Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 September 2013

Wakil Najib Hubungi Anwar Ajak Bersatu, Blogger UMNO Kutuk Najib Sewel.

Menarik citer yang aku baru baca neh. Jika dalam beberapa hari neh penyokong2 UMNO kemain beria2 minta kita bersyukur apa bagai disebabkan kita bercerita isu kenaikan harga minyak, aku cadangkan korang baca dulu apa pendapat oleh blogger2 UMNO elit aka bloggers pro Mahathir.

Antara pendapat dia ialah ;

1. PEMANDU yang ditubuhkan oleh Najib habiskan jutaan ringgit dan merugikan negara.

2. PELIK tak PELIK la. Time neh la PEMANDU habiskan duit la apa bagai. Masa sebelum PRU dulu semua nya yang berkaitan BN cantik molek. Lepas habis PRU baru nak sembang kencang kutuk bagai. Masa tue taknak pula pongpang2. Neh mesti ada sesuatu yang bergolak tue pasal masing2 memekak jek. Gaduh umno gaduh. Kami nak tepuk tangan neh. Hehe.

3. Ekonomi negara semakin teruk dan merosot. Tue sebab kerajaan naikkan harga minyak. PEMANDU gagal menjalankan tugas mereka dengan cekap. Gagal membentuk strategi yang berkesan bagi memacu ekonomi negara. 

4. Hah tahu pula korang. Sebab tue kita orang salahkan BN dan Najib. Kali neh blogger BN elit [dianggap elit kerana menulis dalam english dan dibayar lebih lumayan berbanding bloggers UMNO lain] pun mengakui hujah2 kami. Terima kasih la ek. Wakaka.

5. Then yang menariknya, pergaduhan dalaman sesama UMNO neh menyebabkan Najib terpaksa mencari strategi baru untuk mengekalkan kedudukan nya sebagai PM di Malaysia. Dalam erti kata lain, dia takmo dijatuhkan seperti Pak Lah.

6. Team yang sedang menyerang Najib neh tak lain tak bukan, team Mahathir.

7. Mahathir hari tue berkata bahawa dua jawatan tertinggi UMNO tidak perlu dipertandingkan supaya perpaduan dalam UMNO dapat dikekalkan. Tapi ye la. Mana kita nak tahu kan. Depan press mungkin lain gayanya. Belakang press mungkin lain gayanya.

8. Agaknya itu la sebabnya Najib melakukan beberapa siri tindakan yang kurang favor kepada kehendak Mahathir.

9. Dan menurut satu sumber dalaman PKR, wakil Najib baru2 ini ada menghubungi ANWAR untuk membincangkan isu kerjasama. Wakil Najib memberitahu bahawa BN selesa untuk bersatu dengan PKR, PAS tetapi tidak DAP.

10. Namun DSAI sekali lagi menolak pelawaan tersebut dan memberitahu bahawa PKR akan kekal setia bersama Pakatan Rakyat.

11. Hah, apa lagi, yang anti DSAI boleh la bawa isu neh untuk serang DSAI pula. Takan UMNO sesama UMNO jek gaduh, PR sesama PR pun kena la gaduh sekali. Laga2kan je semua.

KAH KAH KAH

Baca berita kat bawah neh beb ; 

    Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger Umno sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “sewel”.

    Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

    Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

    Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka. Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun mereka gagal dalam memacukan ekonomi hingga keadaan ekonomi negara semakin teruk yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

    Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN). Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri juga tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.

    Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini. Beliau mendakwa, sekumpulan orang muda dalam Pemandu ini yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.

    Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya.

    "Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya. Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.

    Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu, pemansuhan Ordinan Darurat (EO)  dan beberapa isu lagi. "Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini.

    "Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu. Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.

    Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan. "Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

    Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka. Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

    Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP. "Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.

    Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.

    Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini. – 6 September, 2013.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menjelang-perhimpunan-umno-blogger-pro-bn-gelar-najib-sewel

Ayam Pun Naik Harga..


Ada je alasan mereka nak menaikkan harga ayam.

Ayam diangkut guna lori. Bekalan ayam dihantar guna lori. Mestilah kena naikkan harga minyak sebab lori bergerak menggunakan minyak. Bukan air.

Jadi pada peniaga memang la logik mereka naikkan harga ayam sebab minyak naik harga. Yang tak logik bila minyak naik harga mereka tak naikkan harga barangan jualan mereka.

KAH KAH KAH

Korang pun jangan la komplen kaw2 sangat. Nanti kena halau pula. Kalau tak disuruh berambos duduk luar negara mesti disuruh berambos duduk dalam hutan. Tak pun suruh bersyukur. Tak pun disuruh jangan makan ayam. 

KAH KAH KAH

Muhyiddin Mendedahkan Rahsia Kenapa Minyak Naik Harga.

Akhirnya mereka mendedahkan rahsia ini. Rahsia yang bukan rahsia pada kami lagi. Tetapi rahsia ini boleh la di anggap rahsia kepada penyokong2 mereka. Ini kerana kita dah sebut banyak kali sebelum neh. Bahkan secara berulangan dan berterusan.

Ekonomi negara gawat.

Hutang negara menimbun.

Bahaya pada negara. 

Kita perlu bertindak mengurangkan defisit supaya tidak muflis.

BODOH PUAK2 PAKATAN neh. [Padahal aku bercakap atas kapasiti orang biasa, rakyat marhaen, tapi pakatan yang kena maki. Untuk rekod, aku bukan ahli berdaftar dengan mana2 parti dalam pakatan rakyat juga bukan berkerja dengan mereka. So bila aku bercakap sesuatu then PR yang kena maki, memang aku gelak huhu haha. Pasal yang bercakap orang lain tapi yang kena maki orang lain. Hehehe]

ANAK HARAM. BERAMBOS KAU DARI NEGARA NEH. KALAU TAKTAU BERSYUKUR TAK PAYAH HIDUP KAT MALAYSIA.

HUTANG NEGARA UNTUK KEPENTINGAN KO JUGA.

HUTANG ADALAH BAIK UNTUK NEGARA.

PAKATAN FITNAH PASAL JUMLAH HUTANG NEGARA.

Berikut di atas ialah antara hujah2 yang depa campakkan ke dalam pelbagai medium online termasuklah facebook, blog, youtube, twitter dan sebagainya untuk membidas isu hutang negara.

Jumlah hutang negara bukan didedahkan oleh PR pun. Ia berada dalam maklumat belanjawan. Kita petik dari sana saja. Yang menyediakan angka tue mereka tak salahkan, yang memetik angka tersebut, bertanya, mempersoalkan dan mahukan jawapan, pula yang menjadi pihak yang salah.

Takpe. Ia bukan perkara yang baru di Malaysia bahawa penyokong2 BN tidak memahami bahasa dan asas bagaimana satu2 isu tue menjadi kemuncak. Contoh paling simple ialah mengenai harga minyak yang naik 20sen. Pada mereka harga minyak tak naik. Hanya harga subsidi yang dikurangkan. Walaupun kita nampak ada perubahan liter pada setiap nilai belian minyak rm10.00.

Rujuk bawah ;


Minyak naik sebab nak selamatkan negara?

BN nak selamatkan ekonomi negara. 

Maksudnya ada sesuatu yang tak kena pada ekonomi kita. Apakah itu? Kenapa menjadi begitu? Siapakah punca2 yang menyebabkan keadaan itu?

Ada dijelaskan tak?

Ia tidak diterangkan. Kenapa BN tidak mahu menerangkan ia kepada public? Baru2 neh blog hartanah update berita bahawa projek2 kerajaan yang berskala besar akan dihentikan secara berperingkat. Ini termasuklah projek2 infrastuktur. Ia bukan dihentikan terus. Ia dihentikan untuk menjalani penilaian semula samada projek tersebut boleh diteruskan atau kita tangguhkan sementara ke suatu masa yang lain.

Nampak tak kenapa ini berlaku?

Menyemak semula projek2 mega. Ini juga bermaksud kerajaan kekurangan wang untuk meneruskan kesemua projek2 mega dalam satu tempoh yang sama. Bila kerajaan takde duit nak buat projek2 mega macam mana kerajaan nak dapatkan duit untuk bina rumah kos rendah?

Itu tak masuk lagi bila terdapat projek2 mega yang terhenti, ini bermaksud akan ada pihak2 yang kehilangan pekerjaan mahupun kurang mendapat job. Bermaksud kurang income. Kadar penganguran mungkin akan meningkat dan ia boleh mendorong kepada perlakuan jenayah. Inflasi jangan cakap la. Memang meningkat sebanyak 0.2% berbanding unjuran sebelum neh yang menyatakan pada kadar 2%. 

Keadaan kita neh macam neh. Hutang menimbun2. Jumlah hutang isu rumah meningkat sampai melebihi tahap 80%. Barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pula mahal. Maksudnya kos sara hidup kita tinggi. Gaji kita pula tak sampai ke level untuk tampung kos sara hidup yang tinggi. Bukan kerana faktor kita malas bekerja tapi dasar gaji minima di negara ini tidak pratikal. Manfaat yang lebih kepada kapitalis berbanding pekerja. Yakni golongan bawahan dibolehkan mendapat bayaran rendah namun golongan atasan dibolehkan mendapat bayaran tinggi berdasarkan status bukan nya merit. Dengan harga rumah dan kereta yang mahal disebabkan CUKAI dan kelemahan kerajaan dalam menetapkan polisi2 yang melindungi pengguna dan juga penguatkuasa yang lemah, maka kita kini menjadi mangsa kerakusan pihak2 yang hanya mementingkan keuntungan semata2. Jaringan pengangkutan awam yang lemah menyebabkan kita dipaksa bergantung harap pada kenderaan sendiri. 

Inila masalah pokok. Inila masalah yang perlu kita focus dan tanggani.

Dan bila ini di utarakan, kita bukan saja tidak mendapat jawapan kepada penyelesaian bahkan kita dihamburkan dengan keterangan bahawa PR itu LGBT, Anwar nak jual negara, Anwar pro Yahudi, Anwar ada skandal rasuah, PAS itu Syiah, DAP itu komunis.

Apa pun tak boleh.

Jangan lupa baca dua link kat bawah neh. Ia menjelaskan lagi mengenai hutang negara. BTW, Mahathir pun dah ubah statement nya. Daripada tak perlu risau tentang hutang kepada memesan bahawa kita tidak lagi boleh berboros walaupun nasihat tersebut ditujukan kepada pihak yang salah namun nasihat jangan berboros itu tepat. Cuma ia sepatutnya ditujukan kepada BN kerana mereka la di pihak yang sedang melakukan pembaziran.

Baca ; http://www.beritaterkini.my/hutang-negara-malaysia-2013

http://www.beritaterkini.my/hutang-negara-malaysia-2012

Khamis, 5 September 2013

Mak Bapak Pening Kepala Bila Tambang Bas Sekolah Pun Naik.

Sudah ada syarikat bas yang bertindak keluarkan notis kenaikan yuran tambang bas sekolah berikutan dengan keputusan yang kerajaan ambil baru2 ini iaitu menaikkan petrol ron 95, 97 dan diesel.

Kenaikan 20 sen dan 15 sen secara zahirnya nampak kecil. Tetapi sebab ia merujuk kepada benda yang kita beli hampir setiap 3 hari sekali (ikut penggunaan, jarak dan cara masing2 mengisi minyak samada penuh atau apa) maka kenaikan kecil ini membebankan. Sebab kita isi minyak secara berulangan dan berterusan.

Lainla kalau kita guna setahun sekali. Memang la tak terasa kalau macam tue. Begitu juga kalau kenaikan ini tak berjangkit pada product dan perkhidmatan lain.

Situasi sekarang neh tahu tak macam mana?

Mula2 harga minyak naik. Lepas tue syarikat berkaitan pengangkutan naikkan harga sebab kos mereka meningkat. Lepas tue syarikat2 yang berurusan dengan syarikat pengangkutan dan penghantaran menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka disebabkan kos operasi mereka meningkat. Kemudian pengguna bukan sahaja perlu berdepan dengan harga minyak yang mahal bahkan terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. Pendek kata sebagai pengguna akhir pusing kot mana pun kita mesti kena punya.

Contoh kes kenaikan tambang bas sekolah telah pun dibuat oleh sesetengah syarikat di Malaysia. Lihat gambar sebagai rujukan.

Apa lagi yang mereka nak katakan? Sebelum neh mereka beri alasan bahawa minyak tak naik harga sebaliknya subsidi dikurangkan je, adakah kali neh mereka nak kata bahawa yuran bas sekolah tak dinaikkan sebaliknya hanya berlaku perubahan dari segi jumlah bayaran bulanan?

Macam tue ka?

Kah kah kah





Pemandu Lori Mengamuk Kat Kuantan? [Video Inside]

Berlaku di Kuantan hari neh. Dikatakan pemandu2 lori tersebut melakukan protes secara terbuka terhadap SPAD. Mereka parking lori sepanjang2 jalan tue.. menunjukkan bantahan. Seperti yang dilaporkan dalam rakaman video kat bawah neh hah ;

Antara gambar yang tersebar ;



Link rujukan :  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=571253126269023&set=p.571253126269023&type=1


Rujuk video yang dimaksudkan ;


 

 Info yang aku dapati ;

1. Lokasi kuantan.

2. Nama jalan tatau.

3. Pemandu2 sedang lakukan protes terhadap SPAD.

4. Mereka sedang protes atas sebab apa tak pula diketahui.

Sesiapa yang berada di lokasi, cuba intai2 jap tanya kepada mereka berkumpul dan protes tue. Pasal minyak naik ek ?

Hehe.  

Apa pun, kalau kita bersatu dan bergabung lakukan mogok aka hartal pun cantik gak. Sudah sampai masanya untuk kita semua sekali bersatu, kita pilih satu hari, selama 24 jam, buat mass mogok, untuk protes kenaikan harga minyak. Mau? 

Kita boleh pertimbangkan beberapa perkara.

1. Tutup kedai.

2. Pakai serba hitam 24 jam

3. Jangan beli apa2 barangan yang ada kaitan dengan BN

Dan sebagainya..

Apa pun usaha neh takan berjaya kalau kita tak bersatu. Kita kena bersatu sebagai rakyat untuk meluahkan ketidakadilan yang dilakukan ke atas kita. Sekali lagi aku tanya, mau?

Harga Rumah Lebih Mahal 10% Kerana Minyak Naik Harga.

Kepala hotak kau. 

Dengan harga yang sekarang pun orang terasa tercekik nak membeli. Apa jadahnya nak naikkan lagi sebanyak 10% ? Bukan tak untung pun selama neh. Untung tetap berjuta2 ringgit juga. 



Petikan oleh The Star ;
People looking to own a house any time soon will have to pay at least 10% more for their dream home, according to developers.
They said the increase was due to the double whammy that has hit the construction industry – higher costs of building materials resulting from the 20 sen rise in the price of RON95 petrol and diesel and absenteeism among foreign workers because of the nationwide crackdown on illegal immigrants.

Maksudnya.

1. Harga rumah sekurang2nya akan mengalami peningkatan sebanyak 10%.  Tahu tak maksud sekurang2nya apa? Maksudnya paling kurang 10%. Bukan paling tinggi bhai.

Ini memang gila babi.

2. Keadaan ini berlaku disebabkan peningkatan harga minyak seperti yang di umumkan oleh kerajaan baru2 ini.

3. Of course la berkaitan rapat dengan kos pengangkutan dan kos operasi. Benda2 yang nak buat rumah tue, mereka bukan 100% jalan guna elektrik atau manual. Ada yang guna minyak. So dari sini mereka campak beban tue kepada kita. Ya, selaku rakyat yang ada angan2 nak beli rumah. Rasa2nya dapat beli apartment sebiji pun dah rasa bahagia. Tak masuk teres ke apa lagi tue. Macam neh la perasaan kebanyakkan rakyat di negara neh, tau tak?

4. Yang kedua pula disebabkan kerajaan sedang mempergiatkan operasi menangkap PATI.

5. Sebenarnya menangkap PATI tue takde masalah.

6. Yang jadi masalah, bila PATI yang dikejar, PADI pun turut takut tak pasal2 sampai taknak datang kerja. Takut kena tahan. Walaubagaimana pun ini SOP PDRM, bahawa satu2 warga asing yang datang bekerja disini mesti mempunyai permit kerja yang sah/dokumentasi yang lengkap sebelum boleh dianggap sebagai PADI.

7. Bila mereka tak datang kerja secara beramai2,[disebabkan ketakutan] pula tue dalam berhari2 lamanya, maka kerja2 pembinaan akan tergendala dan memungkinkan lewat siap dari tarikh asal. Bila lewat siap kena denda. Dan denda2 neh pemaju takmo serap. Mereka akan campak kepada pengguna akhir = pembeli yang nak beli rumah. Sebab itu harga rumah meningkat tak pasal2.

Haizhh..

Yang kaya2 neh macam nak amek kesempatan jek. Aku tak rasa la mereka tak untung bila kerajaan naikkan harga minyak. Cuma aku rasa mereka kurang untung jek. Untung still untung. Untung dengan banyak still untung dengan  banyak. Anggaran macam dulu untung 10juta sekarang untung 9.5 juta. Tapi kekurangan 0.5 juta still membuatkan mereka rasa mereka rugi.

Memang dasar tamak haloba..

Sumber : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/09/05/Fuel-price-rise-and-crackdown-on-illegals-affecting-construction-sector.aspx

Rosmah Derma RM515,000 Untuk Tabung Pahlawan.

Biar betul kau? Banyak tue duit dia neh. Gila ah.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyumbang RM515,000 kepada Tabung Hari Pahlawan 2013, sekali gus menjadikan jumlah kutipan yang diperoleh sebaik dilancarkan malam tadi, sebanyak RM2.37 juta.

Rosmah yang juga penaung Kempen Tabung Hari Pahlawan berkata sumbangan yang dihulurkan itu merupakan hasil daripada jualan tanaman 'rock melon' di Seri Perdana yang diuruskan syarikat IRIS Corporation Berhad.

Oooo..

Bukan la Rosmah Mansur yang sumbangkan dana tersebut. Rosmah Mansur jadi ikon yang menyerahkan sumbangan je kot.

Terkejut gak aku masa baca berita neh. Tak sangka Rosmah Mansur ada banyak duit. Almaklumla, minyak dah mahal. Najib sampai buat kerja part time jadi pelakon. Takan Rosmah ada duit lagi? Menabung ke? Bukan dah pecah semua untuk beli cincin?

KAH KAH KAH

Inila dia. Kalau buka tv, buka paper. Nama2 pemimpin seringkali disebut2 menyumbangkan itu neh. Seolah2 macam dorang sumbangkan itu neh gunakan duit dorang. Padahal bukan guna duit sendiri. Lembu punya susu, sapi pula yang dapat nama.

KAH KAH KAH

Apa pun tak boleh la dorang neh. Duit bersama patut di anggap duit bersama. Ini ada pula anggap macam duit sendiri. Padan la semakin menjadi2 dorang suruh kita berjimat cermat. Dorang pula boleh melantak sesuka ahti. Sebab tak tau nak bezakan apa itu duit yang diperolehi dari dana awam dengan duit yang diperolehi dari titik peluh sendiri.

Macam HAWAU.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/240299

Rabu, 4 September 2013

RON 97 Naik 15 sen Tengah Malam Ini.


RON 97 tak sama macam RON 95. Sebab orang tahu bahawa RON 97 ikut harga pasaran. Pada bila2 masa saja kerajaan berhak naikkan dan turunkan [agak mustahil] ikut harga pasaran dunia tanpa memaklumkan kepada pengguna. At least kita ada la persediaan awal. Lagipun kalau RON 97 naik dan naik, at least kita ada backup plan. RON 95. Bukan PTPTN kan hadoo.. [macam gampang].

Pun begitu tak kira la RON apa sekalipun naik harga, sudah pasti ada sektor2 yang terjejas dan mengambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku ini. Dan akhirnya pengguna seperti kita tak pasal2 terheret sekali.

Tadi kat tv3 pun dah start dah. Propaganda untuk halalkan perbuatan menaikkan harga minyak. TV3 cuba serap persepsi betapa patut dan perlunya harga minyak di naikkan dan betapa patut dan perlunya rakyat di negara neh bersyukur kerana keputusan kerajaan sebenarnya untuk kebaikan bersama..

Pfttt.

Tatau la sapa yang akan termakan dengan propaganda tersebut. Yang aku pasti aku tak terhasut. Sorry.

KAH KAH KAH


Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakinisebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara "apungan terurus" yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 selitar pada September 2012.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/240269

Finas Malu Tanda Putera Gagal - Jutaan Ringgit Lebur !


Tak payah nak kecewa sangat kenapa filem tersebut gagal. Kegagalan tersebut telah dijangka disebabkan kontroversi demi kontroversi yang dihadapi oleh filem tersebut. Disamping filem tersebut juga dijadikan modal kempen2 politik di beberapa universiti. Benda dapat tengok free. Pasal apa pulak nak bayar?

KAH KAH KAH

Filem kontroversi Tanda Putera gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.
Filem memaparkan babak yang boleh dipersoalkan berhubung rusuhan kaum 13 Mei itu mula ditayangkan Khamis lalu, tetapi hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan hingga Isnin.
“Ini sangat memalukan dan menyedihkan, kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta.

Kos filem : 4.8 juta.

Sumber dana untuk terbitkan filem = duit pembayar cukai

Jumlah jualan tiket : RM 500,000.00

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tanda-putera-gagal-capai-sasaran-kini-ditayang-di-panggung-kecil

Yang lebih menarik, FINAS menyatakan perkara ini ;
Beliau berkata, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengarahkan filem berkenaan dengan amat baik sekali tetapi mungkin Shuhaimi sendiri tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, maka elemen fiksyen lebih ditekankan dalam filem itu.

Ada juga beranggapan karya Suhaimi Baba tue filem karya sejarah tulen. Padahal FINAS dan pengarah dia sendiri dah labelkan filem tersebut filem cereka / fiksyen / rekaan. Yang bermaksud kebanyakkan babak adalah berdasarkan persepsi dan andaian sendiri berbanding fakta.
 
Dalam pada isu Suhaimi Baba turut menempelak pihak2 yang beranggapan filem Tanda Putera ialah filem UMNO.

Berikut statement dia ;
"Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan.
"Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!" katanya.

Ada kebenaran kata2 di atas. Kenapa 3 juta ahli UMNO tidak menonton filem tersebut? Adakah kerana ahli UMNO sebenarnya bukan 3 juta orang? Ataupun UMNO hanya gah dari jumlah ahli disebabkan mereka masuk UMNO untuk memudahkan urusan dan permohonan tetapi bukan kerana perjuangan? Ataupun sebenarnya ahli UMNO sendiri tak layan filem neh sebab mereka anggap tak best amek tahu pasal peristiwa 13 mei ? 

Hehe.. takmo aku pening2 kepala dok fikir.

Lue fikirlah sendiri dan cari la jawapan nya sendiri oke. Bai

Persatuan Teksi Mahu Naikkan Tambang.


Amek kau. 

Setakat neh kita bakal berdepan dengan 4 kenaikan.

1. Surcaj untuk pengangkutan kargo / kontena. Dah dinaikkan. Akan dikenakan kepada pelanggan yang melanggan perkhidmatan tersebut.

2. Tambang Bas. Pengusaha BAS telah mendesak kerajaan untuk meluluskan usul mereka bagi menaikkan tambang bas atau mereka akan menanggung kerugian. Bila bas tak mampu beroperasi, maka mereka akan hentikan perkhidmatan. Tak pasal2 pengguna pun terpaksa menanggung beban ketiadaan pengangkutan awam pula.

3. Caj pengangkutan akan naik dalam pelbagai industri yang melibatkan penghantaran barangan dan juga perkhidmatan. Kurier dan sebagainya.

4. Tambang teksi. Persatuan Teksi juga mahu menaikkan tambang teksi berikutan dengan kenaikan petrol baru2 ini.

Rujuk bawah ;

Persatuan Pemandu Teksi Melayu Kluang bercadang menaikkan harga tambang susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa, semalam.

Pengerusinya, Mustakim Abdul Jalel berkata, kenaikan harga tambang itu berikutan kenaikan kos yang bakal ditanggung oleh pemandu teksi.

Menurutnya, kenaikan harga tambang teksi itu masih di peringkat perbincangan dan belum dikuatkuasakan kerana kenaikan harga petrol dan diesel diumumkan secara mengejut semalam.

“Kami terpaksa naikkan harga tambang teksi selepas berbincang dengan ahli persatuan serta pihak berkaitan.

“Kami berhadapan kos diesel yang agak tinggi akibat kenaikan tersebut, namun kami percaya tambang baru nanti tidak akan menyusahkan pelanggan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mustakim berkata, pihaknya tidak akan menaikkan tambang teksi pada kadar tinggi kerana khuatir pelanggan enggan menggunakan perkhidmatan teksi.

Katanya, kenaikan harga petrol  perlu dipertimbangkan semula kerana  ia membebankan golongan rakyat kurang kemampuan.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/persatuan-teksi-cadang-naik-tambang-1.198615

Tiada kenaikan yang tidak menyusahkan orang. Setiap kenaikan meskipun hanya 10sen jek pun orang tetap rasa benda tue naik dan ia menyusahkan sebab terpaksa mengeluarkan 10 sen tambahan. 10 sen juga merupakan duit. Apatah lagi bila ia melibatkan lebih dari 10 sen.

Terima kasih la kepada kerajaan. Siapa yang gunakan teksi akan terjejas. Aku tak gunakan teksi. Jarang2. Sebab ada kenderaan sendiri. Tapi sapa yang gunakan teksi usah fikir banyak la. Bersyukur je. Kalau tak lepas neh orang2 BN akan hadapkan korang segala surah, sirah, hadis dan apa bagai untuk mengingatkan korang pasal syukur dan Islam. Bab barang naik je ingat Allah.

Bab arak, judi, kasino, maksiat, hub hiburan malam, fitnah, merompak tak payah kita fikir pasal Islam dan Allah.

KAH KAH KAH

Gelaran Sasterawan Negara A.Samad Said Mungkin Terjejas - Shabery Cheek.





Itulah modal dorang. Kalau tak halau keluar, rampas gelaran.Ingat orang hadap sangat dengan gelaran2 tersebut. Amek je la. A.Samad Said tak heran pun. Kalau dia kisah sangat pasal akibatnya takan dia nak menjebakkan diri dalam perkara ini.


Takde lagi ayat2 yang boleh menakutkan dia.

KAH KAH KAH

BTW, dorang tak terkinja2 pun time kibarkan bendera Sang Saka Malaya. Dorang berdiri tegak elok je.  Cuba pergi tengok disko2 pada malam di ambang kemerdekaan. Ada kot orang yang terkinja2 dengan Jalur Gemilang.

KAH KAH KAH

Berita petikan Awani ;

Penglibatan Datuk A. Samad Said dalam insiden pengibaran bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu, boleh menjejas pandangan masyarakat terhadap beliau yang diberi anugerah 'Sasterawan Negara'.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata masyarakat akan mempunyai tanggapan bahawa terdapat golongan sasterawan yang 'sakit' sehingga melakukan tindakan sedemikian bagi mendapatkan perhatian ramai.

"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi pada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Saya Sayang Malaysia' atau #MYSyg di sini, malam tadi.

Ditanya sama ada gelaran Sasterawan Negara perlu ditarik balik daripada A.Samad ekoran perkembangan tersebut, Ahmad Shabery berkata perkara itu hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.

A. Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.

Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Ahmad Shabery seterusnya menyifatkan tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan 'perlu diberikan rawatan'.

"Mungkin mereka ini rasa orang sudah lupa dan tidak pula mempunyai isteri atau anak yang sayang (pada mereka) menyebabkan mereka terkinja-kinja mengibarkan bendera lain semasa orang lain mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.

Rafizi Memang Budak Bodoh - Nazri Aziz.

Mak ai.


Bodoh ke dia? Punyalah bodoh ek sampai jentera maya BN kalut kat Rafizi sorang je berbulan2 lamanya ? Nak jawab isu NFC pun beribu2 dilaburkan pada unit maya BN supaya menepis serangan demi serangan dari Rafizi.

Hish.

Tak sangka bodoh2 Rafizi tue BN boleh kalut semacam kat dia sorang. Owhh bodoh rupanya Rafizi neh. Tak sangka budak bodoh macam neh berani debat, boleh berhujah dalam parlimen sampai mengoncangkan pertahanan pihak lawan. UMNO dengan budak bodoh pun tak boleh lawan. Maksudnya UMNO lebih bodoh lagi dari RAFIZI ke apa?

KAH KAH KAH

Berikut kat bawah ialah cabaran Rafizi yang disiarkan dalam portal2 berita ;

Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat cabaran itu berikutan kenaikan harga RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Dengan kenaikan itu, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

“Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat.

“Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini lapor Selangorku

Then, ditanya pula respon menteri2 UMNO. Antara si Nazri Aziz. Ini pula jawapan yang dia beri ;

"Saya tak nak jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup.

"Saya nak suruh dia beritahu menteri besar dia dan exco-exconya, ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Kelantan supaya bayar duit sendiri juga," katanya selepas satu sidang media petang tadi.

Menurutnya, negeri-negeri Pakatan perlu melaksanakan cadangan itu dahulu memandangkan ia datang daripada Pakatan Rakyat sendiri.

"Mulalah dahulu, kita tak cadang, sebab kita ini berkhidmat kepada rakyat," katanya 
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/240164 

Mencarut sudah. Tunjuk jari pun sudah. Komen merepek sudah. Tunjuk bodoh pun sudah. Sudahla taknak isytihar harta. Berlagak pula tue. Sekarang cakap orang bodoh sebab mencabar PM dan menteri kabinet bayar sendiri harga minyak. Eh yang naikkan harga sapa? Korang kot. So memang la dia bagi cadangan tersebut kepada yang menaikkan harga minyak. Apa salahnya? Dah korang kata tak membebankan dan menjejaskan rakyat. So apa lagi. Terai ah rasa dulu ma. Baru boleh faham luahan rakyat ma..

KAH KAH KAH

Selasa, 3 September 2013

Pengusaha Bas Mahu Naikkan Tambang.

Susah.

Adakah mereka pun golongan yang menjadi mangsa macam kita? Yang tersepit dengan pembayaran balik hutang di samping berdepan dengan kos operasi yang semakin meningkat ataupun sekadar tak puas ahti sebab keuntungan yang diraih semakin bersusutan?

Lue fikirlah sendiri. Inilah kesan rantaian yang dimaksudkan. Kenaikan minyak tak effect pada pemilik kenderaan je. Yang naik bas pun turut terheret dengan tempiasnya.

Padan muka kita semua.

Rafizi Cabar UMNO Debat Isu Harga Minyak.


Tolong sahut cabaran tersebut. Mohon jangan balas dengan jawapan bodoh lagi membodohkan. Aku muak dengan alasan demi alasan bagi mengelakkan perdebatan seperti ini. Perdebatan seperti ini sihat. Dan sebagai pembangkang memang Rafizi perlu berbahas dan berhujah bagi membuktikan pendirian dia benar. Begitu juga dengan kerajaan. Jika rasa langkah2 yang mereka buat tepat, berdiri dan berhujah la menegakkan pendirian korang.

Buat apa guna askar2 upahan dan berbayar untuk menegakkan pendirian korang yang korang sendiri usul, kaji, gubal dan bagi keputusan untuk laksana.

Biarkan rakyat menilai dan menentukan sendiri pendapat dan pendirian mana mereka nak follow. Jika kerajaan di pihak yang benar dan betul tiada apa yang perlu digusarkan. Rakyat bukan bodoh atau pakturut kalau Rafizi bagi hujah2 bodoh rakyat juga tidak akan mengikut melulu.

Melainkan la kalau ada pihak2 yang takut. Dengan perdebatan ini, akan terzahir pelbagai info. Yang mana mungkin info2 tersebut mahu disembunyikan dari rakyat agar mereka tak lantang bersuara menyatakan hak mereka.

Kalau kita tatau satu2 perkara tue kita ada hak ke atasnya, macam mana kita nak bersuara, ye tak?

Hehe.

Debatlah. Ini cabaran Rafizi terhadap pemimpin negara. Debatlah. Jangan hanya berani di gelangang sendiri. Kalau betul2 anak jantan, siarkan debat secara live di tv. Kalau anak jantan dan ada tuttt la. Kalau takde baik potong bagi maknyah makan je la oi.

KAH KAH KAH

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mencabar pemimpin Umno berdebat berhubung kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula tengah malam tadi.

“Mungkin saya patut gesa debat dengan (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mana-mana pemimpin Umno yang berani,” katanya dalam pesanan di Twitter.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan diesel dan petrol RON95 naik 20sen seliter sebagai salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/240091
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...