Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 April 2011

Entry berapi : RPK muncul tv3 buat pengakuan!



Buat pertama kalinya dalam sejarah bila tv3 menyiarkan interview mereka dengan rpk dalam buletin utama tadi. Macam tak percaya pula rpk masuk tv3 jadi headline.

Berita pasal rpk neh adalah berita yang no 1. Tv3 cakap wartawan mereka pergi australia untuk menemui rpk. Pelik. Tv3 pun pandai cari rpk. Macam mana musa hasan ex-kp gagal cari rpk dulu? Heh.

Tajuknya pula "rpk tidak pernah mengaitkan najib dan rosmah dalam pembunuhan altantuya". Pergh. Tajuk cun. Tapi sapa yang taktahu? Sapa pula yang sangka bahawa rpk tuduh najib dan rosmah bunuh altantuya? Persepsi sendiri? Dah banyak kali rpk tulis dalam blognya bahawa ada 3 individu yang cari dia dan menceritakan semua hal ini. 3 individu yang kisahkan hal neh kpd rpk tv3 taknak siarkan pula nama2nya. Tapi takpe dalam blog rpk ada. Boleh baca sendiri.

Apa yang rpk cakap dalam tv3 tadi betul lah. Dia buat SD dan minta pihak2 yg berkaitan pergi siasat individu2 yang berkenaan. Pergi panggil nama2 yang dia sebutkan dalam SD. Dan tanya mereka sendiri berkaitan isu neh. Kenapa nama2 itu tidak membuat SD sendiri? RPK dah jelaskan banyak kali dalam blog dia. 3 individu ini datang kpd rpk untuk ceritakan hal ini agar rpk boleh tulis dalam blog dia dan bagitau kepada public. Bila ianya kecoh maka mereka akan tampil menjadi saksi kpd rpk. Malangnya bila rpk kena tahan, mereka bertiga neh tak muncul pula.

Di tv3 tadi juga rpk memberikan kenyataan selain daripada dia, individu2 ini juga tampil berjumpa dsai, din merican dan john phang.

Sebelum rpk buat keputusan utk mempercayai individu2 ini, dia pernah minta pandangan dari dsai. Individu2 ini juga pernah bertemu dsai dan menceritakan hal neh kpd dsai. Dan dsai memberitahu kpd rpk bahawa mereka2 ini blh dipercayai sbb mereka2 ini pernah bertemu dsai beberapa kali dan memberitahu dsai perkara yg sama mereka beritahu kpd rpk.

TV3 sunting video interview dgn rpk utk kepentingan sendiri. Mereka cuba membuat persepsi kpd penonton kononnya dsai yang ada kaitan dengan tuduhan najib dan rosmah ada kaitan dengan pembunuhan altantuya. Padahal dsai pun taktahu apa2. Dia pun didekati oleh 3 individu2 ini yang sampai sekarang satu haramjadah pdrm nak siasat ataupun ambil keterangan2 mereka.

Dan rpk juga membuat pengakuan bahawa dia tak percaya kalau rosmah sendiri bunuh altantuya. Takanlah rosmah sanggup naik bukit tengah2 malam, masuk hutan semata2 nak bunuh org? Cerita neh dia rasa tak betul.

Mmg betul kata2 rpk. Takan rosmah nak pergi letupkan sendiri pula? Selepas itu paparan video tamat. Walaupun video terbabit disunting dan disiarkan separuh2 aku masih faham sbb aku tahu perjalanan cerita yang sebenarnya. Tak mudah tv3 tipu aku. Tapi mmg mudah tv3 tipu org yang taktahu apa2. Ini rugi. RPk masuk tv di saat2 pakatan ada harapan besar di sarawak.

Ini adalah salah satu strategi bn untuk mempengaruhi minda pengundi sarawak. Umum tahu yang sarawak bergantung penuh pada media arus perdana. Sedikit sebanyak ini akan memberikan kesan kepada mereka2 yang kurang informasi mengenai taktik2 licik bn.

Sambungan interview tv3-rpk akan disambung bahagian kedua malam esok. Kalau kita perhatikan semalam malaysiakini tidak blh di akses. Tapi hari neh malaysiakini sudah blh di akses. Semua tahu malaysiakini siapa yang punya.

Jika malaysiakini ditekan adakah ini akan mempengaruhi rpk? Aku bukan tuduh rpk. Aku harap rpk faham. Samada dia dipaksa untuk memberikan kerjasama dalam interview tersebut ataupun dalam keadaan rela, dia kena berikan fakta. Namun aku mesti puji rpk sbb dia memang memberikan fakta yg benar.

Apa yang dia cakap dalam blog sama macam yang dia cakap kt tv. Bezanya di blog tiada suntingan, potongan ataupun suara dihilangkan. Di tv3 tadi ada. Ini akan menimbulkan persepsi negatif bagi mereka yang tidak tahu. Ini akan membentuk jalan cerita yang baru. Sudah tentu media umno akan mengatakan bahawa rpk berpaling tadah dari pr.

Aku jelas kenapa umno siarkan interview tadi. Ini kerana umno tahu mereka parah di sarawak. Kekuasaan bn di sarawak harus dipertahankan ataupun bn hilang kuasa di malaysia. Ini saat2 getir buat mereka. Bagi pakatan, menang ialah bonus, kalah boleh cuba lagi. Tapi tidak bagi bn.

Kalau mereka kalah kali neh, mereka akan masuk penjara. Mereka, pemimpin2 yg makan wang rakyat tidak akan dilepaskan oleh rakyat meskipun mungkin kepimpinan pakatan rakyat akan bertolenrasi dengan mereka. Jika itu yang pr buat, maka dengan pr2 sekali akan masuk penjara. Yang buat jenayah kena, yang subahat juga tidak akan terlepas.

Tayangan video interview tersebut, klik sini.

Ameno : Silap2 rpk + dsai + din merican = diperdayakan oleh orang lain utk jatuhkan paklah. Maksudnya dipergunakanlah utk kepentingan diri sendiri. 

Share this

27 Responses to " Entry berapi : RPK muncul tv3 buat pengakuan! "

  1. tak tengok tv3..huuu,,

    http://blogslucumenarik.blogspot.com/2011/04/ada-apa-dengan-dara.html

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. standet tv3suku... nak pilihan raya makin meroyan depa.. kahkahkah

    BalasPadam
  4. http://www.youtube.com/watch?v=QBslOyX8J4Q

    BalasPadam
  5. http://www.papagomo.com/2011/03/ekslusif-video-porno-anwar-ibrahim-gomo.html


    ameno dh bace ni? dh pernah komen lum? tlg bagi link komen ameno kalu ade, nak bace..

    pemerhati bebas..:)

    BalasPadam
  6. "Padahal dsai pun taktahu apa2. Dia pun didekati oleh 3 individu2 ini yang sampai sekarang satu haramjadah pdrm nak siasat ataupun ambil keterangan2 mereka."

    apabenda la hang dok merepek ni...tak payah la nak pusing2 lagi...
    semua orang tahu kot DSAI dok pusing satu negara canang kata Najib terlibat, siap baru ni lancar DNA lagi untuk jatuhkan najib.

    kalau betul lah DSAI tak tahu papa dan dia hanya canang merata-rata sebab percaya kat 3 orang tu semata-mata, nampak sangat dia kategori orang2 fasik la ya dak??tak baca surah HUJURAT kot dia ni...ni bukan aku yang kata, puak2 hangpa jugak yang start dok guna ayat surat hujurat ni...

    takkan la kita nak pilih pemimpin yang mudah percaya pada satu2 perkara tanpa melakukan usul periksa dulu kan???


    -pasepisepus-

    BalasPadam
  7. "takkan la kita nak pilih pemimpin yang mudah percaya pada satu2 perkara tanpa melakukan usul periksa dulu kan???"
    by
    -pasepisepus-

    ...........................

    Sedara, sepatutnya anda sendiri guna ayat diatas kepada pemimpin-pemimpin UMNO juga blogger-blogger tegar UMNO/BN. Hanya kerana orang fasik keluarkan video lucah dikatakan DSAI itu mereka-mereka ini sudah percaya 110% itu pelakon tulen DSAI tanpa usul periksa dulu kan?

    Tidak perlulah andapun nak merepek juga di sini. Siasat tiga orang berkenaan dahulu baru kita tahu cerita sebenar.

    -Dr. Latif-

    BalasPadam
  8. ni DR. Latif, nak tanya sikit, siapa dia pemimpin UMNO yang dok jaja kata video tu video ANwar??hang pernah dengaq depa kata pelakon tu anwar??boleh bagi satu dua nama pemimpin umno yang kata pelakon dalam video tu anwar..

    Najib sebagai pemimpin tertinggi pun tak pernah kata pelakon tu ANWAR, dia cuma suruh polis menjalankan tugas untuk menyiasat. beza dengan anwar al-juburi ni, dia takdak bukti apabenda pun tapi dia canang merata2 tempat kata dia ada bukti najib ada kaitan dengan kes altantuya.

    apa bukti yang menyebabkan hang kata orang yang mendedahkah video tu iaitu Datuk Eskay Shazril sebagai fasik???



    -pasepipus-

    BalasPadam
  9. Anom2.. yang dsai dan rpk berulang2 kali kata kat media dan pelbagai saluran lain ialah PERGI SIASAT KES KEMATIAN ALTANTUYA dengan memanggil 3 orang yg datang kepada mereka. Mereka mmg pusing 1 malaysia cakap benda tue.. tapi mereka dah jelaskan dari awal cerita.. ko masuk bab tengah2 tak adil lah kat situ. baca lah dari bab pertama dulu. bab pertama dah dijelaskan oleh rpk bahawa 3 individu neh yg mendedahkan kesemua hal berkaitan altantuya kpd rpk, dsai, din merican, dan john pang. so kenapa 3 individu ini tidak disiasat ttp sibuk siasat org lain pula? nama2 dah diberikan, pdrm patut panggil mereka. bkn panggil org yg mendedahkan, mereka cuma reporter yg dedahkan, bukan saksi kejadian. utk siasat kes neh panggil saksi kejadian. ada faham?

    BalasPadam
  10. aku dah kata dah TV3 nu "pookiemax" punya stesen TV

    BalasPadam
  11. aku blh fhm ni angkara amno.

    tp yg aku x paham, apsal org kita ni x reti nk bezakan malaysiakini ngn malaysiatoday?

    RPK owner malaysiatoday, bukan malaysiakini!

    ulasan dah bijak edit vid sana sini. bab nk kenal owner yg plg mudah, ko phailed lak.

    wut an arse.

    apa2 pn, sebongok2 penulis yg x reti bezakan dua website ni, bongok lagi org amngok.

    nuff said.

    BalasPadam
  12. on 2nd thought, ak rasa penulis blog ni perlu buat lebih byk assignment.

    x layak pn nk ulas isu politik klu tulis hasil cmni.

    kalau ko syg pakatan, sama ada ko pergi berguru ngn org yg lebih power selok-belok politik, atau ko resign.

    tu je.

    please jgn malukan pakatan.

    BalasPadam
  13. hang tak payah nak pusing la. 3 orang tu john pang, din merican n nik azmi. depa ni yang bawak cerita tu pi kat RPK. geng kuli n sheikhul anwar al juburi...

    last2 skali najib jugak yang kena...hahaha..


    jap2, ko kata "bkn panggil org yg mendedahkan, mereka cuma reporter yg dedahkan" jadi tak perlu la kita panggil datuk T untuk siasat pasal kes video seks jugak la maknanya kan. sebab depa hanya mendedahkan kan, betul ak???hahaha...

    -pasepisepus-

    BalasPadam
  14. Hidup stylo banyak guna wang... Dah lama kita tunggu saat dan ketika ni brader... baru kita nampak the true color of raja kapor...
    Sume pasal fulus brader... wang punya pasal jual maruah dan prinsip hidup itu amalan mulia di m'sia. Nak cari duit brader... duduk oversea nak guna duit banyak brader.. sekarang dah tak da fulus. tak boleh bayar bil2, nak beli nasik bungkus pun dah tak cukup brader... jadi jual maruah diri la brader...

    BalasPadam
  15. tAk boleh kita tuduh2 RPK mcm tue selagi tak terbukti dia mcm tue.

    neo : rpk takdak kena mengena ngan malaysiakini ka? pengasas malaysiakini tak silap aku nama dia premesh kot. aku tahu pun brdasarkan status fb dia yg tersebar 2hari lepas. aku fikir rpk pun pemilik malaysiakini. kalau bkn takpelah. no hal re edit balik kenyataan di atas.

    tapi neo, aku nak jelaskan yg aku tak bongok. sebongok2 neo, neo mmg bongok sama mcm umno. ko fikir aku sengal taktahu ayat tersirat dan lakonan ko guna nick lain? ip ada beb.

    lagi satu aku lebih suka dikenali sokong keadilan. bkn pembangkang. keadilan lebih luas maksudnya. ada nampak aku letak gambar2 pemimpin pembangkang dlm blog aku? ada? gambar nik aziz yg aku paling respect pun tak letak.

    aku letak kat blog neh. senang aku nak trace.

    dan anom umno ;

    otak ko mmg bermasalah. eskay bukan reporter.dia ada bukti dia yg bawa video, bkn org bagi dia video. dia yg bekal pompuan bkn pompuan yg bagi tau kat dia yg pompuan tue tidur ngan dsai. bangang. sama macam neo.ops.. sorry.

    BalasPadam
  16. kalau macam tu kena siasat eskay ja la kan?? yang 2 orang lagi tu tak payah siasat la kan??tapi kenapa sheikhul anwar al-juburi tak attack eskay plak ni?asek attack peribadi RTC ja...

    takpa, esok hang boleh tolong anjur solat hajat ramai2, mintak tunjukkan kebenaran...


    -pasepisepus-

    BalasPadam
  17. TROLOLOL...

    dua nick neo tu mmg aku. ak x tau la kan klu ada lg ip yg sama, tp id yg berbeza.

    coz u know wut? im in da office and normal la office ada ip sharing sbb dia masking ip kt gateway.

    this is my first time visit this blog. tu pn sbb ak ziarah blog milosuam dan ada org komen kt situ blog ko ni.

    and to those yg share ip ngn aku tu, hi, x sngka kita satu ofis. keh3..

    anyway ameno, u got da balls. compare ngn org yg komen guna anon kt sini. maki2 tp nk taip nama samaran pn xde testis. wakaka..

    i might gonna visit this blog often from know since u treat me well. i love confrontation cos it helps me thinkin. hope it does to u too.

    salam perjuangan.

    BalasPadam
  18. Sejak bila Umno ambil berat surah al hujuraat?

    Umno yang suka canang video seks padahal belom terbukti kesahihan pelakon dalam video tu.

    Kalau fasik tu kena hati2. Tapi kalau sibuk mgaku Islam tapi hina Islam itu bukan saja boleh jatuh munafik tapi boleh murtad sebab hina hukum Allah.

    Sejak bila Umno percaya Al Quran? Kan Umno sibuk hina hukum al Quran.

    Umno da taubat ke?

    BalasPadam
  19. hehe.. umno mesti akan ada bebal. faktor genetik sebab serap segala benda bodoh dalam diri.. haha.. neo2.. ko ni pun satu. mesti la dia tulis nama dia.. sebab ameno ni tuan punya blog.. takkan dia nak anom jugak.. haha.. benda bodo yang simple..

    BalasPadam
  20. bodohnye kau.. ingt semua org2 umno tu jahat ke? ko igt org yg skong belah ko tu dikira suci la? bangang nye otak.. dah tu bnda da btol xkesahla sape yg gunakn surah dr quran tu.. yg penting tepat.. Dsai sndri dok canang NAJIB-ALTANTUYA.. die xde kaitan ke? bodoh.. ntah2 vdeo seks tu pon plot anwar ngn eskay.. yela membe baek kot.. anwar tu byk trick.. dr kt abim, musk umno pn cepat je naek..lagi satu, die canang2 umno utamakn kroni.. yg penyokong nye pon bodoh! mmgla umno tu byk ksi projek kt kroni, tp anwar tu xpenah buat cmtu ke? check pe status encik ibrahim(bapak anwar), aset rumah anwar, aset azmin ali.. dorg kje pe? npe umah besar2 bernilai juta2?? klo pemimpin umno tu kaya sbb korup, anwar kaya sbb pe? org kasi sedekah? baiknye org2 ni.. haha bodoh!

    BalasPadam
  21. tv3 walaupun swasta tp takut.. takut ngn apa? rasanya suma org tau..

    BalasPadam
  22. tv3 walaupun swasta tp takut.. takut ngn apa? rasanya suma org tau..

    BalasPadam
  23. Hidup stylo banyak guna wang... Dah lama kita tunggu saat dan ketika ni brader... baru kita nampak the true color of raja kapor...
    Sume pasal fulus brader... wang punya pasal jual maruah dan prinsip hidup itu amalan mulia di m'sia. Nak cari duit brader... duduk oversea nak guna duit banyak brader.. sekarang dah tak da fulus. tak boleh bayar bil2, nak beli nasik bungkus pun dah tak cukup brader... jadi jual maruah diri la brader...

    BalasPadam
  24. hehe.. umno mesti akan ada bebal. faktor genetik sebab serap segala benda bodoh dalam diri.. haha.. neo2.. ko ni pun satu. mesti la dia tulis nama dia.. sebab ameno ni tuan punya blog.. takkan dia nak anom jugak.. haha.. benda bodo yang simple..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...