati kena tembak kat negara ini. Mana suara dia? Nyawa je kot semua tue. Tapi dia lebihkan nyawa seseorang yang lain dari nyawa orang biasa sebab nyawa orang biasa takde kaitan dengan dia, macam itu ka?

Apa benda ah perangai menteri agama begini. Pentingkan diri sendiri la pula.

Apa pun cadangan untuk beri pistol tue aku kurang setuju. Aku rasa kita belum lagi sampai ke tahap macam tue. Beri pistol ttue pada aku lebih kepada untuk pertahankan diri sedangkan seelok2 kita kena wujudkan satu sistem jaringan keselamatan yang effisen beb.. barula menyeluruh. Perghhhhhh apa benda ayat yang aku guna neh hahhhhhhh? Tetiba rasa bijak luar biasa la pulaaa

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...