Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 September 2013

Ramai Masuk UMNO Nak Jadi Kaya - Mahathir.

Baguslah. Dah nampak sebenarnya kenapa orang ramai sokong UMNO. Bukan kerana mereka mahu sokong perjuangan UMNO. Tetapi mereka mahu gunakan UMNO sebagai batu loncatan untuk menjadi kaya disebabkan UMNO sudah lama mentadbir negara.

Apa caranya?

Gunakan nama UMNO dan BN untuk apa saja tujuan asalkan ia memudahkan urusan dan permohonan. Di campur dengan pengaruh dari tokoh2 terkenal dalam UMNO. Lebih baik yang ada jawatan dan hubungan kekeluargaan.

Meluluskan ia berdasarkan pengaruh berbanding merit. Maka ramai yang teraniaya bila tidak memenuhi standard 'pengaruh' tersebut. Bila dah semakin ramai tertindas akibat skim tidak adil neh, maka mereka bergabung, bangkit dan melawan.

Secara dasarnya jika UMNO mampu membantu kita, kita mesti sokong dia.

Tetapi bila kita hanya dibantu berdasarkan kepada hubungan, pengaruh, pangkat dan biokrasi, maka berapa ramai sangat yang memenuhi syarat2 tersebut? Berapa ramai?

Aku takde orang dalam. Dia ada orang dalam. Aku lebih baik dari dia walaupun aku takde orang dalam dan dia ada orang dalam. Tapi kerana dia ada orang dalam dan aku takde, maka permohonan aku gagal.

Patut ke?

Dan bila orang melihat masuk UMNO ialah satu2nya cara untuk membina pengaruh dan keyakinan orang luar, maka mereka masuk ramai2. Bukan nak berjuang apa pun. Janji projek masuk. Minta apa2 senang approve. Walaupun tak memenuhi merit.

Jika masuk UMNO dapat menyelesaikan masalah mereka2 yang benar2 berusaha, berkelayakan dan memenuhi merit tiada masalah langsung pada aku. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Masuk UMNO sebab nak guna jalan mudah. Inila yang berlaku sekarang. Macam mana la orang tak kritik UMNO. 

Lue fikirlah sendiri lepas baca statement Mahathir kat bawah neh ;


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya.
Bekas perdana menteri paling lama tersebut menggesa supaya pemimpin baru dan muda supaya diberikan peluang kerana hanya dengan langkah tersebut Umno akan dibersihkan.
"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-umno-perlu-dibersihkan-ramai-masuk-nak-jadi-kaya

Satu soklan aku nak tanya Mahathir. Mahathir jadi kaya tak lepas masuk UMNO?

Hehe.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...