Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 April 2015

Selepas Update Aidana Masih Hidup, Blog Shahbudin Gagal Diakses.

Apa neh Shahbudin. Buat orang rasa rungsing pula. Dari tadi aku buka blog dia tak dapat-dapat. Aku nak baca content sebenar tentang apa yang dia lapor tentang Aidana. Tapi tak boleh. Sebab blog dia gagal diakses oleh aku. 

Aku cuba buka kat google, gagal.
Cuba kat Firefox. Gagal lagi.
Guna tablet pun masih gagal.
Then try SMARTPHONE. Tetap gagal.
Macam sengaja nak mencabar aku untuk berfikir tentang konspirasi. Meluat betul la.

Tadi aku baca ini ;

Seorang wanita mendakwa gambarnya telah digunakan sebagai individu yang berada di sebelah juruterbang helikopter, Clifford Fornier.
Aidana Karabasova juga menyangkal kenyataan seperti yang dilaporkan sebelum ini, bahawa dia bukan berasal daripada Kyrgystan sebaliknya Kazakhstan.
Artikel itu ditulis Shahbudin Husin dalam entri terbaru blognya Shahbudin dotcom.
Bekas Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju itu memaklumkan dia menerima email daripada Aidana Karabasova pada pagi Khamis.
“Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima, Shahbudin yakin ia menyokong telahannya sebelum ini bahawa gambar yang tersebar selepas nahas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias bersama empat yang lain adalah tidak benar.
“Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenar Aidana Baizieva,” katanya.
Shahbudin sebelum ini pernah menyuarakan kesangsiannya berhubung gambar yang tersebar luas kononnya milik Aidana Baizieva. Hujah itu dibuat atas alasan imej berkenaan diperolehi daripada laman web gaukhara.com.
Berdasarkan pengakuan yang diterima daripada Aidana Karabasova, dia cuba mengaitkan fakta itu dengan Daniyar Kessikbayev, menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Aku baca di FMT.

Lepas tue aku laju-laju p buka blog Shahbudin. Tapi haram dapat. Lepas dah gagal banyak kali selepas mencuba aku try suruh member plak buka. Dia pun sama macam aku. Tak boleh akses.

So aku pelik gak neh. Pasal apa tak boleh buka. Aku nak baca content asal. Nak baca apa yang si blogger tue cuba kaitkan dengan Rosmah dan Najib apa bagai. Tension betul la.

Sapa dapat buka. Copy paste sini content dia okay.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...