Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Februari 2014

Terkini - Mazlan Aliman Dilarang Memasuki Sarawak..

Terkini....ditahan Imigresen.
Saya di tahan oleh Pihak Imigresen setibanya di Airport Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasan, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.
Saya tidak dikehendaki oleh Kerajaan Sarawak, kata pegawai Imigresen.
Saya yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang dirasmikan, Presiden PAS di Beting Maro esok.

Lawaknya dorang neh. Sabah dan Sarawak tak habis2 fobia dan mengarut tak tentu pasal. Sikit2 halang pemimpin2 PR dan aktivis2 pro PR untuk memasuki SARAWAK dan SABAH atas alasan2 yang mengarut lagi dangkal. Yang terbaru Mazlan Aliman pula terperangkap dengan propaganda dorang.

Aik,
Datang nak menyertai DEMO pun tak boleh? Awat takut sangat neh weh Taib Mahmud? Lue dah nak jadi TYT pun rasa cuak lagi ka? Lue kan di anggap tuhan kat Sarawak tue. Lue nak takut apa?

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Aku rasa la kan, rasa aje la, sentimen anti BN dah semakin besar di Sarawak tue. Mungkin la tak sebesar dan sekuat di semenanjung, tetapi sentimen itu dah ada dan semakin melebar. Itu yang dorang cuak semacam tue. Ingat, kita hanya perlu pastikan orang2 SABAH DAN SARAWAK tolak BN secara total. Bila orang2 SABAH dan SARAWAK tolak BN sama seperti kita, maka BN boleh cakap BABAI to pentadbiran negara. You can get lost BN. Berambos jauh2. Itu la pasal dorang tengah risau tue. PADAN MUKA DORANG.

KAH KAH KAH

Rujukan :  sini

Check Account Bank, BRIM Sudah Masuk..


Itulah mesej yang aku terima pagi tadi. Lebih kurang pukul 10. Ada beberapa kenalan yang dah mendaftar account bank telah pun mengesahkan BAHAWA WANG BRIM mereka telah dimasukkan ke dalam account bank dorang.

Rupa2nya semalam BRIM bujang je yang dimasukkan.

Manakala BRIM untuk keluarga pula dimasukkan pada hari neh. 

Tetapi, yang bergaji bawah dari rm4,000 sebulan mereka dah dapat awal2. Mereka dapat sama macam orang2 bujang dapat. Ini termasuklah golongan warga emas bawah 60 tahun yang takde tanggungan. Tetapi untuk mereka2 yang menerima bayaran penuh pula iaitu rm650.00 semuanya akan dimasukkan bermula pada hari neh.

Maka, apa lagi. Bersyukurla dapat BRIM. Boleh guna setahun tue. Enjoyy. Terima kasih BIEN.

KAH KAH KAH



Oleh kerana pemimpin2 kita dok nasihatkan agar kita patut berjimat cermat dengan penggunaan BRIM maka aku cadangkan agar ;

1. Bahagikan wang tersebut kepada 3 bahagian.

2. Bahagian2 tersebut ialah ;

- Simpanan
- Perbelanjaan
- Bayaran hutang

3. Bahagikan sama rata.

4. 1/3 je boleh dibelanjakan untuk beli barangan berupa keperluan ataupun makanan.

5. 1/3 lagi gunakan la ia sebaik2nya untuk bayar hutang.

6. 1/3 lagi untuk simpanan di bank.

Insya-Allah korang mampu melakukan ia. Terima la nasihat menteri2 kita dengan positif tanpa banyak cakap okay.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Lupa pula nak puji sekali kepada pengkritik2 BRIM pada tahun lepas dan tahun sebelumnya. Tetapi yang lebih hebat tue tahun lepas punya citer la. Dek kritikan2 tersebut la kerajaan kita mula menggunakan polisi kreditkan terus wang penerima BRIM ke dalam account bank masing2. Memang bagus dan tersangatlah betul tindakan korang dalam melakukan kritikan. Aku puji. Lain kali tolong kritik kerajaan lagi dan lagi. Baru la dorang nak buat kerja. 


KAH KAH KAH

Jumaat, 21 Februari 2014

Benarkah Agihan BRIM 3.0 (2014) Ikut Tangga Gaji? - Bukan Semua Dapat Full?

Citer dia bermula begini. 2 hari lepas aku ada sembang2 dengan satu makcik tue. Umur dia dalam 50 tahun juga la. Tapi bawah 60. Dia masih lagi bekerja dan mampu cari pendapatan untuk tampung perbelanjaan sendiri. 

Masa tue kami tengah sembang2 benda lain and then tetiba masuk citer BRIM bila makcik tue bagitau aku, eh kau tahu tak, tadi aku (makcik tue bahasakan diri dia aku, makcik neh cool beb) pergi la tanya pasal BRIM, dorang kata tahun neh aku dapat 300 je kau. 

Apsal lak 300? Bukan 650 ke?

Bukan. Dorang cakap kalau warga emas bawah daripada 60 tahun dapat separuh aje. Maksudnya 300.

Tahun lepas dapat berapa?

Tahun lepas dapat penuh.

Hari tue dorang kata nak bagi 1,200 neh apasal dapat 300 je?

Cakap aje. Bukan boleh percaya dorang tu. Dia cakap semua yang takde tanggungan, kalau anak dah besar2, bawah 60 tahun memang dapat separuh aje. Tak sama macam tahun lepas.

Ooo..

So aku fikir rupa2nya tahun neh ada perubahan mengenai BRIM. And kemudiannya, tadi aku ternampak ada orang2 yang bersembang2 pasal BRIM.

Lihat apa yang dorang sembangkan ;


Aku tatau la betul ke tak betul benda neh tapi kan aku tertany2 juga la sebab kes neh lebih kurang dengan kes makcik yang sembang2 dengan aku hari tue. Masing2 kena potongan dan tak dapat penuh macam tahun lepas tetapi punca dia berbeza2 sikit la kan.

Aku rasa kerajaan perlu berikan penjelasan mengenai hal neh. Aku tertanya2 juga. Betul ke, tak betul ke? Sejak bila dan kenapa?

Ada sapa2 yang kat sini dah dapat BRIM?

Korang dapat penuh ke ataupun ada potongan?

Betul ke ikut tangga gaji?

Kita serahkan kepada mereka2 yang ada jawapan yang sebenar untuk menjawab persoalan ini. Sapa2 yang dah dapat BRIM, check la kat account bank masing2.. check jumlah BRIM yang korang dapat okay.. takut2 juga.. orang lain salah key in angka..  sepatutnya bagi 650 tapi termasukkan 450.00 dan takut2 juga.. ada orang yang tak amanah.. sepatutnya bagi 650.00 tapi dia pergi songlap pula duit tersebut.. mana nak tahu kan? Macam2 benda boleh berlaku.. so kita tunggu dan dengar penjelasan dari pihak2 yang terbabit..

Oke bai.

Nasihat Kira-Kira Untuk Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni.

Petang semalam aku ada terbaca satu berita. Berita tersebut pasal GST. Ada satu ayat yang buat aku rasa sentap bila membacanya. Ia diucapkan oleh seseorang yang menduduki tempat yang sangat tinggi dalam kementerian kewangan. Individu tersebut ialah menteri kewangan kedua, DS Ahmad Husni.

Nak tahu dia sebut apa?

Meh baca sini ;



Lagi bacaan lanjut :


Kajian lanjut mendapati GST hanya menaikkan harga barangan, seperti diukur Indeks Harga Pengguna, rendah secara relatifnya sebanyak 1.8 peratus.

“Kadar GST kita rendah. Malah, ia antara terendah di peringkat antarabangsa.

“Daripada lebih 160 negara yang mempunyai GST atau yang sepertinya, hanya lima peratus mempunyai kadar lebih rendah daripada 6 peratus,” kata Ahmad Husni.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam forum GST anjuran Institut Pengurusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/254951

Aku akan terangkan dulu apa yang menteri kita sebutkan di atas.

1. Menteri berkata = negara kita mempunyai kadar GST yang ter-rendah bila dibandingkan dengan 160 buah negara yang lain. Kadar GST kita rendah, dan terbukti rendah di peringkat antarabangsa. Hanya 5% negara je kadar GSTnya di bawah dari 6%.

2. Pengguna yang mendapat gaji rm2,000 sebulan hanya perlu menanggung pertambahan cukai (disebabkan GST) sebanyak RM15.06 saja setiap bulan.

3. Dengan pelaksanaan GST pada tahun hadapan kelak, harga barangan tidak akan jauh berbeza dari sekarang. Hanya mencatatkan sedikit kenaikan aje. Itupun tak dinyatakan 1.8% secara bulanan ke tahunan ke apa ke. Tak lengkap ye info di atas. Nak ulas pun susah.

Aku nak bagitau ;

1. Kita boleh google kalau kita mahu. Kalau kita nak lakukan perbandingan, sila lakukan perbandingan dengan telus. Boleh ke orang yang baru2 buat kereta bandingkan dengan orang yang dah lama keluarkan kereta? Mesti tak adil bukan. Mestila yang dah lama buat kereta lebih advanced (tak terpakai untuk PROTON) betul?

2. Sama juga konsepnya dengan GST. GST di SG diperkenalkan pada rate 3% pada awalnya sebelum naik secara berperingkat. Sila google la info bersepah. Ada yang perkenalkan GST pada kadar 2% juga. Kemudiannya naik secara berperingkat. Kerajaan kita neh tahu2 aje terus letak 5%. Kenapa tak ikut macam negara2 lain?

3. Dan jangan lupa tiada JAMINAN, di ulangi TIADA JAMINAN BAHAWA KADAR INI AKAN KEKAL (5%).

4. Ini bermaksud BN boleh naikkan kadar ini kepada 6,7,8,9 ataupun lebih ikut keperluan dan kesesuaian OTAK MEREKA MENTAFSIR KEADAAN. Bukan ikut KEPERLUAN DAN KESESUAIAN RAKYAT KAT NEGARA INI.

5. Hujah last. Macam mana kita boleh tentukan berapa banyak cukai GST yang seseorang itu perlu keluarkan berdasarkan TANGGA GAJI?

CUKAI GST itu merujuk kepada cukai perkhidmatan dan barangan. Yakni kita berlanggan perkhidmatan itu, barangan itu maka kita akan terpaksa bayar untuk GST sekali.

Jadi tak tepat langsung bila dia sebut mereka2 yang bergaji rm2,000 sebulan hanya perlu tambahkan perbelanjaan sebanyak 15.06 sen sebulan selepas GST diperkenalkan. Siapa tahu yang bergaji 2k belanja apa? Yang bergaji 1k belanja apa? Yang bergaji 3k belanja apa? Setiap individu yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza2. Gunakan GAJI untuk mengukur kadar pertambahan perbelanjaan kita selepas GST diperkenalkan adalah tidak tepat.

GST bukan nya cukai berkaitan pendapatan.

GST cukai barangan dan perkhidmatan.

Nak buat ukuran yang tepat ialah nilaikan, jenis2 barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar lebih ataupun kurang selepas GST diperkenalkan.

Ini yang sepatutnya.

Harus di ingat, aku bukan budak ekonomi. Mungkin ada benda yang aku tak nampak untuk merelevankan hujah menteri di atas. Tetapi siyes aku cakap, aku tak rasa budak2 ekonomi pun akan merelevankan hujah di atas. Tunggu dan lihatlah..

Oke bai..

Khamis, 20 Februari 2014

Angkara Fitnah Anwar, Page PRO BN Kena Bantai Kaw2..

Aku nak cakap sikit. Mungkin di kalangan kawan2 (geng2 umno) korang takde yang sudi nak berterus terang, nasihat menasihat dan sebagainya. Berbeza pula keadaan nya di kalangan kami. Memang salah sikit sah2 kena bantai atas bawah. 

Nampak macam negatif tetapi sebenarnya tak la negatif mana kalau kita berlapang dada dengan setiap teguran yang datang. Kalau kita betul2 sudi bersikap terbuka teguran itu kita boleh anggap sebagai nasihat yang berguna dan juga sebab salah satu cara untuk muhasabah diri sebenarnya. Seperti yang kita sedia maklum, kita tak maksum. Jangan risau kalau kita tak perfect dan berbuat salah. Sebaliknya risau la kalau kita rasa diri kita neh perfect sangat dan takde salah. Itu tanda2 kita sedang berasa riak dan meninggi diri. Bahaya tue.

Berbalik kepada cerita asal.

1. Tadi ASSU page bangang pro BN melakukan fitnah yang amat teruk terhadap DSAI.

2. Ada ka patut dok kata Anwar tak iktirafkan 3 khalifah agung yang lain (nak kata Anwar syiah le tue).

3. Yang komen2 pun tak kurang bangangnya.

4. Bila orang minta bukti boleh pula balas jawapan bangang kat orang2 sendiri.

 
5. Salah satu page yang terperangkap dengan fitnah ASSU. Adik beradik depa gak.


6. Ketika ini admin page tersebut dan penjilat tegar admin BN tengah KRIK KRIK KRIK sebab tak mampu nak bidas hujah akibat kena bantai beramai2. Dah mampos ke apa sekor2? Just tanya.

Rujuk sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?v=755268607819144

Aku nasihatkan. Ikhlas. Taktik korang macam neh takan berkesan kalau ia semata2 nak raih kepercayaan rakyat agar membenci ANWAR. Nak kata ANWAR tue perfect memang tak la. Tapi cara korang membidas ANWAR tue membuatkan ANWAR terlihat perfect dan hebat. Langsung takde hujah2 yang berkredibliti untuk lawan point2 ANWAR. Balik2 fitnah. Balik2 fitnah. Fikirlah. Orang yang benci ANWAR pun lama2 dah tak larat nak benci. Pasal apa? Pasal lama kelamaan akhirnya dia akan sedar juga. Ini semua point2 fitnah mengarut lagi bangang. Bodoh la kalau aku masih percayakan benda2 begini lagi. Nak bidas ANWAR ke PR ke PKR ke gunakan isu2 yang matang dan cerdik sikit. Kalau dicari satu persatu, difikir betul2 gunakan akal yang waras serta dengan ahti yang ikhlas mesti jumpa punyala. 

Bayangkan. Penyokong2 PR balon BN gunakan fakta. Penyokong2 BN balon PR gunakan fakta. FAKTA VS FAKTA = hasilkan HUJAH. HUJAH hasilkan manfaat yang BAGUS untuk rakyat. Ini satu pertandingan politik yang sihat kerana masing2 berlumba ke arah kebaikan. Masing2 berlumba nak bagi idea yang baik untuk rakyat, idea2 yang memajukan rakyat, idea2 yang menguntungkan rakyat. Korang yang sokong2 BN neh tak sedar2 lagi ke? Sampai bila nak letak kepala kat bawah dan biarkan menteri2 BODOH kita pijak kepala2 korang tue? Sampai korang semua MAMPOS? Asyik lawan guna fitnah dan propaganda murahan aje. Macam takde maruah aku tengok. MACAM TAKDE MARUAH TAHU TAK?

Dengar video tue betul2. Anwar tak salah sebut. Korang penyokong2 BN yang salah dengar. Dia sebut dengan jelas fourth caliph. Ataupun khalifah yang keempat. Video penuhnya disini ==> http://tv.selangorku.com/43644/dialog-anak-muda-selangor-anwar-diaju-soalan-panas-bahagian-1-3/

Fahamkan.

Ada banyak gak benda yang aku TAK setuju dengan DSAI dan PR. Banyak sangat kalau nak kira ikut jari memang tak terkira la kan. Tapi kan, kalau nak dibandingkan sikap DSAI dengan sikap NAJIB dan pemimpin2 BN teruk lagi sikap NAJIB. Nak tahu pasal apa? Sekurang2nya ANWAR kita neh reti juga nak dengar kritikan, reti juga nak faham kritikan, reti juga nak berjumpa dengan pengkritik2 dia, reti juga nak berhadapan depan2, reti juga nak berbahas dan berdebat dan bercakap depan2. Najib? PEMIMPIN2 BN? HEYYY PERGI MAMPOSLAH. Usah kata berdepan2, chat kat laman sosial pun kena tapis2. Ini pemimpin2 yang korang agungkan sangat? MEMANG BANGANG LA KAN. Sorry, ai terterus terang plak.

Bai.

Teresa Kok Tunjuk Gambar Pagar Kena Cat..

Gambar yang disiarkan oleh Malaysiakini adalah gambar versi sekerat rupanya. Malaysiakini rupanya tak petik semua gambar2 di lokasi kejadian. 

Lihat.

Ini disiarkan oleh Teresa Kok sendiri dan bukan dia baru upload. Dia upload ketika kejadian.


Sapa tengok airmuka dia ketika PC mesti boleh agak dia agak tertekan. So kalau nak tuduh2 dia menipu aku rasa agak berat disitu. Sebab muka dia memang tension sangat. Aku tak rasa dia berlakon. Satu lagi gambar yang tak tersiar di Malaysiakini..

Lihat ;


Kat atas tue pun ada benda gak orang baling. Dan satu lagi yang juga tak tersiar di Malaysiakini ;


Size plastik tue boleh buat kat lubang pagar. Satu hancur, satu tak hancur. Kalau yang hancur tue agak logik mula2 dia baling then terpercik sikit maksudnya semua cat tak tumpah akibat percikan lah dan yang lain2 tue mengalir turun ke bawah tangga. Gambar2 ini tak tersiar pun kat Malaysiakini. Dan Teresa bukan baru upload gambar2 neh. Dia upload semalam selepas kejadian. Jadi kalau nak tuduh2 dia upload lepas dikatakan baling cat kat pejabat sendiri (yang tuduh neh orang UMNO) aku rasa tak boleh diterima. Nak sangka ini perbuatan orang dalam agak logik juga tapi lepas tersiarnya gambar2 neh takan nak sangka benda yang sama lagi? Dah terang2 ada plastik kot kat situ. 

Sudah sampai masanya untuk wakil2 rakyat letak CCTV kat pejabat masing2. Letak CCTV yang tak nampak macam CCTV supaya orang tatau kat situ ada CCTV. Bila fikir2 balik, macam mana dorang tahu kat depan pejabat dia takde CCTV kan? Kot2 dia letak CCTV secara sorok2 macam mana? Nak taknak mesti ada juga sumber2 yang mengatakan kat depan pejabat Teresa Kok takde CCTV so boleh la kita buat hal. Sekali lagi aku berharap Teresa Kok berhati2 dengan orang sekeliling. Orang yang nak mendengki neh memang ramai.

Fikir2kan oke.

Gambar2 DAP Meroyan Letak Bendera Kat Lori Air.

Nak hantar bantuan air tue hantar aje la. Tak payah la selit2 kan dengan bendera DAP kat lori tue. Ini macam nak bagi orang tahu je yang hantar air tue DAP. Nak orang faham oooo DAP yang hantar air. So? Nak bantu ke nak dapatkan kredit tue? Apa pun tak boleh.

Berbalik kepada tajuk asal.

Kat Balakong rupa2nya dah memasuki hari ke sebelas tanpa air. Bayangkan. 11 hari berturut2 takde air. Tak ke kerja gila namanya tue?

Atas disebabkan rasa bengang dan tertekan dengan situasi tersebut, penduduk Balakong lancarkan protes dan berdemo bagi mendesak pihak2 tertentu menanggani krisis air di kediaman mereka.

Berita mengenai demo itu pun ada masuk dalam Malaysiakini.

Rujuk sini ==> http://www.malaysiakini.com/news/254891 






Mereka menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memberikan perkhidmatan air yang sepatutnya setelah 10 hari terputus bekalan.

Dalam demonstrasi pertama petang semalam, mereka mendakwa kira-kira 20,000 penduduk di Balakong, terutama di Taman Impian Ehsan, Taman Impian Indah dan Kampung Kenangan Indah, terjejas.

Jurucakap perhimpunan itu Paul Wong berkata, mereka mahu penjelasan SYABAS berkaitan punca pemotongan bekalan air tanpa notis sejak 9 Februari lalu.

"Kita hanya minta ada air, kalau macam ini selalu, susahlah kita, hidup tanpa air.

"Lagipun bahaya, naik motor bawa tong (air) banyak-banyak. (Penduduk) rumah flat angkat (air) sampai atas rumah, macam mana?” katanya.

Tu diaaa

Potong satu hal. Potong tapi tak bagi notis. Dan nampaknya bukan itu je masalah yang mereka hadapi. Korang tengok video dan gambar2 kat bawah neh jap ;


 

Kalau ikut maklumat yang tersebar di FB, SYABAS tak hantar bekalan air pada kawasan tertentu. Senang cakap, bekalan mereka tak menyeluruh. Atas sebab itu la skuad prihatin dari PR terpaksa setup satu team untuk agih2kan air. 

Dan, lagi satu, bekalan air yang SYABAS edarkan pula terhad. 

Pertama, tak menyeluruh. Kedua, terhad.

Ada pula info dari kenalan yang aku terima, kakitangan SYABAS bertungkus lumus hantar air ke kawasan2 yang terjejas. Kerja sampai tengah malam jangan cakap la. Tak menang tangan. Bayangkan 10 hari takde air 10 hari la berturut2 kena hantar air. Jumlah kediaman yang terjejas pula bukan makan ratus2. Tapi puluh2 ribu oi. Mana satu betul neh? Kedua2 maklumat neh datangnya dari member2 PR juga. 

Pendapat aku, SYABAS pun silap juga. Bahkan silap banyak. Dah tahu tak mampu nak handle sampai berpuluh2 ribu orang, minta la bekap. Tak cukup lori air, minta la bekap. Kesian tengok orang tunggu air sampai tengah2 malam. Penat la dorang. Yang ada rumah sedara mara mungkin la tak kisah sangat sebab boleh lari2 pergi sana. Tapi yang takde sedara mara terdekat? Yang takde transport? Yang lebih teruk kalau2 yang terjejas tue OKU ka, warga emas ka, orang sakit ka, yang tinggal di flat tinggi2 macam mana?

Aku rasa la kan, bukan setakat hantar air aje. Kena hantar bekap team untuk tengok orang2 jenis macam mana terjejas takde air neh. Cara kita buat kerja tue kena ubah sikit la.

Aku sehari takde air pun dah rasa rungsing. Ini kan pula 10 hari? Kerja gila beb. 

Baik dari pihak SYABAS ataupun dari pihak kerajaan negeri jangan buat kerja tak tersusun. Nak hantar air cuba buat secara berjadual. So orang akan alert. Yang kedua, hantar team bekap untuk tolong penduduk angkut air. Kedua2 kumpulan pun terpakai sama. And then tak payah terjerit2. Orang tahu korang penat juga pergi ke satu tempat dan ke satu tempat untuk angkat air tapi fikir sama orang2 yang tunggu air tue pun blur juga. So jangan gunakan loud speaker sebarangan. Tak berapa sesuai dengan situasi.

Tengokla, sampai tengah2 malam kena tunggu untuk dapatkan air. Tak fikir ka budak2 nak ke sekolah, mak bapak nak pergi kerja esoknya? Jadi tolenrasi sikit. Komunikasi mesti mao jaga.



Ini ko nak hantar air ke nak kempen DAP hah bangang?

Sorry, terjujur plak ai.





KAH KAH KAH

Kredit gambar : Rakan FB.

Ketua Bahagian DAP Mangsa Tembakan Terbaru.

Mati.


Kali neh kena tembak betul2 depan rumah. Ditembak sebanyak 4 kali. Ini bermaksud niat membunuh tue memang confirm la. Sebab tue tembak sampai 4 kali. Nak pastikan dia betul2 mati akibat ditembak.

Baca ;

Seorang ketua bahagian DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di Manjung Perak, Rabu malam.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya.
Ahli keluarga mangsa membawa mangsa ke hospital manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak.
Terdapat empat kesan tembakan pada tubuh mangsa.-20/1/2014 -AG-

Hish..

Jenayah tembak neh aku ingatkan dah suram. Rupanya ia masih lagi berleluasa dengan sana sini ramai yang jadi mangsa tembakan. Seperti yang kita semua sedia maklum. Ini kerja2 pembunuh upahan. Susah sangat ke untuk polis kesan pembunuh upahan? Jangan sampai suatu hari nanti pemimpin2 pula jadi mangsa. Masa tue baru nak kelam kabut siasat bagai. Aduhai..

Teresa Kok Di Hentam Kerana Bersandiwara Isu Cat Merah Dan Bangkai Ayam..

Itulah yang tersebar sekarang neh. Yang menyebarkan tue pula bukan dari kalangan orang2 UMNO aje. Bahkan dari kalangan geng2 PR tak kira bangsa pun rasa syak semacam. Kata mereka, pagar tue berkunci. Orang simbah cat, tapi pagar tue haram terjejas. Takde langsung percikan cat. Kot ye pun orang masukkan tangan dan simbah cat sekalipun ia masih tak menjelaskan kerasionalan kenapa takde kesan tin ke plastik ke yang menunjukkan perbuatan tersebut? 

Faham tak?

Begini.

Seseorang letak cat merah dalam plastik. Kemudian masukkan tangan dalam celah2 pagar. Kemudian baling tinggi2. So cat tue mungkin terpercik dan mengalir secara perlahan2 sampai ke tangga bawah. Mesti ada bukti plastik yang pernah di isi cat. Kalau ada orang tarik guna kayu, mesti ada kesan tarik.

Seseorang masukkan tangan dalam pagar yang mana lubang pagar tue mampu membuat satu tin cat bersize kecil. Kemudian dia pun simbah cat dengan ahti2. Simbah punya simbah punya simbah, kenapa takde setitik pun kesan cat pada pagar? Adakah kesan2 tersebut telah dihilangkan/dilapkan? 

Apa yang dorang terasa sekarang neh ialah ;

1. Ini ialah kerja orang dalam. 

2. Geng2 Teresa sendiri yang buat tapi Teresa tak sedar.

3. So daripada Teresa sibuk salahkan UMNO dan BN lebih baik dia periksa siapa pengkhianat yang berlegar2 di sekitar dia.

4. Aku rasa takde kemungkinan ini Teresa Kok yang buat. Kalau kita perhatikan dari PC dia mengenai hal neh, jelas dia kelihatan tertekan sebab sepanjang minggu lepas teruk dia di ancam. 

Boleh jadi juga.

Teresa Kok patut mula memerhatikan siapakah calon2 yang dia rasa berkemungkinan besar telah melakukan pengkhianatan besar terhadapnya. 

Lihat gambar2 yang tersebar di laman2 sosial ketika ini ;



Lihat gambar kat bawah neh. Gambar yang kat bawah neh lagi menyakinkan..


Sampai kat luar2 pagar ada cat. Tapi kat pagar tue langsung takde cat. Aku rasa Teresa Kok patut secara seriyus memikirkan dalang yang mengenakan dia mungkin orang dalam. Orang2 sendiri pun bukan semua nya boleh percaya. Korang tengok aje la si Saiful Bukhari tue sudah sebagai contoh. Ikut Anwar sana sini. Kerja dengan PKR. Alih2 dia yang jadi agent kata Anwar meliwat. So fikir2kan la ek.

Rabu, 19 Februari 2014

Gambar2 Warga Asing Berkumpul Ramai2 Di Komuter Kajang


Antara gambar yang tersebar. Siap ada yang hebahkan kata ini projek IC di Kajang. Projek IC untuk mengalahkan Anwar Ibrahim di Kajang dalam PRK yang dijadulkan akan berlangsung pada bulan depan.

Lihat ;


Aku baca komen2 dan ulasan2 yang dorang sebarkan di facebook ;

1. Pagi2 nampak orang ramai berkumpul di tempat yang dinyatakan di atas (lihat gambar).

2. Yang berkumpul tue semua warga asing dari pelbagai jenis negara

3. Mereka di angkut menggunakan bas awam. Seperti yang tertera dalam gambar pertama.

4. Walaupun waktu telah melepasi zuhur, masih terdapat lagi kumpulan2 ini berkumpul di lokasi tersebut.

Lihat gambar ;


Aku tatau kenapa korang anggap ini projek IC di Kajang. Berdasarkan satu gambar ataupun beberapa gambar dari jarak jauh tak cukup asas nak tuduh2 ini projek IC Kajang. Cuba ko terbalikkan keadaan itu. Orang bagi ko satu gambar dan orang tue dok cakap2 ini la bukti PR songlap duit rakyat. Ko rasa ko nak percaya tak? Kalau aku jangan harap aku nak percaya. Pendirian yang sama terpakai juga untuk perkara yang di atas. Cari lagi bukti yang lebih kukuh la der. Bukan taknak percaya tetapi nak tuduh apa2 pun kena ada hujah dan bukti yang solid. Itu baru betul caranya.

Pendapat aku.

1. Sesiapa yang berdekatan sila pergi ke tempat tersebut.

2. Jangan sibuk tangkap gambar, sebaliknya masuk terus dan tanya terus orang2 di sana. Apahal dorang berkumpul ramai2 tue.

3. Pergi tinjau suasana dalam jarak dekat. Buat apa tinjau dari jauh2 dan buat spekulasi sebarangan.

4. Lepas tue update kat aku apa benda yang berlaku.

5. Kalau korang rasa ada sesuatu yang mencurigakan, report je la polis.

6. Dapatkan rakaman video pun okey juga. Kot2 ada perbualan yang mengakui memang dorang kat situ untuk dapatkan IC apa bagai.. masa tue balon la kaw2 kan. Bukti dalam tangan tue.

Sejujurnya walaupun aku rasa BN dan UMNO itu BODOH nak MAMPOS, tetapi dorang takan la terang2 nak buat PROJEK IC secara terbuka begini..

Dorang pun reti juga nak cover2.

Cuba fikir sikit. 

KAH KAH KAH

Kecoh - Anak Pasangan Malaysia Di Sweden Buat Pengakuan Dipukul Ibu Berkali2..


Ini pengakuan dari anak sendiri. Nampaknya penjelasan dari penjelasan yang disebarkan oleh pelbagai sahabat2 kepada pasangan ini no longer valid. Ataupun tidak terpakai lagi untuk dijadikan asas penghujahan apabila sang anak sendiri mengaku mak dia bantai dia. Berkali2. Sampai lali dengan rasa sakit. Kata2 anak kepada pasangan Malaysia ini dipetik dari akhbar online Sweden, The Local.

Baca ;
The couple stood trial in the Solna District Court on Tuesday on charges of gross violation of their children's integrity (grov fridskränkning) and for assault. 
 
The father said during an interrogation that he only hit his children the second time that they had done something wrong in an effort to "discipline them".
 
The children's statements suggested that the mother had repeatedly beat them.
 
"She started hitting me in the back and on the leg. Then she pinched me on the ear and hit me on the head," one of the children said. 
 
"I've become used to being hit by mum," said another of the children, adding that the beatings no longer hurt due to their frequency.
 
The children said that the mother hit them over a period of several years with a belt, a coat hanger, and a piece of wood. The mother denies the majority of the accusations and claims to have only hit one child once. 
 
She has been charged with gross violation of their children's integrity against all four children. The father is charged with the same against three children, and assault against the fourth.

Rujukan : http://www.thelocal.se/20140218/malaysian-couple-in-court-for-hitting-kids

Manakala, The Malay Mail pula melaporkan ;
According to another news report by local English daily The New Straits Times today, the prosecution’s multiple charges against the couple also include Azizul forcing one of the children to sit in a corner for eight hours without food.
The 12-year-old son also reportedly wrote a letter in which he apologised to his mother, saying “it was my anger that started this. I will always love you and nothing will change that.”
Rujukan : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/ive-become-used-to-being-hit-by-mum-malaysian-child-tells-swedish-court

Budak 12 tahun yang sedang bergolak emosi dia. Bukan saja cara pukulan itu menyakitkan tubuh dia bahkan emosi dia juga. Aku taknak ulas apa2 bab neh. Aku tatau pukulan bagaimana yang menyebabkan anak2 terasa sangat dengan perbuatan ibu mereka. Apa yang pasti walaupun anak2 terasa tetapi bila masa berlalu rasa marah itu hilang dan dilupakan begitu saja. Cuma pukulan kali terakhir, yang menyebabkan anak dia terheret2 emosi sampai mengadu kepada guru di sekolah. Ada sesuatu yang perlu diberikan penilaian semula. Pengakuan dari anak2 kepada pasangan ini direkodkan oleh pegawai2 penyiasat yang bertugas mengambil keterangan dan aku rasa ia mungkin dijadikan hujah dalam mahkamah dalam perbicaraan kes neh.

Suka aku nak katakan.

Kalau dah biasa pukul anak, lama2 kita akan rasa nak pukul aje. Susah nak buang tabiat tue kalau takde keazaman nak hentikan tabiat tersebut. Lebih2 lagi kalau ia membabitkan seorang individu yang pemarah dan garang. Lagi dasat nak mampos. Sebab memukul + emosi = menganggu akal rasional kita.

Seelok2nya marah je sudah la. Tapi jangan marah takde point. Marah2 sekalipun kena ada point. Bagitau dia dari A sampai Z walaupun akhirnya ko rasa anak2 ko satu haram tak faham apa yang ko cakap. Itu lebih baik sebab buat dia terfikir2 apa benda la yang mak bapak aku neh bebelkan daripada ko balon dan bantai dia kuat2 sampai melukakan badan dia. Bagi aku, kadang2 ada orang guna tali pinggang, hanger, dan kayu tetapi belum tentu cara pukulan dorang tue kuat dan melukakan. Pukul macam tak pukul. Apa alatan yang digunakan untuk memukul tak memainkan peranan sangat, tetapi sekuat mana kita bantai dia itu yang memainkan peranan. Setakat guna tali pinggang tapi pukul semut pun tak mati adakah itu di anggap mendera? Tak juga.

Kita tunggu je la apa keputusan mahkamah berkaitan kes tersebut. Kalau benar dia mendera anak2, beri dia peluang untuk belajar sesuatu dari insiden ini. Ini bukan cara dia menerima pengajaran dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Moga2 dia tak berdendam dan marahkan anak2 dia terutamanya yang melaporkan hal pukulan ini kepada guru sekolah.

Jika dia tak melakukan penderaan, dan anak2 tersalah baca pukulan itu sebagai penderaan, pun jangan dipersalahkan anak2. Mereka masih muda dan mentah. Tidak matang dan tidak mahir untuk berfikir dengan betul dan tepat. Tanggungjawab kita didik dan terangkan. Semoga korang semua akan bersatu kembali sebagai sebuah keluarga yang bahagia seperti waktu dahulu.. 

4 Skandal Penyelewengan Membabitkan Ahmad Said Akan Terbongkar Pada Jumaat Ini?

WOWW..


Robin Hood.. apa sudah jadi neh? Takan 4 aje skandal penyelewengan yang terkait dengan nama ko, ko berjaya buat sepanjang menjadi MB di Terengganu tue? Kalau ikut standard pemimpin BN, 4 itu di anggap kecik, sedikit dan tak mahir dalam menyonglap lagi. Kurang2 nak jadi power mesti ada 10 skandal penyelewengan yang terkumpul macam pemimpin2 BN yang lain. Apa la lue Robin Hood. Tak terer langsung dalam nak songlap duit rakyat.

KAH KAH KAH
KUALA LUMPUR: ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Nawawi (gambar) berkata Pas Terengganu akan mendedahkan empat penyelewengan terbesar di Terengganu dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Jumaat ini.
Katanya, pihaknya telah menerima surat balasan yang menyatakan persetujuan daripada SPRM yang bertarikh 10 Februari lalu.
“Saya telah menerima surat daripada SPRM yang bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan temu janji dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed untuk bincang soal rasuah di Terengganu, Jumaat ini pada jam 3 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas semalam.
Menurut beliau, empat isu penyelewengan di Terengganu yang bakal disentuh adalah pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir dan pembinaan Pasar Payang.
“Terengganu negeri yang cukup kaya tapi banyak penyelewengan. Kita dapat lihat kemiskinan dialami rakyat.
“Bajet Terengganu tertinggi di Semenanjung iaitu RM 2.3 bilion tapi rakyat hidup daif,” katanya.
Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat akan pergi ke Ibu Pejabat SPRM bersama bapa saudara Sultan Mizan, Tengku Ibrahim Sultan Ismail; ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan ADUN Bandar, Azam Ismail.
Dengan pendedahan ini, adakah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan melepaskan jawatannya kerana kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju Ahmad Said jadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja sehingga Mei ini.
Jika SPRM mendakwa Ahmad Said, maka beliau terpaksa melepaskan jawatannya sehingga kes mahkamahnya selesai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...