Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 April 2015

Dek Kerana Salah Info, Kredibiliti Rafizi Dipertikai Dan Dihentam Kaw2 Di Laman Sosial.

Aku marah juga. Terasa juga. Geram juga. Tapi takde la teruk sangat perasaannya seperti Kajang Movie punya cerita. Yang itu sampai sekarang aku geram. Marah. Sakit ahti. Cuma boleh dikawal sejajar dengan masa yang berlalu.

Semalam Rafizi telah melakukan sesuatu. Menyebarkan satu info yang kononnya kerajaan beli 6 kereta baru BMW.

Aku. Dan ramai yang lain mempercayai dan menyakini info tersebut.

Bukan setakat percaya. 
Yang sebar pun ramai.
Yang kutuk jangan kau cakap.
Yang maki dah tentu.
Berapi-api semua cukup.

Alih-alih. Selepas tersebar meluas dan selepas orang penat maki hamun BN, tetiba lain pula info yang tiba di telinga kita. Dan ini sangat WOW. Kita terasa seperti apekah ini.. adakah aku err sedang salah tuduh..? Erkk.. aku dah termaki kot tadi. Macam mana nak padam balik kesalahan tadi tue.. 

Dem. Dem. Dem.

Apa yang Rafizi sebar ialah kerajaan beli kenderaan baru.

Baca : Kerajaan Kantoi Beli Kereta Baru.

Ayat aku ada sedikit 'play-safe' kat hujung-hujung. Bukan la aku jangka Rafizi akan kantoi tetapi dah menjadi attitude aku untuk kadang-kala play safe sebab nak jaga diri aku sendiri la. Kang tak memasal aku ke dalam. Bukan kena puji. Geng2 BN kutuk aku lagi ada. HAHAAHAHAH. Padan muka lue. Masuk penjara. Itula kutuk kerajaan lagi. Padan muka. Padan muka. Tak berapi kau kena ejek macam tue. Berapi kot. So sedikit sebanyak tetap la kena 'play-safe'. Biar la orang nak ejek penakut ka pengecut ka apa ka. Aku rasa aku boleh serap ejekan macam tue. Tapi kalau kena ejek dengan malaon BN sebab masuk penjara mao trauma aku sampai mati. Tak tahan wooo.

And then. Tah macam mana tetiba apa yang Rafizi sebar bukan la fakta. Sebaliknya dinafikan oleh BMW. Aku macam susah sikit nak sebut keadaan neh. Tapi sebab Rafizi pun dah kemaskini di laman facebook dia maka dia membayangkan la juga bahawa kenyataan dari BMW itu benar.

Baca ;

BMW Group Malaysia hari ini menafikan dakwaan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa kerajaan Malaysia telah membeli enam unit kereta BMW 7 Series.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata kenderaan itu adalah tanda komitmen BMW Group Malaysia sebagai rakan penaja bagi Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Katanya, BMW Group Malaysia katanya akan menyediakan kenderaan BMW 7 Series dan BMW 5 Series yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kepada tetamu kehormat, pegawai dan VIP pada persidangan terbesar Asia Tenggara hujung bulan ini. -Awani.

Hak ala. Salah info la pula. Bagi aku ada faedah sikit-sikit juga atas tindakan Rafizi. At least Rafizi ada inisiatif untuk peduli dan persoal. Bagi aku satu dua salah dia aku boleh terima dan lupakan. Kecuali insiden Kajang Movie. Oleh kerana dia manusia, aku manusia, maka kita tak lepas dari kesilapan. Ini aku faham. 

Tapi dalam waktu yang sama, perkara ini memberikan impak yang negatif ke atas imej Rafizi. Oleh kerana aku neh pro pembangkang, maka pada aku silap macam neh aku boleh abaikan selagi mana dia ada niat dan usaha untuk betulkan. Aku cakap terus terang.

Tapi bukan semua orang akan fikir macam aku. Sebab itu tak memasal Rafizi kena kutuk kaw2 di laman facebooknya sendiri. Aku tak sure dia ban orang ke tak. Tapi admin Rafizi atau Rafizi yang aku kenali memang jenis block dan ban orang yang kritik dia kat facebook dan twitter. Cakap pasal fakta sudah la. Member2 aku ramai kena block dengan Rafizi. Hapa pun tak boleh.

Ini kritikan-kritikan ke atas Rafizi. Ramai gile kot yang marah.



 
Hish hish hish.. 

Aku baca aku pun terasa. Pasal aku percaya dan sebar. Pening otak aku. Aku rasa tak selesa pula bila rupa-rupanya info tersebut salah. Itu bagi mereka yang memainkan peranan sebagai pelapor dan playsafe macam aku. Kalau yang jenis dah maki kaw2 apa kesnya? Mao depa tak sakit ahti?

Aku harap Rafizi belajar sesuatu kat sini. Aku pun sama. Kita hentikanla. Kalau tidak tak memasal kita dah setaraf malaon BN. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...