Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Februari 2014

Gambar2 DAP Meroyan Letak Bendera Kat Lori Air.

Nak hantar bantuan air tue hantar aje la. Tak payah la selit2 kan dengan bendera DAP kat lori tue. Ini macam nak bagi orang tahu je yang hantar air tue DAP. Nak orang faham oooo DAP yang hantar air. So? Nak bantu ke nak dapatkan kredit tue? Apa pun tak boleh.

Berbalik kepada tajuk asal.

Kat Balakong rupa2nya dah memasuki hari ke sebelas tanpa air. Bayangkan. 11 hari berturut2 takde air. Tak ke kerja gila namanya tue?

Atas disebabkan rasa bengang dan tertekan dengan situasi tersebut, penduduk Balakong lancarkan protes dan berdemo bagi mendesak pihak2 tertentu menanggani krisis air di kediaman mereka.

Berita mengenai demo itu pun ada masuk dalam Malaysiakini.

Rujuk sini ==> http://www.malaysiakini.com/news/254891 






Mereka menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memberikan perkhidmatan air yang sepatutnya setelah 10 hari terputus bekalan.

Dalam demonstrasi pertama petang semalam, mereka mendakwa kira-kira 20,000 penduduk di Balakong, terutama di Taman Impian Ehsan, Taman Impian Indah dan Kampung Kenangan Indah, terjejas.

Jurucakap perhimpunan itu Paul Wong berkata, mereka mahu penjelasan SYABAS berkaitan punca pemotongan bekalan air tanpa notis sejak 9 Februari lalu.

"Kita hanya minta ada air, kalau macam ini selalu, susahlah kita, hidup tanpa air.

"Lagipun bahaya, naik motor bawa tong (air) banyak-banyak. (Penduduk) rumah flat angkat (air) sampai atas rumah, macam mana?” katanya.

Tu diaaa

Potong satu hal. Potong tapi tak bagi notis. Dan nampaknya bukan itu je masalah yang mereka hadapi. Korang tengok video dan gambar2 kat bawah neh jap ;


 

Kalau ikut maklumat yang tersebar di FB, SYABAS tak hantar bekalan air pada kawasan tertentu. Senang cakap, bekalan mereka tak menyeluruh. Atas sebab itu la skuad prihatin dari PR terpaksa setup satu team untuk agih2kan air. 

Dan, lagi satu, bekalan air yang SYABAS edarkan pula terhad. 

Pertama, tak menyeluruh. Kedua, terhad.

Ada pula info dari kenalan yang aku terima, kakitangan SYABAS bertungkus lumus hantar air ke kawasan2 yang terjejas. Kerja sampai tengah malam jangan cakap la. Tak menang tangan. Bayangkan 10 hari takde air 10 hari la berturut2 kena hantar air. Jumlah kediaman yang terjejas pula bukan makan ratus2. Tapi puluh2 ribu oi. Mana satu betul neh? Kedua2 maklumat neh datangnya dari member2 PR juga. 

Pendapat aku, SYABAS pun silap juga. Bahkan silap banyak. Dah tahu tak mampu nak handle sampai berpuluh2 ribu orang, minta la bekap. Tak cukup lori air, minta la bekap. Kesian tengok orang tunggu air sampai tengah2 malam. Penat la dorang. Yang ada rumah sedara mara mungkin la tak kisah sangat sebab boleh lari2 pergi sana. Tapi yang takde sedara mara terdekat? Yang takde transport? Yang lebih teruk kalau2 yang terjejas tue OKU ka, warga emas ka, orang sakit ka, yang tinggal di flat tinggi2 macam mana?

Aku rasa la kan, bukan setakat hantar air aje. Kena hantar bekap team untuk tengok orang2 jenis macam mana terjejas takde air neh. Cara kita buat kerja tue kena ubah sikit la.

Aku sehari takde air pun dah rasa rungsing. Ini kan pula 10 hari? Kerja gila beb. 

Baik dari pihak SYABAS ataupun dari pihak kerajaan negeri jangan buat kerja tak tersusun. Nak hantar air cuba buat secara berjadual. So orang akan alert. Yang kedua, hantar team bekap untuk tolong penduduk angkut air. Kedua2 kumpulan pun terpakai sama. And then tak payah terjerit2. Orang tahu korang penat juga pergi ke satu tempat dan ke satu tempat untuk angkat air tapi fikir sama orang2 yang tunggu air tue pun blur juga. So jangan gunakan loud speaker sebarangan. Tak berapa sesuai dengan situasi.

Tengokla, sampai tengah2 malam kena tunggu untuk dapatkan air. Tak fikir ka budak2 nak ke sekolah, mak bapak nak pergi kerja esoknya? Jadi tolenrasi sikit. Komunikasi mesti mao jaga.



Ini ko nak hantar air ke nak kempen DAP hah bangang?

Sorry, terjujur plak ai.





KAH KAH KAH

Kredit gambar : Rakan FB.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...