Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 Mac 2014

Penjelasan SAMM Isu Peniaga Kena Serang Di Kajang.

Lihat gambar ;



Kita tengok gambar dulu. Seorang wanita dok berpusing mengadap cameraman. Dan dua orang yang sedang duduk. Ada macam kena kepung ke korang rasa? Kalau kena kepung cameraman tue kat belakang kot. Ini apahal cameraman kat depan pula?

Alamak ai..

Bila aku perhatikan gambar neh aku dah agak dah. Mesti ada cerita mengarut yang depa nak jaja.

So aku buka la blog depa.

Aku baca ;



Dia kata ;

1. Chegu Bard arahkan geng2 PKR pergi serang gerai tersebut pada jam 12.50 tengahari.

2. Chegu Bard dan anak2 buahnya datang ke gerai tersebut dan makan.

3. Lepas makan dorang taknak bayar.

4. Dorang blah. Tapi tak blah kosong. Dorang blah dengan membawa kerusi dan meja dari warung tersebut.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Aku tak boleh nak bayangkan Chegu Bard sanggup buat lawak bangang macam neh. Mai serang. Makan. Blah. Bawa lari meja dan kerusi. 

KAH KAH KAH

Nak buat citer pun tak hagak2 dorang neh. Adoyai.

Neh lagi satu drama dorang ;




Tue dia.

Chegu Bard mai datang ugut pula dah. Chegu Bard mengugut akan merobohkan gerai tersebut.

KAH KAH KAH

Adoii skrip tak boleh blah.

Kronologi dia yang aku dapat tahu serba sedikit.

1. Isu berpunca dari peniaga yang emosi tak tentu pasal.

2. Hari tue Wan Azizah dan Nurul Izzah berkempen. Alah sempena PRK Kajang la kan.

3. Then peniaga ini menghalau la Wan Azizah dan Nurul Izzah dari gerai tersebut.

4. Wan Azizah mai berkempen dengan nak singgah makan sekali. Last2 kena halau. So tebal je la muka kena halau dengan orang biasa kan. Kalau Najib yang kena halau mao la meringkuk dalam balai sehari dua. Hihi..

5. Lepas tue tadi, tah macam mana tah, geng2 BN sebut orang2 SAMM mai datang lakukan provokasi kat warung tersebut. Konon nya mai datang membalas dendam. Untuk rekod, dorang neh dulu meniaga di Uptown Perda. Takde lesen. Terang2 mengaku dalam video. Nanti aku paste link video sebagai rujukan korang.

6. Isu Uptown Perda tue agak kompleks. Aku tak faham kenapa dorang nak mengheret Wan Azizah dalam isu neh. Sebenarnya takde kaitan kot. Kalau la aku jadi makcik tue aku berbaik2 dengan Wan Azizah dan ceritakan masalah yang pernah dihadapi. Untung2 ada penyelesaian yang memihak kepada kita. Buat apa nak bermusuh2an taksub bagai? Even Zambry mai tempat aku pun, aku nak bercakap dengan dia. Tapi tue la kan, haram orang nak layan aku. Aku nak share masalah yang aku hadapi pun tak boleh. Aku bukan otak sempit nak halau2 pemimpin ka wakil rakyat ka apa ka. Kerja bodoh pada aku. Sebagai rakyat kita kena pandai amek peluang. Bukan buang peluang. Tue aku cakap dorang neh BODOH.

7. Then tadi, orang2 BN pun dok sebarkan video pasal SAMM halau, ugut dan makan tak bayar semua. Mereka siap sebarkan video lagi.

Alamak ai.

Aku dah tengok kedua2 video tersebut. Aku nak cakap, video pertama takde kena mengena langsung dengan cerita yang depa sebarkan. Konon nya kerusi meja kena bawa lari la, Chegu Bard makan tak bayar la apa semua. Padahal bukan cerita pasal tue. Citer pasal lain.

Video kedua pula lagi gila. Tajuk kemain lagi kau. Tapi apa yang ada ialah seorang peniaga tengah membebel pongpang2 kat seseorang. Yang seseorang tue tanya je. Habis tue boleh meniaga tak? Tapi tajuk video keganasan SAMM.

Tang mana ganas nya bila tanya ==> Habis tue boleh meniaga tak?

Tanya macam ini pun GANAS ka?

Peniaga tersebut cakap lepas PILIHANRAYA, gerai dia kena runtuh. Betul ke citer dia tue? Begini je la.

Apa yang berlaku di UPTOWN Perda tue sebenarnya satu kekesalan juga. Aku tak pernah bersetuju dengan pihak majlis yang kerjanya dia hanya pandai robohkan kedai2 orang tak kira negeri, daerah dan sebagainya. Ada banyak kelompangan dalam majlis yang aku malas nak ulaskan disini. Aku dah ulas beberapa kali dalam posting2 sebelumnya. Aku memang fack juga perangai2 majlis yang masih tak ubah2 lagi kaedah dorang dalam menyelesaikan masalah. Kita hidup neh jangan buat kerja separuh jalan. Jika peniaga salah, cari jalan untuk betulkan mereka. Ingat, robohkan kedai, biarkan mereka dalam keadaan emosi hanya akan menambahkan dendam bahkan tak pernah menyelesaikan masalah. Kita hanya tambah masalah dalam timbunan masalah yang sedia ada.

Namun, sebagai peniaga, kita pun perlu pandai menafsir suasana. Cari mana kesalahan kita dan betulkan ia sampai tiada mana2 pihak boleh mempertikaikan tempat kita mencari makan. Dalam waktu yang sama jangan kita memusuhi mana2 pelanggan kita waima dia bukan sekutu politik kita. BN ke PR ke bila dia mai kedai kita, dia hanyalah pelanggan kita. Buat apa kita nak lakukan diskriminasi politik? Kita nak meniaga macam itu ke? Memang la kita tak rugi tak dapat makan duit wakil2 rakyat yang berbeza politik dari kita tapi kita rugi bila tak dapat gunakan mereka sebagai millage untuk naikkan kredit warung kita. 

Ini Wan Azizah nak mai makan. Ko tangkap gambar boh frame pun bagus. Wan Azizah penah singgah makan kat sini. Esok2 ada pemimpin BN datang makan. Ko buat frame lagi. BN dan PR dua2 menjamu kat warung ko. Awat sedap sangat ke masakan korang? Itu la caranya otak peniaga berfikir. Cari untung. Bukan nya tolak untung. Geng2 BN dan PR pun relax je boleh makan sama2 kat satu warung. Silap2 satu meja. Lepas makan sambung gaduh balik. Itula kematangan berpolitik. Time makan kita makan, time berpolitik kita berpolitik la. Takan semua benda pun kita nak pecahkan kepada idelogi politik? Ini warung BN, pemimpin2 PR boleh berambos. Apa benda tue? Macam bangang aje aku tengok. Jangan marah ah.

KAH KAH KAH

Berbalik kepada isu di atas.

Ini respon Chegu Bard dalam wassap ;

1. Kami tak makan sampai sekarang (3.04 petang) <-- Tengok jam neh betul2, aku lambat update blog neh okay.

2. Kami tak tahu menahu (SAMM serang, ugut, kacau peniaga).

3. Tolong save semua twitter, youtube dan perkara2 yang kata SAMM serang tue.. senang sket SAMM nak meneliti sebelum menjawab pertuduhan.

And kata Ayah Halim pula ;

1. Peniaga di atas neh geram.

2. Khemah PKR dibuka kat sebelah kedai dia.

3. Orang2 BN tak boleh nak masuk kat kedai dia disebabkan polis pisahkan penyokong2 PR dan BN. BN depan sebarang jalan, manakala di jalan yang ada kedai dia ialah untuk geng2 PR.

4. Geng2 SAMM tak makan pun kat kedai pun dia.

5. Agaknya dia panas ahti sebab kedai dia kurang laku.. 

Part kena tengking ke apa ke itu semua aku tatau. Chegu Bard pun dah sebut dengan jelas. Dia taktahu menahu. Kalau korang kenal sapa2 yang tengking2 peniaga tersebut minta buat penilaian adil dengan meminta peniaga tersebut kemukakan bukti dia kena tengking dan dia memang tak wajar ditengking. Silap2 dia yang cari pasal tak tentu hala (maki orang ke, sound ke, memekik ke menuduh ke cari gaduh ke) itu pasal ada orang geram sangat sampai menengking dia. Almaklumla, perempuan kan power berperang guna mulut. Aku pun panas ahti selalu.. HAHAHA.. 

Tapi tue la. 

Kan. Buatnya ko tak halau Wan Azizah hari tue berapa banyak rezeki yang masuk dalam kocek ko hari neh. Mao kencang. Dari warung dapat buka kedai terus. HAHAHA.. Relax la semua. Berlapang dada raikan kepelbagaian lebih baik dari berkeras jiwa kerana emosi tak tentu pasal. Lue fikirlah sendiri ek.

Video rujukan sini dan sini.

Lihat sini juga. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...