Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 April 2011

Entry hot : Dsai, Lim kit siang, lim guan eng, nik aziz semua lari ke luar negara!!

Tadi aku tengok berita kat astro awani. Pasal isu pilihanraya negeri sarawak. Aku suka laporan awani kali neh sebab agak telus. Ya, kadang2 laporan awani agak bias. Tapi aku tak salahkan awani. Mereka sebenarnya dipaksa untuk tunduk kepada kerajaan. Kalau tidak mereka akan kehilangan hak untuk beroperasi. 

Samada korang perasan ataupun tidak pemberita2 awani sedikit sebanyak ada berikan clue/hint kepada penonton berkaitan beberapa isu. Mereka tak boleh nampak seperti BEBAS secara terang-terangan tapi mereka cuba mencerminkan imej BEBAS  secara sembunyi2. Takpelah, kalau PR berjaya tadbir malaysia kelak, kita doakan agar semua media diberikan kebebasan untuk melaporkan berita benar bukan berita fitnah.


Kat awani tadi pemberita interview polis yang bertugas menjaga kawasan satok. Polis memberikan jawapan begini ;

1. Perselisihan yang berlaku ialah perselisihan yang sangat2 kecil [bukan panas seperti yang dilaporkan oleh umb]

2. Perselisihan faham berpunca daripada salah faham bagi parti2 yang bertanding.

3. Ia berjaya diselesaikan selepas mereka memberikan kerjasama yang penuh.

4. Ia berlaku akibat daripada dua perkara. Satu mengenai pengundi yang masuk ikut pintu yang berbeza2 dan satu lagi sebab penyokong2 kesemua parti yang bertanding mendekati pusat pengundian dan mereka disuruh keluar dan menjarakkan diri2 masing dari pusat pengundian dalam lingkungan 50meter sekurang2nya.

Dan selepas aku tengok awani aku kalih ke berita tv3 pula. Di tv3 pula berita yang aku dapat memang sedikit pelik. Mula2 tv3 interview spr dan spr memberikan statement seperti di bawah ;



Dan selepas habis sesi interview dengan spr, tv3 menyiarkan ulasan tpm. Ulasan tpm lebih kurang begini ;





Point penting ;

1. tpm bidas pihak pembangkang keluar khabar angin? Tapi di berita tadi tpm sendiri cakap begini ;


" menurut maklumat yang saya terima dari sumber sahih, anwar dah lari ke luar negara. Dia naik kapal pergi london dan kemudiannya nak menuju ke amerika. Kalau menang kenapa lari?"

dalam erti kata lain, dia sendiri yang sebarkan khabar angin tapi dia tak sedar. Betul ke dsai dah lari? Mana aku tahu. Lepas tue dia wujudkan persepsi bahawa bn menang di sarawak. Sebab tue dia cakap dsai lari. Dia kemudian nya cakap macam neh ;


" jangan percaya kepada psy war pembangkang.. ini semua taktik untuk mengelirukan pengundi. "

Dia faham ke pembangkang cakap apa? Pembangkang cakap mereka lead di beberapa kawasan. Bukan menang. Ko punya taktik psy war yang maha dasat. Terus keluar statement dalam tv. Terus cakap dsai lari. Di blog2 umno dok sebarkan info kata bn menang besar di sarawak. Ko taknak sound pula? SPR taknak bidas pula?

2. SPR patut telus. Dia patut cakap je belum ada mana2 parti yang disahkan menang di sarawak. Dia tak boleh sebut parti pembangkang ke parti kerajaan ke segala bagai pasal di sarawak takde kerajaan or pembangkang. DUN dah dibubarkan. Dia faham ke maksud pembubaran dun? Maknanya selagi belum ada mana2 wakil rakyat yang terpilih secara rasmi sebagai mewakili satu2 kawasan dan membentuk kerjasama bagi memerintah satu2 negeri itu bermaksud tiada istilah kerajaan ataupun pembangkang. Ini proses pemilihan wakil rakyat. Parti yang menang paling banyak akan membentuk kerjasama bagi memerintah negeri. So apa istilah parti pembangkang pula? Di sarawak mana ada kerajaan negeri bila dun di bubarkan. BN bukan pentadbir sarawak buat masakini.

Takan benda simple macam neh spr tak faham? Kenapa dia buat statement melulu dan bias yang menjatuhkan pembangkang? Dia hanya baca blog / twitt parti pr aje ke? Yang blog dan twitt parti bn dia tak baca ke? Dah berapa banyak umb dan lain2 pro bn twitt kata bn lead itu ini. BN akan bentuk kerajaan itu ini. BN menguasai itu ini. BN menang itu ini. Blog bn pun siarkan perkara yang sama. Kenapa hanya pr je yang dapat tuduhan? Kenapa?

Sekarang terbaru di twitter mereka kata lim kit siang dah lari. Lepas neh mungkin tgna pula lari. Dan mungkin selepas selepas ini kita pro pakatan rakyat pula lari dari malaysia. Hah sudah. Melayan kegilaan bn. Orang gila mmg hasilnya gila.

Dan yang terbaru kakitangan spr taknak isu borang 14 kepada petugas2 pkr [pr] di beberapa kawasan. Kenapa? Takmo bagi mereka kira undi ka?

Ameno : Kali neh aku bersedia melabelkan spr dengan gelaran yang paling keji.

[Seriz Sepin versi prn sarawak] : Najib bilang Taib nyamuk.

Nampaknya najib sedar sentimen emosi yang melibatkan rakyat sarawak sekarang neh ialah akibat kebencian rakyat sarawak terhadap pentadbiran taib yang corrupt dan penuh dengan salahguna kuasa. Baca bawah ;



Najib cuba juga menanam janji kepada rakyat sarawak bahawa taib akan berundur sejurus pilihanraya sarawak tamat, tapi nampaknya taib tidak menerima baik saranan najib. Dia pada awalnya tidak mahu memberikan tarikh untuk berundur tetapi berbuat demikian 2 hari lepas apabila melihat sokongan rakyat sarawak kepada bn kian mundur dan ceramah-ceramah pakatan rakyat pula mendapat sambutan yang hebat.

Tapi yang heran nya kenapa si najib neh ikut perangai juak2 umno memainkan isu jam omega di pentas2 ceramah bn? Najib sedar tak yang orang sarawak tak peduli isu moral dan peribadi dsai as long as dsai boleh mentadbir dengan cekap? Apatah lagi isu yang dicanangkan ialah fitnah zina terhadap dsai? Memainkan isu itu bererti sengaja mencari benci rakyat kepada bn. Takan najib taktahu benda macam neh? Lagipun apa kena mengena najib dan jam omega pula? Najib ada kaitan ke dengan konspirasi fitnah zina neh? Heh.

2 bulan yang lepas, tv3 wawancara raja petra kamaruddin. Tapi baru tayangkan di tv pada kelmarin. 2 bulan yang lepas eskay  ada rakaman video. Tapi dia dedahkan menjelang pilihanraya sarawak. Adakah ini semua ada kaitan antara satu sama lain?

Mahathir juga memberikan amaran kepada taib, jika dia tidak berundur maka bersedia lah kehilangan sarawak. Sambil2 sempat nasihat, duduk rumah jaga cucu je lah. Tapi mao kah taib? Dulu dia pernah berjanji untuk berundur selepas 5 tahun pada tahun 1995 tetapi dia tak tunaikan janji dia. Jadi apa sebab rakyat sarawak perlu percayakan dia lagi untuk kali kedua? Adakah rakyat sarawak perlu menunggu 2 tahun untuk memastikan taib benar2 berundur ataupun rakyat sarawak nyah kan sahaja taib dari sarawak atas kuasa undi? Terpulang. Kuasa undi di tangan rakyat sarawak kini.

Ameno : Taib = nyamuk. Nyamuk gergasi.

Jumaat, 15 April 2011

Entry panas meletup : Video penuh dsai.. tutt... pada 21/2/2011.

Aku taknak cakap banyak. Masing2 ada hak untuk buat penilaian sendiri. Tengok bawah dan nilaikan sendiri.





Dan ini pula kata2 terbaru dari pihak polis ;



Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Jika ada masalah dengan video di atas, sila ke sini.

Ameno : kOrang faham kan kenapa aku gelak? kan kan kan?


Entry hot : Keluarga arwah sarbani timbang saman sprm!

Baca bawah ;


Kalau nak tahu sebelum itu keluarga arwah sarbani ada berikan beberapa bukti kepada pihak polis bagi menafikan tuduhan polis dan sprm bahawa arwah sarbani bunuh diri.

Jika sprm tak tarik balik tuduhan bahawa arwah bunuh diri, maka mereka [keluarga sarbani] akan saman sprm. Sudah tentu peguam yang akan mewakili mereka dalam menyaman kerajaan ialah peguam dari pembangkang. Mereka tak boleh nak lantik peguam yang pro kerajaan kerana mereka akan bias dan tidak mahu menonjolkan imej kejahatan kerajaan di mata umum.

Jika ini berlaku, maka bertambah2lah penyokong pembangkang di kastam kelak. Kalau kerajaan takmo sentimen kebencian meluas di kalangan rakyat terhadap sprm, kerajaan kena suruh sprm minta maaf secara terbuka kerana ;

1. seksa saksi sampai mati

2. buang si mati dari tingkap untuk elak dituduh

3. fitnah si mati kaki rasuah dan bunuh diri.

Amacam? Ada berani kah? Aku tak tuduh. Aku berspekulasi je neh. Kalau arwah tak bunuh diri, masakan dia mati sendiri ataupun terjatuh dari tingkap dengan sendiri? Hehehehe.. sorry.. tak logik.. taknak aku percaya.

Ameno : SPRM siasat orang yang terlibat dalam rasuah ke bunuh orang yang dipercayai terlibat dalam rasuah? confuse aku.

[Seriz rasuah] Rakyat sarawak dapat astro tapi mao undi bn sahaja okey..

Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan.

"Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang.

"Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri," katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit.

Salang, yang menaiki penerbangan ke kawasan itu, berkata rumah panjang terbabit terletak di kawasan yang tidak dapat menerima siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia atau TV3.

Beliau berkata pengagihan peralatan itu adalah sebahagian daripada program kerajaan untuk membantu penduduk luar bandar bukan sahaja bertujuan meluaskan pengetahuan mereka tetapi memperoleh maklumat tepat masa mengenai peristiwa yang berlaku di dalam negara, malah di seluruh dunia.

Terdahulu, ketika mengunjungi rumah panjang Rh. Kubu anak Sandom di Nanga Tada dekat Sibu, beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk luar bandar di negara ini.

"Atas alasan ini, beliau berhak mendapat sokongan padu kita untuk membolehkan beliau meneruskan usaha murni ini.

"Di Sarawak kita dapat melihat beliau mengumumkan banyak projek infrastruktur dan kemudahan asas luar bandar sejak akhir-akhir ini. Ini merupakan satu daripada petunjuk yang besar," katanya.


Mengenai permohonan mendapatkan lebih banyak projek kampung Wi-Fi, Salang berkata beliau akan mengemukakan perkara itu untuk perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMK).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, ketika melancarkan projek kampung Wi-Fi Nanga Machan di Kanowit pada Isnin lalu, berkata kerajaan merancang untuk mewujudkan 600 kampung seumpama itu di seluruh negeri dalam tempoh setahun mulai sekarang.




Point penting ;

1. Kerajaan akan agihkan decoder astro + tv kepada penduduk rumah panjang. Tv aku rasa percuma. Astro percuma ka? Ini macam memaksa penduduk rumah panjang melanggan pakej astro pula. Heh.

2.Perkara ini akan diproses selepas pilihanraya sarawak berakhir. Ini bermaksud nak tgk samada bn menang atau kalah di sarawak lah. Kalau kalah jangan mimpi lah nak bagi. Heh.

3. Owh pergi sana naik helipkopter ka? Seronok whor..apsal tak buat jalan? Dah lama perintah sarawak kan? Apa salahnya cuba melalui jalan2 yang rakyat kebanyakan biasa guna. Baru lah boleh tahu kelemahan2 pentadbiran bn di sarawak kat mana. Ini tidak asyik naik helikopter je. Macam mana boleh rasai apa yang rakyat rasakan. Heh.

4. Whoorr najib razak amek berat kat penduduk rumah panjang sarawak. Whorr.. maksudnya pengundi sarawak kena undi bn lah tue yerk? Tapi kena dan2 je amek berat? Kenapa sebelum2 neh macam tak amek berat pun? Kalau amek berat.. mestilah dah lama penduduk rumah panjang dapat tv percuma kan kan kan? Kan bn yang perintah sarawak? Kan bn kerajaan pusat? Kan bn yang mampu keluarkan peruntukkan? Heh.

5. Whorr memang aku perasan lah SEJAK AKHIR-AKHIR ini memang banyakkkkkkkkk sangatttttttttttt projek2 yang diumumkan di sarawak. Kenapa enh? Amek berat yerk? Macam projek neh enh? Heh. 

Ameno : RPK turun sarawak hari neh? Malam neh? Betul ke info aku neh? Update plezz..

[Seriz meroyan] : Kutuk imam memang best.

Baca dulu printscreen kat bawah neh ;




Benda neh aku amek kat sebuah group anti pembangkang yang aku tutup nama group tue sebab takmo korang masuk sana untuk bidas hujah2 puak sana. Puak sana suka main kotor. Kalau korang masuk sana, ketua mereka akan curi gambar korang dan kutuk korang macam2. Kalau korang upload gambar nenek korang yang dah meninggal pun dorang sanggup amek dan maki hamun nenek korang tue. Takde pasal. Sebab tue aku tak galakkan korang masuk group tue. Orang jenis takde ahti perut dan kemanusiaan neh berbahaya kalau kita dekat.

Aku tengok puak-puak memang jenis taksub membuta tuli. Orang bagi nasihat tue dengarlah. Apa salahnya? Agaklah kalau rasa tak sesuai pun bidas lah guna ayat baik2. Tak payahlah kaitkan imam tue langgan pelacur lah apa lah. Macam aku berikan komen pasal poco2 disini. Walaupun aku rasa kurang relevant tapi aku tetapi bidas cara baik. Guna perkataan yang baik untuk menyampaikan apa yang kita tak bersetuju adalah lebih baik dari bahasa maki dan fitnah melulu. 

Bagi penyokong2 umno yang taksub melulu, kalau rasa2 nasihat imam bebas tak best maka ko dengarlah nasihat mufti kerajaan/perak = harussani dan ulama muda umno kat sini.

Ini tidak siap nak buka akaun dosa dengan Allah swt lagi. Begini rupanya nak buka akaun berdosa. Baru aku tahu. Kena deposit ka? Berapa bunga dosa tue setahun agaknya? Takmo lah aku. Takut beb. Heh.


Ameno : Tak suka pembangkang, imam masjid pula yang kena maki-hamun.

[Seriz Sepin versi prn sarawak] : Pendedahan SMS suruh undi BN part 1

Aku dapat maklumat menerusi email. Maklumat pengirim email dirahsiakan atas sebab2 tertentu. Ini kandungan email pengirim ;


Assalamualaikum,

Aku org semenanjung, org selangor... bini aku org sarawak...baru-baru
ni, die dpt dri msj dr no. 63660, tulis begini :
"RM0.00 PKR janji beri RM600 pd warga emas. Tp janji PRU2008
Smenanjung BELUM TUNAI: elaun tadika RM50/anak, ibu tunggal RM1000,
org tua RM1000. JGN ditipu org luar!"

msj ni aku xubah ape2 pun, just copy dr tepon ke email...memula pelik
gak asal die dpt aku xdpt msj tu coz kitorg pki no. celcom. tp aku
suspek die dpt msj tu coz die pki no. sarawak...coz kat aku pki no
semenanjung xdpt ape2 pun...jd mintak tlg korg siasat ke, sebar ke?
aku rase kat sarawak mcm2 lg msj cmni ade.....


Kesimpulan yang aku boleh buat ialah ;
1. kempen bn menyeluruh. Sekarang mereka masuk ke sms pula untuk raih undi.

2. salah ke? aku taktahu kalau ianya melanggar syarat2 suruhanjaya pilihanraya malaysia. Tapi aku sendiri tak rasa ia salah.

3. Kenapa bn sampai masuk ke sms untuk raih undi? Mudah. Dorang tahu kedudukan mereka kat sarawak getir. Sebab itulah terpaksa godam sarawak report, malaysiakini dan terbaru harakahdaily.

4. Macam mana pakatan rakyat nak atasi kempen mereka? Mereka kuasai media, mereka kuasai kecanggihan teknologi, mereka ada duit. Susah dan tepis harapan kita. Apa yang boleh kita buat tonjolkan keikhlasan kita dan bongkarkan penyelewengan taib dari satu rumah ke satu rumah. Cetak entry2 sarawakreport atas kertas dan edarkan.

5. Najib dalam satu kenyataan semalam memberitahu kepada rakyat sarawak, kalau undi pakatan, tiada kemajuan akan disalurkan ke sarawak  sebab mereka [kerajaan pusat] pegang duit. Ini apa? ugutan? pilih kasih? Najib2. Dia tak kenal kot Nabi Muhammad saw tue sapa. 

6. Kalau diperhatikan sms di atas, mereka sebut orang luar. Sapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai orang luar? Calon2 yang dilantik oleh pr adalah calon2 anak tempatan. Bukan calon2 luar dari kawasan sarawak. Dorang neh tak faham ke maksud sebenar orang luar?

Seriz sepin di blog aku sempena prn sarawak akan berlangsung selama 2 hari kempen terakhir. Kalau ada apa2 maklumat dan info sempena prn sarawak utk hebahan just email aku di sini ;


maklumat mesti benar dan tepat berdasarkan situasi ketika itu. Aku menerima semua maklumat termasuk penyelewengan yang dilakukan oleh pakatan rakyat. Itupun jika ada. Heh.

Ameno : Lagi lawak, najib cakap undi baru bian akan rosakkan negara. Kah kah kah.. info dari mana? Paper utusan semalam beb.

Tipsi : Cara-cara nak menang cabutan bertuah says.com di facebook


Bagi yang taktahu pasal contest says.com tue elok klik gambar di atas dan survey sendiri. Bagi yang dah tahu dan dah join contest neh korang boleh baca.

Sebenarnya ramai yang fikir, kalau kita share banyak2 kempen di says peluang untuk kita menang tinggi. Tapi betul ke? Sebenarnya salah beb. Bukan share banyak2 tapi share tepat2. Apa tue share tepat2? Share tepat2 ialah ko share sampai capai target. Dah cukup target ko tak payah susah payah nak share kempen tersebut lagi.

Aku bagi satu contoh iaitu kempen birthday gift. Dalam kempen neh korang perlu share sehingga capai target rm10.00. 

kempen neh dikira 0.20 per click / 10 = 50 click per unique.

Maksudnya korang kena pastikan ada 50 orang click kempen tersebut. Lepas tue tugas korang selesai. Jangan lah rajin2 share banyak2. Rugi. Aku nya click lebih dari 50 tapi dia tetap kira rm10 sebab dia cakap itu syarat dan terma yang terkandung dalam syarat2 kempen tersebut.

Says.com bukan macam churp-churp. Dalam churp-churp sapa share banyak dapat duit banyak. Di says.com mereka mementingkan sebiji kek dipotong sama rata dan sama2 merasa. Maksudnya duit kempen tue dia bahagikan sama rata. Pada yang dah capai target, setakat itulah jelah yang dia boleh dapat. Bagi peluang pula pada yang belum capai target. Susah ke nak capai target? Takde susah sangat.

Macam yang korang tahu tak ramai yang suka masuk contest dan terlibat dalam syarikat2 pengiklanan neh. Lebih2 lagi bagi mereka yang berkerja tetap dan takde masa untuk promosikan kempen2 syarikat neh. Jadi peluang kita sebenarnya cerah.

Kalau aku ada kawan seramai 2k dalam facebook, korang fikir 2k tue seme daftar ke dengan says.com? Takde. Yang daftar mesti yang aktif dengan internet je. Kalau target kempen ialah 50 click sudah tentu2 lah ia mudah dicapai. 

Lagipun kawan aku bukan kawan ko. Kalau aku share kat fb aku dan ko share kat fb ko maka kita membentuk jaringan baru. Kebiasaan mereka akan click dan baca terlebih dulu untuk fahamkan hal neh. Kalau mereka berminat mereka akan proceed langkah seterusnya. Matlamat kempen pun ialah untuk memastikan satu2 pengguna yang click kempen tersebut baca apa yang product/brand tersebut promosikan pada ketika itu. 

Lebih kurang cam leaflet lah. Lepas baca pada yang berminat dia carilah product tersebut. Pada yang tak berminat, dia tinggalkan aje. Janji tugas kita untuk edarkan leaflet dah selesai.

Kalau letak iklan tepi kiri kanan atas bawah peratusan untuk mereka klik dan baca iklan tersebut bukan sangat tinggi melainkan ada paparan visual yang menarik dan unik. Tetapi kalau kita sampaikan kepada kawan2 macam kita bercerita maka kawan2 kita akan tertarik nak dengar dan cuba fahamkan apa yang kita nak sampaikan. Itulah dia kaedah yang churp-churp dan says.com terapkan dalam sistem mereka.

Tapi sebelum kita sibuk2 nak fahamkan orang, kita kena fahamkan diri kita terlebih dahulu. Jangan promosikan benda yang kita rasa tak berbaloi pada rakan2 kita. Jangan buat rakan2 kita tempat / alat untuk cari duit pula. Promosikan kempen yang kita rasa ia berbaloi kalau rakan2 kita sertainya. Jangan rasa terpaksa dan dipaksa. Kalau baca dan fahamkan betul2 salah satu terma yang terdapat di says.com ialah ;

- hanya promosikan kempen yang kita suka dan tertarik. 

- jangan suruh kekawan klik atas nama "help" / pertolongan untuk dapatkan duit.

- jangan SPAM kat email/fb group.

Heloo.. kalau nak duit pergilah cari satu kerja yang stabil kawan. Jangan buat kawan2 kita rasa serba salah dengan kita. Sekali dua boleh lah tolong menolong. Lama kelamaan dia pun jemu. Apatah lagi sistem says.com dan churp-churp sekarang menapis click. Maksudnya disini ialah;

- hari neh korang minta help kawan2 ko click satu kempen
- esok korang suruh kawan2 ko help ko dengan click kempen yang lain pula

- lusa juga begitu, tiap2 bulan juga begitu.

Dan bila korang cashout says.com akan selia setiap click terbabit. Kalau dia dapati 10 kempen yang ko promosikan di click oleh 10 individu yang berlainan tetapi secara tetap ianya takan dikira. Faham tak?

Contohnya 10 kawan ko ialah ;

- ada, naim, diba, yusri, luna, qaseh, adam, aiman, muzaffar, firdawss dan setiap kali ko promosikan kempen mesti dorang klik. Dan setiap kali dorang promosikan kempen ko pula mesti klik, ko fikir says akan bayar ko ke? Jangan harap dan jangan hadap. 

So hanya promosikan kempen yang ko benar2 suka. Jangan gila nak buat duit. Last2 satu haramjadah tak dapat. Bila ko tak dibayar ko kata orang pula menipu padahal ko yang menipu tapi ko tak sedar pula.

Kalau semua kempen yang ada di says.com ko dah capai target maka apa yang perlu ko buat? Nak cari duit takdapat, ko carilah cp. Caranya?

Ko kena promosikan iklan khidmat masyarakat. Iklan khidmat masyarakat takde bayaran. Tapi ada point yang di namakan sebagai cp. Kegunaan cp ialah untuk bida mana-mana barangan yang korang suka dalam says.com. Bidaan ini bukan mencari pembida tertinggi sebaliknya mencari pembida ter-rendah. 

Tengok bawah ;

Maksudnya begini ;

hadiah yang ditawarkan untuk dibida ialah ipod nano 8GB

aku bida 1000 cp
ko bida 800 cp
orang lain bida 336 cp

jadi yang menang ialah pembida ter-rendah. 

Menarik kan? Jadi takdelah terkejar2 nak cari point. Setelah aku perhatikan dan perhalusi terma2 dalam says.com bolehlah aku simpulkan begini ;

- says.com bukan matlamat untuk kita cari duit. Kalau nak cari duit pergi masuk churp-churp. 

- says.com ialah tempat untuk cari hadiah.

- says.com ialah tempat utk kita brkomunikasi dan terlibat dlm kempen2 iklan kemasyarakatan. [tak dapat duit, tp dapat cp]

Bila ko dah buat semua2 di atas.. maka dah takde apa yang perlu ko buat lagi dah. Kalau ko rajin ko suruh lah member2 ko masuk says.com. Tapi peluang mereka untuk menang cabutan bertuah tue dah jadi sama banyak macam ko lah. Macam orang kat bawah neh. Heh


Ini semua bergantung pada luck ya. Jangan dengkilah kalau ada kekawan kita yang dah menang. Rezeki masing2. Belum tiba time kita lagi. Contest neh akan tamat pada 30 april nanti. Sekarang dah 15 april. Ada 15 hari lagi. Kalau berminat klik sini.

Sebelum aku terlupa, kempen2 dalam says.com neh berbeza ikut umur kelayakan. Selalunya student akan dapat banyak peluang utk buat duit daripada pekerja.
Ameno : Dapat rm1k cash dari maybank pun best gak.. boleh beli mcm2.. huhu

Khamis, 14 April 2011

Entry hot : Penjelasan penuh RPK berhubung isu interview tv3-rpk.



Ini adalah apa yang aku dapat dalam mesej facebook group RPK di facebook. Baca dan fahamkan betul2.

Q1: Why make the revelation now, why didn't you correct the media reports soon after your SD came out two years ago?

Actually the SD was signed 3 years ago, not 2 years ago. And it was published the very next day and I was arrested and charged almost immediately.

I have been writing article upon article over the last 3 years saying that I did not make any allegation about Rosmah Mansor and the two Lt Kols husband and wife. What I said was that an informer had informed me about the matter. By the way, have you read my SD yet? I would suspect not, as many who comment do so without reading it. That is why you said 2 years instead of 3. Or else you would have known it was signed in June 2008.

Anyway, is it my job to correct what the mainstream media intentionally distorts? And did anyone from the mainstream media talk to me? Most of the mainstream media actually covered my trials but still they misreported the whole thing.

Are you saying I am to blame for the misdeeds and malicious acts of others? Their job is to whack me and that is what they did. Now, after 3 years of getting whacked, I am whacking back. Is this not my right?

Anyway, the interview was done 2 months ago, not now. People ask me why now, just before the Sarawak elections?

2 months ago there was no confirmation of the Sarawak elections. So when do I do it? After the Sarawak elections? Then, after the Sarawak elections, people will say why now, just before the 13th GE? So I wait until after the 13th GE and people will still ask, why now, just before a by-election?

So when should I do it? After Malaysia bans elections?

Q2: Can you comment on Din Merican's denial that he was involved in the attempt to discredit Rosmah and Najib?

Did I say he was involved? I just asked him to check with Anwar Ibrahim the background of Lt Kol Azmi Zainal Abidin and that was what he did. And he admitted this in his Blog posting. So what is the issue? Why accuse me of something I did not do?

Q3: Aside from your Statutory Declaration, do you have any proof of the involvement of the people you mentioned in the attempt to discredit Najib and Rosmah?

What do you mean by proof? Video recordings of them in towels in a hotel room? Define ‘proof’. Anwar was convicted and sentenced to 15 years jail in 1999 based on testimony. Testimony is proof and that was good enough to sentence Anwar to 15 years jail. My testimony is even better. It is in the form of an SD.

Q4: Now talks on the ground is that your sudden revelation is because you want to return to Malaysia. Your comment?

Talks on the ground is that Najib was caught kalwat in a Port Dickson hotel room. Do you want to ask Najib this? Who cares about talks on the ground? If the government says I am welcome back in Malaysia and I tell the government to go to hell because I love it in the country of my birth what then are you going to say?

And what ‘sudden revelation’? Have you not heard what I said? I have been repeating this again and again over the last 3 years. What’s so sudden about saying the same thing over 3 years? You mean I kept silent the last 3 years and only today I am talking?

Q5: You have also been accused of shifting attention from the Sarawak election with your latest allegation. Your thoughts.

Shifting attention? You really must improve your communication skills because I don’t understand what you mean. I have also been accused of going to church every Sunday and that my wife and I have left Islam to become Catholics.

Do you really think I care what they say? My interview was done before the announcement of the Sarawak elections. Maybe they held the Sarawak elections to shift attention from my interview since my interview came first.

Q6: Where does your loyalty lie now that you have turned the tables against Anwar and the opposition front?

You must be smoking something. Let me know what it is so that I can get some. My loyalty from Day One was always with the rakyat: dulu, kini dan selama-lamanya. Now, which part of the word rakyat don’t you understand?


Raja Petra Kamarudin
Malaysia Today


Dan ini adalah translation dalam bahasa melayu. 

1. Kenapa buat pendedahan sekarang? Kenapa tak betulkan laporan media sejurus keluarnya SD dua tahun lepas?

- SD telah ditandatangan pada 3 tahun yang lepas, bukan dua tahun yang lepas. Selepas ia dilaporkan, saya terus ditahan dan didakwa serta merta Saya telah menegaskan dalam blog saya berkali2 bahawa saya tidak membuat pertuduhan terhadap rosmah dan dua pegawai polis berpangkat leftenan suami-isteri membunuh altantuya. Sebaliknya saya dimaklumkan mengenai hal itu. Dan kalau anda membaca pengakuan dan penulisan di dalam blog saya, anda sudah tentu jelas akan hal sebenar. Yang membuat andaian negatif sebenarnya tidak pernah membaca apa yang saya tulis di dalam blog saya.

Apakah saya perlu memastikan setiap laporan media yang salah dan putarbelit dan memperbetulkan ia satu persatu? Media arus perdana sudah tentu akan melakukan apa sahaja percubaan untuk memburukkan situasi. Setelah bertahun2 pihak media menghentam saya bertubi2, kini saya dihentam lagi. Adakah ini wajar?

Temubual yang disiarkan di tv3 telah dibuat dua bulan yang lepas. Ketika itu saya tidak tahu bila tarikh pilihanraya negeri sarawak akan berlangsung. Tak kira pada waktu apa pun saya buat sesi temubual tersebut sudah tentu pertanyaan2 ini akan sering datang kepada saya. Adakah saya perlu tunggu sehingga pilihanraya dimahsuhkan baru boleh membuat sesi interview bersama tv3?

2. Boleh berikan pandangan berhubung penafian din merican yang dia terlibat dalam percubaan untuk memburukkan2 rosmah dan najib?

Ada saya kata dia terlibat? Saya cuma jelaskan di tv3 semalam bahawa saya minta dia periksa dengan dsai ttg latarbelakang left. azmi zainal abidin dan itulah yang dia buat. Dan itulah juga yang dia mengaku dalam blog dia. Jadi apa masalahnya sekarang?

3. Selain dari SD, boleh berikan bukti penglibatan beberapa individu tersebut yang dikatakan terlibat dalam percubaan untuk memburukkan rosmah dan najib?

Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Video rakaman mereka bertuala dalam bilik hotel? Define 'bukti'. Anwar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada tahun 1999 berdasarkan laporan saksi. laporan saksi merupakan bukti dan itu sudah cukup untuk memastikan Anwar dipenjarakan selama 15 tahun. Laporan saya adalah lebih baik dari itu. Ia dalam bentuk SD. 

Q4: Terdapat cakap2 belakang bahawa pendedahan rpk berhubung isu ini secara tiba-tiba adalah kerana anda ingin kembali ke Malaysia.
komen anda?

Terdapat cakap2 belakang bahawa Najib ditangkap khalwat di dalam bilik hotel Port Dickson.
Adakah anda ingin meminta Najib menjawab ini? Siapa yang peduli tentang cakap2 belakang? Jika kerajaan mengatakan bahawa saya dialu2kan kembali ke Malaysia dan saya katakan kpd kerajaan pergi lah mampos kerana saya menyukai negara kelahiran saya apa maka yang akan anda katakan?

Dan apakah yang dikatakan sbg 'pendedahan tiba2' itu?
Apakah kamu tidak mendengar apa yang saya katakan? Saya telah mengulanginya lagi dan lagi selama 3 tahun ini.
Apa yang dimaksudkan dgn tiba-tiba pula sedangkan saya telah mengatakan hal yang sama selama 3 tahun?
Adakah Maksudnya saya duduk diam dalam 3 tahun ini dan baru hari ini saya dedahkan ini?

Q5:Anda juga telah dituduh sengaja mengalihkan tumpuan dari pilihanraya negeri Sarawak dengan tuduhan terbaru anda.
Pandangan anda?

Mengalihkan perhatian? Anda benar-benar harus meningkatkan kemahiran komunikasi anda kerana saya tidak mengerti apa maksudmu. Saya juga dituduh pergi ke gereja setiap hari Ahad malahan isteri saya dan saya telah dikatakan meninggalkan Islam untuk menjadi Katolik.

Adakah anda benar-benar berfikir aku peduli apa yang mereka katakan?
wawancara saya dilakukan sebelum pengumuman pilihanraya Sarawak. Mungkin pilihanraya Sarawak adalah untuk mengalihkan perhatian dari wawancara saya sebab wawancara saya datang terlebih dahulu.

Q6: Di manakah kesetiaan anda sekarang apabila anda telah membuat keputusan melawan Anwar dan pembangkang?

Anda mesti sedang menghisap sesuatu.
Bagitau saya tahu apa yang anda hisap supaya saya boleh dapatkan anda benda tue. kesetiaan saya sejak dari hari pertama ialah bersama rakyat ini: dulu, kini dan selama-lamanya. Sekarang, di bahagian mana dalam perkataan rakyat yang tidak kau mengerti? 

Nota : translation q1 dan q2 dilakukan secara manual. Bermula dari q3 sampai q6 dilakukan dengan bantuan google translation sbb penat nak baca dan hafal apa yang perlu ditulis. Tapi aku dah edit ayat2 agar ia menghampiri maksud yang dikatakan oleh rpk.

Ameno : RPK dengan segera membuat penjelasan dalam blog bagi memadamkan persepsi buruk rakyat terhadap rpk. Dalam soal ini, aku menyokong apa yang rpk sampaikan. Isu nya sekarang rakyat kena faham, hanya rakyat yg boleh tolong rakyat. Jangan kerana pemimpin, sesama rakyat pula bertelagah. Ingat neh kerajaan rakyat, bukan milik pemimpin. Ia milik bersama.

Entry berapi : RPK muncul tv3 buat pengakuan II !



Hari neh sambungan kedua interview tv3-raja petra disiarkan di berita buletin utama tadi. Episod pertama tengok sini. Neh apa yang dia cakap kat tv3 tadi [tajuk tue aku yang simpulkan sendiri, bukan rpk, tp petikan di bawah tajuk tue ialah kata2 rpk dalam berita tadi]

1. Isu ketidaksepakatan pakatan pembangkang.

"Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."

2. Isu 16 sept yang mana anwar gagal menunaikan janjinya.

"ketika di mahkamah anwar pernah berjumpa rpk yang ketika itu berjalan 2 kes secara serentak. Anwar berkata kepada rpk, awak akan bebas tak lama lagi"

3. Kedegilan DAP dan kelemahan PAS dalam menerangkan kepada DAP apa itu islam.

"Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"

4. Kelemahan anwar dalam kepimpinan selangor dan gagal mengawal ketidaksefahaman wakil2 rakyat pakatan pembangkang di bawah nya.

"Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."

5. Rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan rakyat.

"Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang."

Selain dari di atas, rpk juga mengulas bab [yang neh aku simpulkan je, rpk tak cakap macam neh tp lebih kurang beginilah maksudnya]

6. liwat

- menyelesaikan kes liwat dia sekali harung. Senang. Rakyat tak mampu nak pergi mahkamah untuk cover isu neh. Rakyat bukan peguam. RPK pun bukan peguam.Kadangkala peguam sendiri pun keliru sebab terlalu banyak itu ini dalam kes liwat.

7. Kabinet bayangan.

- macam mana pakatan nak memerintah negara kalau kabinet bayangan pun gagal nak tunjukkan kepada masyarakat awam? Jelas di sini pakatan pembangkang tidak mampu membentuk kesefahaman untuk membentuk satu kabinet bayangan sekalipun. Mungkin tak boleh nak bertolenrasi kot di antara satu sama lain.

8. Kecelaruan pembangkang.

- Menjadi pembangkang mudah,  hanya perlu membangkang. Kerja membangkang, memang lah hanya membangkang. Tapi kalau jadi kerajaan, sukar. Kerajaan perlu melaksanakan. Dan ia bukan satu kerja mudah.

Apa yang RPK cakap neh mmg betul. Dia huraikan satu persatu kelemahan pakatan rakyat. Sebelum pakatan rakyat membuta tuli nak pegang kuasa bagai nak rak, mereka patut memperbaiki kelemahan mereka neh. BN dah sah2 teruk. Kita taknak ganti parti yang lebih kurang perangai cam BN.

Contohnya adun dap perak, nga kor ming baru2 neh wat lawak bangang. Bukan taktahu peraturan sidang dun perak kena pakai pakaian rasmi dun. Dia boleh pula tak pakai. Nampak tak? Menda simple neh pun dia langgar? Nak harapkan dia jadi pemimpin kerajaan? Dan biarkan dia langgar peraturan? Wak luee..!

Dsai kena tegur dan tubuhkan jawatankuasa displin pakatan pembangkang. Mana2 yang buat lawak bangang macam nga kor ming neh kasi denda. Lebih elok buang terus dari jadi wakil rakyat. Sama gak macam PAS. Cuba lah kuat, konsisten dan bersatu sket dalam isu2 yang membabitkan umat islam. 

PAS sejak akhir2 neh kurang bersemangat macam tahun2  sebelumnya. Kepimpinan pas pun banyak yang bercakaran dalam dan luar parti. Tengok pun sakit ahti. Baru dalam parti dah serabut. Itu belum lagi jadi pemimpin. Pas kelantan dan kedah dilihat bersatu. Aku nampak. Tapi pas perak? Hancur. Hey.. jangan nafikan kata2 aku. Aku dok sini. Aku tahu. Aku perhatikan mereka. Mmg serabut bhai. Serabut habis.

Pakatan pembangkang kena terbuka menerima kritikan rpk. Memang timing dia tak sesuai beb. Time2 pilihanraya negeri sarawak pula tiba2 dia nak luahkan pendapat dia. Tapi instead of condemn dan kritik dia, elok kita perhatikan dan cuba fahami dulu sbb2 di sebalik semua itu.

Video interview rpk-tv3 di sini.

Ameno : Sebelum repair rumah orang, repair dulu rumah sendiri.

[PRK SARAWAK] 3 bantuan ekspress di sarawak.

Bestnya jadi orang sarawak. Macam-macam bantuan ekspress dorang dapat sekarang. Sebab tue aku cakap time pilihanraya adalah time rahmat buat pengundi. Time itu je lah wakil rakyat akan turun berkempen dan berkampung kat kawasan kita. 

Oleh itu tak hairan lah kalau ada orang nak doakan kematian wakil rakyat di tempat masing2. Semua bersebab beb. Salah satu sebabnya ialah di atas tadi. Heh.

Tadi aku sempat baca paper utusan. Aku dapati ada banyaklah bantuan ekspress berkunjung ke sarawak secara tiba2 dan pukal pula tue. Pergh. Tak boleh blah melihat cara mereka berkempen. Antara yang menarik perhatian aku ialah ;

1. kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menyerahkan dua unit geran kepada pusat pemulihan dalam komuniti [PDK] masing2 di sarakei dan pekan. Maksudnya pusat tue dapat hakmilik tanah lah di atas tapak mereka yang sedang beroperasi sekarang. Nilai geran tersebut ialah ;

- rm400,969 - PDK, Sarikei.

- rm102,423 - PDK, pakan.

Salah ka? Mana ada salah. Baguslah tue mereka dapat hakmilik [geran] atas pusat masing2. Walaupun aku ada sedikit pelik. Time pilihanraya je mereka tiba2 baik. Heh.

Geran tue akan menyebabkan mereka tak perlu bayar sewa [aku rasa]. Tapi geran atas nama sapa? Atas pihak pengurusan ke ataupun atas nama kerajaan? Jangan boleh dijualbalik sudah. Dan jangan geran tergantung pula. Maksudnya pra-geran. Bukan geran original. Ataupun geran bertempoh. Kalau sungguh nak bantu, biar betul2. Keseluruhan peruntukan kerajaan yang melibatkan PDK ini berjumlah rm5.6 juta. Harap2 lepas pilihanraya, bn tak tukar wajah pula kalau menang. Heh.

Dan yang kedua ialah ;

2. Kerajaan memperuntukkan rm59.6 juta bagi pembangunan rakyat di sarawak dalam projek rmk-10. Dan2 ada projek neh. Sebelum neh tak pernah aku tahu. Ataupun mungkin aku terlepas pandang. Kata hishammuddin projek ini akan memperuntukkan ;

- rm20 juta - pos dan kuarters imigresen yang baru di bario, sarawak.

- rm4juta - pembinaan pejabat dan rumah pendaftaran negara, mukah, sarawak. 

- rm 4 juta - sama macam kat atas neh, tapi di spaoh.

- rm3.5 - sama macam kat atas gak, tapi di debak. 

Salah ka? Mana ada salah. Nak tolong rakyat dan pekerja kerajaan yang memerlukan. Tapi memang pelik. Time pilihanraya je nampak cekapnya. Time tak pilihanraya buat apa pula? Takan makan tidur je kot? Heh.

Dan yang last aku nak petik ialah ;

3. Penghapusan tol di jambatan upper lanang. Kata si shaziman menteri kerjaraya tue ;

- kerajaan tiada masalah untuk amek alih jambatan upper lanang yang menghubungkan sibu dan kawasan sekitarnya jika diluluskan oleh kabinet.

- Dia dah berbincang dengan kerajaan negeri sarawak bagi menyelesaikan beberapa isu teknikal dan akan membentangkan usul neh minggu depan [lepas prn sarawak] kat kabinet utk tujuan kelulusan.

- Jambatan upper lanang siap pada tahun 2006. Konsesi tol diberikan hak untuk mengutip tol selama 30 tahun. Jika kerajaan amek alih, maka tol akan dihapuskan bagi meringankan beban penduduk sarawak.

Usul neh mmg bagus. Hapuskan tol. Aku suka. Ada masalah ka? Mana ada. Tapi aku heran sikitlah. Apasal time pilihanraya je mula beria2 buat kerja untuk bantu rakyat? Apasal hah? Korang boleh jawab ke?

Ameno : Time pilihanraya baru kerajaan sedar kot dorang tue kerajaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...