Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Mac 2014

Ini Dia Juruterbang Yang Digantung Tugas Sebab Kritik Najib Razak.

Hish hish hish..


Tak pasal2 kena gantung der. Juruterbang tue silap juga. Lainkali ko puji la Najib. Yang ko pergi kritik kerajaan buat apa? Ko tatau ke depa dalam ahti ada taman? Memang saja ko cari nahas. Oleh kerana ko pun saja cari nahas macam aku dan geng2 pembangkang yang lain maka welcome la to the club. Club padan muka dan darah halal. Bersedia la untuk ditindas oleh kerajaan sendiri okay?

KAH KAH KAH

Kritikan yang dia buat ;


Lepas dia buat kritikan ini, penulisan dia telah dishare ke laman2 blog, twitter dan juga blog.

Kesan dari penyebaran tersebut dia telah digantung tugas oleh Air Asia. Air Asia mengakui mereka ada keluarkan arahan khas agar mana2 kakitangan mereka tidak mengulas (actually mengkritik le tue) apa2 mengenai tragedi MH370 bagi menghormati pihak2 yang terlibat (padahal taknak bagi pemimpin2 kecik ahti).

Dia telah disahkan digantung tugas seperti yang dilaporkan oleh MKINI ;

Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polis syarikat.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Sementara itu, AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar “arahan khusus” agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan.

"(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter.

Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Kenyataanya itu timbul selepas beberapa blog menyebarkan gambar didakwa sebagai tulisan juruterbang tersebut di Facebook.

Dalam tulisan itu, juruterbang berkenaan didakwa mengkritik kerajaan kerana mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Demi (carutan)... Adakah bukti kukuh MH370 terhempas?! Tak betul jika terus buat anggapan bila anda tidak ada bukti untuk pertahankan dakwaan itu!

"Serpihan (yang disyaki)... masih tidak dipastikan dari pesawat! Tunjukkan kami bukti dan kemudian beritahu MH370 telah terhempas.

"Sehingga itu, berhenti sembunyikan fakta! Jelas sekali, walau kepada orang buta bahawa ada bertan-tan maklumat yang kerajaan tahu dan tidak mahu dikongsikan!," tulisan itu dipetik.

Malaysiakini sedang mendapatkan ulasan juruterbang berkenaan, yang difahamkan telah memadakan akaun Facebook beliau.

Untuk rekod, bukan hanya tulisan di atas tue aje hilang, dengan FB2 dia sekali hilang. Mungkin deactivated kot. Almaklumla, kena selongkar bagai semua dengan geng2 BN yang mungkin panas ahti dengan kritikan dia terhadap Najib Razak.

Apa pun tak boleh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...