Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 November 2012

Nama buah ini ialah NAJIB - Mesti baca!

Wowww..

Tak pernah aku tahu ada buah nama dia najib. Ini first time aku dengar dan aku tak sabar2 nak makan la buah neh. Cam sedap jek.

kah kah kah

Ini buah yang dimaksudkan beb ;



Siap letak nama buah tue kat buah tue sendiri supaya orang boleh perasan dan sedar bahawa nama buah tue najib beb. Dan merujuk kepada keterangan yang dinyatakan ;


Owh oke2. Buah neh buah istimewa rupanya. Buah ini disediakan menggunakan acuan rahsia oleh stesen jabatan pertanian rupanya. Kiranya ini buah jenis kacukan la. Stesen jabatan pertanian reka buah neh dan nama ia sebagai najib. 

Oke. Aku dah faham. So apa motifnya ek? Untuk komersilkan ke ataupun saja2 buat buah nama najib? Ini buat buah nama najib guna duit sapa ek? Dah buat survey ke time nak letakkan nama buah neh kepada nama najib? Jangan marah oke, tanya jek neh.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Apa2 pun aku teringin nak rasa buah di atas. Nak tahu gak sedap ke tidak.

kah kah kah

Sumber : Obe.    

Gambar Najib dan anak Najib bersolat hajat tersebar.

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan bacaan qunut Nazilah serta solat hajat bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang berdepan dengan kekejaman Israel di Masjid Putra, di sini hari ini.

Perdana Menteri dan para jemaah turut mendengar khutbah Jumaat khas yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat bertajuk Tangisan Gaza.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121124/dn_01/PM-tunai-solat-hajat-doakan-Palestin#ixzz2D73Bk6vw 

Utusan sudah.

Umno online sudah.

Semua berita arus perdana sudah.

Berita di RTM dan tv3 pun sudah. 

Bahkan berita di saluran2 lain juga sudah. Termasuklah berita berbahasa english di NTV7.

Kini aku pula tolong sebarkan. Tunggu ek.

Lihat kat bawah neh geng. Najib dan anak dia kusyuk berdoa kerana sayangkan palestine walaupun bn tak iktirafkan hamas dan berdagang dengan israel secara indirectly melalui perniagaan francais dan import eksport ;




Najib Tun Razak (tengah) bersama anak beliau, Ashman Najib mengaminkan doa selepas solat Jumaat dan solat hajat memohon kesejahteraan Palestin di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

Aku faham Najib. Aku faham. Aku faham sangat ko perlukan mereka untuk laporkan dan hebahkan benda2 gini untuk bina imej wasatiyah, alim dan baik untuk diri ko. Aku akan tolong sebarkan. Ikhlas beb aku.

Tapi kan aku takan doakan ko berjaya. Bahkan aku berharap ko gagal. Giliran ko pula untuk faham sebagaimana aku faham ko.

kah kah kah

Jumaat, 23 November 2012

Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah.


Bagi aku neh kes kecik. Cara nak selesaikan kes neh pun senang jek. Itupun kalau UMNO sudi la nak dengar pandangan aku.

Pendapat aku ;

1. Dosa yang tak terkantoi bermaksud Allah swt bagi ko peluang dan ruang untuk bertaubat dalam kesedaran ko sendiri. Sebab tue ko asyik terselamat jek.

2. Tapi dosa yang dah terkantoi contohnya kena serbu time minum arak apa seme.. itupun Allah swt bagi peluang dan ruang juga untuk ko berubah.. tetapi dengan kesedaran orang ramai. 

Maksudnya sahabat2 ko, keluarga ko dan sesiapa yang mengenali ko dah patut bertanggungjawab untuk mengeluarkan ko dari dosa tersebut. Bahkan umno dan kerajaan juga harus memainkan peranan sebab perbuatan dia dah terdedah.

3. Aku tak gemar salahkan umno secara general dalam kes neh. Bagi aku macam mana la satu2 parti itu mampu menentukan sikap setiap ahli2 mereka. PR begitu, BN juga begitu. 

Tetapi, walaupun tak boleh membanteras at least BN dan UMNO khususnya boleh mengawal dengan mengambil tindakan tertentu. Contohnya tarbiah dan hukum. Kalau boleh bagi warning agar dia ubah sikap dan jika enggan keluarkan dia dari jawatan yang dia sandang supaya tak malukan umno secara tidak langsung.

4. Dan bila umno tak berbuat demikian..jangan salahkan persepsi masyarakat terhadap anda. Walaupun kita tak boleh tentukan apa2 yang setiap ahli2 kita nak buat tetapi kita boleh menghukum mereka bila mereka buat salah. 

Jika kita taknak hukum mereka maka kita salahkan diri kita bila orang pandang serong terhadap diri kita, jangan salahkan PR kalau individu tertentu terkantoi lebih2 lagi kalau dia menjadi wakil calon bn or bertanding untuk mempertahankan jawatan dalam parti umno. Sendiri yang cari nahas beb. Lue fikirlah sendiri. Bai.

Baca berita bawah neh untuk kefahaman lanjut oke ;

Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.

“Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak,”
kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.

Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.

“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno,” kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.

“Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup,” katanya. - GB -

Selangor di saman RM10juta kerana gagal tunaikan Manifesto Pilihanraya.

WOW..

Banyak tue. 

Sejumlah 2,020 ibu tunggal pada Khamis memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Yang kena saman ;

 
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Tuntutan mereka ;

Oleh itu, plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 2,020 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM10.9 juta daripada defendan pertama selain daripada kos.

Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor yang mempunyai garis panduan antaranya ialah bayaran elaun minimum adalah RM100 sebulan, mengadakan borang permohonan bayaran elaun ibu tunggal dan kaedah mendapatkan serta memulangkan borang permohonan.

Kes saman akan datang ;

Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata selepas ini firma beliau akan memfailkan tuntutan yang sama daripada 5,000 ibu tunggal pada awal dan pertengahan bulan hadapan.

Beliau berkata kumpulan ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari kawasan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Langat. 

Ini satu tindakan yang betul dan bagus. Jika PR dan BN dengan sengaja terbukti tidak mahu menunaikan janji mereka selepas memenangi PRU elok saman je. 

Aku tak jelas kenapa PR tak tunaikan janji di atas or adakah benar PR tidak menunaikan janji di atas cuma aku nak jelaskan pandangan aku mana2 pihak yang suka2 berjanji ketika musim PRU lepas tue dah menang dan tak tunaikan janji memang patut disaman sebab melakukan penipuan ke atas rakyat jelata. 

Jadi tunggu la apa PR kata. Aku tak boleh nak kata apa2. Tatau beb sapa betul sapa salah. Tapi kalau sungguh ini di kesalahan di pihak PR memang patut saman jek. Dan langkah ini haruslah ditiru oleh seme rakyat malaysia yang rasa tertipu dengan manifesto pru oleh mana2 pihak sekalipun. 

Baik BN dan PR kalau dorang buat gampang kat kita, kasi saman jek beb. Biar dorang tahu bahawa rakyat bukan tempat untuk dipijak2. Oke bai.  

RM23.4juta untuk 124 kamera perangkap laju.


Timbalan menteri dalam negeri, Datuk Abu Seman Yusop hari ini menjelaskan, kos RM23.5 juta bagi 124 kamera perangkap had laju untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah termasuk kos latihan kepada pasukan tersebut.

"Kos pembelian termasuk latihan kepada pengguna iaitu PDRM dan jaminan selama dua tahun dan penyelenggaraan peralatan tersebut," katanya di Dewan Rakyat petang ini.

23.4juta untuk 124 kamera perangkap laju untuk kegunaan PDRM amat amat amat MAHAL kalau korang tanya aku. Nak tahu tak bentuk kamera tue macam mana? Lebih kurang la. 

Maybe ada perubahan dari segi warna dan reka bentuk untuk keluaran terbaru tetapi gambar tue terpakai juga untuk isu neh sebab PDRM telah beli dan masih gunakan ia sampai sekarang. Rujuk sini. 

Menurut Mahfuz Omar ;

Namun, penjelasan itu masih gagal memuaskan hati Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata kerajaan negeri di Amerika Syarikat memperolehi kamera sama dengan harga lebih rendah – sekitar RM15,000 ke RM18,000 seunit termasuk kos pemasangan dan jaminan.

"Jadi takkanlah kita beli sampai RM173,000 sampai RM223,000 seunit hanya nak masuk (kos) latihan.

"Saya fikir satu benda yg tak masuk akal, kos latihan RM100,000 lebih, kos kamera RM15,000 ke RM18,000 lebih setiap satu," kata Mahfuz yang mahu satu audit dilaksanakan bagi menyiasat perkara itu.

Dan bila menteri yang diasak bertubi2 gagal memberikan jawapan kepada soalan mahfuz omar di parlimen last2 dia cakap begini ;


Beliau kemudiannya memberi jawapan ringkas bahawa perbezaan kos itu berlaku kerana terdapat kos lain.

"Ada kos-kos lain," katanya sambil menambah nama syarikat yang mendapat kontrak itu akan didedahkan kemudian.

Nak tahu apa yang aku fikirkan?

1. Menteri sedang menipu. Kalau la ada lain2 kos sepertimana yang dia nyatakan mestilah dia boleh jelaskan secara terperinci apa benda yang lain2 kos tue.

2. Sudah semestinya sebagai TM dia membaca dulu data2 dan dokumen berkaitan isu di atas. Dan sudah semestinya ada dijelaskan dalam kertas itu apakah jenis dan bentuk lain2 kos yang disebut.

3. Dokumen itu sudah tentu tidak akan meletakkan subject sebagai ==> lain2 kos. Mesti dia ada perincikan untuk apa dan bagaimana bayaran seunit alat perangkap laju ini di ambil kira.

4. Bila menteri tidak mampu jawap or tidak boleh jawap hanya ada 3 sebab je. 1, samada mereka tidak membaca dan meneliti dokumen berkaitan dengan betul2, kedua, main baca jawapan yang disediakan tanpa sedar apa benda yang dia baca kan tue.. ketiga dia tahu apa sebab sebenar tetapi terpaksa menipu.

Jawapan mana satu merujuk kepada tindakan menteri di atas? Lue fikirlah sendiri. Aku pun tatau sebenarnya.

kah kah kah

Khamis, 22 November 2012

JAKIM dan MASHITAH sound PAS.

Wowwww



UMNO barisan nasional ingat jika mereka gunakan JAKIM dan MASHITAH umat islam malaysia macam aku akan terpedaya dan terus beranggapan wooo memang tak patut.. sangat tak patut.. benar-benar tak patut.. apa yang PAS buat di kelantan hari tue berkenaan isu doa membalas kezaliman kerajaan bn terhadap rakyat kelantan khususnya dan rakyat malaysia macam aku am nya.

Jangan. Jangan sesekali fikirkan rakyat malaysia BODOH macam korang. Isu doa neh isu paling simple sekali. Kalau tengok dari sudut mana sekalipun seme orang tahu isi kandungan doa ialah hak peribadi masing2.

Ko sapa nak kawal apa yang aku mohon dari Allah swt?

Ko sapa nak tentukan dan tetapkan apa yang aku boleh mohon dan tak boleh mohon dari Allah swt?

Apa Allah ada lantik ko untuk menyelia doa2 yang boleh pergi dan tak boleh pergi kah?

Pergi MAMPOS la dengan alasan JAKIM kat bawah neh ;

"Jika kita meneliti sejarah baginda Rasulullah S.A.W. sendiri, beliau tidak pernah berdoa untuk kecelakaan umatnya walaupun Rasulullah pernah dicaci maki oleh orang yang membenci perjuangannya. 
    
"Kita perlu ingat bahawa doa itu merupakan satu ibadat dan cara hidup yang diajar oleh Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara halusnya JAKIM nak suruh kita buat macam neh. Takpelah UMNO bunuh ko, sangka baik sudah. Takpelah BN nak bunuh ko, sangka baik cukupla. Doakan BN tue akan berubah sikap walaupun ko telah MAMPOS dibunuh oleh mereka.

Gila kot JAKIM neh. Elok tukar nama daripada jabatan kemajuan agama islam kepada jabatan orang2 beragama yang gila taksub bodoh nak mampos. Itu lebih sesuai sebab menepati sikap mereka2 yang mewakili JAKIM.

Satu jek pun aku puji JAKIM dalam ayat di atas. Secara tak langsung JAKIM mengakui bahawa UMNO membenci perjuangan PAS. Pas memperjuangkan ISLAM dan nampaknya kata2 JAKIM telah membuktikan bahawa UMNO benci PERJUANGAN PAS. 

Dan macam biasa, JAKIM majalah porno melayu terbitan utusan umno bila lue nak tegur? Puiiiiii..

Ini plak statement Ustazah Mashitah ;
"Sebagai salah satu ibadah, maka kita hendaklah mendoakan yang terbaik sesama manusia bukannya perkara yang sia-sia atau keburukan. 
    
"Tindakan ini juga boleh dikatakan sebagai terdesak untuk mendapatkan kuasa dan bermotifkan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids di sini
 
Masitah berkata kandungan doa itu jelas menunjukkan PAS terlalu mempolitikkan agama serta menjadikan agama sebagai senjata politik mereka untuk menarik undi. 
    
Katanya, tindakan sebegini jelas tidak melambangkan keperibadian seorang Islam dan beliau berharap agar masyarakat boleh menilai sendiri tindakan PAS itu. 

Mashitah, ko jangan marah ek aku panggil ko mashitah jek oke. Aku nak tanya soklan kat ko neh.

1. Kalau doa pas = keburukan dan sia2 = apa sebab umno kecoh nak mampos? Lantak p la. Allah swt takan makbulkan doa yang mendoakan keburukkan umat islam yang lain. Ko neh betul ke ustazah ek?  Ko sendiri cakap pas berdoa keburukan dan sia2 so apa perlu ko komen meleret2 depan press dan kenapa umno barisan nasional beria2 balon pas dalam isu doa neh ek? Sedar tak tindakan korang berbeza dengan apa yang korang nyatakan?

2. Politik? Bagaimana ek pas menggunakan doa untuk berpolitik? Aku baca berulang kali dan tak faham.. macam mana agaknya pas boleh mengunakan doa yang hanya Allah swt je boleh makbulkan bagi tujuan politik? Korang faham? Aku tak faham langsung.

Ini mesti main melalut dan merapu depan press dan berfikir dalam ahti lantakla apa2 yang aku nak komen pun bukan dorang akan perhatikan satu persatu kenyataan aku.. hehehee..

Hoi mashitah,  ko dah silap besar. Aku perhatikan statement ko dan aku sahkan ko memang BODOH nak mampos. Dan ketahuila, ko la ustazah pertama yang aku cakap BODOH nak mampos di dunia ini. Aku berharap ia kali terakhir juga sebab aku tak suka nak BODOH2KAN orang yang cerdik agama neh walaupun tindakan ko dah banyak kali membuktikan bahawa ko macam tak cerdik agama pun. Bai. 

Berita berkaitan : sini

Lagi bukti perdagangan Malaysia - israel.

Aku sebenarnya blur2 dalam isu neh. Aku nampak dorang sebarkan gambar dokumen ini di wall facebook. Korang tengok sendiri ;



Sumber : sini.

Syarikat perusahaan getah tue under kerajaan malaysia ka? Kerajaan malaysia ada saham ka dalam syarikat itu? Kalau ada saham bleh gak nak marah tapi kalau ia syarikat swasta aku tak fikir kita ada hak nak tentukan dengan siapa mereka mahu berdagang. Baiklah, kita mungkin benci dan anti israel tetapi perkara yang sama tidak boleh diaplikasikan ke atas orang lain.

Walaupun kita seme rakyat malaysia tetapi aku tak boleh nak paksa orang lain untuk anti israel sebagaimana yang aku anti. Itu yang aku nak sebutkan disini. Jika ini syarikat milik malaysia maka ada la sesuatu yang boleh dipersoalkan. A

ku mahu tahu kenapa bersih yang dituduh menerima dana yahudi, pr yang dituduh berkonspirasi dengan yahudi tetapi yang terkantoi berkerjasama dan menjalankan hubungan perniagaan dengan yahudi itu umno barisan nasional?

Itu jek la.

Kalau ia syarikat swasta aku no komen. Bagi aku mungkin malaysia tetap menetapkan bahawa swasta berhak meniaga dengan siapa. So polisi itu aku hormat je la. Boleh tak suka tapi aku tetap hormati polisi itu. Pasti ada sebab kenapa polisi seperti itu dimuktamadkan walaupun aku memang tak suka.

Dan aku suka nak dengar jawapan dari Mukhriz Mahathir. Apakah ini bahan ini untuk syarikat muslim palestine di palestine? Hehe. Soklan pagi tadi belum lagi dibalas dah aku tambah soklan baru kan? 

Jawab la MITI. Aku tunggu neh. Buat apa jadi menteri kalau syok di gelangang sendiri? Hanya jawab soklan yang favor kepada diri sendiri dan fitlter soklan yang tak favor kepada diri sendiri? Aku ingatkan najib je pengecut.. demmmm seme sama je ek dalam umno?

kah kah kah

Jom Main Game AES.

Pfttt..

Ada game AES beb.


Korang nak perli bn kan? Kreatif siot. Aku suka.

kah kah kah 

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Tapi kan.. alamak aii. Aku takde iphone. Untuk android takde ke? Kecewanya aku. Dah la percuma jek pun.  Mohon android buat game AES dan game rosmah menabung. Kesian kat pengguna android. Kita orang pun nak merasai keseronokkan bermain permainan itu. Sesiapa please.. aku nak main gamee. Takde duit nak beli iphone. Kalau ada duit pun tak minat le pula nak beli.

kah kah kah

Kepada sesiapa yang nak download p kat sini. Lepas tue leh berlatih beb. Tengok korang bleh lepas tak dari AES phone. Kalau agak2 boleh lepas boleh lah aplikasikan skill tue kat dunia realiti plak. Selamat beb duit masing2.

KAH KAH KAH

Gambar penduduk AMUK pasal AIR di JOHOR tersebar.

Tv3 ko bila nak lapor? Malam neh ke? Berapa minit? Silap. Berapa saat? 10 saat? 

kah kah kah

Apa pun jom kita baca dulu luahan penduduk yang ditumbuk dan dibelasah oleh pemaju sehingga menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.


Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.

Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam.


Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.


Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air.


"Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu.


“Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk.


"Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini,
namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah,” katanya pada sidang media, semalam.

Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk.


“Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa.


"Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan
pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan  tidak munasabah.

“Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja.


“Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik.
Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini,” katanya.


Ini gambar AMUK yang disebarkan oleh sinarharian ;


Ini pula cara media arus perdana laporkan berita ;



Hehehe.. 

AMUK sebab PEMAJU taknak bertanggungjawab atas apa yang dorang dah buat kat penduduk sebenarnya. Tapi yelah isu asasnya masih AIR. 

Apa pun cadangan aku ialah baik penduduk2 kat situ check dulu samada pemaju yang buat kerja2 pembersihan tue ada kaitan dengan BN ke takde. Kalau ada kaitan dengan mana2 orang BN so pepaham sendiri la nasib korang selepas neh. 

Selamat tingggalll rumahh kuuu.. selamatt ttinggalll.. tanahkuu.. confirm la bn akan aniaya korang sampai mampos. Ingat.. sendiri undi dan pilih bn oke. So well done. 

Mukhriz Mahathir nafi perdagangan dengan israel.

Ini penafikan oleh Mukhriz Mahathir [MM] yang aku petik dari twitter dia. 



Setelah membaca penafian dari dia, aku terus ajukan satu soklan kat dia. Aku bukan apa, aku agak ragu2 dengan jawapan yang dia kemukakan. So aku tanya la. Dia pun memang tengah online. Dan aku tengok dia reply seme twitt yang orang twitt kat dia.. tapi selepas 5 minit aku tunggu.. aikk dia tak balas pun twitt aku. Kenapa ek?

Ini soalan aku ;

 kenapa pula israel sanggup benarkan kapal yang membawa muatan barangan perniagaan utk palestine berlabuh di israel? israel bukan la baik sehingga mahu berkompromi. israel yang saya kenal ialah zionist. jahat. kejam. jadi tak faham kenapa mereka sanggup compromise dengan palestine pula.. sedangkan barangan lain disekat, mavi marmara pun diserang inikan pula barangan utk palestine.. sure or not barangan tu utk palestine or israel?



Aku tanya sebab aku nak tahu. Bukan aku letakkan tuduhan pun. MM sendiri yang sebut bahawa perniagaan kelapa sawit itu adalah dengan syarikat muslim yang berpengkalan di Palestine. Dan israel pula hanya membenarkan barangan berlabuh disitu. 

Mereka bukan menjalankan perniagaan dengan israel tetapi dengan palestine. So, takan tak boleh jawab kenapa agaknya israel boleh membenarkan barangan dagangan untuk palestine berlabuh di israel kalau sungguh memang perkara itu yang berlaku?

Tak mungkin israel boleh suka2 bersetuju. Adakah ada perjanjian dan persefahaman telah dicapai sebelum ini? Kalau bagi jawapan sekerat2 macam neh aku tak boleh la nak percaya 100%. Aku terpaksa cakap jawapan itu meragukan. Aku belum nampak bahawa jawapan itu patut diterima. Melainkan MM dapat buktikan bahawa ;

1. Syarikat itu memang benar2 dimiliki oleh muslim palestine.

2. Syarikat itu benar2 membekalkan barangan untuk rakyat palestine.

3. Syarikat itu bebas dari sebarang pengaruh zionist yang kita risau mungkin sedang mengambil kesempatan untuk menekan dan mengenakan rakyat palestine.

4. Dan kerajaan malaysia juga bebas daripada terlibat sebarang usaha menyalurkan dana kepada israel dan tidak juga terlibat dalam mengambil untung atas angin dengan menjalankan direct perniagaan dengan kerajaan israel.

Jika kerajaan malaysia tak boleh buktikan itu takde hal. Aku faham je prinsip ekonomi tue macam mana. Tapi jangan la dok kait2kan bersih dengan yahudi or pr dengan yahudi kalau yang sebenarnya korang lebih teruk dari apa yang korang tuduh2 kita orang. Kan tak baik macam tue? Cuba jadi manusia yang sedar diri sket. Aku tak fikir itu merugikan. Oke bai. 

Rabu, 21 November 2012

Bagaimana untuk berdoa di Malaysia? - TIPS SEBELUM BERDOA.

Sekarang tengah kalut isu doa. Jangan tatau doa bukan hak aku dan ko lagi. Doa kini adalah hak esklusif orang2 umno sekarang neh. Untuk berdoa korang perlu patuhi beberapa protokol di malaysia. Jangan main langgar lari jek beb. 

Nanti tak pasal2 jadi kes polis. Lepas tue berita asyik canang citer pasal ko jek 24jam. Selepas itu ko akan dikutuk bertubi2 sebab tak ikut protokol doa di Malaysia. Dasat gak tue.

Aku neh nak cakap dah lama hidup tue takde la lama mana. Nak cakap baru hidup tue takde la baru juga. Tapi aku belum pernah tahu akan protokol ini di malaysia. Aku percaya ramai gak orang tatau kot. Macam aku. 

Almaklumlah umno bukan nak ajar kami bab2 doa neh. Dorang reti balon dan marahkan kami jek. Orang kata kalau salah terangkan dulu cara baik. Ini tidak, terus lapor polis. Kecik ahti gua tau. Mentang2 la gua asyik kempen undi pr jek. Apa pun tak boleh. 

Oke la, selaras dengan tajuk artikel ini korang kalau berdoa ke apa ke boleh. Tapi ada beberapa peraturan yang korang kena ikut. Ini bukan peraturan dalam islam ke apa tapi ini apa yang ditetapkan oleh umno. 

Mana aku tahu? Owh mudah.. aku analisis situasi terkini. So dari situ aku rasa ini la kot yang kami perlu lakukan untuk hidup aman damai tanpa dikeji dimaki disumpah seranah dan dibalaipoliskan. 

So inilah tips2 nya.

Apa yang anda perlu buat sebelum berdoa?

1. Mula2 korang tentukan dulu permintaan / permohonan yang korang nak buat.

2. Contohnya ko mohon saya nak umno tumbang. Ataupun BN kalah pru. Ataupun saya berharap najib dan rosmah jangan membazir wang rakyat malaysia lagi.

3. Lepas tue call kawan2 umno korang. Bagitau dorang, isi kandungan dorang korang. Mohon dorang baca dan tentukan samada boleh ke tak boleh berdoa begini kat Allah swt.

4. Kalau dorang cakap oke lepas, so terus proceed. Kalau dorang cakap tak lepas, ko kena tanggung risiko arh. Maybe dorang akan report polis. Dan kutuk ko macam2 di sana sini.

Di harapkan tips ini dapat membantu korang supaya korang tahu la apa protokol untuk berdoa di malaysia. Ingatlah, nak berdoa sebab dizalimi umno pun tak boleh.. ini la bukti betapa demokrasinya negara kita sampaikan ke dalam urusan doa peribadi pun mereka menyemak dan masuk campur. Choooooooiiiiiiii

Wan Ji dipanggil polis dakwaan hina sultan

Seorang penceramah bebas, Ustaz Wan Ji Wan Husein (gambar) dipanggil ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 hari ini untuk memberikan keterangan ekoran dakwaan menghina sultan.

Menurut kenyataan terkini dalam facebook, Wan Ji menulis, beliau dalam perjalanan ke Balai Polis Shah Alam kira-kira jam 1.30 tengahari yang lalu.

"Dlm perjlnn ke balai polis shah alam, seksyen 9.. Dipanggil atas dakwaan hina sultan," tulis Wan Ji dalam facebooknya.



Harakah. 

Sebelum aku nak tulis sedikit komen mengenai apa yang berlaku ke atas Wanji aku nak ulas sedikit ayat yang digunakan oleh wartawan harakah dalam berita di atas sebab aku petik dari ko.

==> http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14716-wan-ji-dipanggil-polis-dakwaan-hina-sultan

1. Tolong betulkan ejaan keterangan. Ia salah. Takpelah blog macam kami eja tak betul tapi media rasmi macam harakah tak boleh sebab nanti orang ejek2. Kalau utusan yang salah eja, aku terus ejek je. Bahkan siap printscreen lagi. Aku bias. Aku mengaku terus terang. Taknak mengaku pun tak guna sebab orang tetap boleh menilai perbuatan aku.

2. Gantikan perkataan pernyataan kepada keterangan. Aku tatau apa beza antara pernyataan dengan kenyataan sebab bm aku pun failed dengan tatabahasa yang teruk tapi tah camne aku suspect ayat pernyataan disitu tak sesuai. Kalau aku salah, abaikan je oke.

Rekod, ayat di atas telah aku betulkan sendiri. Tapi di laman harakah ia masih begitu hingga saat ini [3.41 21/11]

Citer Wanji.

Memang dah beberapa kali Wanji update isu sultan. Dan memang aku rajin share citer dia kat page aku. Kalau aku la antara punca yang menyebabkan orang alert dengan status2 tersebut sehingga mendorong siasatan di jalankan ke atas nya, terasa plak aku kena minta maaf kat Wanji sebab dah menyusahkan hidup dia tak pasal2.

Apa pun aku tak pernah rasa Wanji update perkara yang salah. Isi ahti aku lebih kurang sama dengan apa yang Wanji luahkan di wall facebook. Bahkan ia mengambarkan perkara yang sebenar. Dan aku tak faham kenapa ek bercakap benda betul pun merupakan satu kesalahan di malaysia. Apakah kita kini harus berbohong untuk hidup di malaysia?

Harap2 nasib wanji tak berakhir seperti ahmad. Tak pasal2 difitnah sebagai zul yahya padahal zul yahya sapa pun dia tak kenal. Dah la kena fitnah, kena dakwa lepas tue pdrm sampai sekarang tak buat kenyataan balas apa yang dinafikan oleh keluarga ahmad bahawa ahmad ialah ahmad dan ahmad bukan zul yahya. Apa pun tak boleh.

Najib jangan tipu2 oke, aku tak suka.

Kemain degil. Taknak lantik aku jadi penasihat tapi still menipu depan2 aku. Dah berapa kali dah aku nasihatkan berhenti menipu dan berhenti menyebarkan benda karut marut dalam media arus perdana? Nampaknya ko tak serik2 ek najib. Ko ingat apa menda yang terpapar di berita tue confirm orang akan percaya ke? Jangan mimpi la ko.

Sebentar tadi najib telah melakukan penipuan secara besar - besaran melalui paper metro. Aku agak terkejut. Lihat kat bawah neh geng ;


Ko menipu.

Maaf, aku memang takde bukti ko menipu tapi aku dengan slumbernya akan tetap mengatakan ini ialah berita penipuan dan karut semata2. Satu benda yang aku faham di malaysia mengenai berita arus perdana ialah berita arus perdana merupakan satu pemberitaan yang di didik untuk melaporkan apa yang pihak atasan kehendaki, bukan berdasarkan kepada apa yang benar2 berlaku.

Sebab tue aku memilih untuk tidak mempercayai pemberitaan di atas. Ini pembohongan. Ko ingat ko tue sapa yang OBAMA nak dengar? Kalau ko hebat sangat suruh la OBAMA nasihatkan israel untuk patuhi perjanjian pelan damai 1967, boleh?

Kalau ko hebat sangat sampai OBAMA nak dengar kata2 ko apa kata lepas neh ko suruh USA p berkawal kat sempadan gaza dan halang kekejaman tentera zionist aka terorrist ke atas umat islam di gaza, boleh?

Tak pernah aku nampak ko mengeluarkan kenyataan itu pun. So makna nya tak de la obama nak layan permintan2 ko pun. Setakat OIC cam OIC je la. Aku pun tak pasti mahathir berlakon ke apa bila bab palestine - israel tapi ia menyakinkan aku bahawa mahathir lebih berani dari ko.

So najib, jika ko fikir ko boleh menipu rakyat malaysia dengan berita di atas baik ko hentikan. Ko bukan sahaja tidak dapat menipu aku bahkan aku akan sebarkan ke seantero malaysia bahawa ko menipu. 

Kalau pun mereka terpedaya selepas membaca berita di atas aku akan pastikan mereka tersedar selepas membaca blog ini. Najib masa ko dah tamat. Penipuan ko dah tak laku. Bai. 

Wanita UMNO cun melecun report polis terhadap TGNA.

Bangga siot muka masuk paper. Ko ada? Aku takde beb.

Wakaka.


Wanita di atas neh nama dia Zarina. Dia ketua wanita umno. Dia report polis sebab dia terasa dimurtadkan oleh TGNA. Dan dia juga terasa sebab PAS berdoa kehancuran ke atas parti umno dan bn. Dia buat laporan dan berharap polis akan siasat Alquran dan Allah swt.

Betul la kan aku cakap?

Doa tue merupakan satu ibadah dalam islam. Ia memang perbuatan dianjurkan oleh Allah swt itu sendiri menurut hadis. Semakin kita meminta kepada Allah swt maka semakin Allah swt sayang kepada kita. Doa juga merupakan satu interaksi langsung antara manusia dengan Allah swt. So lepas report polis, sapa yang PDRM nak siasat? 

Takan nak siasat manusia yang berdoa? Sejak bila doa itu merupakan satu kesalahan pula? Islam tak kata haram pun. Jauh sekali berdosa besar. Undang2 malaysia pun tak mengatakan ia merupakan satu perbuatan jenayah. Macam mana PDRM nak buat kerja neh?

So dalam kes neh mestilah akhirnya PDRM kena siasat  Allah swt dan kandungan Alquran. Betul la tu. Doa2 itu akan pergi kepada Allah swt. So untuk menyiasat kes neh kena la PDRM siasat Allah swt.

kah kah kah

Aku akan tunggu dengan penuh kesabaran melihat kesungguhan PDRM siasat Allah swt dan kandungan Alquran. Aku juga akan menunggu dengan penuh sabar melihat hukuman yang bakal PDRM laksanakan terhadap Allah swt.

Yang paling aku tak sabar2 nak tunggu bila PDRM kemukakan surat hadir ke mahkamah or balai polis kepada Allah swt untuk ambil keterangan Allah swt dan keterangan dari Alquran berkenaan isu doa. Aku juga akan menunggu penuh sabar untuk PDRM mempersoalkan ciri2 orang murtad yang telah ditentukan oleh Allah swt menerusi Alquran dan hadis. 

Mari kita sama2 nantikan UMNO + BN  dan PDRM penjarakan Allah swt di malaysia. Aku tak sabar2 tau. Siyes.

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...