Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 24 Mac 2014

Najib Umum Penerbangan #MH370 Berakhir Di Lautan Hindi.

Gambar merujuk kepada Najib yang menerima panggilan telefon dari Australia mengenai penemuan 2 objek

Najib tak gunakan perkataan terhempas. Dia gunakan perkataan ended. Yakni telah berakhir ataupun tamat di lautan hindi. Secara halusnya memberikan kita gambaran bahawa MH370 telah pun terhempas.

Sidang media tergempar ini dijadualkan pada jam 10 malam tadi dan telah pun berakhir sebentar tadi. Mula2 ia dijadualkan pada jam 9.45 malam. Namun ditunda selama 15 minit. Bawa ke jam 10 malam. Sidang media tadi Najib umumkan bahawa ;

1. Penerbangan MH370 telah berakhir di lautan hindi.

2. Ia disahkan dan disokong dengan maklumat tambahan yang dibekalkan oleh IMMARSAT dan AAIB yang menyimpulkan MH370 telah berakhir di lautan hindi.

3. Najib memberitahu bahawa butiran lanjut mengenai perkara tersebut akan mula didedahkan pada keesokkan hari.

4. MAS telah pun bercakap sendiri dengan semua keluarga2 mangsa yang terlibat dalam insiden neh. Maklumat terbaru ini telah pun sampai kepada pihak2 yang berkenaan. 

4. Najib meminta semua pihak media menghormati privacy ahli keluarga mangsa di saat2 sukar ini.

Untuk rekod, sebelum mengadakan sidang media tergempar ini Najib telah pun bercakap dengan pihak Australia berhubung penemuan terbaru mengenai misteri kehilangan MH370.

Semalam Australia mengesahkan mereka telah menemui 2 objek yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan MH370.

Dan mereka memerlukan sedikit masa untuk lakukan analisis sebelum mengumumkan hasil penemuan. Dan hari neh kita mendengar berita dari Najib bahawa penerbangan MH370 disahkan telah 'berakhir' di lautan hindi.

Aku percaya, ia adalah nama lain nak mengambarkan penerbangan MH370 telah pun terhempas disitu. Apa pun kita tunggu la butiran selanjutnya pada esok hari. Harap2 andaian aku neh hanyalah andaian semata2. Kita masih lagi mengharap semua krew dan penumpang MH370 selamat. Dan andai apa yang berlaku adalah sebaliknya, maka kami hanya mampu zahirkan Alfatihah dan salam takziah untuk semua sekali yang terkorban.

Apa pun persoalan kami kini ialah ;

1. Mengapa ia berpusing dan berakhir di Lautan Hindi?

2. Di manakah kotak hitam?

3. Bagaimana MAS dan Malaysia menguruskan situasi ini? Sudah tentu, MALAYSIA akan menerima kecaman demi kecaman dari antarabangsa apabila kita membazirkan pencarian beberapa hari di laut china selatan. 

Sedikit info tambahan dari Awani. Katanya setelah 17 hari berlalu ia adalah amat sukar untuk mengharapkan ada di antara mereka (penumpang) masih hidup. Bahkan untuk menemukan (jasad) juga adalah perkara yang mustahil. 

Apapun yang mendatang, semua kritikan terhadap kita oleh pihak antarabangsa yang mana betul kita kena terima dengan terbuka, berlapang dada dan betulkan kesalahan kita, manakala yang tak betul, kita betulkan guna hujah dan fakta bukan emosi tak tentu hala. Sudah pastinya insiden neh telah mencalarkan nama negara kita sedikit sebanyak dan yang paling teruk terjejas sudah tentulah MAS. Apakah MAS berupaya menanggani krisis terburuk dalam sejarah penubuhan mereka ini? Apakah Malaysia mampu menyelesaikan krisis kewangan yang menghimpit MAS? Sama2 kita fikirkan.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...