Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 November 2012

Saya makan burger mekdi free dan saya oke.


Tadi ada melepak. Berbincang bab isu palestine. Isu boikot pun ada. Masa melepak tue makan mee rebus. Demm. Tak sedap siot. Kuah dia oke, mee dia oke tapi tekak aku cakap tak sedap. Tak sedap sebab tak pedas. Aku boleh makan tanpa cili tapi susah aku nak cakap masakan tue sedap kalau tak pedas.

Tak jadi plan nak amek burger free beb. 

Mekdi ke?

Aha. 

Pasal palestine? Elok la tu ko boikot. Tapi ko bukan tak layan mekdi ke?

Tak layan beli tapi free aku layan. Tapi kat laman sosial.. demm macam2 beb kena kutuk. Yang nak amek dan telah amek.. kalau aku dan amek tadi aku akan post gambar dia kat facebook..

Haha.


Ya, kalau benda free aku amek. Aku tak letakkan pemikiran aku asal amek benda free tue confirm kena beli. Aku akan amek dan selepas itu dia boleh pergi mampos. Aku dah 3 tahun meninggalkan mekdi. 

Walaupun dalam masa 3 tahun itu aku mengaku 3 kali aku beli mekdi. Tahun pertama aku meninggalkan mekdi ialah tahun 2010. Masa tue tengah tahun kot. Maaf aku tak ingat. Tapi yang aku ingat dengan jelas ia ada kaitan dengan isu palestine. So start tue aku belajar tinggalkan mekdi.

Dalam masa 3 tahun ini aku lakukan ia secara slow dan steady. Paling utama sebelum aku memuktamadkan keputusan itu aku harus menyakini diri aku bahawa aku meninggalkan ia aku benar2 mahu meninggalkan ia supaya ia boleh dilakukan secara konsisten walaupun dah 3 kali terbabas.

Aku tidak mahu meninggalkan ia kerana orang suruh atau orang desak. Perkara seperti itu tidak akan membuahkan hasil. Selepas sebulan, 2 bulan atau 3 bulan mungkin aku akan kembali mencari ia. Ini kerana dari awal aku meninggalkan ia kerana aku dipengaruhi dengan sentimen ikut - ikutan. Apabila sentimen itu berkurangan atau hilang aku akan kembali ke situasi yang sama sebelum aku memboikot perkara itu.

Tetapi sentimen ikut-ikutan itu tak salah. Yang salah adalah diri sendiri yang terlalu cepat membiarkan diri dipengaruhi untuk mengikut apa yang orang buat. Dan apabila kita tak konsisten dengan apa yang kita beria2 canangkan di laman sosial akhirnya diri kita diperli kembali oleh teman2 yang baca status kita 3,4 bulan sebelum neh. 

Dan itulah punca nya mereka2 ini diperli. 

Alah hang boikot sekejap jek.

Berapa bulan boikot neh?

Kalau nak boikot.. boikot la seme sekali.

Mereka marah bila kerana perli. Tetapi ketika ikut sentimen boikot memboikot mereka perli orang yang tidak mahu memboikot. Aku tak pasti secara spesificnya kenapa ada yang menentang boikot. Tetapi aku fikir mereka2 ini bukan menentang boikot. Sebaliknya mereka fikir mereka tidak boleh melakukan boikot itu.

Dan bila mereka cakap mereka tak boleh buat, macam2 persepsi dan andaian timbul. Marah. Perli. Hukum. Nilai. 

Ko minum darah anak gaza ek?

Ko tahu tak palestine tue kena bedil disebabkan mekdi sumbang ke israel?

La ko kerja kat mekdi ek? Duit haram bhai.

Ini bukan cara yang betul untuk memujuk orang memahami kenapa mereka kena boikot. Kesedaran perlu dipupuk dengan cara yang betul. Oleh kerana kita mahu kawan2 kita turut boikot apa yang kita boikot maka gunakan cara yang paling sopan sekali. Mereka bukan orang lain. Mereka ini kawan2 kita. Kita kenal baik buruk kawan2 kita.

Ini tidak. Sikit2 perli member tue kat facebook.

Kalau ko tahan dan sabar sikit pun ko tak rugi apa. 

Tapi ko amek pendekatan yang paling bermasalah sekali. Instead of pegang tangan ko lebih suka acah2kan mereka untuk mereka naik marah. Dan akhirnya mesej boikot itu tidak sampai. Apa yang sampai ialah boikot vs tak boikot.

Yang sebenarnya dalam isu neh tak perlu nak gadoh2 pun. 

Apa yang geng si boikot kena buat?  

Kenalpasti cara yang betul untuk memboikot. Cara yang betul bukan pergi gebang di facebook. Aku nak boikot. Ko tak boikot? Teruknya ko. Zalim. Hisap darah umat islam. Hellooo.. aku dah dekat 3 tahun boikot walaupun 3 kali terlepas pun tak cakap macam tue kat orang yang baru nak boikot.

Bahkan orang yang dah boikot bertahun2 pun tak pernah gunakan kata2 macam tue. Kita gunakan perkataan boikot sebab sebelum neh kita beli barangan itu. Jika dia hisap darah anak palestine, ko juga tak ada beza dengan dia. Bezanya ko cuba nak hentikan perlakuan itu.

Dan bayangkan jika ketika ko masih menghisap darah anak palestine ada member2 ko perli ko seperti itu. Tidak kah ko terasa? Jika ko terasa sudah tentu dia juga terasa. Jadi sentimen boikot itu harus dipupuk dengan cara yang betul. Bukan dengan cara perli, benci, hasut, fitnah dan merepek tak tentu hala. 


Ini cara yang betul.  

1. Senaraikan seme barangan israel yang kita ada. 

2. Senaraikan seme barang makanan israel yang kita beli.

3. Susun ikut tingkat kepentingan dari segi kegunaan dan kesukaan.

4. Cuba fikir apakah kita boleh hidup tanpa barang2 itu.

5. Cuba fikirkan alternatif kepada barang2 yang kita fikir kita perlu boikot.

Senaraikan. Buang mana yang boleh dibuang. Tinggalkan mana yang perlu ditinggal. Yang tak mampu sekarang cuba pada masa akan datang. Belajar untuk kurangkan apa yang boleh dikurangkan. 

Lakukan dengan perbuatan bukan dengan mulut.

Lakukan dengan kesungguhan bukan dengan perli.

Kita ubah diri kita dan diri mereka kita doakan agar selaras dengan apa yang kita usahakan.

Tapi bagaimana dengan geng anti boikot? Kalau kami berhenti perli.. adakah mereka juga akan berhenti memerli? Adakah mereka akan berhenti memperkecilkan dan mempersendakan kami? 

Sudah tentu tiada jaminan untuk geng anti boikot berhenti melakukan mana2 perkara di atas. Tetapi akan tiba masanya untuk mereka berhenti kalau korang berhenti terlebih dahulu.

Untuk geng2 anti boikot pula. 

Cuba la faham. Sebelum bayi berlari mereka belajar berjalan dulu. Sebelum berjalan mereka bertatih. Sebelum bertatih mereka berdiri. Dan sebelum berdiri mereka merangkak. Seme ini perlukan proses. Perlukan masa. Perlukan kesungguhan.

Kita tak boleh tolong bayi tue berlari. Dia kena berlari gunakan kaki dia sendiri. Sama seperti kita tak boleh paksa orang boikot. Orang tue kena boikot atas kesungguhan dia sendiri. Oleh kerana ada rakan2 kita yang nak boikot, kalau pun kita taknak boikot tak perlu kita perli mereka yang nak boikot.

Biarkan rakan2 ini belajar untuk boikot. Berikan mereka masa dan ruang untuk mereka memahami kenapa mereka perlu boikot. Biarkan mereka lahirkan kesedaran dari ahti mereka sendiri. Bagi mereka peluang untuk mereka didik diri mereka kenapa mereka perlu boikot.

Kita tak perlu perli mereka hah facebook tak nak boikot? Google taknak boikot? Boikot terpilih nampak. La

Boikot terpilih tetap lebih baik daripada tak boikot langsung.

Ada usaha untuk ubah tetap lebih baik daripada takde usaha untuk ubah.

Ada iltizam untuk hentikan pembelian ke atas product yahudi tetap lebih baik daripada mereka yang asyik perli tak henti2.

Mereka tak gunakan duit sesiapa untuk boikot. Mereka tak gunakan tubuh badan sesiapa pun untuk boikot. Jadi takde sebab untuk ko naik marah or perli mereka2 yang nak boikot.

Hormat perbezaan dan pendirian seseorang itu tak menjadikan kita seseorang yang jahat pun. Tak rugi. Bukan orang lain tapi kawan2 sendiri. Kita tak boleh boikot takpe, kita support kawan2 kita yang boikot.

Hey der.. ko kan boikot benda tue. Jangan beli.

Yeke ke der? Terima kasih ingatkan aku der.

Sama2 der. Insya-Allah lainkali aku menyusul ko der. Aku doakan ko terus istiqomah der.

Sama2 der.. aku doakan ko boikot juga der.

Kita boleh jadi kawan. Kenapa kita nak bermusuh?

Kita boikot bukan sebab nak bergadoh dengan orang yang tak boikot kan? Kita tak boikot bukan sebab nak bergadoh dengan orang yang boikot kan? 

Jadi, jangan buat.


Pupuk kesedaran boikot dengan betul. 

Jauhi fitnah walaupun sebanyak mana pun ko anti mekdi. Mekdi tak bagi burger percuma kerana gembira dengan apa yang berlaku di gaza. Itu adalah apa yang team promosi mekdi laporkan. Ia benar sehingga terbukti sebaliknya.

Kita boleh terangkan kenapa kita boikot tetapi jangan gunakan fitnah untuk sampaikan apa yang kita mahukan. Fitnah, walaupun kepada orang jahat, ia tak pernah halal disisi Allah swt. Allah swt tak kata fitnah itu berdosa bila orang baik kena dan berpahala bila orang jahat kena.

Tidak. 

Dalam islam fitnah itu sendiri berdosa. Kerana perbuatan fitnah itu sendiri. Hentikan ia. Korang tak rugi satu sen pun kalau tak fitnah mekdi. Perjuangan untuk memupuk semangat memboikot tak perlu diseiringkan dengan fitnah kepada mekdi.

Gunakan pendekatan yang berbeza.

Kalau darah anak palestine itu tak cukup untuk mengubah selera kita dan selera rakan2 kita takde hal. Kita mohon rakan2 kita kempen makan makanan yang sihat. Mekdi dan makanan segera mempunyai kalori yang sangat tinggi.

90% rakyat di malaysia mempunyai gaya pemakanan yang tidak sihat.

Kaum cina adalah kaum yang paling banyak mementingkan kesihatan, dan menjaga makan.

Kaum cina juga adalah kaum yang paling tinggi kesedaran mengenai pengambilan kalori sehari-hari dan beras perang.

70% rakyat malaysia obesiti.

80% mempunyai berat badan yang tidak ideal.

Kita mati bukan sebab terlalu banyak makan tetapi sebab terlalu banyak makanan yang tidak sihat di tawarkan di sekeliling kita. Makanan2 ini akan menyebabkan kita berpenyakit dan tak sempat hidup lama.

Antaranya kfc, pizza hut , burger king, aiskrim  dan sudah tentu la mekdi dan seme minuman bergas termasuklah coke.

Keperluan kalori bagi seorang wanita yang tidak bersenam ialah 1,200 - 1,500 sehari. Kalau bersenam 3 kali seminggu 30 minit setiap sesi dan berkala keperluan kalori adalah lebih.

Jika ko makan mekdi tak kira burger apa pun paling rendah kalori yang masuk ialah 1,000. Apa pentingnya kira kalori? Ia penting untuk jaga tubuh badan ko supaya tak gemok.

Untuk air coke punya ko cover penggunaan gula 3 hari in advanced. So dalam 3 hari selepas minum setin coke, ko tak boleh minum apa2 yang bergula lagi dah. Pankreas ko akan kepenatan kerana memproses insulin jika ko tetap berdegil mengambil gula dalam kadar yang berlebihan.

Dan bila ko dah berusia sikit mula la ko sakit2 badan. Tapi time muda ko taknak jaga kesihatan.

Aku sakit. Hentikan pengambilan makan yang tidak sihat. Kurangkan sikit apa2 yang masuk dalam badan neh. Kami seme kepenatan untuk proses apa2 benda yang masuk.

Organ dalaman ko mengeluh. Ko tak pernah dengar sebab ko taknak baca pasal majalah kesihatan. Ia mungkin boring tapi itu membantu ko hidup lebih baik geng.

Jika ko tak boleh berhenti kerana kanak2 gaza maka berhenti untuk diri ko sendiri. Kurangkan apa yang ko boleh kurangkan. Yang tak boleh tue takpe. Usaha berterusan. 



Mathias Chang hero non muslim.

Ramai orang bukan islam fikir isu gaza - israel isu agama. Sedangkan ia tidak sepatutnya dibaca seperti itu. Sudah sampai masanya untuk kita pupuk kesedaran boikot kepada mereka2 yang bukan islam. Jangan jadikan isu gaza isu hak ekslusif umat islam semata2.

Jika kita dan mereka bergabung untuk boikot maka kesedaran akan lebih meluas. Sedikit sebanyak kita boleh bergabung dan menyebarkan perkara sebenar yang berlaku di gaza. Ada di antara mereka mempercayai info palsu yang tersebar di beberapa media antarabangsa. 

So inila masanya untuk kita betulkan seme salah faham yang timbul sekaligus memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di gaza. Umat islam pun tertipu apatah lagi non muslim. 


Jangan suka2 hukum mereka yang berkerja di mekdi.

Kita buat apa yang kita terdaya buat. Apa yang dalam lingkungan kemampuan kita. Jangan letakkan seme orang mempunyai situasi sama seperti kita. Daripada kita hukum kan lebih baik heyy aku tahu kat sini ada kerja kosong. Terai la der mohon.

Kita sebenarnya ada unlimited cara yang baik dan berhemah untuk sampaikan kempen kita. Yang buat kita taknak guna bukan sebab takde cara yang baik tapi kerana kita yang tak mahu guna cara2 tersebut. Bila kita tak pupuk kempen kesedaran dengan betul jangan marah kalau mesej kita tak sampai. Salahkan diri sendiri dan jangan salahkan orang lain.

4 product penting yang perlu kita didik diri kita untuk boikot termasuklah maggie fav aku.


1. Mekdi.

2. Coke

3. Loreal.

4. Barangan nestle. 

Ini input dari member facebook. Dan ada juga info dari member fb yang lain pula bagitau, bahawa antara intel dalam pc kita dengan mekdi, intel tue lagi dekat dengan israel sebab di bangunkan di israel. So selepas cuba cari pc yang guna proccessor lain kalau rasa2 setara dengan intel.. 

Apa pun kalau aku berkesempatan makan mekdi free tadi aku memang oke.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...