Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 April 2015

Sesi Mengumpat 'Guru Kafa' Oleh Wakil Rakyat PKR Disebarkan.

Kita ialah kawan. Sehaluan. Satu geng bila berjumpa di depan-depan.

Di depan-depan kita takan cakap apa yang kita fikir tentang mereka di dalam ahti. 

Kita ialah pakar mengumpat dan kaki mengutuk. Ramai dari kita kerap menafi berulang kali. Kerana sesetengah dari kita berfikir perbuatan mengumpat dan mengutuk itu satu perbuatan yang keji. Tapi kita sedar kita buat benda tue. Cuma kita tak selesa nak mengaku benda yang kita buat. Kita lebih selesa jadi munafiq, poyo, hipokrit, talam bermuka-muka dan penipu yang cool. Macam aku.

Aku suka mengumpat. Dan aku suka mengutuk. Aku suka mengumpat ahli parlimen BN. Dan aku suka mengata ahli parlimen PR. Aku suka mengata tentang mereka di media sosial. Di blog-blog aku. Di wassap group juga. Pendek kata hidup aku dipenuhi dengan mengumpat mereka sentiasa. Mulanya kerana marah. Tapi lama-lama aku rasa ketagih nak mengutuk mereka. Bagi aku mereka ialah subjek yang seronok aku umpat 24 jam. Ada banyak sebab kenapa mereka sesuai dijadikan bahan umpatan.

KAH KAH KAH

Dan. Seperti aku, mereka juga kaki mengumpat.

Ada beberapa sebaran printscreen mengenai ahli parlimen PKR yang mengulas atas 2 isu. 

Pertama, tentang ponteng persidangan parlimen.
Kedua, tentang mengumpat guru KAFA rakan seperjuangan sendiri.

Tentang ponteng parlimen bukan la MP PKR mengutuk. Tapi apa yang Rafizi buat cuma SPIN sahaja. 

Diulangi. Cuma SPIN sahaja. Ya, CUMA.

Ini sebaran di media sosial.


Abang Rafizi kau marah.

Dan dia marah lagi ;



Abang Rafizi kau marah berapi-api sebab dia tak faham point sebenar. Jika dia fahami point sebenar dia takan marah berapi-api pun.

Apa pun tanpa sedar abang Rafizi kau neh dah bongkar stail MP PR buat kerja. Maksudnya, depa tahu jadual sesi parlimen tapi depa pilih-pilih usul untuk hadir ke tidak. Contohnya macam kau p kelas. Ada kelas kau nak masuk ada kelas kau taknak masuk. Ikut la kesesuaian kau. Macam la rakyat bayar kau gaji untuk kau suka-suka pilih usul. Dan macam la rakyat bayar kau gaji untuk berceramah. Dan anggap macam la rakyat ahti kering sampai tak boleh toleran yang ada masa-masa kau tak dapat jenguk kawasan kerana terikat dengan persidangan parlimen. Kesemua sangkaan buruk terhadap pengundi, penyokong dan rakyat Malaysia oleh MP PR ini amat menyakiti jiwa aku yang memang kerjanya mengumpat, mengumpat dan mengumpat ahli politik dengan gaya cool dan berlagak nak mampos.

Aku tak bercakap tentang POTA. Aku bercakap tentang keperluan seorang ahli parlimen berada di parlimen sepanjang persidangan parlimen. BN dan PR. Itu sahaja. Aku fikir aku boleh toleransi dengan ketidakhadiran Najib dan Muhyiddin semata-mata atas nama mereka PM dan TPM. Selain dari itu aku tak fikir aku akan tolerate dengan mana-mana pihak yang ponteng tanpa alasan seperti mampos, sakit dan kematian ahli keluarga atau desakan membantu rakyat. 

Pasal POTA neh aku tatau. Aku hanya dengar PR membebel macam-macam. Itu ini. Tapi haram aku faham dan tahu. So aku taknak memihak dalam isu POTA sehingga aku sendiri faham apa yang aku patut faham.

Kedua. Sesi mengumpat guru KAFA.

Yang disebarkan oleh geng-geng dalam group tue sendiri le.



Yang dimaksudkan tentang guru KAFA tue pula, rujuk video bawah neh hah ;



Tangisan seorang guru KAFA Selangor yang mahu menyerahkan surat Suara Hati mewakili 10,000 Guru KAFA Selangor kepada Kerajaan Negeri tetapi dihalang. Kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, maka harapan guru-guru KAFA menuntut kenaikan elaun guru dari rm1300 kpd rm1500 seperti yg dijanjikan dlm manifesto Pakatan Rakyat selangor sebelum PRU dahulu.
Posted by Siakap Keli on Wednesday, April 8, 2015



Rujukan.


Komen menarik dalam isu di atas.


Satu perangai melayu yang buat aku meluat ialah kau sikit-sikit heret yahudi yahudi yahudi yahudi yahudi yahudi yahudi yahudi dan yahudi sampai mati. Terasa kot aku. Dah la aku sayang yahudi. Cuba la bawak-bawak belajar mengulas dan menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan. Dari apa yang aku difahamkan. Memo tersebut bertujuan menuntut PR menunaikan janji mereka untuk menaikkan elaun seperti yang tertera dalam manifesto PR. Pasal elaun guru KAFA tue memang sebahagian dari manifesto. Disahkan sendiri oleh Nik Nazmi.


Sebenarnya, hidup di bandar besar seperti Selangor gaji 1,212 atau 1,300 memang tak cukup. Ini kita sembang bab realiti la. Dengan GST lagi. Mao rakyat meroyan cari duit untuk serap impak kenaikan woi. Boleh jadi desakan akan dipercepatkan kenaikan elaun tadinya tue adalah disebabkan pelaksanaan GST. Jadi patut la bersangka baik pada tuntutan tersebut. 

Sebab itu daripada menghalang dia masuk ada faedahnya membetulkan dress-code dia agar bersesuaian dengan kehendak majlis dan izinkan dia hantar memo. Undang2 kita buat kita plan. Semua buat relax sudah. Kalau tak puas ahti mengumpat la dalam wassap. Macam tak biasa. Bersama kita menjadi masyarakat yang suka mengumpat dan mengutuk orang 24 jam macam aku. Lepas tue bajet alim ketika solat. Then sambung mengutuk lagi macam takde perasaan. Jangan takut. Bila mati nanti baru kita fikir apa nak jawab depan tuhan. Siyes. Dan paling penting, ikhlas.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...