Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 April 2015

Sesi Mengumpat 'Guru Kafa' Oleh Wakil Rakyat PKR Disebarkan.

Kita ialah kawan. Sehaluan. Satu geng bila berjumpa di depan-depan.

Di depan-depan kita takan cakap apa yang kita fikir tentang mereka di dalam ahti. 

Kita ialah pakar mengumpat dan kaki mengutuk. Ramai dari kita kerap menafi berulang kali. Kerana sesetengah dari kita berfikir perbuatan mengumpat dan mengutuk itu satu perbuatan yang keji. Tapi kita sedar kita buat benda tue. Cuma kita tak selesa nak mengaku benda yang kita buat. Kita lebih selesa jadi munafiq, poyo, hipokrit, talam bermuka-muka dan penipu yang cool. Macam aku.

Aku suka mengumpat. Dan aku suka mengutuk. Aku suka mengumpat ahli parlimen BN. Dan aku suka mengata ahli parlimen PR. Aku suka mengata tentang mereka di media sosial. Di blog-blog aku. Di wassap group juga. Pendek kata hidup aku dipenuhi dengan mengumpat mereka sentiasa. Mulanya kerana marah. Tapi lama-lama aku rasa ketagih nak mengutuk mereka. Bagi aku mereka ialah subjek yang seronok aku umpat 24 jam. Ada banyak sebab kenapa mereka sesuai dijadikan bahan umpatan.

KAH KAH KAH

Dan. Seperti aku, mereka juga kaki mengumpat.

Ada beberapa sebaran printscreen mengenai ahli parlimen PKR yang mengulas atas 2 isu. 

Pertama, tentang ponteng persidangan parlimen.
Kedua, tentang mengumpat guru KAFA rakan seperjuangan sendiri.

Tentang ponteng parlimen bukan la MP PKR mengutuk. Tapi apa yang Rafizi buat cuma SPIN sahaja. 

Diulangi. Cuma SPIN sahaja. Ya, CUMA.

Ini sebaran di media sosial.


Abang Rafizi kau marah.

Dan dia marah lagi ;



Abang Rafizi kau marah berapi-api sebab dia tak faham point sebenar. Jika dia fahami point sebenar dia takan marah berapi-api pun.

Apa pun tanpa sedar abang Rafizi kau neh dah bongkar stail MP PR buat kerja. Maksudnya, depa tahu jadual sesi parlimen tapi depa pilih-pilih usul untuk hadir ke tidak. Contohnya macam kau p kelas. Ada kelas kau nak masuk ada kelas kau taknak masuk. Ikut la kesesuaian kau. Macam la rakyat bayar kau gaji untuk kau suka-suka pilih usul. Dan macam la rakyat bayar kau gaji untuk berceramah. Dan anggap macam la rakyat ahti kering sampai tak boleh toleran yang ada masa-masa kau tak dapat jenguk kawasan kerana terikat dengan persidangan parlimen. Kesemua sangkaan buruk terhadap pengundi, penyokong dan rakyat Malaysia oleh MP PR ini amat menyakiti jiwa aku yang memang kerjanya mengumpat, mengumpat dan mengumpat ahli politik dengan gaya cool dan berlagak nak mampos.

Aku tak bercakap tentang POTA. Aku bercakap tentang keperluan seorang ahli parlimen berada di parlimen sepanjang persidangan parlimen. BN dan PR. Itu sahaja. Aku fikir aku boleh toleransi dengan ketidakhadiran Najib dan Muhyiddin semata-mata atas nama mereka PM dan TPM. Selain dari itu aku tak fikir aku akan tolerate dengan mana-mana pihak yang ponteng tanpa alasan seperti mampos, sakit dan kematian ahli keluarga atau desakan membantu rakyat. 

Pasal POTA neh aku tatau. Aku hanya dengar PR membebel macam-macam. Itu ini. Tapi haram aku faham dan tahu. So aku taknak memihak dalam isu POTA sehingga aku sendiri faham apa yang aku patut faham.

Kedua. Sesi mengumpat guru KAFA.

Yang disebarkan oleh geng-geng dalam group tue sendiri le.



Yang dimaksudkan tentang guru KAFA tue pula, rujuk video bawah neh hah ;



Tangisan seorang guru KAFA Selangor yang mahu menyerahkan surat Suara Hati mewakili 10,000 Guru KAFA Selangor kepada Kerajaan Negeri tetapi dihalang. Kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, maka harapan guru-guru KAFA menuntut kenaikan elaun guru dari rm1300 kpd rm1500 seperti yg dijanjikan dlm manifesto Pakatan Rakyat selangor sebelum PRU dahulu.
Posted by Siakap Keli on Wednesday, April 8, 2015



Rujukan.


Komen menarik dalam isu di atas.


Satu perangai melayu yang buat aku meluat ialah kau sikit-sikit heret yahudi yahudi yahudi yahudi yahudi yahudi yahudi yahudi dan yahudi sampai mati. Terasa kot aku. Dah la aku sayang yahudi. Cuba la bawak-bawak belajar mengulas dan menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan. Dari apa yang aku difahamkan. Memo tersebut bertujuan menuntut PR menunaikan janji mereka untuk menaikkan elaun seperti yang tertera dalam manifesto PR. Pasal elaun guru KAFA tue memang sebahagian dari manifesto. Disahkan sendiri oleh Nik Nazmi.


Sebenarnya, hidup di bandar besar seperti Selangor gaji 1,212 atau 1,300 memang tak cukup. Ini kita sembang bab realiti la. Dengan GST lagi. Mao rakyat meroyan cari duit untuk serap impak kenaikan woi. Boleh jadi desakan akan dipercepatkan kenaikan elaun tadinya tue adalah disebabkan pelaksanaan GST. Jadi patut la bersangka baik pada tuntutan tersebut. 

Sebab itu daripada menghalang dia masuk ada faedahnya membetulkan dress-code dia agar bersesuaian dengan kehendak majlis dan izinkan dia hantar memo. Undang2 kita buat kita plan. Semua buat relax sudah. Kalau tak puas ahti mengumpat la dalam wassap. Macam tak biasa. Bersama kita menjadi masyarakat yang suka mengumpat dan mengutuk orang 24 jam macam aku. Lepas tue bajet alim ketika solat. Then sambung mengutuk lagi macam takde perasaan. Jangan takut. Bila mati nanti baru kita fikir apa nak jawab depan tuhan. Siyes. Dan paling penting, ikhlas.

Kbai.

Hasan Malek Keluar Amaran Desak Peniaga Beli Mesin Daftar Tunai Sebelum 1 Mei.

Amaran oleh Hasan Malek. 


Ouchhhh. Takutnya titew bila tengok Acan Malek bagi amaran. Sherammm.


Sebelum neh page2 BN telah sebarkan satu propaganda. Katanya sesiapa yang tulis resit dan claim GST itu maksudnya peniaga menipu. Tapi selepas membaca statement Hasan Malek di atas maka page2 pro BN la yang penipu + haprak nak mampos.

Kau telah menyebarkan satu persepsi yang kononnya semua peniaga yang menulis tangan dan mengeluarkan resit GST sebagai penipu dan collect GST secara salah walhal rupa-rupanya memang ada peniaga yang menulis tangan disebabkan belum lagi membeli mesin daftar tunai untuk keluarkan resit secara sistematik dan proper.

Apa neh? Secara salah telah sebarkan satu input bagi memperdayakan pengguna.

Terus terang. Aku memang fikir semua yang tulis tangan tue penipu. Pasal sebaran FOBN. Rupa-rupanya tidak seperti yang disebarkan. 

Dan bagi memastikan sistem GST berjalan mengikut apa yang kerajaan sasarkan, menteri KPDNKK telah keluarkan satu amaran kepada semua peniaga. Semua peniaga yang collect GST on behalf of the goverment perlu la membeli mesin daftar tunai GST. Mesin neh aku rasa semua dah tengok kot macam mana. Aku tak pasti jika 'paternnya' sama untuk semua jenis peniaga tapi yang kebiasaan ada di kedai-kedai sekarang ialah begini ;



Kosnya pula bagaimana? Aku rasa ada beberapa faktor mempengaruhi kos mesin berkenaan.

- Jenis / jenama / model

- Tempoh jaminan

- Kursus / module penggunaan mesin (untuk tujuan rekod + masukkan kod barang lagi + belajar sistem GST)

- Tempat dibeli. Mungkin sesetengah tempat lebih murah atau mahal disebabkan penawaran dan permintaan.

Ada member facebook yang roger info. Dia beli 12,000 beb. Gila mahal.

Aku google-google pula. Dekat 3,000, 4,000 pun ada juga. Tapi itu kat website LELONG. Tak masuk kos penghantaran. Maybe betul la anggaran sesetengah pihak. Kosnya mungkin dalam anggaran 10k - 12k.

Betul-betul boleh buat duit neh. Patut aku jual benda neh awal-awal hari tue.

KAH KAH KAH

Persoalannya, setelah peniaga dipaksa dan didesak oleh kerajaan untuk beli mesin, kau rasa peniaga bengang tak? Aku syak peniaga akan bengang. Dan mungkin depa bertindak balas dengan menaikkan harga barang. Aku syak saja la.

KAH KAH KAH

Kbai.

Betul Ke Najib Baca Jawapan YG Disediakan Untuk Menjawab Mahathir Di Kaca TV?


Bukan teruja pun tapi saja nak tengok Najib muncul di TV bagi menjawab kritikan-kritikan Mahathir ke atasnya. Apa benda la dia nak kelentong orang. Padahal awal-awal lagi dah set minda. Rancangan tue confirm versi rakaman dan bukannya LIVE. Manakala, soalan tue semua plak mesti dah diplan awal-awal. So Najib boleh siap sedia dengan jawapan dia sendiri. Macam soalan bocor la. Kau dah tahu kertas periksa nak keluar soalan apa. Maka kau siap-siap cari jawapan. Tapi nampaknya mungkin juga jawapan-jawapan tue bukan keluar dari kepala hotak Najib sendiri.

Semalam. Semasa Najib menjawab tentang kritikan Mahathir, ada sesetengahnya aku pernah baca di blog-blog UMNO. Memang membosankan. Sapa tiru jawapan siapa. Blogger UMNO minta point Najib untuk bidas pembangkang di laman sosial atau Najib yang meminta jawapan dari blogger UMNO untuk bidas Mahathir di kaca TV?

KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH KAH

And. Kononnya juga. Najib sebenarnya baca jawapan yang disediakan oleh orang lain.

Benda neh jadi kecoh sebab ;


Dan, akhirnya ;


So piem kita guna jawapan orang lain ka macam mana? Dia minta jawapan dari sana sini. And pilih yang terbaik bagi menangkis kritikan Mahathir. Macam tue ka?

Tapi kenapa dia membayangkan rancangan itu LIVE padahal versi rakaman ;


Tapi aku tengok macam heran sikit la.

- Najib jawab Mahathir guna saluran TV

- Maksudnya Najib sedar la kritikan Mahathir ke atasnya memberi kesan dan tekanan ke atas pentadbirannya.

- Jawapan pun konon siap disediakan oleh pihak ketiga

- Kalau baca dari status Buzze Azam nampak macam benda neh planning last minit

- Lagi beberapa jam program nak ke udara, baru terhegeh-hegeh minta jawapan dari pihak tertentu

- Sunguh pun jawapan Buzze tidak digunakan tetapi mungkin juga Najib baca jawapan dari pihak lain

- Kalau tentang Altantuya tue semua tak boleh pihak ketiga jawab. Mesti Najib juga sebab ia berkaitan tentang kenalan Najib. Mana orang lain tahu Najib kenal ke tak kenal Altantuya. Najib sendiri la yang siap maklum dia kenal ke tak kenal.

- Mungkin sesetengah jawapan je dia cedok dari orang lain. Sesetengahnya keluar dari akalnya sendiri.

- Dan aku heran. Dia kan piem. So mestila banyak perkara dia lebih jelas berbanding orang lain. Kenapa perlu minta pihak ketiga sediakan jawapan? Pada aku memang aku ragu-ragu. Mustahil seorang PIEM tak reti nak jawab sendiri. Semua persoalan-persoalan itu sebenarnya pihak ketiga takan lebih jelas berbanding dirinya sebab dia sendiri yang buat semua keputusan memandangkan dia PERDANA MENTERI MALAYSIA.

- Kononnya pihak yang sediakan jawapan pun dapat upah. Betul ke. Baca kat status Buzze Azam agak masyuk gak upah yang dimaksudkan.

Harap-harap apa yang dikemaskini oleh Buzze Azam bukan troll. Kalau tidak, tak memasal kita semua kena tipu dengan dia beb.

KAH KAH KAH

Khamis, 9 April 2015

Malam Ini Jam 10 Najib Akan Jawab Persoalan Mahathir Di Kaca TV.


Selepas kaw2 dihentam dengan Mahathir, akhirnya Najib buka mulut dan mahu menjawab semua persoalan yang dilemparkan ke atasnya. Malam ini Najib akan muncul di saluran tv3 bagi menjawab kesemua isu yang membelenggu pentadbirannya yang telah memasuki angka ke 6.

Berikut apa yang dilaporkan oleh Mstar ;

Pelbagai persoalan dan kritikan yang diketengahkan kebelakangan ini berhubung pentadbiran negara yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dijelaskan pada Khamis malam.
Orang ramai dapat mengikuti perincian mengenainya menerusi program Soal Jawab Khas Bersama Perdana Menteri pukul 10 malam ini.
Menerusi rancangan terbitan TV3 yang turut disiarkan saluran televisyen rasmi negara, Perdana Menteri akan menjawab pelbagai isu semasa berkaitan politik dan ekonomi.
Rancangan bersiaran selama sejam itu akan dikendalikan moderator, Hamdan Ahammu.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lantang mendesak supaya Najib menjawab pelbagai persoalan termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, selain pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Malahan, beliau juga secara terbuka menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum akan datang jika masih diterajui Najib.
Bagaimanapun, kepimpinan Umno dan BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mempertahankan pentadbiran sekarang.
Kepimpinan parti kerajaan juga mahu Dr Mahathir memberi peluang untuk negara ditadbir mengikut cara Najib.

Bukan LIVE. Versi rakaman. Ini mesti cuak dan takut kalau tersalah jawab atau tersasul. Tapi aku nak tengok juga. Saja nak tengok apa benda yang dia nak ulas mengenai kritikan-kritikan Mahathir ke atasnya. Jawab direct atau SPIN memanjang.

KAH KAH KAH

Selepas Update Aidana Masih Hidup, Blog Shahbudin Gagal Diakses.

Apa neh Shahbudin. Buat orang rasa rungsing pula. Dari tadi aku buka blog dia tak dapat-dapat. Aku nak baca content sebenar tentang apa yang dia lapor tentang Aidana. Tapi tak boleh. Sebab blog dia gagal diakses oleh aku. 

Aku cuba buka kat google, gagal.
Cuba kat Firefox. Gagal lagi.
Guna tablet pun masih gagal.
Then try SMARTPHONE. Tetap gagal.
Macam sengaja nak mencabar aku untuk berfikir tentang konspirasi. Meluat betul la.

Tadi aku baca ini ;

Seorang wanita mendakwa gambarnya telah digunakan sebagai individu yang berada di sebelah juruterbang helikopter, Clifford Fornier.
Aidana Karabasova juga menyangkal kenyataan seperti yang dilaporkan sebelum ini, bahawa dia bukan berasal daripada Kyrgystan sebaliknya Kazakhstan.
Artikel itu ditulis Shahbudin Husin dalam entri terbaru blognya Shahbudin dotcom.
Bekas Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju itu memaklumkan dia menerima email daripada Aidana Karabasova pada pagi Khamis.
“Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima, Shahbudin yakin ia menyokong telahannya sebelum ini bahawa gambar yang tersebar selepas nahas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias bersama empat yang lain adalah tidak benar.
“Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva,” katanya.
Shahbudin sebelum ini pernah menyuarakan kesangsiannya berhubung gambar yang tersebar luas kononnya milik Aidana Baizieva. Hujah itu dibuat atas alasan imej berkenaan diperolehi daripada laman web gaukhara.com.
Berdasarkan pengakuan yang diterima daripada Aidana Karabasova, dia cuba mengaitkan fakta itu dengan Daniyar Kessikbayev, menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Aku baca di FMT.

Lepas tue aku laju-laju p buka blog Shahbudin. Tapi haram dapat. Lepas dah gagal banyak kali selepas mencuba aku try suruh member plak buka. Dia pun sama macam aku. Tak boleh akses.

So aku pelik gak neh. Pasal apa tak boleh buka. Aku nak baca content asal. Nak baca apa yang si blogger tue cuba kaitkan dengan Rosmah dan Najib apa bagai. Tension betul la.

Sapa dapat buka. Copy paste sini content dia okay.

Kbai.

Dek Kerana Salah Info, Kredibiliti Rafizi Dipertikai Dan Dihentam Kaw2 Di Laman Sosial.

Aku marah juga. Terasa juga. Geram juga. Tapi takde la teruk sangat perasaannya seperti Kajang Movie punya cerita. Yang itu sampai sekarang aku geram. Marah. Sakit ahti. Cuma boleh dikawal sejajar dengan masa yang berlalu.

Semalam Rafizi telah melakukan sesuatu. Menyebarkan satu info yang kononnya kerajaan beli 6 kereta baru BMW.

Aku. Dan ramai yang lain mempercayai dan menyakini info tersebut.

Bukan setakat percaya. 
Yang sebar pun ramai.
Yang kutuk jangan kau cakap.
Yang maki dah tentu.
Berapi-api semua cukup.

Alih-alih. Selepas tersebar meluas dan selepas orang penat maki hamun BN, tetiba lain pula info yang tiba di telinga kita. Dan ini sangat WOW. Kita terasa seperti apekah ini.. adakah aku err sedang salah tuduh..? Erkk.. aku dah termaki kot tadi. Macam mana nak padam balik kesalahan tadi tue.. 

Dem. Dem. Dem.

Apa yang Rafizi sebar ialah kerajaan beli kenderaan baru.

Baca : Kerajaan Kantoi Beli Kereta Baru.

Ayat aku ada sedikit 'play-safe' kat hujung-hujung. Bukan la aku jangka Rafizi akan kantoi tetapi dah menjadi attitude aku untuk kadang-kala play safe sebab nak jaga diri aku sendiri la. Kang tak memasal aku ke dalam. Bukan kena puji. Geng2 BN kutuk aku lagi ada. HAHAAHAHAH. Padan muka lue. Masuk penjara. Itula kutuk kerajaan lagi. Padan muka. Padan muka. Tak berapi kau kena ejek macam tue. Berapi kot. So sedikit sebanyak tetap la kena 'play-safe'. Biar la orang nak ejek penakut ka pengecut ka apa ka. Aku rasa aku boleh serap ejekan macam tue. Tapi kalau kena ejek dengan malaon BN sebab masuk penjara mao trauma aku sampai mati. Tak tahan wooo.

And then. Tah macam mana tetiba apa yang Rafizi sebar bukan la fakta. Sebaliknya dinafikan oleh BMW. Aku macam susah sikit nak sebut keadaan neh. Tapi sebab Rafizi pun dah kemaskini di laman facebook dia maka dia membayangkan la juga bahawa kenyataan dari BMW itu benar.

Baca ;

BMW Group Malaysia hari ini menafikan dakwaan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa kerajaan Malaysia telah membeli enam unit kereta BMW 7 Series.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata kenderaan itu adalah tanda komitmen BMW Group Malaysia sebagai rakan penaja bagi Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Katanya, BMW Group Malaysia katanya akan menyediakan kenderaan BMW 7 Series dan BMW 5 Series yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kepada tetamu kehormat, pegawai dan VIP pada persidangan terbesar Asia Tenggara hujung bulan ini. -Awani.

Hak ala. Salah info la pula. Bagi aku ada faedah sikit-sikit juga atas tindakan Rafizi. At least Rafizi ada inisiatif untuk peduli dan persoal. Bagi aku satu dua salah dia aku boleh terima dan lupakan. Kecuali insiden Kajang Movie. Oleh kerana dia manusia, aku manusia, maka kita tak lepas dari kesilapan. Ini aku faham. 

Tapi dalam waktu yang sama, perkara ini memberikan impak yang negatif ke atas imej Rafizi. Oleh kerana aku neh pro pembangkang, maka pada aku silap macam neh aku boleh abaikan selagi mana dia ada niat dan usaha untuk betulkan. Aku cakap terus terang.

Tapi bukan semua orang akan fikir macam aku. Sebab itu tak memasal Rafizi kena kutuk kaw2 di laman facebooknya sendiri. Aku tak sure dia ban orang ke tak. Tapi admin Rafizi atau Rafizi yang aku kenali memang jenis block dan ban orang yang kritik dia kat facebook dan twitter. Cakap pasal fakta sudah la. Member2 aku ramai kena block dengan Rafizi. Hapa pun tak boleh.

Ini kritikan-kritikan ke atas Rafizi. Ramai gile kot yang marah.



 
Hish hish hish.. 

Aku baca aku pun terasa. Pasal aku percaya dan sebar. Pening otak aku. Aku rasa tak selesa pula bila rupa-rupanya info tersebut salah. Itu bagi mereka yang memainkan peranan sebagai pelapor dan playsafe macam aku. Kalau yang jenis dah maki kaw2 apa kesnya? Mao depa tak sakit ahti?

Aku harap Rafizi belajar sesuatu kat sini. Aku pun sama. Kita hentikanla. Kalau tidak tak memasal kita dah setaraf malaon BN. 

Kbai.

Rakyat Serabut Fikir Masalah GST - Anak Bini Menteri Sibuk Bergaduh Tentang Gelaran.

Memang jenis takde masalah atau takde masalah berat. Otak tue tak digunakan untuk berfikir tentang masalah dan perhatikan keadaan dunia yang mengelirukan sebaliknya lebih banyak diserabutkan untuk gaduh hal remeh temeh.

Baru-baru.

Anak menteri VS mak tiri di laman sosial.

Semua neh gara-gara anak tiri yang bengang dengan mak tiri yang guna gelaran Datin Seri ketika ditemubual dalam 2 majalah sebelum neh. Oleh kerana bengang, si anak menteri pun sindir-sindir mak tiri di laman sosial.

Katanya. Wanita yang menggunakan gelaran sesuka ahti ialah sebagai individu yang terdesak.

Selain itu anak menteri tersebut juga menegur editor majalah yang tidak menyelidik sebelum meletakkan gelaran terhadap wanita tersebut. Tambahnya lagi. Hanya isteri pertama berhak atas gelaran tersebut.

Anak menteri yang dimaksudkan ialah Nedim Aziz. Anak menteri pelancongan, Nazri Aziz. Nedim juga kekasih kepada pelakon wanita Malaysia, Nora Danish.

Yang si Nedim neh sindir ialah madu mak dia. Isteri kedua Nazri Aziz.

Lihat gambar ;


Seorang wanita yang masih muda tetapi tak memasal dah jadi mak tiri dia. Mungkin la kot Nedim bengang. Kalau aku pun aku rasa aku bengang.

KAH KAH KAH

Namun perkara itu dinafikan oleh mak tiri Nedim di laman Instagram.

Baca ;


Konon mak Nedim dah bercerai dengan Nazri. Tak malu nak mengaku isteri walaupun dah 26 tahun berpisah. Dia buat kenyataan tersebut atas arahan suaminya. 

Bangang pun ada. Tolol pun ada mak tiri Nedim neh. Pada aku la. Aku rasa sebagai anak Nedim automatik akan backup mak dia. Ini perasaan yang ada pada semua anak-anak. Tak percaya tanya diri sendiri. Ko rasa ko akan condong tak pada mak kau? Kalau aku memang ya. Aku akan condong pada mak aku. So kenyataan Nedim tue sepatutnya mak tiri buat relax sudah. Fahamkan. Setiap anak-anak mesti cover mak sendiri. Ini sifat normal anak. Apa yang Nedim buat sebenarnya cover mak dia. Itu perasaan dia.

Sentap satu hal. Lepas tue p jaja hal peribadi dan rumahtangga kat orang ramai. Dah la VVIP. Ingat orang bantai kesian ke? Kena kutuk lagi ada. Berapa peratus VVIP di Malaysia? Berapa peratus pula yang jadi rakyat biasa? Dan kau rasa rakyat biasa nak simpati dengan diri kau yang bergaduh isu gelaran dengan anak tiri? G mampos la kot. Kita orang tak heran. Yang kita buat ialah kutuk kebodohan korang-korang yang bergaduh tentang isu gelaran. Macam isu penting pula. Rakyat bersepah merempat sebab bapak kau dan suami kau bukan buat kerja untuk bantu rakyat pun. Lebih kepada meroyan je. Teruskanla gaduh lagi atas isu-isu bodoh. Sebab kita orang nak buat modal troll dan kutuk. Jangan cerita pasal syurga neraka dengan aku. Untuk orang jahat bercerita tentang agama ia hanya menghadirkan rasa meluat di jiwa aku. Ini jujur tau.

KAH KAH KAH

Rabu, 8 April 2015

2 Kali Ahmad Maslan Hulur Tangan Nak Salam Sultan Johor Tapi Tidak Dilayan - Kena Kutuk Kaw2 Di Laman Sosial. (Video Inside).


Bukan isu penting pun tapi kelakar. Mungkin mengubat sedikit jiwa rakyat yang bengang dengan Ahmad Maslan dalam isu GST. Aku tak pro monarki apatah lagi sultan Johor. Tapi penolakan sultan Johor terhadap huluran tangan Ahmad Maslan untuk bersalam timbul persoalan juga. Kenapa agaknya?

Rakaman ini beredar di internet ketika ini.

Aku Hulur Tangan Nak Salam Tapi Dia Buat Tak Tahu..
Sultan Johor buat derk jek kat Ahmad Maslan yang hulur tangan 2 kali nak bersalam.Sumber : Azroy Helin
Posted by Ameno World on Wednesday, April 8, 2015

Tidak diketahui bila dan di mana. Namun ;

- Aksi Ahmad Maslan yang dua kali hulur tangan untuk bersalam dengan sultan Johor tidak diendahkan sultan.

- Nak kata sultan tak nampak, tak juga. Jelas sultan perasan kehadiran Ahmad Maslan disitu dengan tangan dia sekali.

- Ada juga kata-kata nakal yang mengusik. Konon Ahmad Maslan pendek sangat. Mana nak perasan tangan dia. Sebab tue sultan buat derk jerk.

- Tapi aku tak rasa itu puncanya.

- Aku tak berkenan dengan sultan Johor. Tapi kalau sultan pun boleh 'ada isu' dengan Ahmad Maslan padahal sama-sama UMNO, apatah lagi kita yang dah tentu-tentu bukan UMNO neh.

- Ahmad Maslan walaupun kena reject 2 kali, tetap rilex dan cool aje tersengih-sengih kat situ. Takan tak faham bahasa kot menteri kita neh. Nak berapa kali direject baru reti. 

KAH KAH KAH

- Ramai juga yang memperlekehkan Ahmad Maslan yang dimalukan oleh sultan Johor.

- Tapi pada aku. 2 orang jahat yang bermusuh tak mendatangkan kebaikan pun pada aku. Cuma part salam kena reject tue sedikit sebanyak memang lawak tetap lawak. Kalau aku ditempat Ahmad Maslan memang bengang gile kot. Kalau pun tak suka perlu ke tunjuk depan-depan. Siap depan kamera plak tue. Tak memasal Ahmad Maslan kena troll. Kesian beb.

KAH KAH KAH

Klik sini jika video gagal loading.

Anak Muhyiddin Pula Jadi Sasaran Kritikan Konon Bercuti Guna Aset Kerajaan.

Gambar dimuatnaik oleh seorang pengguna Instagram yang bernama 'fookizm'. Sebelum disebarkan oleh pihak ketiga di laman sosial seperti facebook, twitter dan aplikasi whatsapp.

Gambar yang dimaksudkan ;


Tanpa sebarang caption.

Hanya memaparkan gambar anak perempuan kepada Muhyiddin Yasin, penyanyi Najwa sedang berjalan menuju ke helikopter yang mempunyai logo bendera Malaysia. Untuk rekod Instagram 'fookizm' kini diset kepada private. Orang luar tidak boleh mengakses gambar2 yang diupload oleh individu berkenaan.

Dan gambar berkenaan kemudiannya disebarkan semula oleh page 'Hanya Di Kelate' dengan caption yang lebih kontroversi.

Baca ;


Dikongsikan lebih dari 400 pengguna media sosial dan pelbagai kritikan hadir kerana beranggapan Muhyiddin salah guna kuasa dengan benarkan anaknya naik helikopter yang kononnya aset milik kerajaan.

Namun betul ke helikopter tue aset milik kerajaan?

Baca komen-komen penafian dari pengguna media sosial di atas tuduhan yang dilemparkan ke atas Najwa Muhyiddin.



Memang takde bukti nak kata helikopter tue milik kerajaan = aset kerajaan. Tapi gambar dah viral. Kutukan dan kritikan pun dah dapat. Aku harap kalau betul fitnah, bersegera betulkan. Kalau betul fakta, bagi bukti yang lebih konkrit. Yang boleh dipertikaikan sekarang hanya satu iaitu tentang gaya hidup semata-mata. Siapa kata Najib dan Rosmah je memiliki gaya hidup mewah. Timbalannya pun lebih kurang sama. Kalau dah sampai mampu menyewa helikopter, tak cukup kaya dan mewah lagi ke dorang tue? Mewah kan. So harap-harap lepas neh baik Najib baik Muhyiddin harap berhenti suruh rakyat berjimat bila cerita tentang pemotongan subsidi. Meluat rasanya aku dengar.

Kbai.

Proton Setanding BMW Tapi Kerajaan Beli Kereta BMW Baru - Kronologi Bagaimana Kerajaan Kantoi & Kenapa Kereta Baru Dibeli.

Pagi tadi viral beberapa gambar kereta-kereta baru yang dibeli oleh kerajaan. Kereta-kereta berkenaan ialah dari model BMW 7 Series.

Berikut adalah apa yang dikemaskini oleh Rafizi pada pagi tadi.


Kerajaan bercakap tentang penjimatan. Tetapi kerajaan sendiri didapati membeli kereta baru. Mungkin itu apa yang ingin cuba disampaikan oleh Rafizi. Apatah lagi baru-baru ini menteri MITI, Mustafa Mohammed siap buat kenyataan terbuka lagi bahawanya Proton kini sudah setanding BMW sehingga menjadi bahan lawak di 9gags. Jadi kenapa tak beli Proton aje untuk kegunaan mereka. Kenapa mesti beli BMW pula. Tak logik langsung sanggup beli kereta import dari kereta nasional andai benar kualiti kereta nasional setimpal dengan kereta import BMW. Betul tak?

KAH KAH KAH

Dan, selepas beberapa ketika, selepas Rafizi mengesahkan maklumat yang dia terima, ini pula yang dia kemaskini di facebook rasminya.



- Rafizi mengesahkan di laman facebooknya bahawa kerajaan memang membeli beberapa kereta-kereta baru dari model BMW.

- Rafizi mahu mendapatkan jawapan lanjut atas sebab apa kerajaan membeli kenderaan tersebut.

Dan untuk rekod, jawapan tersebut sebenarnya telah pun tersebar di laman sosial. Atas sebab apa kerajaan beli kereta-kereta baru. Sejurus gambar-gambar dan kritikan mengenainya tersebar di laman sosial.

Kenapa kenderaan baru dibeli adalah bertujuan untuk 'mengangkut' ataupun sebagai kenderaan rasmi kepada ketua-ketua pelbagai negara dalam satu sidang kemuncak negara ASEAN yang dijadualkan bakal berlangsung di KL pada akhir bulan April 2015.

Kenderaan berkenaan bertugas membawa beberapa VVVIP ke beberapa event yang bakal diadakan bersempena dengan penganjuran sidang berkenaan.

Malaysia dikatakan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak ASEAN tahun 2015.

Itu apa yang disebarkan oleh blogger UMNO.

Pendapat aku. Ini bukan kali pertama Malaysia anjurkan sidang yang sama. Takan setiap kali kena beli kereta baru. Kalau belinya untuk kegunaan sementara, elok sewakan aje bagi beberapa hari.

Apa-apa pun, pembelian kenderaan berkenaan perlukan pengesahan rasmi dari kerajaan. Betul kah ianya dibeli dan dibeli atas tujuan yang dimaksudkan oleh blogger UMNO.

Sama-sama tunggu jawapan dari PMO. Cuma yang pasti kat sini ialah, tak kira la macam mana menteri-menteri kau puji melambung PROTON sampai tak jejak tanah, hakikatnya depa sendiri pun malu nak guna PROTON apatah lagi nak meraikan tetamu dengan PROTON. Setanding dengan BMW konon. Pirahhhhh mabuk.

KAH KAH KAH

Kbai. 

Dengan kemaskini.

7.50 pm / 8-4-2015

- Dimaklumkan barisan kereta BMW yang mempunyai jata kerajaan ialah kereta-kereta yang disponsor oleh BMW sepanjang sidang kemuncak ASEAN berlangsung.

- Perkara tersebut dimaklumkan oleh Rafizi menerusi media sosial.

 

Selasa, 7 April 2015

Ini Jawapan Balas Mahathir Kepada YG Mengkritik Dia KAW2 Kerana Bidas Najib.


1. Saya tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.
2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.
3. Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.
4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.
5. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.
6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.
7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.
8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.
9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.
10. Dimana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.
11. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.
12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.
Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?
13. Pembaca portal “Free Malaysia Today”, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..
14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.

Temasek and 1MDB
16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.
17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.
18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.
19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.
20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.
21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.
22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.
23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?
24. I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.
25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.
26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.


27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits.

28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.
29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support.

Malaysia Kini Terkenal Sbg Negara Paling Corrupt Di Dunia Kata Mahathir
Najib lebih teruk dari Pak Lah kata Mahathir. Sebab itu Najib perlu berundur.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Tuesday, April 7, 2015

Klik sini jika video gagal loading.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...