Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 November 2012

Selangor di saman RM10juta kerana gagal tunaikan Manifesto Pilihanraya.

WOW..

Banyak tue. 

Sejumlah 2,020 ibu tunggal pada Khamis memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Yang kena saman ;

 
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Tuntutan mereka ;

Oleh itu, plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 2,020 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM10.9 juta daripada defendan pertama selain daripada kos.

Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor yang mempunyai garis panduan antaranya ialah bayaran elaun minimum adalah RM100 sebulan, mengadakan borang permohonan bayaran elaun ibu tunggal dan kaedah mendapatkan serta memulangkan borang permohonan.

Kes saman akan datang ;

Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata selepas ini firma beliau akan memfailkan tuntutan yang sama daripada 5,000 ibu tunggal pada awal dan pertengahan bulan hadapan.

Beliau berkata kumpulan ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari kawasan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Langat. 

Ini satu tindakan yang betul dan bagus. Jika PR dan BN dengan sengaja terbukti tidak mahu menunaikan janji mereka selepas memenangi PRU elok saman je. 

Aku tak jelas kenapa PR tak tunaikan janji di atas or adakah benar PR tidak menunaikan janji di atas cuma aku nak jelaskan pandangan aku mana2 pihak yang suka2 berjanji ketika musim PRU lepas tue dah menang dan tak tunaikan janji memang patut disaman sebab melakukan penipuan ke atas rakyat jelata. 

Jadi tunggu la apa PR kata. Aku tak boleh nak kata apa2. Tatau beb sapa betul sapa salah. Tapi kalau sungguh ini di kesalahan di pihak PR memang patut saman jek. Dan langkah ini haruslah ditiru oleh seme rakyat malaysia yang rasa tertipu dengan manifesto pru oleh mana2 pihak sekalipun. 

Baik BN dan PR kalau dorang buat gampang kat kita, kasi saman jek beb. Biar dorang tahu bahawa rakyat bukan tempat untuk dipijak2. Oke bai.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...