Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 April 2015

Set Top-Box Percuma Kepada 2 Juta Rakyat Miskin Untuk Siaran TV Digital Bermula April 2015.

Projek berkenaan ini pernah diwar-warkan secara besar-besaran menerusi media massa pada tahun lepas. Satu projek usahasama antara pihak swasta dan kerajaan dalam menginovasikan sistem perkhidmatan station tv negara katanya.

Masa tue aku sekadar tengok berita dan tak berapa nak faham sangat motif disebalik tindakan.

Dan tadi di Awani ;

 
Godek sedikit maklumat dan baca-baca yang aku faham ;

- Yang percuma itu set top-box bagi menyediakan rangkaian

- Bukan siaran itu sendiri

- Yang percuma mungkin untuk saluran tertentu 

- Yang tidak memiliki set top box atau ASTRO tidak akan dapat menerima siaran tv digital neh

- Mungkin yang bukan rakyat miskin perlu membeli set top box pada harga yang ditawarkan oleh pihak mereka jika berminat dengan digital tv

- Kebaikan DT (singkatan Digital TV) ialah siaran yang lebih jelas dengan kualiti content yang lebih nampak macam sebenar

- Menawarkan banyak jenis channel

- Bukan sekadar melalui TV, bahkan boleh ditonton menerusi laptop dan komputer juga

- Contoh set top box ;


Info melalui Wiki klik sini.

Projek ini bermula secara berperingkat pada April 2015 dan dijangka seluruh rakyat dapat menikmati DT berakhir June 2016.

Projek ini juga bermula dari luar bandar ke bandar-bandar utama. Ini kerana projek berkenaan memang mensasarkan masyarakat luar bandar sebagai 'target' agar lebih mendekati teknologi.

Ini berita yang aku berhasil google. Petikan tahun lepas.

Puncak Semangat Sdn Bhd, syarikat dikuasai Billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, akan melabur RM2 bilion sebagai perbelanjaan modal dan RM2.5 bilion bagi perbelanjaan operasi sepanjang tempoh konsesi DTT seperti yang ditetapkan SKMM.

Pengarah Projek, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, berkata pelaburan itu meliputi pembangunan Hab Penyiaran Media Digital (DMBH); Pusat Pemulihan Bencana (DRC); pembinaan enam pusat panggilan serantau dan lapan pusat perhubungan pelanggan; menaik taraf dan memasang 60 pemancar di kawasan utama termasuk 32 di Semenanjung dan bakinya di Sabah dan Sarawak. 

Pelaburan juga diperuntukkan bagi merapatkan jurang liputan di 30 kawasan kecil seluruh negara; mendapatkan perkhidmatan daripada penyedia rangkaian dan transponder satelit; dan pakej Set-Top Box (STB) dan antena mudah alih (CPE). 

“Pelaksanaan DTT akan dilaksanakan bermula dari kawasan luar bandar seterusnya ke bandar utama berdasarkan pengguna di luar bandar yang tidak memiliki ASTRO dan bergantung kepada penyiaran FTA.

“Kami bermula di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Perlis, kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sebelum ke fasa terakhir iaitu di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya,” katanya dalam sidang media pengumuman pelan pembangunan DTT di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Projek DTT Puncak Semangat, Mohamed Redzwan Yahya, akan menyediakan dua juta unit Set-Top Box percuma kepada pengguna kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka menerima siaran percuma (FTA) Televisyen Digital Daratan (DTT). 

Katanya, apabila fasa pertama DTT yang akan bersiaran mulai April 2015 dilaksanakan, pengguna perlu menggunakan Set-Top Box untuk menerima siaran televisyen dalam format digital yang akan mempunyai keupayaan hingga 30 siaran. 

Siaran FTA DTT dijangka dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara menjelang Jun 2016. 

Bagaimanapun, bagi kalangan pengguna ASTRO sedia ada tidak perlu menggunakan Set-Top Box untuk mendapat siaran televisyen digital itu. 

Beliau berkata, syarikat sedang berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menetapkan spesifikasi Set-Top Box dan harga peranti terbabit.

Puncak Semangat yang memenangi konsesi 15 tahun bagi membangunkan kemudahan rangkaian dan infrastruktur DTT FTA Malaysia, yakin menyediakan liputan kepada 85 peratus penduduk dalam fasa pertama pelaksanaan sebelum berkembang kepada 98 peratus dalam fasa kedua. 

Sistem penyiaran analog sekarang memberi liputan kepada 98 peratus penduduk. 

Rujukan.

Mungkin ramai yang akan kutuk Shabery Cheek dalam isu neh. Mungkin ada yang cakap, hal tangga gaji, bantuan orang miskin pun tak settle sibuk nak suruh depa tengok DT. Mungkin ramai juga yang akan rasa kelakar. Rumah pun usang tapi dalam rumah ada DT. Mungkin ada juga yang akan pertikaikan. Apa jadahnya makcik pakcik nak layan DT. Depa tak minat kot semua benda-benda tue. Ini bukan pakcik makcik kat Amerika. Ini pakcik makcik Malaysia kot. Depa memang ketinggalan dan keterbelakang dalam banyak teknologi semasa.

Hmmm. Pada aku benda yang Shabery Cheek buat neh bukan benda yang boleh buat aku marah. Aku mungkin pertikaikan bab tender dan jumlah pelaburan kelak tapi inisiatif ini sejujurnya aku anggap bermanfaat jika berjaya dilaksanakan sepertimana yang disasarkan.

Yang pasti ASTRO akan terkesan dan tertekan dengan saingan yang super power sehingga merendahkan harga perkhidmatan mereka. Itu jika DT neh ialah saingan super power la kan. Dalam bidang tugas Shabery Cheek, ini memang skop tugas dia. Apa-apa pun tunggu dan lihat dulu la macam mana program ini nanti memberikan kebaikan menyeluruh kepada rakyat jelata. Kita taknak syarikat swasta je kaut untung semata-mata. Apa-apa pun ada guna duit GST ka dok bagi percuma set top box neh?

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...