Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 November 2013

Restoran Di Arah Laksanakan GST Mulai November 2013. - Najib Sila Jawab!

Dari dulu lagi orang confuse. Aku pun confuse. Ramai orang confuse. Dan kekeliruan ini berterusan dari hari ke hari. Dan BN nampaknya macam tak kisah aje bila tindakan2 mereka telah membuatkan rakyat awam keliru.

Ini la masalahnya bila mereka cakap sesuatu yang lain, buat sesuatu yang lain.

Ataupun cakap tanpa memberikan penjelasan yang menyeluruh. Jadi orang awam rasa keliru. Bila mereka rasa keliru mereka akan rasa tertipu. Bila mereka rasa, mereka tertipu, mereka akan menyalahkan BN secara tidak langsung kerana beranggapan bahawa BN telah menipu mereka.

Cuba cakap jujur2. Dah atau belum? Dilaksanakan secara berperingkat dalam beberapa sektor tertentu ataupun bukan? Ini yang orang nak tahu.

Lihat bawah ;


Baru2 ini sahabat facebook dari Sarawak mendedahkan gambar di atas. Lokasi Kuching. Nama restoran seperti yang tertera dalam resit di atas, SCR restoran.

Yang menjadi tanda tanya umum.

1. Kerajaan cakap GST akan dilaksanakan pada April 2015.

2. Tapi neh tengokla.. ada restoran dah diarahkan untuk mengenakan GST kepada para pelanggan nya..

3. Apa cerita?

4. Mungkin kah yang kerajaan maksudnya bahawa GST akan dilaksanakan secara menyeluruh menjelang April 2015.

5. Ini bermaksud ia akan dilaksanakan secara berperingkat sehinggala April 2015 tiba..

6. Dan ini juga bermaksud kerajaan takan tunduk pada sebarang desakan untuk menangguhkan GST..

Adakah ini konsep yang kerajaan gunapakai?

Cuba cakap jelas2 sikit. Sebab kami nak amek posisi kat sini. Kalau kami pun tak jelas dengan tindakan kerajaan kami pun susah nak tetapkan matlamat. JANGAN KELIRUKAN RAKYAT macam neh. Kan kena maki kang sentap pula.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...