Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Mac 2014

Bas Dua Alam Bernilai 6 Juta.

Just nak kongsi satu berita yang aku baru baca. Ia adalah mengenai bas AMPHICOACH. Apa itu bas AMPHICOACH? Ataupun bas dua alam yang ditranslatekan ke BM oleh harian metro. Ataupun bas Ambifia. Alamak ai. Tak payah la nak translate semua. Lain macam pula aku baca nama bas neh. BAS dua alam? Bas ambifia? Ko ingat cantik sangat ke nama bas neh dalam BM? Gila babeng lagi ada la.

Berikut gambar bas ;


Apa kegunaan bas neh?

Digunakan dalam industri pelancongan. Tapi dia ada kelebihan lain juga. Kata MB Terengganu Ahmad Said, bas ini juga ada multi fuction. Selain digunakan dalam kegiatan pelancongan ia juga boleh digunakan untuk mengangkut / memindahkan mangsa banjir.

WOW.

WOWWW..

WOWWWWW....

Nampak macam menarik.

Dan lagi. Kata Ahmad Said bila tiba musim tengkujuh bas tersebut akan digunakan sebagai kenderaan memandangkan ia boleh memuatkan 50 orang penumpang dalam satu2 masa dan juga bersesuaian dengan keadaan (musim banjir).

Dan errr.. berapa banyak Ahmad Said beli?

2 biji buat permulaan der.

Dan err lagi. Berapa harga dia?

RM6juta beb.

Apa? 2 biji bas dan 6 juta ringgit Malaysia?

Okey.. <-- telan air liur. Fine. Aku faham dia ada pelbagai fungsi, tapi 6 juta?


Saja2 la aku check internet pasal amphicoach neh. Ada laman web yang citer pasal dia dan harga dia beb.

--> http://en.wikipedia.org/wiki/AmphiCoach_GTS-1

Aku baca2 la harga dia dalam pound sterling. £280,000 <-- ini harga dia.

Kalau convert ke matawang kita memang makan juta. Untuk dua buah kenderaan dalam 3 juta dan lebih sikit. Ini semua disebabkan nilai matawang.

Tapi kan, harga kat atas neh tetiba jadi 6 juta. 2 kali ganda kot dari apa yang diperlihatkan di website atas tue. Pe citer? Aku taknak la tuduh2. Kita tunggu la kot2 Ahmad Said rajin nak perincikan harga bas tue. Hihi.

Dan lagi satu, aku rasa kalau la Malaysia lebih sanggup laburkan duit untuk RND lebih baik. 6 juta dan kepakaran anak tempatan. Tapi di Malaysia kita ada pemimpin2 yang tak sanggup labur untuk RND tapi sanggup lebur untuk kepentingan sendiri. What to expect? This is Malaysia kot.

KAH KAH KAH

Infografik - 10 Fakta Mengenai B777 - Boeing MH370



Pada tahun 2012. Pesawat B777 200 ER - 9M - MRO pernah mengalami kemalangan apabila sayapnya berlanggar dengan pesawat Airbus A340 di lapangan terbang Pudong.

Pesawat yang sama juga la yang telah hilang secara misteri pada 8 March tahun ini. Dan untuk rekod, terdapat satu kebakaran kecil di airport Subang yang mana membabitkan bengkel MAS. Bengkel MAS ialah tempat yang menempatkan laporan2 berkaitan mekanikal dan laporan2 berkaitan pembaikan pesawat milik MAS.

Dan, untuk rekod korang juga pesawat 9M-MRO juga baru sahaja melalui proses penyelenggaraan 2 minggu selepas ia hilang secara tiba2 selepas 40 minit terbang di udara.

Dan, untuk rekod korang juga, terdapat beberapa insiden yang meragukan sebelum pesawat ini hilang secara misteri. Insiden2 ini hanya 'kakitangan2' saja yang boleh dedahkan. Aku tak boleh nak tulis sebab menjaga kerahsiaan. Kalau dorang bagi dedah pasti aku akan dedahkan..

Lue fikirlah sendiri.

Info grafik kat atas kredit pada blogger blog serius. Fakta2 yang menarik untuk bacaan kita semua.

Btw, aku tertarik juga dengan laporan2 negatif dari beberapa agensi berita terutamanya yang berpengkalan di USA.

Ini apa yang aku fikirkan ;

1. Jika apa yang berlaku pada MH370 ialah kesalahan pilot - maka MAS akan menerima tempias yang sangat besar.

2. Jika apa yang berlaku pada MH370 ialah masalah pesawat - maka BOEING akan menerima masalah yang sangat besar. 

Maka, andaikata teori aku betul, kemungkinan besar media2 dari USA sengaja memainkan persepsi seolah2 ini adalah kesalahan2 pilot kita atas tujuan mahu melindungi reputasi BOEING.

Ini apa yang aku fikirkan. 

Oke bai. 

Khamis, 27 Mac 2014

Media Luar Kritik Permaisuri Malaysia, Isteri Yang Dipertuan Agong.

Atas isu MH370.

Kali neh sasaran mereka isteri kepada agong sekarang Tuanku Abdul Halim sultan of Kedah. Nak tahu apa yang depa kritik?

Lihat ;


Menurut Dailymail ;

1. Disaat rakyat berduka cita di atas insiden MH370, permaisuri agong boleh pula melepak main golf.

2. Permaisuri agong kelihatan begitu gembira bermain golf seperti yang dirakamkan dalam gambar ujar wartawan TDM.

3. Kelihatan permaisuri agong tidak begitu concern dengan apa yang sedang berlaku pada masyarakat Malaysia.

Lebih kurang begitulah yang cuba digambarkan oleh TDM.

Btw, itu bukan la perkara yang paling menarik dalam artikel tersebut. Gambar2 permaisuri agong gelak ketawa dorang ambil dan sebarkan.

Tapi still itu bukan perkara yang paling menarik. Nak tahu apa yang paling menarik?

Lihat ;

 
Artikel itu mendapat kecaman dari readersnya. Mereka anggap wartawan tue bodoh.

KAH KAH KAH

Dengar sini. Aku bukan la peminat monarki. Aku rasa tak perlu aku jelaskan lagi kenapa. Semalam aku ada baca salah seorang komen dari geng2 GERAKAN yang mempersoalkan bahawa DSAI harus berhenti berceramah di saat rakyat sedih mengenai insiden MH370.

Aku reply, adakah Najib perlu berhenti makan?

Kemudian ada orang penyokong BN yang reply, dia cakap aku bodoh. Makan dan ceramah dua perkara yang berbeza.

Jadi, adakah Najib Razak dan Rosmah Mansur perlu berhenti untuk menghadiri apa2 majlis anugerah SUKAN?

Hidup diteruskan.

Bila kita tengok berita MH370 kita sedih. Tapi bila kita tengok citer maharaja lawak, adakah kita berhenti bergelak ketawa?

Fakta. Kenapa kita perlu jadi topeng?

Hidup perlu diteruskan. Apa pun aktiviti yang kita buat tak menandakan bahawa kita tidak simpati dengan apa yang sedang berlaku.

So what jika DSAI tetap berceramah seperti biasa? Adakah dia tak simpati dengan insiden MH370?

So what kalau Najib perlu hadiri event2 anugerah?

So what kalau aku terus update blog?

Kami perlu berhenti untuk hidup kerana insiden MH370? Sejauh mana ko berhenti untuk beraktiviti sejak insiden MH370 bermula?

Kita simpati. Kita ada cara tersendiri. Cara mana kita zahirkan simpati itu terpulang pada diri kita. Cukupla kita tahu bahawa kita memang ada rasa simpati.

Simple as that. 

Rujukan artikel : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2589971/Her-country-mourning-victims-MH370-doesnt-stop-queen-Malaysia-enjoying-round-golf.html

Saya Sangka TUDM Pemalas - Adakah Saya Salah Wahai Menteri Dan TUDM?

Sebelum berita neh tersebar meluas kat media2 antarabangsa baik la kita bertanya sendiri kepada TUDM dan menteri kita.


Kata mereka ;
Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Perkataan sangka digunakan kat sini kerana ;

1. TUDM tak sahkan dengan menara kawalan umum kenapa ada pesawat misteri di ruang udara mereka.

2. TUDM tak sahkan dengan menara kawalan umum kenapa MH370 berpatah balik.

3. TUDM juga tak sahkan dengan MAS bahawa mereka melihat ada pesawat komersil MH370 berpatah balik kemudian hilang dari radar kemudian mereka mengesan pergerakan sebuah pesawat misteri boleh jadi ia MH370 yang tiba2 lenyap dari radar tapi TUDM tak berbuat apa2 sebab menyangka ia diarahkan berpatah balik.

Takde call.
Takde panggilan.
Just fikir2 sendiri je.

Apsal ek dia patah balik? Apsal ek ada pesawat mister neh? Jom kita main sangka2 nak. Sapa betul dapat gula2.

Macam tue ke?

Lagi ;
 
Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.
 
Menteri sebut ;

1. Mereka mengesahkan bahawa pesawat tersebut tidak memberikan sebarang ancaman ketika ia dikesan pada jam 2.40 pagi.

2. Tapi macam mana mereka tahu ia tak memberikan sebarang ancaman?

Takde call kan?

Tak dapat berkomunikasi dengan pesawat tue kan?

Tak dapat kesan itu pesawat apa kan pada ketika itu?

Adakah ini juga berdasarkan sangkaan2 sendiri juga?

Dan lagi ;

"Jadi apabila kita perasaan ada patah balik, hari berikutnya kita maklumkan pasukan yang bertanggungjawab dalam SAR (mencari dan menyelamat) kerana kalau kita tak maklumkan, sebagai pemilik radar utama kita tidak bertanggungjawab," katanya.

Tanggungjawab?

Tanggungjawab apa bila selepas sehari hilang baru nak bagitau yang mereka mengesan pergerakkan patah balik?

Tanggungjawab apa bila bagitau yang radar mereka kesan pergerakkan pesawat pada jam 2.40 pagi tapi tak pergi sahkan dengan mana2 pihak sebaliknya gunakan sangkaan semata2.

Tanggungjawab la sangat selepas membuatkan SAR bazir masa 7 hari di Laut China Selatan.

Bukan nak highlightkan sangat kelemahan2 depa tapi benda neh melibatkan tahap keselamatan dalam negara. Suka tak suka kita kena cakap kepincangan yang kita nampak. Apakah kita patut gunakan sangkaan sebagai sandaran hujah untuk membuktikan tindakan dan keputusan kita pada ketika itu benar? Tak boleh kan.

Lainla kalau TUDM ada melakukan pengesahan dengan mana2 pihak yang berkaitan.

Just bayangkan. Kalau la ketika itu TUDM lebih peka. Eh, kenapa depa patah balik? Jom call MAS kita check2 yang MH370 patah balik. Jom tanya kawalan radar umum yang ada pergerakkan patah balik dikesan. Jom calling2 Vietnam tengok ada ke takde MH370 masuk ruang udara mereka. Eh takde la, hilang ke mana pesawat MH370 neh? Something happened? Eh jom contact2 MH370. Eh tak dapatla. Apa yang berlaku? Pada saat dia hilang dari radar, pada saat itu korang kelam kabut mesti dapat ubah sesuatu beb. Lepas tue dapat kesan pula pergerakkan pesawat misteri di ruang udara Penang. Mesti korang akan pergi tengok apa yang berlaku. Tak semestinya untuk PINTAS. Tapi UNTUK TENGOK APA YANG BERLAKU!

Tapi sayangnya.

Kita tak prihatin pun.

Klue ada.

Isyarat ada.

Tapi prihatin dan sifat ingin tahu takde.

Sekarang melalak la kita bila orang sendiri SANGKA SANGKA SANGKA SANGKA SANGKA SANGKA kita tak jaga ruang udara kita dengan sebaiknya.

Lue fikirlah sendiri TUDM.

Ini Dia Juruterbang Yang Digantung Tugas Sebab Kritik Najib Razak.

Hish hish hish..


Tak pasal2 kena gantung der. Juruterbang tue silap juga. Lainkali ko puji la Najib. Yang ko pergi kritik kerajaan buat apa? Ko tatau ke depa dalam ahti ada taman? Memang saja ko cari nahas. Oleh kerana ko pun saja cari nahas macam aku dan geng2 pembangkang yang lain maka welcome la to the club. Club padan muka dan darah halal. Bersedia la untuk ditindas oleh kerajaan sendiri okay?

KAH KAH KAH

Kritikan yang dia buat ;


Lepas dia buat kritikan ini, penulisan dia telah dishare ke laman2 blog, twitter dan juga blog.

Kesan dari penyebaran tersebut dia telah digantung tugas oleh Air Asia. Air Asia mengakui mereka ada keluarkan arahan khas agar mana2 kakitangan mereka tidak mengulas (actually mengkritik le tue) apa2 mengenai tragedi MH370 bagi menghormati pihak2 yang terlibat (padahal taknak bagi pemimpin2 kecik ahti).

Dia telah disahkan digantung tugas seperti yang dilaporkan oleh MKINI ;

Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polis syarikat.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Sementara itu, AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar “arahan khusus” agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan.

"(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter.

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Kenyataanya itu timbul selepas beberapa blog menyebarkan gambar didakwa sebagai tulisan juruterbang tersebut di Facebook.

Dalam tulisan itu, juruterbang berkenaan didakwa mengkritik kerajaan kerana mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Demi (carutan)... Adakah bukti kukuh MH370 terhempas?! Tak betul jika terus buat anggapan bila anda tidak ada bukti untuk pertahankan dakwaan itu!

"Serpihan (yang disyaki)... masih tidak dipastikan dari pesawat! Tunjukkan kami bukti dan kemudian beritahu MH370 telah terhempas.

"Sehingga itu, berhenti sembunyikan fakta! Jelas sekali, walau kepada orang buta bahawa ada bertan-tan maklumat yang kerajaan tahu dan tidak mahu dikongsikan!," tulisan itu dipetik.

Malaysiakini sedang mendapatkan ulasan juruterbang berkenaan, yang difahamkan telah memadakan akaun Facebook beliau.

Untuk rekod, bukan hanya tulisan di atas tue aje hilang, dengan FB2 dia sekali hilang. Mungkin deactivated kot. Almaklumla, kena selongkar bagai semua dengan geng2 BN yang mungkin panas ahti dengan kritikan dia terhadap Najib Razak.

Apa pun tak boleh.

Artis China Anjur Boikot Barangan Malaysia.


Apa kena mengena rakyat Malaysia pula kat sini?

Adakah MAS sengaja membuatkan pesawat #MH370 hilang secara misteri?

Sebenarnya baik MAS, baik rakyat Malaysia kami juga mangsa keadaan. Sekarang orang China angin satu badan dengan Malaysia disebabkan sikap pemimpin negara yang seringkali keluarkan kenyataan demi kenyataan yang mengelirukan. Aku tak nafikan bab tue. Pasal aku sendiri pun antara yang terkeliru. Kejap kat situ, kejap kat sini, kejap begitu, kejap begini. Kalau orang luar pun rasa confuse, apatah lagi orang dalam. Kalau orang luar pun tertanya2 apa sebab 7 hari di Lautan China Selatan, apatah lagi orang dalam. Kalau orang luar pun mengkritik kenapa kementerian pertahanan dan menara kawalan tak mengambil tahu (memastikan) kenapa MH370 berpatah balik, apatah lagi orang dalam.

Jangan la serang rakyat Malaysia yang juga menjadi mangsa keadaan kat sini.

Dan jangan serang MAS juga. Sebab MAS pun mangsa keadaan. Sapa nak sangat pesawat hilang? Sapa yang suka sangat kalau pesawat hilang? Lebih2 lagi kalau ia melibatkan pesawat komersil. Sudah la pesawat komersil, membabitkan 14 buah negara pula tue. Takan la MAS sanggup tanggung risiko sebenar ini? Ini ialah tragedi yang tidak diundang. Kami faham juga ini libatkan nyawa orang awam. Nyawa orang ramai. Tapi MAS pun tak menginginkan perkara ini terjadi. Bukan aku nak bekap2 MAS sangat tapi aku tengok semua usaha sudah MAS buat sedaya upaya untuk memastikan pihak2 yang terjejas mendapat kebajikan yang seadilnya. Kakitangan MAS neh pun sedih tau. Kawan2 hilang lagi. Orang maki depa lagi. Nak boikot lagi. Kena kutuk sana sini lagi. Apa dorang bukan manusia yang ada emosi?

Tolong faham.

Leave Malaysians alone, leave MAS alone. Tapi jangan leave menteri2 sewel kami alone. 


Yang patut korang anjurkan ialah mendesak pihak2 tertentu meletak jawatan.

- Yang keluarkan kenyataan mengelirukan.

- Yang keluarkan kenyataan yang tidak tepat.

- Yang lambat mengemaskini perkembangan terbaru.

- Yang menyekat dan menyorok2kan maklumat penting.

- Yang hanya baca kenyataan umum 'pesawat berakhir disini'.

- Yang tidak faham sentimen dan sensitiviti keluarga mangsa sampai cadang sekat internet.

Itu yang buat masalah, itula yang korang lanyak. Apa korang ingat rakyat Malaysia neh semua jahat2 belaka? Apa korang ingat majoriti rakyat Malaysia bersama pemimpin2 yang kerjanya menyusahkan rakyat sentiasa? Jangan salah faham wey. Aku neh tak bersama2 langsung dengan pemimpin2 negara. Aku sayang negara tapi tak sayang kat menteri2 sewel. Nak2 bila penyokong dan wartawan mula pongpang2 bab ucapan terima kasih kepada menteri2 yang terlibat. Alamak ai..

Hari neh seleweng duit, esok buat misi, lusa hadap ucapan terima kasih.

Yang buat kerja bagai nak mati orang lain. Yang dapat terima kasih menteri2.

Memang sah biol.

Baik penyokong baik pemimpin.

Aku nak tengok korang boleh ucap terima kasih lagi ke tak lepas pemimpin2 korang umum bab GST, lepas korang terkesan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi, lepas minyak diumumkan naik. Aku nak tengok ucapan terima kasih korang boleh bertahan berapa lama.

Sila sila.

Sila perbodohkan diri.

Lepas ucap terima kasih ada dorang peduli nak bantu selesaikan masalah rakyat?

Jangan mimpi la kau. Menangis la korang sorang2 disitu.

BODOH!

So, tolong la faham.

Jangan boikot Malaysia, jangan boikot syarikat2 kami, barangan2 kami dan kami secara amnya.

Nak marah pun kena marah pada orang yang tepat. Jangan lepaskan kemarahan pada orang yang salah. Rakyat Malaysia secara amnya adalah mangsa keadaan. Korang nak marah ke angin satu badan ke please, hanya babitkan pemimpin2 tertentu yang buat masalah sudah la. Ini apahal pula satu Malaysia kena tempiasnya? Apa salah kami?

Rabu, 26 Mac 2014

Komen2 Racist Pasal Muslim Di Fox News.

Alamak ai.

Racist gila komen dorang. Awak baca pun sakit ahti. Majoritinya racist dan bersikap diskriminasi terhadap ISLAM dan orang ISLAM.

Namun, sepertimana di Malaysia, di mana ada racist disitu ada juga non racist. Kat komen2 thread tue ada juga yang non racist. Yang boleh bagi komen cerdik, berhujah dengan matang. Dan seperti mana warga2 kita seringkali berfikir satu2 isu dibuat untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap masalah sebenar negara, kat situ pun ada juga.

Ada je komen2 yang mengatakan bahawa tumpuan media terhadap #MH370 adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap corak pentadbiran Obama. Dan ada juga yang kondem FOX NEWS. Macam pembangkang kondem tv3 la kan. 

Dan macam tak percaya pula aku dengan menilai jumlah 'LIKE' komen2 berbaur racist dan diskriminasi memang mendapat banyak LIKE berbanding komen2 yang TIDAK RACIST dan tidak PREJUDIS.

Adakah pemikiran mereka mencerminkan pendirian rakyat USA secara generalnya?

Ataupun pendirian non muslim di belah2 barat secara umumnya?

Aku tatau sangat.

Yang aku suka baca ;


Aku tak sure komen2 neh dipetik dari mana tapi yang aku tahu dorang mengulas mengenai laporan FOX NEWS yang berbaur racist dan discriminate orang Islam di Malaysia. Benda neh dah tersebar di internet beb.

Kalau kat thread asal dah ada 1,900 komen.

Lihat ===> sini.

Tapi di ingatkan, bersedia la untuk sakit ahti yer.

Ada yang anggap semua muslim ialah terrorist.

Ada yang anggap asalkan muslim kita ialah penjahat dan terbukti.

Ada yang anggap tak mungkin ada muslim yang baik. 

Ada yang anggap dengan hanya melihat nama (memiliki nama seakan2 orang Islam) kita adalah terrorist.

Ada yang menganggap semua punca masalah adalah kerja orang Islam.

Ada yang menganggap muslim la penyebab kepada keganasan.

Ada macam2 komen yang menyakitkan ahti. Memang gila persepsi dan pemikiran dorang. 

Lupa ke yang dok bom Hiroshima tue orang Islam ke? 

Lupa ke yang dok serang negara2 arab, MUSLIM ke?

Lupa ke yang dok bersubahat dengan ISRAEL untuk serang PALESTINE, muslim ke?

Lupa ke yang dok serang LIBYA, MUSLIM ke?

Dia yang bunuh orang lebih2. Dia yang serang negara orang sana sini. Dia yang jajah negara orang dengan bawa senjata dan semua benda, alih2 kita pula yang kena tuduh terrorist. BODOH sangat pemikiran depa tue. Yang lebih bodoh tue, bukan pemimpin2 depa aje yang fobia tak tentu pasal dengan orang Islam bahkan rakyat depa pun sama aje tulinya. Harap2 sangat ia bukan majoriti. Kalau majoriti alangkah malangnya USA. Elok sangat pun China dan Rusia bergabung letupkan korang.

HAHAHAHAHA.. 

Fox News Sindir Umat Islam Malaysia Isu #MH370.

Sindiran neh macam ejekan juga.

Mereka mempertikaikan kredibliti seseorang bersandarkan kepada anutan ataupun kepercayaan agama. Aku tak kisah sangat mereka nak kritik bab kecelaruan maklumat yang wujud. Tetapi aku tak faham bagaimana agama seseorang boleh menjadi penentu samada dia jahat ataupun baik? Betul ataupun salah? Pengganas ataupun tidak?

Lihat video tu ;


Bagi aku video neh sekadar nak provoke sentimen jek. Sentimen orang muslim secara khususnya.


1. Nada 'muslims' disebut dengan gaya ejekan.

2. Mereka kaitkan muslims dengan terrorist.

3. Tiada bukti pun atas kenyataan2 mereka tue tapi mereka sebut ada kemungkinan (potensi) ini adalah perbuatan terrorist disebabkan mereka 'muslim'.

4. Mereka neh ada kecenderungan untuk bersikap bias dan racist terhadap umat Islam disebabkan mereka percaya keganasan di seluruh dunia ada kaitan dengan ISLAM. 

Cubaan mengatakan pilot dan co pilot terlibat dalam keganasan disebabkan mereka muslim.

Yang sebenarnya, aku rasa benda neh dah jadi macam satu penyakit. Jika disebelah sini benci non muslim, benci yahudi, benci itu, benci ini, prejudis dengan orang2 yang berbeza bangsa dan agama, disebelah sana pun sama, prejudis dengan orang2 yang beragama Islam dan sebagainya, maka sampai bila permusuhan ini nak terhenti?

Bagi orang2 yang boleh berfikir dengan celik, matang tanpa prejudis, kita juga menjadi mangsa keadaan sebenarnya.

Ini satu bentuk persepsi yang dangkal. Bukan semua orang yang jahat dan ganas itu muslim. Namun jika dia ganas dan jahat itu kerana dirinya yang mahukan begitu. Perkara yang sama juga terpakai pada non muslims la kan. Ia tiada kaitan dengan bangsa dan kepercayaan pun. Ia adalah mengenai cara dia mengawal pemikiran dan tindakan dia semata2. Kita tak boleh salahkan idelogi dan bangsa apabila otak kita gagal menafsir mana satu benda betul dan mana satu benda yang salah.

Lagi satu, suka diingatkan Malaysia takde kepakaran untuk lakukan terrorisma. Jangan la bercakap macam USA tue BODOH sangat sampai tak reti nak detect benda2 neh. Kat mana lagi nak tercampaknya MH370 tue kalau betul ia angkara terrorist oleh orang2 MUSLIM? Radar seluruh dunia pun tak boleh nak detect inikan pula cakap2 bodoh dari Fox News?

Antara percubaan kaitkan muslim Malaysia sebagai terrorist, aku rasa lagi logik nak kata USA merampas pesawat MH370. MAS, MALAYSIA, PILOT DAN CO PILOT takde rekod pernah lakukan kerja2 terrorisma di peringkat antarabangsa, masalah terbesar kami ialah mengenai urustadbir dan amalan politik dalam negara manakala USA terbukti banyak kali suka menceroboh negara orang atas nama keamanan padahal nak merampas harta kekayaan orang lain aje. Lue fikirlah sendiri ek.

Masyarakat Barat Berteori #MH370 Berada Di Diego Garcia.


Bukan orang Malaysia ye. Tapi orang luar. Mungkin korang boleh cop dorang ialah golongan2 pembangkang ataupun pemikir2 dari haluan kiri. Bersungguh2 depa mahu membuktikan bahawa teori mereka ialah USA telah 'mengambil MH370' disebabkan salah satu barangan yang berada dalam kargo penerbangan itu penting kepada USA.

Ada juga yang menyebut ini adalah disebabkan oleh Rotschild.

Korang boleh tengok video pertama kat bawah neh ;

 

Di upload pada 23/3/2014. Setakat neh 43 ribu orang dah tengok video ini. 428 like manakala 120 dislike. Yakni membuktikan bahawa percakapan2 dia dalam video ini diterima oleh masyarakat luar. Ingat orang melayu aje pandai bercakap pasal spekulasi, teori dan konspirasi?

Hello.

Bukan okay.

Dalam video neh dia sebut ;

1. Bercerita bagaimana USA menyewa Diego Garcia daripada UK.

2. Bercerita bahawa USA dan UK tidak la sebaik dan sesuci yang disangka oleh orang luar.

3. Bercerita mengenai bagaimana dia menyimpul teori bahawa pesawat MH370 berada di Diego Garcia dengan mengaitkan saksi mata yang nampak pesawat terbang rendah menuju Maldives.

4. Bercerita bagaimana dia menggunakan kiraan matematik dari segi jarak perjalanan dan jumlah minyak yang dibawa oleh memungkinkan MH370 mendarat di Diego Garcia.

5. Bercerita bahawa pesawat tersebut telah disembunyikkan supaya tiada sesiapa dapat locate kedudukan sebenar dia.

Basically, dia hanya bercerita sahaja. Dia gunakan video kat bawah sebagai sandaran hujah ;

 

Video kedua pun sama juga. Basically mereka hanya bercerita dan sebarkan info grafik untuk menerangkan dengan jelas apa yang mereka cuba sampaikan.

Ada gambar yang membuktikan pendaratan telah dilakukan di Diego Garcia?

Ada imej satelit yang boleh menyokong keterangan hujah?

Ada saksi yang boleh membuktikan bahawa MH370 benar2 berada di sana?

Konspirasi demi konspirasi oleh pelbagai bangsa yang datang dari pelbagai negara atas pelbagai tujuan.

Aku ada cadangan. Apa kata pemikir2 teori konspirasi ini berjumpa dan duduk berbincang. Mungkin boleh lakukan sesuatu. Contohnya, jika korang aim pesawat MH370 berada di sana, why not lakukan serbuan mengejut kat kem tersebut? Itupun kalau USA tak tembak korang semua mati la kan. USA kan seriau sikit bab tahap keselamatan neh. Itupun kalau babitkan muslim dan pencerobohan. Tapi nak kata USA itu sebuah negara yang selamat untuk penduduknya tak juga.

Hahahahaha..

Apa pun, selagi mana tiada bukti maka semua yang dicakapkan di atas kekal sebagai teori dan spekulasi yang tidak terbukti. Tak sangka juga aku. Insiden MH370 membuahkan pelbagai teori konspirasi rupanya.

Selasa, 25 Mac 2014

Infografik Kehilangan #MH370 - 5 Individu Perlu Letak Jawatan- Kemaskini Terbaru


Setelah melalui dua sidang media. Tolong fahamkan.

1. Kerajaan hanya menyebut ia berakhir di Lautan Hindi Selatan.

2. Bagaimana ia berakhir disitu?

3. Lihat info grafik ini ;

 
Ini anggaran. Bukan fakta. Tolong faham. Kalau ikut info grafik kat atas, ia menepati dengan keterangan saksi yang melihat ada pesawat di atas laut Andaman pada 8 March 2014. Pada hari terakhir pesawat tersebut di kesan. Kita masih ingat lagi. Ramai yang mempertikaikan kenyataan wanita yang pulang dari umrah tersebut adalah disebabkan ;

- Jarak.

- Penglihatan manusia terhad. 

Ia bukan sahaja jauh bahkan penglihatan manusia sangat terhad. Tetapi bagi orang Islam kami memegang bahawa ia mungkin petunjuk dari Allah. Tak siapa tahu.

Katakanlah pesawat tersebut jatuh di atas laut Andaman, ia bermakna arus yang membawa ia terus ke dalam dan ke dalam lautan hindi selatan.

Untuk rekod, kita melakukan pencarian di laut china selatan selama 7 hari. Dalam masa 7 hari macam2 boleh berlaku di atas laut andaman. Dari awal lagi, kita mencari di kawasan yang salah.

4. Satu lagi info grafik yang diperolehi ;


Ini juga anggaran. Bukan fakta. Kalau ikut info grafik di atas mereka bayangkan ia terhempas di perairan Indonesia sehingga di bawa oleh arus ke lautan hindi selatan.


Macam2 andaian ada. Macam2 kemungkinan ada. Sehingga kini SAR masih gagal mengenalpasti di manakah tempat pertama pesawat MH370 jatuh dan terhempas.

Namun, Najib tidak menyebut pesawat MH370 sebagai terhempas ye. Dia hanya sebut sebagai kali terakhir di kesan ialah di lautan hindi selatan. Harap maklum.

5. Baikla, bagaimana Najib mendapatkan maklumat ini dari IMMARSAT? IMMARSAT memaklumkan mereka mengenalpasti pesawat MH370 berdasarkan kepada 7 isyarat ping yang diterima dari pesawat tersebut. Pesawat tersebut sepatutnya menghantar ping setiap satu jam sekali. Yang 7 isyarat ping neh aku tak sure merujuk kepada 7 jam yang terakhir ataupun 7 isyarat ping yang terakhir.  Dan ping terakhir itu menunjukkan bahawa kali terakhir ia menghantar isyarat ia berada di atas lokasi seperti dalam gambarajah di atas.

Menurut pakar penganalisa maklumat satelit, ia memang memerlukan ;

- Masa untuk mengkaji maklumat2 yang diperolehi dari satelit.

- Data2 yang diterima bersifat RAW (mentah) belum diproses.

- Setelah diproses ia perlu disahkan.

- Setelah disahkan ia perlu disemak kembali oleh penganalisa yang lain pula.

Setelah diyakini analisis mereka selari dan berpadanan antara satu sama lain (dua agensi pakar penganalisa) maka baru la ia boleh diproses sebagai fakta dan diberikan kepada pihak berkaitan untuk diserap sebagai maklumat tambahan.

Dan, hasilnya mereka memutuskan bahawa pesawat MH370 kini berada di dalam laut hindi selatan.

Maka koridor utara akan diabaikan serta merta. Tumpuan kini hanya merujuk kepada laut hindi Selatan. Itu sebab Najib umumkan kali terakhir ia dikesan ialah di laut hindi selatan. Tetapi ramai yang tafsirkan ia sebagai terhempas disitu. Itu hanyalah andaian awal memandangkan tiada apa2 pulau yang berdekatan disitu yang memungkinkan mana2 pihak yang terperangkap dalam pesawat tersebut selamat.

Kekeliruan wujud dalam maklumat yang disebutkan oleh Najib.

Aku rasa ramai yang keliru kat sini termasukla aku. Namun aku rasa ia boleh dimaafkan. Bila Najib tak sebut perkataan terhempas ia sebenarnya betul juga. Ia merujuk kepada kali terakhir isyarat dikesan. Bukan merujuk kepada lokasi ia terhempas. Sebab itu Najib sebut ia telah berakhir disini.

Bila MAS sebut dukacita dimaklumkan semua nyawa tidak dapat diselamatkan ia betul juga. Ia merujuk kepada keadaan lautan hindi selatan yang menyukarkan mana2 manusia yang terperangkap untuk terus kekal hidup selama 17 hari lamanya.

6. Adakah kesemua penumpang2 MH370 disahkan mati? Atau hilang? Menurut Najib perkara ini akan diserahkan kepada majlis fatwa negara. Merujuk kepada orang2 Islam. Menurut Haji Hadi ia memerlukan masa 4 tahun lamanya untuk mengesahkan seseorang yang hilang itu disahkan mati dalam Islam. Oleh kerana apa yang berlaku di MH370 tidak boleh disahkan sebagai mati akibat tiada bukti (jasad) bahkan tiada saksi (tiada objek2 yang boleh mengaitkan pesawat MH370 masuk ke dalam lautan hindi) maka ia hanya boleh diklasifikasikan sebagai hilang.

Lihat ;

Dan satu pendapat yang menarik juga ;
 
For me this issue is open for discussion. And hak masing masing utk masih berharap penumpang dan krew masih selamat; atau percaya kapal itu sudah tidak akan dijumpai lagi. 

Tak perlu utk paksa semua org percaya kapal itu dah terhempas dan semua sudah meninggal. Dalam ucapan PM kita semalam, he did mentioned that, "assumption is made based on data and analysis.."

So far, there are no conclusive evidence seperti bangkai kapal atau serpihan atau black box. 

And as for me, i chose to believe on this; that there is still hope in the end of the tunnel. Even the weather is dark and stormy, there is still light, at the end of the tunnel. Selagi mana bangkai kapal atau serpihan belum dijumpai, i chose to believe that masih ada harapan utk mrk selamat. 

Boleh utk anda yakin dgn data dan analisis semua itu, but just for you to know, kdg kdg ada benda, di luar jangkauan kita. Even the greatest technology and science could not explained it, only beliefs and hope can help you to explain it.

Hope is something that makes human being so strong. Stronger than human normally can be. 

At this time, respect kebebasan utk percaya pd pandangan sendiri. Tak perlu memaksa. Setiap manusia ada harapannya dan ada cerita disebalik harapan mrk.

Utk yg percaya kapal sudah tiada dan mrk sudah tiada, maka berdoalah utk kesejahteraan mrk di sana. Dan utk yg masih berharap, berdoalah supaya mrk dalam keadaan terbaik dan selamat.

Bukan nak menyanggah teknologi dan sains, tapi kadang kala, walau sehebat mana teknologi dan sains; ia belum mampu utk menandingi kekuatan doa, harapan dan keimanan.

Tabahkan wahai hati anda keluarga penumpang dan krew MH370. Satu dunia berdoa bersama anda.

7. Negara kita akan melakukan upacara berkabung bagi memperingati kesemua mangsa2 dalam insiden MH370.

8. Pemimpin2 negara juga telah bersetuju akan menubuhkan siasatan diraja bagi mengenalpasti kenapa MH370 ;

- Tukar laluan
- Berakhir di lautan hindi selatan
- Punca kesalahan meknikal yang menyebabkan mereka hilang

9. Operasi SAR akan diteruskan oleh Malaysia bagi mengesan apa2 petunjuk samada dalam bentuk jasad ataupun objek yang boleh mengaitkan ia dengan pesawat MH370.

10. MAS akan bertanggungjawab sepenuhnya dari segi kebajikan dan kewangan ke atas kesemua ahli keluarga penumpang yang terlibat. 

11. Untuk rekod, negeri Johor sudah mula berkabung bermula hari ini sejurus Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di lautan hindi selatan.

12. Siang tadi pun di China, ahli2 keluarga mangsa melakukan protes aman di hadapan kedutaan Malaysia di China. Mereka berang sebab pada mereka kerajaan Malaysia lambat bertindak dan juga kerana hanya mendapat sedikit maklumat.




13. Tumpuan kerajaan dan pasukan SAR ialah kotak hitam dan bangkai pesawat.

14. Apa yang amat dikesali ialah MALAYSIA pasti akan menjadi tumpuan dunia kerana dunia akan mempersoalkan apa yang kita buat 7 hari di LCS? Kat media2 antarabangsa dah mula mempersoalkan perkara ini.

15. Walaupun operasi SAR udara ditangguhkan sehari dan hanya akan bersambung pada petang esok disebabkan cuaca buruk namun operasi SAR laut tetap diteruskan macam biasa. 

16. China meminta kesemua butiran satelit yang dimiliki oleh Malaysia yang menyebabkan Malaysia mengumumkan pengakhiran pesawat MH370 di selatan lautan hindi.

17. Bagi menzahirkan rasa simpati Australia telah mengumumkan bahawa mereka akan mengecualikan bayaran visa terhadap kesemua ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang akan masuk ke Australia bagi mengikuti perkembangan terkini operasi SAR. 

18. Dan seperti biasa, Malaysia sentiasa dikritik oleh pihak2 antarabangsa mengenai cara mereka mengendalikan insiden kehilangan MH370. Yang terbaru dari bekas ketua keselamatan udara AS. 

Rujuk ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-tidak-cekap-kendalikan-penyiasatan-mh370-kata-bekas-ketua-keselama 

Yang neh pula dari Washington post ==> http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/washington-paper-says-mh370-saga-shows-malaysia-must-be-more-open

Antara isi kritikan penulis ialah ;

- Ia mendedahkan pemimpin negara gagal menanggani krisis MH370.

- Ia juga menunjukkan cara orang melayu mentadbir negara

- Ia juga menulis mengenai kelamahan2 pemimpin negara yang seringkali keluarkan kenyataan2 yang bercanggah di antara satu sama lain.

- Pemimpin2 negara perlu belajar dari insiden ini.

- Pemimpin juga diseru untuk bersikap lebih terbuka dengan perkongsian maklumat dan data.

Aku tak semestinya bersetuju sepenuhnya dengan apa yang mereka laporkan ye. Harap maklum. 

18. Yang terakhir, mengenai pengumuman Hishammudin ;

(1) MAS akan mengetuai urusan komunikasi dengan anggota keluarga penumpang.

(2) Inmarsat menyemak maklumat terhadap enam lagi pesawat Boeing 777 yang terbang pada hari yang sama dengan MH370.

(3) Usaha mencari dan menyelamat di Koridor Utara dan kawasan Utara Koridor Selatan, berdekatan Indonesia dihentikan.

Carian kini difokuskan di Selatan Lautan Hindi.

(4) Alat pengesan kotak hitam dikenali towed pinger locater dari Amerika Syarikat kini dalam perjalanan ke Perth dan dijangka tiba esok.

(5) Ia akan dipasang pada kapal Ocean Shield milik Australia, yang secara gilirannya akan tiba ke kawasan carian pada 5 April.

(6) Siasatan pada simulator kapten pesawat Zaharie Ahmad Shah masih berhalan dan polis masih menunggu maklumat terkini daripada agensi luar negara yang membantu.

(7) Malaysia akan terus mencari pesawat itu walaupun negara lain menarik diri.


Sebenarnya. Masih ingat lagi tak krisis tsunami yang pernah berlaku di Jepun? Menteri2 mereka letak jawatan. Di Malaysia untuk meredakan kemarahan ahli keluarga mangsa 5 nama ini perlu meletakkan jawatan.

1. CEO MAS

2. Najib Razak

3. Hishammudin Hussien

4. Zahid Hamidi

5. Pengarah DCA.

Mahu tahu kenapa?

CEO MAS kerana pesawat yang hilang itu adalah MAS. Ini adalah tragedi. Aku faham. Tetapi atas nama tanggungjawab dan juga untuk meredakan kemarahan ahli2 keluarga mangsa, CEO MAS Ahmad Jauhari perlu berundur.

Najib Razak, Hishammudin bertanggungjawab sepenuhnya atas 7 hari operasi di LCS. Maaf, aku taknak tuduh2 dorang salah ke apa kat sini. Cuma seperti yang pakar sebut. Kita lambat bertindak, sepatutnya operasi ini boleh disingkatkan. Merujuk kepada 7 hari yang terbuang di LCS. Maka, atas nama tanggungjawab, mereka juga perlu meletak jawatan. Itu tak masuk lagi bab radar tentera, kawalan keselamatan udara, protokol station radar, dan maklumat2 yang bercelaru yer.  Aku bukan nak tuduh2. Sebenarnya macam pakar sebut, mereka tiada pengalaman untuk menanggani krisis berat kerana di Malaysia kita memang tak banyak pun krisis2 berat. Paling berat pada BN pun ialah macam mana nak menghilangkan pengaruh Anwar. Jadi kedua2 adik beradik sepupu ini perlu sangat2 meletak jawatan bagi menjaga kredibliti negara di mata dunia.

Zahid Hamidi pula mewakili pihak IMIGRESEN yang gagal mengenalpasti passport tiruan. Aku pun taknak tuduh2 dia bersalah tetapi sekali lagi atas nama tanggungjawab dia kena letak jawatan. Lagipun hari tue Mahathir dah sindir dia sebab keluarkan kenyataan bodoh dan memalukan negara, dia patut amek tanggungjawab tersebut dan meletak jawatan.

Pengarah DCA, Azharuddin Abdul Rahman. Kenapa ek? Dia banyak bagi maklumat salah. Yang paling kontroversi bab gambaran pemegang passport palsu. Kena letak jawatan atas nama tanggungjawab.

Jangan salah faham ye. Aku tak kata mereka berperanan kepada kehilangan pesawat MH370. Cuma nak bagitau apa yang berlaku perlu ada orang yang tertentu untuk memikul tanggungjawab bagi mengekang kemarahan umum terhadap insiden MH370.

Harap Najib, Ahmad Jauhari, Hishammudin, Zahid dan Azharuddin, letak la jawatan kamu sebelum masyarakat antarabangsa benar2 menuntut kamu untuk berbuat demikian. Kita tengah cakap pasal nyawa orang. Bukan cakap pasal propaganda politik dan sebagainya. Harap maklum. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...