Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Jun 2018

Tak Setuju Mahathir Pinjam 1 Trillion Dari Jepun, Ini Sebab-Sebabnya. - Khairul Azri.

Oleh : Khairul Azri

Transfer Hutang Negara 1 Trillion kepada Jepun.


1. Dibawah External Loan Act 1963, pinjaman asing telah dihadkan maksimum hanya kepada RM35 billion. Berdasarkan laporan terbaru BNM, jumlah hutang yang telah dibuat melalui pinjaman asing adalah sebanyak RM16.58 billion, jadi baki pinjaman asing yang masih lagi boleh dibuat adalah maksima sebanyak RM18.42 billion sahaja.

Jadi tak perlulah berangan nak rollover balance RM 1 Trillion.

2. Semenjak dari tahun 1969-2011, dari RMK-1 hinggalah RMK-9, jumlah pinjaman yen yang telah diberikan kepada Malaysia adalah sebanyak 75 kali dan kalau di tambah keseluruhan kumulatif pinjaman ini, ianya adalah berjumlah 923.811 Billion Yen yang kalau ditukar kepada ringgit berjumlah RM33.4 Billion.

44 tahun kita hanya meminjam RM33.4 billion, takkan tiba-tiba dalam setahun Jepun bermurah hati nak bagi kita pinjam sampai RM 1 Trillion sebab nak rollover hutang dalam negara?

3. Mengikut standard ODA, Malaysia dikategorikan sebgai "Upper Middle Income Country" aka negara berpendapatan sederhana atasan, dengan mengikut piawaian pinjaman ODA, kita akan dapat pinjaman dalam bentuk floating term aka "syarat apungan" yang berdasarkan LIBOR+basis point., contohnya kalau interest rate dia offer 0.7% dia akan tambah dengan LIBOR, jadilah LIBOR+0.7%, dan harus diingat bahawa kadar LIBOR ini tidak tetap, ianya bergantung kepada keadaan deposit semasa negara Jepun sepanjang tempoh pembayaran.

Makanya, sepanjang 40 tahun kita meminjam kita akan berdepan dengan satu keadaan diluar kawalan kita.

4. Tidak semua hutang negara itu kadar interestnya 6% hingga 7.5%, dan memang tidak dinafikan ada diantara terbitan sekuriti kerajaan malaysia (MGS) yang mencecah 8% yield bondnya/interest yang kerajaan kena bayar, tapi harus diingat terbitan tersebut adalah datangnya dari zaman financial krisis 1998 dulu, dan harus diketahui juga bahawa bon-bon tersebut kebanyakkannya akan mature/matang pada tahun ini. *thank god*

Selain MGS diatas, banyak juga hutang-hutang/bon-bon yang berada pada kadar 3.6% ada yang 3.8% dan interest yang dibayar dalam bentuk yield bond ini berubah-berubah bedasarkan basis point. Dan kalau mengikut purata interest/yield, "weighted average coupon" untuk kesemua terbitan seperti MGS dan GII adalah dalam jajaran 4.09% - 4.11% sahaja.

*MGS=Sekuriti kerajaan malaysia, GII= Terbitan pelaburan kerajaan*

Dan kalau kita nak buat kiraan pukal macamni, bukan kesemua 75 pinjaman dari ODA adalah pada kadar 0.75%.

FYI, ranging pinjaman yen yang kita dapat adalah dalam lingkungan 0.75%-5.75%, dan on average kadarnya adalah pada 3.3%, dan kalau mengikut standard hujahan ambil yang paling tinggi kita mentionlah jugak kadar pinjaman yen ODA semuanya 5.75%?

Tapi tak bijaklah pulak guna kaedah macamni kan. Jadi mohon ditinggalkan.

5. Selain kadar interest yang tidak tetap, kita kena tengok juga faktor exposure of exchange rate yang kita kena tempuhi bila kita buat pinjaman dalam matawang asing. Lagi-lagi bila kita bercakap mengenai Yen.

Kena tahu, banyak pelabur minat dengan Yen kerana ia dianggap sebagai matawang selamat aka 'safe heaven currency'. Sebutlah apa-apa crisis, bila financial market "batuk" or "demam",para pelabur akan lari secara berjemaah untuk mebeli Yen dan ini akan menyebabkan Yen meningkat, so bila yen meningkat, faham-faham sendirilah bahawa kos pembayaran semula akan meningkat.

Makanya, kita kena ambil kira juga risiko ini sebelum membuat pinjaman, sebab 'nyawa' kita sekarang dipegang oleh Bank Of Japan(BOJ).

Segala polisi yang dibuat seperti menaikkan kadar faedah/interest rate atau apa apa polisi yang effect watawang Yen akan mempengaruhi jumlah pembayaran balik hutang yen kita.

40 tahun pinjaman bukan sekejap sayang, dahla interest boleh berubah-berubah, forex exchange pun kita tak leh control..maka sekali lagi kita berada dalam keadaan luar kawalan.

6. 98% ataupun RM690.1 billion daripada keseluruhan RM705 bilion hutang Kerajaan sekarang adalah dalam matawang Ringgit.

Hanya 2% atau RM16.58 bilion dalam matawang asing. Daripada RM16.58 billion hutang dalam matawang asing, hanya RM5.2 bilion iaitu kurang daripada 0.73% daripada keseluruhan hutang kerajaan adalah dalam matawang Yen.

Dan lebih dari 60% pemilik hutang kerajaan(Bond subscriber) sekarang adalah terdiri dari institusi dari dalam negara seperti EPF, KWAP, TH, KHAZANAH, PNB, Local Bank, institusi insurans dll yang mana nak taknak kerajaan ada kawalan dalam badan badan ini.

7. Berdasarkan point pemilik hutang kerajaan diatas juga, kita kena ingat bahawa kalau kita buat pinjaman Yen dan tutup keseluruhan hutang kerajaan kita yakni bon-bon tersebut, ianya akan memberi kesan kepada dividen EPF kita,pencen pesara,insurans claim kita ataupun interest/hibah duit saving kita di dalam bank-bank yang mungkin melanggan bon-bon tersebut.

Sebab apa?

Kerana kesemua bon-bon ini ada maturity profile(tarikh luput la bahasa kita) and dia ada passive yield income, dan dari yield inilah institution yang pegang duit kita macam EPF,KWAP,PNB,TH,MARA,Insurans, bank, dll buat keuntungan dan bayar semula kepada kita.

Makanya, kalau kita pergi bayar semua hutang/bon ni semua, dah macamana institusi diatas nak bayar dividen,interest etc kat kita?

Dalam dok elok-elok institusi-institusi ni 'invest' duit kita dalam pelaburan selamat/low risk macam bon-bon diatas, dah satu kerja dia kena susun balik "strategic assets allocation" dia kena pergi invest tempat lain sebab pelaburan dah habis, sebab kita dah bayar balik segala pelaburan yang telah dibuat.

Dan lebih menarik, mungkin tak boleh pun kita nak repay hutang/interest bon-bon ni secara 'lump-sump', sebab MGS,GII dalam market ni bukanlah callable(*suka-suka boleh cancel), dia kena ada consent dari majority pemegang bonds.

So bukan suka-suka hati kita untuk membatalkan langganan bon/bond subscribtion mereka-mereka ni. Silap-silap kena bayar ganti rugi dah tambah lagi hutang.

Kesimpulannya, pada pendapat den yang hina ini, dengan mengekalkan hutang kerajaan dalam keadaan sekarang, ianya adalah 'a much safer bet' kalau nak dibandingkan dengan idea 'balance transfer' ataupun 'rollover' hutang seperti dalam gambar, dimana kita pergi pinjam yen untuk bayar hutang negara berjumlah RM705 billion..eh RM 1 Trillion, adalah atas hujah-hujah berikut:
 

📌 Ketidaktentuan dan tiada kawalan atas kadar faedah dan risiko kadar tukaran matawang yen

📌 Hutang kerajaan kita dalam bentuk matawang ringgit

📌 Pemilik majoriti hutang kerajaan kita datangnya dari insitusi yang kerajaan ada kawalan didalamnya

📌 Kesan negatif kepada strategical assets allocation fund-fund yang berkaitan dengan rakyat yang juga boleh mempengaruhi kadar dividen dan pendapatan rakyat itu sendiri.

📌 Dan mungkin tak viable pun based on sifat tidak callable hutang/bon berkenaan dan juga kekangan pinjaman matawang asing berpandukan akta pinjaman luaran 1963.

Sekian.

p/s: Kembali ke soalan pokok. Perlu ke tidak sebenarnya kita meminjam ni?

Rujukan:

1.
http://www.agc.gov.my/…/f…/Publications/LOM/EN/Act%20403.pdf

LAPORAN EKONOMI 2017/18 Kementerian Kewangan:Bab 4: KEWANGAN SEKTOR AWAM
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1718/bab4.pdf

http://www.theedgemarkets.com/…/counting-cost-malaysia%E2%8…

Fiscal Rules at a Glance, 1, March 2017
International Monetary Fund, Victor Lledó, Sungwook Yoon, Xiangming
Fang, Samba Mbaye, and Young Kim
http://www.imf.org/…/Fiscal%20Rules%20at%20a%20Glance%20-%2…

Economic and Financial Data for Malaysia, Central Government Debt - Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp

2. 3.
Mohd Huda, Mohd Ikbal. (2017). Yen Loans To Malaysia 1969‒2010: An Analysis. YOKOHAMA JOURNAL OF SOCIAL SCIENCES. 21. 79-101.
https://umexpert.um.edu.my/…/publication/00001231_100290.pdf

https://www2.jica.go.jp/en/yen_loan/index.php/module/search…

https://www2.jica.go.jp/…/yen_loan/…/module/search/download…

https://www.jica.go.jp/…/c8h0vm0000aoex8o-att/2017_02_05.pdf

https://www.jica.go.jp/…/c8h0vm0000aoex8o-att/2017_02_01.pdf

4.
https://www.bpam.com.my/op/o4008.asp
http://www.bnm.gov.my/index.php?tpl=2014_govtsecuritiesyield

https://fast.bnm.gov.my/fastweb/public/MainPage.do

http://bondinfo.bnm.gov.my/

https://asianbondsonline.adb.org/malaysia.php

5.
https://www.dailyfx.com/…/Yen-Weakness-Remains-as-Japanese-…

https://www.reuters.com/…/japans-central-bank-trims-bond-pu…

https://www.investopedia.com/…/japanese-yen-what-fx-traders…

6,7.
Economic and Financial Data for Malaysia, Central Government Debt - Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp

Federal Government Domestic Debt: Classification by Holder
http://www.bnm.gov.my/index.php…

GST Zero Rated Tetapi Ada Peniaga Engkar Enggan Turunkan Harga Barang - Rafizi Ramli.

Kenyataan Media
HARGA BARANG : NAIK ATAU TURUN SELEPAS GST DIMANSUH?

Antara isu yang paling penting untuk rakyat biasa adalah harga barang. Saya juga sangat berminat dengan kesan pemansuhan GST ke atas harga barang kerana jika harga barang turun, itu akan banyak membantu rakyat biasa.

Apa faktor-faktor yang mempengaruhi harga barang?




 
Ada 3 perkara besar yang mempengaruhi harga barang:

(i) kerajaan yang menetapkan dasar-dasar dan peraturan yang perlu dipatuhi dan diterjemahkan menjadi harga barang – contohnya harga kawalan, harga siling, harga minyak, tarif elektrik, subsidi yang diberikan, kadar cukai dan lain-lain


(ii) peniaga yang mengambil kira semua kehendak undang-undang dan dicampur pula dengan margin keuntungan dalam menetapkan harga barang


(iii) pengguna (orang ramai) yang menentukan permintaan dan kesanggupan membeli barang dan perkhidmatan pada harga yang ditetapkan oleh peniaga (yang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan kerajaan)


Apabila Kerajaan Persekutuan menghapuskan GST, itu menyelesaikan sebahagian dari perkara yang menyebabkan harga barang yang berada di dalam kawalan kerajaan. Pada dasarnya, apabila Kerajaan Persekutuan tidak lagi mengutip 6% ke atas setiap pembelian, harganya sepatutnya turun sekurang-kurangnya 6% ke atas setiap harga.

Tetapi ada peniaga yang akur, ada peniaga yang mengambil pendirian berlainan. Ada yang mengatakan selama ini harga dengan GST itu bermakna mereka menanggung GST, jadi bila GST dihapuskan, mereka enggan menurunkan harga barang kerana mereka beranggapan merekalah yang menanggung GST selama ini, bukannya pengguna.

Keputusan menetapkan harga mengikut undang-undang itu masih lagi keputusan peniaga. Peniaga juga adalah rakyat – selagi mereka menetapkan harga mengikut undang-undang, mereka bergantung kepada pengguna untuk membeli atau tidak.

Ada banyak peruntukan undang-undang yang boleh digunapakai untuk memastikan peniaga menetapkan harga mengikut peraturan dan tidak mengambil keuntungan yang melampaui batas atau mengambil kesempatan. Antaranya:

(i) Peniaga yang masih mengutip GST boleh dikenakan tindakan serta merta kerana GST telah dihapuskan
 

(ii) Peniaga yang menaikkan harga dengan tidak munasabah boleh dikenakan tindakan oleh KPDNKK di bawah Akta Anti Pencatutan 2011

(iii) Peniaga yang tidak mempamerkan harga boleh dikenakan tindakan di bawah pelbagai akta sedia ada; dan lain-lain


Saya akan terus memantau kedudukan harga barang setakat yang termampu, dengan keterbatasan saya sebagai rakyat biasa, seperti anda.

Namun, pengalaman saya menguruskan sukarelawan melalui INVOKE juga meyakinkan saya bahawa ada banyak perkara yang kita dapat capai bersama sebagai rakyat.

Pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNKK ada kekangan untuk bertindak dengan berkesan kerana saya pasti ada ribuan laporan mengenai kenaikan harga setiap minggu. Orang ramai pula mungkin tidak tahu bahawa harga yang mereka bayar itu sebenarnya tinggi, kerana mereka tidak boleh membandingkannya dengan harga di kedai atau tempat lain.

Lebih penting, saya pasti bila ada pendedahan kedai mana dan peruncit mana yang mengenakan harga yang tidak berpatutan atau terlalu tinggi, orang ramai tidak akan membeli di kedai itu dan akan memaksa peniaga menurunkan harganya.

Masalahnya, bagaimana kita boleh mengetahui sama ada harga yang dikenakan itu berpatutan, atau terlebih tinggi? Bagaimana kita mendapatkan kepastian bahawa laporan kita kepada KPDNKK akan diambil tindakan segera?

Saya bernasib baik kerana bidang yang saya ceburi sekarang adalah analisa data menggunakan kaedah-kaedah statistik yang boleh menjawab soalan-soalan ini.

Sejak seminggu yang lalu, kami di INVOKE telah mengambil keputusan untuk mencuba menggunakan kuasa sukarela rakyat Malaysia untuk mengawal harga barang. Usaha ini tidak memerlukan peruntukan, tidak memerlukan kuasa atau jawatan.

Ia hanya memerlukan maklumat dari seberapa ramai pengguna untuk melaporkan peniaga yang masih mengutip GST, atau peniaga yang menaikkan harga barang. Malah, kita boleh kawal harga barang jika seberapa banyak harga barang dipantau kerana pengguna menghantar maklumat harga barang dari semasa ke semasa.

Pengkalan data #hargabarang yang INVOKE usahakan akan dapat menganalisa dari ribuan data harga barang yang dihantar oleh rakyat untuk mengenal pasti barang mana yang harganya naik melambung, apa inflasi sebenar, peniaga mana yang sering dilaporkan menaikkan harga barang (maka penguatkuasa perlu memberi keutamaan mengambil tindakan ke atas peniaga ini) dan lain-lain.

Saya mohon kerjasama seramai mungkin rakyat Malaysia untuk menyertai usaha akar umbi memantau harga barang ini supaya kita boleh ambil tindakan yang sewajarnya sebagai pengguna dan rakyat biasa, sementara menunggu tindakan penguatkuasaan.

Lawati https://hargabarang.invokemalaysia.org atau bit.ly/laporhargabarang untuk menyertai rakyat Malaysia yang secara sukarela memantau harga barang.

Setiap bulan, saya akan membentangkan kedudukan harga barang dan mendedahkan peniaga-peniaga yang paling banyak dilaporkan berhubung aduan harga barang. Senarai ini saya akan hantar kepada KDNKK untuk mereka mengambil tindakan penguatkuasaan secara segera.

Saya tetap yakin dengan kuasa rakyat. Kuasa rakyat juga boleh kita gembleng untuk memantau dan mengawal harga barang.

Sebarkan kepada seramai mungkin, kami sedang membangunkan sistem pemantauan itu agar dapat memberi mata kepada setiap laporan harga barang selepas ini.

Akhir sekali, ucapan selamat hari raya Aidilfitri dari kami di INVOKE Malaysia.

Rafizi Ramli

Pemuda UMNO Hairan Mahathir Meminjam Yen Jepun Untuk Selesaikan Hutang Dalam Ringgit Malaysia..

Oleh : Shahril Sufian Hamdan / Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia
Salam #Pembaharuan.

Saya hairan kenapa YAB Tun Mahathir memohon pinjaman dalam matawang Yen untuk menyelesaikan hutang negara.

Pertama hampir semua hutang Kerajaan adalah dalam Ringgit. Hanya 2% daripada RM700 bilion hutang Kerajaan dalam matawang asing termasuk Yen.

Kedua, risiko untuk negara muflis lebih tinggi apabila kita meminjam dalam matawang asing seperti Yen kerana terdedah kepada naik turun kadar tukaran matawang Ringgit-Yen dan juga kadar faedah negara Jepun.

Ketiga, negara tidak akan muflis apabila meminjam dalam matawang sendiri. Pengeluaran Ringgit dikawal oleh Bank Negara Malaysia, jadi tak timbul isu negara akan muflis dengan 98% daripada hutang Kerajaan didenominasi dalam Ringgit.

Hutang Kerajaan ni bukan macam hutang kita individu2 atau isu rumah.

Dalam bahasa mudahnya, kita individu kalau hutang, kita takda bank sendiri. Kerajaan ada bank sendiri - Bank pusat yang boleh "cetak" Ringgit bila-bila masa (Cuma jangan terlalu ghairah sehingga inflasi tinggi). Sebab tu teknikalnya, sesebuah Kerajaan mana-mana dunia takkan boleh "default" atau muflis dari hutang matawang sendiri.

Keempat, kita masih berhutang berbilion Ringgit kepada negara Jepun yang mana hutang-hutang bilateral ini dibuat pada tahun 90-an untuk projek khusus seperti Projek Pembangunan Luar Bandar, pembinaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), projek Empangan Beris, projek pembangunan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan banyak lagi.

Tindakan Tun Mahathir menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian.

Kalau pinjaman daripada Kerajaan Jepun dibuat untuk projek-projek pembangunan takpa lagi, tapi pinjaman ini katanya dibuat untuk selesaikan hutang Kerajaan yang asalnya dalam Ringgit sendiri.

Harap ada penjelasan pakar-pakar ekonomi Kerajaan yang bijaksana. Majlis Penasihat hebat-hebat belaka. Cuba jelaskan..

Muhasabah diri. Kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya.

Penjelasan MP Bukit Bintang Fong Kui Lun Isu Skandal Tapak Ramadhan DBKL.

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bukit Bintang YB Fong Kui Lun terhadap Skandal Bazar Ramadan Pemimipin Pemuda PPBM Wilayah Persekutuan 
pada 15 Jun, 2018.


Baru-baru ini, Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan dilaporkan terpalit dengan skandal berikutan dakwaan bahawa seorang pemimpin Pemuda BERSATU disyaki mengaut ratusan ribu ringgit kerana menganjurkan bazar Ramadan di Kuala Lumpur. YB Fong Kui Lun terkilan dengan berita tersebut dan menegaskan pendiriannya bahawa dia tidak akan bertolak ansur kepada sebarang budaya penyelewengan.  YB Fong turut berkata, dia tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati berita kes penyelewengan tersebut adalah benar.

Dalam kenyataan media dia, YB Fong menafikan dirinya mendapat sebahagian daripada wang yang dikutip itu dari Mohd Noorhisyam atau rakannya. YB Fong berujar bahawa pada hb 5 June, Mohd Noorhisyam meminta tolong daripada dia untuk mengeluarkan surat sokongan dengan tujuan membantu peniaga yang gagal mendapatkan lesen dari DBKL supaya peniaga dapat berniaga di Jalan Masjid India sepanjang bulan Ramadan. Mohd Noorhisyam menyatakan bahawa mereka tidak akan mengutip duit daripada para peniaga pada masa itu.

Mengulas lanjut, dengan niat memberi bantuan kepada peniaga-peniaga, YB Fong mengeluarkan surat sokongan dengan syarat selain bayaran yang dikenakan oleh DBKL, tiada kutipan sewa yang lain boleh dikenakan dari mana-mana pihak. YB Fong juga menjelaskan bahawa dia hanya menunjukkan sokongannya kepada peniaga dalam surat tersebut supaya peniaga disokong untuk berniaga di tempat berkaitan, padahal DBKL masih lagi pihak yang berkuasa membuat keputusan terakhir.

YB Fong menegaskan bahawa kerajaaan baru Pakatan Harapan yang berusaha membina semula negara yang bersih demi rakyat tidak boleh mengecewakan rakyat. Jadi, YB Fong memandang serius dengan isu ini dan tidak akan membiarkan sebarang kes rasuah dan penyelewengan berlaku sebegini.

YB Fong kini telah menghubungi peniaga dan pihak lain yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan serta bukti berhubung dakwaan berkenaan. YB Fong turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubunginya atau melaporkan kepada pihak PDRM.

Ahli Parti Menjawab Tuduhan PAS Rompak Dan Seleweng Wang Zakat.

Oleh : Lebai Pro

PROGRAM INFAQ RAMADHAN OLEH PAS : MENJAWAB FITNAH PAS TUNGGANG AGAMA KEBAS DUIT ZAKAT


Kita lalui beberapa gossip berkaitan tuduhan PAS mengutip zakat dan sebagainya. Saya tidak mahu menuduh bawa gambar resit zakat adalah fitnah. Ini kerana mungkin berlaku kesilapan disitu.




Namun apabila seorang mufti mempersoal resit Infaq Wajib Ramadhan khususnya perkataan wajib itu, saya merasa terpanggil untuk memberi ulasan.

Pertama, infaq Ramadhan ini telah lama dijalankan. Ahli PAS yang berziarah mengumpul nama asnaf asnaf terkini. Malah ada yang update dgn pusat zakat. 


Ini adalah sebagai salah satu program sukarelawan yang dijalankan oleh PAS dan ahlinya. Ada yg panggil Infaq Ramadhan dan ada yg panggil Infaq Wajib Ramadhan.

Kedua, PAS membuka mana-mana ahli yang ingin berinfaq untuk menderma. Resit kemudian dikeluarkan untuk ketelusan. Ada tempat yg melaksanakan program tanpa resit.

Ketiga, zakat on request. Terdapat permintaan ahli dan bukan ahli bahawa mereka ingin berzakat melalui program infaq Ramadhan. 


Ini kerana mereka jelas dapat melihat kemana wang disalurkan. Malah mereka sendiri boleh turut sama terlibat mencari asnaf, purchasing, packaging dan distribution. 

Namun PAS tidak pernah mengatakan mereka adalah wakil pusat zakat malah menggalakkan ahli membayar zakat kepada kerajaan dan masih boleh berzakat melalui program ini.

Tuduhan PAS menggelapkan wang zakat adalah sama sekali tidak berasas. Bertahun tahun program ini dijalankan. Segalanya terbuka baik dari pengumuman jumlah kutipan, asnaf, pembelian, pembungkusan dan pengedaran.

Soal orang nak berzakat lebih tidak menjadi isu. Saya sendiri membayar seperti biasa kepada pusat zakat dan dua kali ganda kpd program infaq ramadhan. Ditempat kami ada asnaf yg terlepas dr radar pusat zakat. Program ini biasanya menampal kebocoran. Kita tidak menyalahkan atau melemahkan pusat zakat. 


Ini adalah biasa bagi satu organisasi yang besar dan staff yang limited. Terlepas pandang itu satu perkara normal. Jadi dengan adanya kami, kelemahan itu dapat bersama kita tampung. Staff sukarela kami ada beratus ribu seluruh negara. 

PAS mungkin mengkritik tetapi juga membantu menampung kelemahan yang dikritik. Apa guna kita hanya mengkritik institusi zakat tetapi tiada sebarang usaha untuk turut sama memperkasa? Bukankah itu sebenarnya yang dituntut agama?

Soal resit, ia diperkenal atas nama formaliti. Dari segi hukum, tiada masalah bagi mereka yang ingin berzakat lebih melalui program infaq ramadhan. Boleh juga menderma bukan atas nama zakat.

Bagi yang mengadu domba dan memfitnah PAS, kami doakan hidayah. 


Mungkin anda tidak tahu namun seeloknya ambillah tahu dgn merajinkan diri bertanya pada sumber yg berintegriti. Wallahualam

Jumaat, 15 Jun 2018

Pakatan Harapan Tak Mampu Tunaikan Janji Dalam 100 Hari Kerana Masalah Kewangan - DSWA.

Oleh : Bernama

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menunaikan semua janji manifeso dalam 100 hari atas faktor hutang negara.




“Kita ada masalah kewangan dan perlu bayar hutang. Jika dahulu kita tidak tahu sejauh mana masalah ini (hutang negara) berlaku. Sekarang kita sudah mendapat tahu masalah ini dan kita mohon sedikit ruang untuk untuk tunai semua janji dalam 100 hari,” katanya ketika ditemuramah dalam lintas langsung rancangan Bernama News di Bernama News Channel hari ini.

Lintas langsung tersebut bersiaran dari Seri Perdana, Putrajaya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2018.

Bagaimanapun katanya, kerajaan PH telah menunaikan beberapa janji yang telah dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar dan menstabilkan harga minyak.

Dalam pada itu Dr Wan Azizah turut melahirkan rasa gembira dan bersyukurnya kerana setelah sekian lama beliau dan keluarga dapat meraikan Aidilfitri bersama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyeru rakyat Malaysia supaya terus menjaga keamanan dan perpaduan di negara ini walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

“Kita ini unik. Negara kita terdiri dari rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Itu aset yang mesti kita pelihara, pupuk dan perbaiki. Dunia telah menyaksikan kita dapat menukar kerajaan (Barisan Nasional) yang sudah 61 tahun itu dengan aman dan tenteram,” katanya.

Kerabat Diraja Pahang, Firma China Nafi Dakwaan Suapan 1.3Billion, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang.

Oleh : Bernama

Tindakan pihak tertentu cuba mengaitkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima suapan bernilai RM1.3 bilion berhubung satu projek membayangkan wujud usaha berterusan menjatuhkan imej istana di negara ini.


Surat Viral - Gambar Oleh Raja Alias
Exco kerajaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata dakwaan ke atas Tengku Abdullah itu seolah-olah dirancang pihak tertentu selepas cubaan mengaitkan beberapa isu lain dengan institusi diraja di negeri lain termasuk Yang Dipertuan Agong sebelum ini.

Beliau berkata tidak mustahil serangan ke atas institusi diraja berterusan dalam usaha mempengaruhi pemikiran rakyat untu

Tindakan pihak tertentu cuba mengaitkan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima suapan bernilai RM1.3 bilion berhubung satu projek membayangkan wujud usaha berterusan menjatuhkan imej istana di negara ini.

Exco kerajaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata dakwaan ke atas Tengku Abdullah itu seolah-olah dirancang pihak tertentu selepas cubaan mengaitkan beberapa isu lain dengan institusi diraja di negeri lain termasuk Yang Dipertuan Agong sebelum ini.

Beliau berkata tidak mustahil serangan ke atas institusi diraja berterusan dalam usaha mempengaruhi pemikiran rakyat untuk membenci raja-raja Melayu di negara ini.

"Usaha jahat ini cuba menjatuhkan nama baik institusi diraja, sekali gus menanam rasa benci kepada raja-raja Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,"
katanya dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata Pemangku Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sendiri telah menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial itu dan enggan mengulas lanjut.

Mohd Sharkar berkata Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu, malah syarikat tersebut sudah pun menjawab dakwaan terbabit.

Sepucuk surat bertarikh 8 Februari 2018 mendakwa RM1.3 bilion diberikan kepada Tengku Abdullah sebagai suapan atas ‘naungan baginda’ menjadi viral dalam media sosial.

Surat yang ditandatangani Presiden CRIIC Global & Pacific Will JW Ding menyatakan wang itu adalah ganjaran selepas Sapura-China Rainbow Consortium dikatakan diberi projek MRT3 bernilai RM45 bilion.

CRIIC, bagaimanapun menerusi kenyataan, juga menafikan dakwaan itu dan menegaskan surat tersebut hanya rekaan serta sedang mendapatkan nasihat undang-undang bagi mendapatkan remedi sivil dan jenayah terhadap pelaku berniat jahat untuk membenci raja-raja Melayu di negara ini.

Najib Disiasat Atas Dakwaan Penggubahan Wang Dan Penyelewengan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mungkin akan didakwa atas kesalahan penggubahan wang dan penyelewengan harta.



Sumber dari Reuters memaklumkan, penyelewengan harta di bawah Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, denda dan sebatan.

Akta itu, bagaimanapun melarang tertuduh berusia 50 tahun ke atas disebat.

Kesalahan berhubung dakwaan dana kerajaan dipalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam siasatan penggubahan wang dan rasuah.

Ia selepas laporan berjuta dolar dimasukkan dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib dan SRC International yang menjadi bekas anak syarikat 1MDB.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berikrar akan mendapatkan kembali dana yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

Selasa lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan tindakan jenayah dan sivil, selepas menerima kertas siasatan berkaitan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - 15 Jun 2018.


Sumber : TV3

Ketua Pemuda PPBM Didakwa Jual Tapak Ramadhan DBKL, Kaut Untung RM400,000.

Oleh : Buletin TV3

Ketua Pemuda Bukit Bintang Kaut RM400,000 Dari 80 Lot Bazar Ramadan?

Sejak beberapa hari lalu, tersebar surat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai permohonan daripada Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abd Karim dalam menganjurkan bazar Ramadan membabitkan 80 lot gerai di Kuala Lumpur.




Ia sekaligus menimbulkan persoalan mengenai bagaimana kelulusan itu boleh diberi bagi membolehkan Mohd Noorhisyam mengaut ratusan ribu ringgit.

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang juga adalah Bendahari DAP turut terheret dalam isu berkenaan berikutan satu surat sokongan yang dikeluarkannya kepada Mohd Noorhisyam Abd Karim.

Surat dari DBKL kepada Mohd Noorhisyam menunjukkan 80 lot telah diluluskan untuk perniagaan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.

Ini termasuk bayaran RM180 bagi setiap lot atau RM20 sehari untuk pelesenan, ruang dan bayaran pembersihan untuk bazar itu yang bermula dari Pasar Raya Mydin di Pudu ke Masjid India.

Menurut Malaysiakini, wujud dakwaan Mohd Noorhisyam mengaut sehingga RM5,000 dalam bentuk sewa dari setiap lot melalui orang tengah.

Timbalan Setiausaha, Persatuan Peniaga dan Penjaja, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Abdul Rahman Sulaiman, mendakwa orang tengah berkenaan memintanya membayar sebanyak RM4,000.

“Untuk orang lama dia bagi RM4,000, tapi untuk yang baru dia sembelih betul-betul, minta RM5,000.

“Kalau dia kutip RM5,000 untuk 80 lot, (bermakna dia membuat) RM400,000 dah,” katanya.

Fong bagaimanapun menafikan dirinya memperoleh sebahagian daripada wang yang dikutip itu dari Mohd Noorhisyam atau rakannya.

Malah beliau berkata jika tuduhan "salah laku" itu adalah benar, laporan akan dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

Syed Saddiq Luah Perasaan, Demi Amanah Rakyat Tolak Tawaran Oxford Kali Kedua.

Oleh : Syed Saddiq

The Road Not Taken

Saya baru menerima emel yang memaklumkan saya terima biasiswa bersyarat daripada Chevening Scholarship untuk menyambung pelajaran saya untuk membuat Masters in Public Policy di Oxford University. Bagi mereka yang mengenali saya, pasti mereka tahu berapa lama saya idamkan tawaran untuk ke Oxford.




Tahun lepas, saya telah menolak biasiswa daripada Oxford/Campuran dan menangguhkan Masters saya disana untuk bersama-sama dalam perjuangan ini untuk rakyat. Now i am confronted with almost the same dilemma.

It was not an easy journey for me, to choose between my dream and my responsibility.

For the second time, saya terpaksa menolak sekali lagi kerana saya telah diberikan kepercayaan dan amanat oleh rakyat Muar untuk membawa suara mereka ke Parlimen agar suara mereka didengari malah saya percaya tugas saya lebih besar daripada itu, to help reform and serve the people of Malaysia. To ensure the Youth will always have a strong voice in Parliament.

Rakyat Malaysia adalah amanah saya dan In shaa Allah saya akan berpegang teguh pada amanah yang diberikan,
Quite painful for me to explain to my parents yang inginkan saya menyambung pelajaran ke Oxford University. Saya faham keinginan mereka sebagai ibu bapa yang ingin melihat anaknya berjaya dalam bidang akademik dan saya sedar sekiranya saya menolak tawaran Oxford kali ini saya tidak akan berpeluang untuk menangguhkan tawaran ini lagi. Tawaran ini akan luput.

But being in Malaysia, melihat rakyat tanpa mengira kaum dan agama bertungkus lumus membina negara, dari sekecil-kecil sumbangan ke Tabung Harapan ke sebesar-besar memberi cadangan atau pelan yang kritikal dalam pembinaan semula negara. The little things make the biggest differences. Anda semua inspirasi saya.

I am nothing but a servant to my country. I have to put this dream of mine behind. Untuk saya, membina semula negara lebih penting. Suara anak muda mesti bergema di Parlimen. Saya akan pastikan anak muda diwakili sebaik mungkin.
Semoga Allah memberkati perjuangan saya.

Thank you all who have helped me along this arduous journey.

May Allah guide me.

Netizens Puji Mesej Raya Positif Anwar Ibrahim..

Setelah hampir lima tahun meringkuk dalam penjara, Anwar Ibrahim yang kini bebas, menyambut hari raya bersama keluarganya.

Sebelum ini dalam program #TerusTerang, Anwar ada berkata perkara yang paling berharga dan cukup dirasai ketika beliau berada dalam penjara ialah harga sebuah kebebasan.


Tidak benar tuduhan sesetengah pihak yang beliau mendapat layanan VVIP ketika dipenjarakan sebaliknya semua banduan dilayan samarata meskipun begitu Anwar turut menegaskan beliau dilayan dengan baik oleh pegawai penjara namun menafikan wujudnya layanan diskriminasi yang melebihkan beliau berbanding tahanan lain di Sungai Buloh.


Justeru itu ramai percaya Syawal kali ini cukup bermakna buat Anwar kerana bukan sahaja beliau bebas dari penjara dan diberikan pengampunan penuh malahan Pakatan Harapan kini adalah sebuah kerajaan dan bukan lagi sebagai pembangkang, kesan dari sikap memaafkan semua kezaliman yang pernah tertimpa ke atas dirinya dan keluarganya suatu ketika dahulu.

"Memaafkan mereka yang telah melakukan kezaliman adalah sifat seorang insan yang kuat. 


“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)
-
Melangkah ke era kerajaan Pakatan Harapan, kita harus bersikap lebih positif untuk lebih tenang dan cekal dalam menghadapi hidup. Manusia adalah tidak sempurna dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maafkan saya dan sekeluarga sekiranya telah menyinggung sesiapa selama ini dari segi zahir dan batin.
-
Anwar Ibrahim,"
katanya dalam satu ucapan ringkas di Instagram.


Netizens puji mesej raya positif Anwar..

iamzimzim : Subhanallah jiwa yang sangat-sangat positif. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati DSAI sekeluarga dunia akhirat Aamin.

shahr108 : Menghalang mereka dari terus berlaku zalim memerlukan kekuatan yang lebih besar Dato Seri

tudungkekaboo_atikah : Alhamdulillah.. Betul tu Datuk.. Memaafkan adalah yang terbaik.. 😊 Syukur dapat bersama family menyambut lebaran tahun ini.. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga.. 😘


iamasniya : Betul tu Dato Seri Anwar Ibrahim...maaf memaafi adalah satu pendamaian yang mujarab untuk hidup sesama manusia😘😍 dengan tenang💪👍👍

abrahim_my : Alhamdulillah Selamat Hari Raya Datok Seri dn keluarga...saya tumpang gembira bila Datok Seri kini bebas dan dapat beraya bersama keluarga....Dapat memaafkan orang terutama yang menzalimi Datok Seri dengan sezalim-zalimnya adalah satu perkara yang maha hebat!!!.....saya pun tak pasti mampu melakukannya....Salam Aidil Fitri buat Datok Seri dan keluarga.... ......minta tengok2 juga tindakan2 para menteri ya Datok Seri....rakyat sedang memerhati kan je....kepercayaan, harapan dan amanah rakyat perlu dijaga....ada tindakan2 yang tak menyenangkn lately. Harapan agar Datok Seri akan dapat memacu negara dengan cemerlang. Majoriti rakyat percaya dn menaruh harapan yang tinggi dengan kepimpinan dan kehebatan karekter Datok Seri. Dan itu lah juga yang saya harapkan. 20 tahun yang lalu. InsyaAllah akan jadi kenyataan tidak lama je nanti. Selamat beristirehat bersama keluarga dan sahabat2 di hari lebaran ini dan selamat Berkhidmat untuk BANGSA, Agama dan negara bila tiba masanya nanti. İnsyaAllah.

amriyusfarizal : Alhamdulillah DSAI, tidak semua orang mampu berbuat demikian, semoga Allah memberi rahmat Dan kesihatan yang baik pada DSAI sekeluarga.


arhamnirobian@nrhfzh7904 : Tengok la kata² dia ni..payah nak jumpa orang macam ni.


bekam_suffi : Selamat hari raya Dato Sri. Alhamdulillah Allah kabulkan doa semua untuk bersatu dan berkumpul.. sebak bercampur gembira.. ketulusan dalam kemaafan akibat dizalimi inilah kehebatan org yg beriman.. salute..💖💖💖

dryazid_007 : Alhamdulillah..syukur akhirnya semua pengorbanan yang dilakukan membawa segala perubahan serta gembira melihat keluarga yang bahagia..

razif7 : 1998 saya darjah 6 dan pada masa itu saya hanya mampu melihat keadaan yang berlaku kepada DSAI dan keluarga DSAI. Ayah dan jiran berbual dan berkata andai perkara ini benar sekali pun ia adalah sebuah keaiban dan keaiban peru ditutup. Saya bercita² masuk ke MCKK dan menjadi pemimpin pun kerana melihat DSAI ketika kecil. Saya mungkin tak kan dapat rasa apa yang DSAI alami dan hadapi. Tapi kemenangan dengan memaafkan orang lain adalah kemuliaan terunggul. Saya ingin dari kecil untuk melihat DSAI memimpin kami rakyat malaysia ke arah yg lebih baik. Setiap orang ada kelemahan andai kita bersatu dan cuba membetulkan utk kebaikan, insyaAllah kita akan berjaya. Terima kasih DSAI kerana membuka mata semua rakyat dan saya tetap doakan DSAI diampuni dosa² dan terus sihat memperjuangkan nasib rakyat yang berada di bawah seperti kami. Amin ya Rabb.

Pelawak terkenal tanahair, Saiful Apek turut memberikan komen di post berkenaan dan memuji tindakan Anwar Ibrahim memaafkan perkara lama.


saifulapek : Meminta maaf itu keberanian, memaafkan itu kekuatan, melupakan itu kebahagian. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


Tips Menjadi Pembangkang Yang Berkesan Dari Lim Kit Siang Untuk UMNO.

Oleh : Malaysiakini
 

Susulan kekalahan BN pada PRU14 lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Bung Moktar Radin semalam tampil berkongsi tips dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, bagaimana mahu menjadi pembangkang yang berkesan.


Menurut beliau, UMNO harus mengamalkan pemikiran dan modus operandi sama seperti Pakatan Harapan yang sebelum ini menjadi pembangkang. Ini termasuk membuat sesuatu tuduhan tanpa rasa takut terhadap tindakan undang-undang.

"Sebab itulah mereka perlu belajar bagaimana untuk menjadi pembangkang. Kita perlu mengukuhkan parti kita, kita berjuang seperti pembangkang sebelum membentuk kerajaan.

"Mereka bertarung dengan Kerajaan BN tanpa henti. Mereka terus membuat spekulasi dan akibatnya, banyak daripada mereka dituduh di mahkamah. Mereka hanya tahu menghentam UMNO dan BN, mereka tidak peduli.

"Jadi, kita mahu bekerja seperti itu atau lebih baik daripada pembangkang sebelum ini,"
katanya.

Bagaimanapun, tampil memberi teguran Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, tips yang dikongsikan oleh Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu hanya akan menjadikan UMNO sebagai pembangkang buat selama-lamanya jika parti itu mengambil petua berkenaan sebagai idea "pembangkang yang berkesan".

"Petua Bung akan jadikan UMNO sebagai pembangkang selamanya, tidak akan dapat kembali ke koridor kuasa.

"Sepanjang 53 tahun saya dalam politik pembangkang, saya tidak pernah bergerak dengan cara yang digambarkan oleh Bung dalam berperanan sebagai pemimpin pembangkang dan saya boleh mengatakan perkara yang sama terhadap pemimpin Pakatan Harapan yang lain.

"Saya sedia untuk memberi tuisyen percuma kepada UMNO/BN tentang cara untuk menjadi pembangkang yang membina dan berkesan kerana saya mahu melihat keputusan PRU14 pada 9 Mei menumbuhkan demokrasi dengan akar yang kuat di Malaysia.


"(Ini) bermakna mekanisme semak dan imbang bukan hanya pada parti pemerintah sendiri tetapi juga peranan yang efektif dan konstruktif daripada pembangkang, media dan masyarakat madani.

"Tetapi jelas bukan peranan pembangkang yang dibayangkan oleh Bung, yang tidak jujur, merosakkan dan memecahkan masyarakat Malaysia yang demokratik dan berjaya,"
katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...