Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Mac 2014

Artis China Anjur Boikot Barangan Malaysia.


Apa kena mengena rakyat Malaysia pula kat sini?

Adakah MAS sengaja membuatkan pesawat #MH370 hilang secara misteri?

Sebenarnya baik MAS, baik rakyat Malaysia kami juga mangsa keadaan. Sekarang orang China angin satu badan dengan Malaysia disebabkan sikap pemimpin negara yang seringkali keluarkan kenyataan demi kenyataan yang mengelirukan. Aku tak nafikan bab tue. Pasal aku sendiri pun antara yang terkeliru. Kejap kat situ, kejap kat sini, kejap begitu, kejap begini. Kalau orang luar pun rasa confuse, apatah lagi orang dalam. Kalau orang luar pun tertanya2 apa sebab 7 hari di Lautan China Selatan, apatah lagi orang dalam. Kalau orang luar pun mengkritik kenapa kementerian pertahanan dan menara kawalan tak mengambil tahu (memastikan) kenapa MH370 berpatah balik, apatah lagi orang dalam.

Jangan la serang rakyat Malaysia yang juga menjadi mangsa keadaan kat sini.

Dan jangan serang MAS juga. Sebab MAS pun mangsa keadaan. Sapa nak sangat pesawat hilang? Sapa yang suka sangat kalau pesawat hilang? Lebih2 lagi kalau ia melibatkan pesawat komersil. Sudah la pesawat komersil, membabitkan 14 buah negara pula tue. Takan la MAS sanggup tanggung risiko sebenar ini? Ini ialah tragedi yang tidak diundang. Kami faham juga ini libatkan nyawa orang awam. Nyawa orang ramai. Tapi MAS pun tak menginginkan perkara ini terjadi. Bukan aku nak bekap2 MAS sangat tapi aku tengok semua usaha sudah MAS buat sedaya upaya untuk memastikan pihak2 yang terjejas mendapat kebajikan yang seadilnya. Kakitangan MAS neh pun sedih tau. Kawan2 hilang lagi. Orang maki depa lagi. Nak boikot lagi. Kena kutuk sana sini lagi. Apa dorang bukan manusia yang ada emosi?

Tolong faham.

Leave Malaysians alone, leave MAS alone. Tapi jangan leave menteri2 sewel kami alone. 


Yang patut korang anjurkan ialah mendesak pihak2 tertentu meletak jawatan.

- Yang keluarkan kenyataan mengelirukan.

- Yang keluarkan kenyataan yang tidak tepat.

- Yang lambat mengemaskini perkembangan terbaru.

- Yang menyekat dan menyorok2kan maklumat penting.

- Yang hanya baca kenyataan umum 'pesawat berakhir disini'.

- Yang tidak faham sentimen dan sensitiviti keluarga mangsa sampai cadang sekat internet.

Itu yang buat masalah, itula yang korang lanyak. Apa korang ingat rakyat Malaysia neh semua jahat2 belaka? Apa korang ingat majoriti rakyat Malaysia bersama pemimpin2 yang kerjanya menyusahkan rakyat sentiasa? Jangan salah faham wey. Aku neh tak bersama2 langsung dengan pemimpin2 negara. Aku sayang negara tapi tak sayang kat menteri2 sewel. Nak2 bila penyokong dan wartawan mula pongpang2 bab ucapan terima kasih kepada menteri2 yang terlibat. Alamak ai..

Hari neh seleweng duit, esok buat misi, lusa hadap ucapan terima kasih.

Yang buat kerja bagai nak mati orang lain. Yang dapat terima kasih menteri2.

Memang sah biol.

Baik penyokong baik pemimpin.

Aku nak tengok korang boleh ucap terima kasih lagi ke tak lepas pemimpin2 korang umum bab GST, lepas korang terkesan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi, lepas minyak diumumkan naik. Aku nak tengok ucapan terima kasih korang boleh bertahan berapa lama.

Sila sila.

Sila perbodohkan diri.

Lepas ucap terima kasih ada dorang peduli nak bantu selesaikan masalah rakyat?

Jangan mimpi la kau. Menangis la korang sorang2 disitu.

BODOH!

So, tolong la faham.

Jangan boikot Malaysia, jangan boikot syarikat2 kami, barangan2 kami dan kami secara amnya.

Nak marah pun kena marah pada orang yang tepat. Jangan lepaskan kemarahan pada orang yang salah. Rakyat Malaysia secara amnya adalah mangsa keadaan. Korang nak marah ke angin satu badan ke please, hanya babitkan pemimpin2 tertentu yang buat masalah sudah la. Ini apahal pula satu Malaysia kena tempiasnya? Apa salah kami?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...