Aku cadangkan bn dan pr pergi report polis dan dedahkan pemilik sebenar blog tersebut. Jangan main sandiwara asyik nak menuduh2 je. Sana tuduh sini, sini tuduh sana sampai ke mampos tak selesai isu neh. Bahkan makin menjadi2. Dah di terangkan cara baik pun mereka tak nak faham. Bukan cakap cara kasar or gangster. Jauh sekali memaksa. kita cakap cara elok.
Suarapakatanrakyat bukan under PR.
Aku banyak kali pergi perjumpaan blogger PR. Suarapakatanrakyat tak pernah hadir di dalam mana2 perjumpaan tersebut.
Mereka kata juga suarapakatanrakyat tue blogger bawah PKR. Tapi time dokumen kelakarnakmampos tersebar pasal bayaran blogger PR tue.. ada tak nama blog suarapakatanrakyat? Takde kan? Motif?
Nah, dalam pada kita nak menfitnah orang, kita tak sedar kita terbongkarkan kebodohan diri kita sendiri. Cepat lambat, dunia akhirat, akan terkantoi juga. Allah swt itu ada, bukan takde.
Sepatutnya dorang masukkan juga nama suarapakatanrakyat tue. Tapi terlupa nak masukkan. Terlupa ataupun tak terlintas langsung nak masukkan sebab tiada keperluan untuk berbuat demikian. Tiada keperluan kerana memang tak perlu pun untuk kenakan kawan sendiri, kan? Jangan jawab. Jangan.
Kalau bagi jawapan tipu, tertulis dan tertera disini, ia tercatat sampai aku dan ko mati. Ia kekal selama mana blog ini wujud. Selama itu ko terdedah kepada azab. Pasal menfitnah. Dan ia berterusan. Kalau yang mempercayai itu bertambah, maka masak la ko di akhirat. So nak spin sekalipun, demi duit sekalipun, pastikan ko berikan ruang dan peluang untuk diri ko, aku mahu selamat dari azab Allah swt. Oke? Jangan pergi terlalu jauh sampai ke neraka untuk mana2 pemimpin ko. Sedang2 sudah la.
Baru2 ini blogger pelakon itu melakukan satu lagi perbuatan yang biadap.
Penerima BR1M Memang Binatang!!
MEMANG dalam keadaan sekarang, setiap pihak menunggu masa sahaja pihak yang satu lagi membuat silap. Inilah yang berlaku semalam bila kenyataan Mursyidul Am PAS yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai binatang, mendapat reaksi negatif dari sebahagian besar pengguna Internet.
Nik Aziz dipetik sebagai berkata “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami”.
Betul lah statement tersebut, dimana yang salah? Ada sesiapa boleh tunjukkan penulis?
Kenyataan ini tidak sepatutnya diterima sebagai penghinaan, sebaliknya satu pengajaran. Mesejnya begitu jelas sekali, di masa hadapan, jangan terima pemberian wang tunai dari kerajaan BN sebab niatnya tidak baik, nak membeli undi rakyat.
Kalau dari kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak mengapa kerana pemberian kita demi untuk mengurangkan beban rakyat, bukan memaksa mereka mengundi kita seperti mana yang cuba dilakukan BN sekarang!!
Inilah mesej sebenarnya yang cuba disampaikan Nik Aziz semalam. Tapi pelik kenapa tidak ramai yang mahu melihatnya begitu (dari sudut positif)?
Pada penulis sendiri, memang menunggu kenyataan seumpama ini dikeluarkan dari mulut mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat. Maklum sahajala, sejak pemberian BR1M 2.0 ini dimulakan, tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan membantah pemberian tersebut.
Berbeza dengan pemberian BR1M yang pertama dahulu, bila pemimpin-pemimpin PAS seperti Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan mengharamkan wang tersebut, lama sebelum wang itu dibayar pun.
Jadi bila ada kenyataan seumpama ini dari Nik Aziz, maka kita sepatutnya menyokong dan mengelakkan diri dari menerima wang tersebut. Terutama sekali orang Islam, orang bukan Islam tidak mengapa kerana hukum halal haram ini tidak terpakai kepada mereka.
Kalau masih berkeras juga untuk menerimanya, seolah-olah besar benar nilai RM 500 itu, maka terimalah hakikat menjadi haiwan. Jangan salahkan Nik Aziz, jangan salahkan sesiapa, tapi salahkan diri sendiri kerana memilih jalan itu.
Sumber : http://suarapakatanrakyat.com/2013/02/penerima-br1m-memang-binatang/
Aku tahu. Aku tersangatlah tahu dia bukan dari pakatan rakyat. Tetapi tak semua yang baca ini mahu terima penjelasan aku.
Ko sapa ameno? Aku kenal ko ke?
Ko sapa ameno? Apa bukti ko bercakap jujur?
Ko sapa ameno? Kalau dah dasar sokong pr boleh ke aku percaya kat ko?
Ini la perangai manusia geng. Untuk aku menyuruh mereka mempercaya kata2 aku tanpa meminta mereka bersikap prejudis terhadap apa yang aku sokong memang tak boleh.
Tak boleh tidak penyokong2 bn dan umno hanya akan memaki aku sebagai penipu walaupun takde bukti. Tak boleh tidak, mereka akan tegar menerima dan menolak berdasarkan label sokongan. Jadi, jalan yang ada ialah lebih baik pemimpin2 pr report polis. Menolak statement dan link di atas. Blogger di atas menjejaskan pr bukan melalui penulisan dia tetapi melalui nama blog dia.
SUARAPAKATANRAKYAT.
Nama ini la menjadi masalah secara langsung kepada PR.
Setiap kali pun orang akan inbox apasal suara pakatan rakyat tulis macam neh.
Setiap hari pun ada pembaca dan pengguna internet baru.
Mereka bertambah atas beberapa faktor. Contohnya tahun lepas aku umur 20, tahun neh 21, aku nak daftar undi dan baca blog2 politik.
Jadi mereka ini mungkin tidak tahu. Dan selama itulah kita kena lakukan pengulangan tugas. Blog suarapakatanrakyat bukan dimiliki oleh PR. Tiada kaitan dengan PR. Kalau la aku boleh berjumpa setiap sorang dari korang untuk menunjukkan bukti aku pasti buat.
Tapi aku diluar kemampuan. Dan oleh kerana aku percaya Allah swt itu wujud, insya-Allah suatu masa nanti kebenaran akan didedahkan, siapa sebenarnya pemilik blog itu. Korang akan tahu, lambat cepat, dunia akhirat, seme pasti terbongkar. Yang penting dalam artikel di atas, jangan2 dikaitkan dengan pr kerana ia sama sekali tiada kaitan dengan PR. Tolong la faham.