Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Jun 2018

Pemuda UMNO Hairan Mahathir Meminjam Yen Jepun Untuk Selesaikan Hutang Dalam Ringgit Malaysia..

Oleh : Shahril Sufian Hamdan / Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia
Salam #Pembaharuan.

Saya hairan kenapa YAB Tun Mahathir memohon pinjaman dalam matawang Yen untuk menyelesaikan hutang negara.

Pertama hampir semua hutang Kerajaan adalah dalam Ringgit. Hanya 2% daripada RM700 bilion hutang Kerajaan dalam matawang asing termasuk Yen.

Kedua, risiko untuk negara muflis lebih tinggi apabila kita meminjam dalam matawang asing seperti Yen kerana terdedah kepada naik turun kadar tukaran matawang Ringgit-Yen dan juga kadar faedah negara Jepun.

Ketiga, negara tidak akan muflis apabila meminjam dalam matawang sendiri. Pengeluaran Ringgit dikawal oleh Bank Negara Malaysia, jadi tak timbul isu negara akan muflis dengan 98% daripada hutang Kerajaan didenominasi dalam Ringgit.

Hutang Kerajaan ni bukan macam hutang kita individu2 atau isu rumah.

Dalam bahasa mudahnya, kita individu kalau hutang, kita takda bank sendiri. Kerajaan ada bank sendiri - Bank pusat yang boleh "cetak" Ringgit bila-bila masa (Cuma jangan terlalu ghairah sehingga inflasi tinggi). Sebab tu teknikalnya, sesebuah Kerajaan mana-mana dunia takkan boleh "default" atau muflis dari hutang matawang sendiri.

Keempat, kita masih berhutang berbilion Ringgit kepada negara Jepun yang mana hutang-hutang bilateral ini dibuat pada tahun 90-an untuk projek khusus seperti Projek Pembangunan Luar Bandar, pembinaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), projek Empangan Beris, projek pembangunan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan banyak lagi.

Tindakan Tun Mahathir menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian.

Kalau pinjaman daripada Kerajaan Jepun dibuat untuk projek-projek pembangunan takpa lagi, tapi pinjaman ini katanya dibuat untuk selesaikan hutang Kerajaan yang asalnya dalam Ringgit sendiri.

Harap ada penjelasan pakar-pakar ekonomi Kerajaan yang bijaksana. Majlis Penasihat hebat-hebat belaka. Cuba jelaskan..

Muhasabah diri. Kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...