Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 April 2011

[Seriz rasuah] Rakyat sarawak dapat astro tapi mao undi bn sahaja okey..

Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan.

"Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang.

"Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri," katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit.

Salang, yang menaiki penerbangan ke kawasan itu, berkata rumah panjang terbabit terletak di kawasan yang tidak dapat menerima siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia atau TV3.

Beliau berkata pengagihan peralatan itu adalah sebahagian daripada program kerajaan untuk membantu penduduk luar bandar bukan sahaja bertujuan meluaskan pengetahuan mereka tetapi memperoleh maklumat tepat masa mengenai peristiwa yang berlaku di dalam negara, malah di seluruh dunia.

Terdahulu, ketika mengunjungi rumah panjang Rh. Kubu anak Sandom di Nanga Tada dekat Sibu, beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk luar bandar di negara ini.

"Atas alasan ini, beliau berhak mendapat sokongan padu kita untuk membolehkan beliau meneruskan usaha murni ini.

"Di Sarawak kita dapat melihat beliau mengumumkan banyak projek infrastruktur dan kemudahan asas luar bandar sejak akhir-akhir ini. Ini merupakan satu daripada petunjuk yang besar," katanya.


Mengenai permohonan mendapatkan lebih banyak projek kampung Wi-Fi, Salang berkata beliau akan mengemukakan perkara itu untuk perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMK).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, ketika melancarkan projek kampung Wi-Fi Nanga Machan di Kanowit pada Isnin lalu, berkata kerajaan merancang untuk mewujudkan 600 kampung seumpama itu di seluruh negeri dalam tempoh setahun mulai sekarang.




Point penting ;

1. Kerajaan akan agihkan decoder astro + tv kepada penduduk rumah panjang. Tv aku rasa percuma. Astro percuma ka? Ini macam memaksa penduduk rumah panjang melanggan pakej astro pula. Heh.

2.Perkara ini akan diproses selepas pilihanraya sarawak berakhir. Ini bermaksud nak tgk samada bn menang atau kalah di sarawak lah. Kalau kalah jangan mimpi lah nak bagi. Heh.

3. Owh pergi sana naik helipkopter ka? Seronok whor..apsal tak buat jalan? Dah lama perintah sarawak kan? Apa salahnya cuba melalui jalan2 yang rakyat kebanyakan biasa guna. Baru lah boleh tahu kelemahan2 pentadbiran bn di sarawak kat mana. Ini tidak asyik naik helikopter je. Macam mana boleh rasai apa yang rakyat rasakan. Heh.

4. Whoorr najib razak amek berat kat penduduk rumah panjang sarawak. Whorr.. maksudnya pengundi sarawak kena undi bn lah tue yerk? Tapi kena dan2 je amek berat? Kenapa sebelum2 neh macam tak amek berat pun? Kalau amek berat.. mestilah dah lama penduduk rumah panjang dapat tv percuma kan kan kan? Kan bn yang perintah sarawak? Kan bn kerajaan pusat? Kan bn yang mampu keluarkan peruntukkan? Heh.

5. Whorr memang aku perasan lah SEJAK AKHIR-AKHIR ini memang banyakkkkkkkkk sangatttttttttttt projek2 yang diumumkan di sarawak. Kenapa enh? Amek berat yerk? Macam projek neh enh? Heh. 

Ameno : RPK turun sarawak hari neh? Malam neh? Betul ke info aku neh? Update plezz..

Share this

3 Responses to " [Seriz rasuah] Rakyat sarawak dapat astro tapi mao undi bn sahaja okey.. "

  1. ada duit semua blh jadi.. tapi stuju kenapa la Najib tak naik kereta je.. rosmah taknak ngikut pulak masuk ke sarawak?? all the best..semoga orang sarawak bijak membuat pilihan

    wanita..menyusahkan?

    Mnutup aurat tapi berbogel??

    Ada apa dengan dara

    BalasPadam
  2. nak langgan astro sng je.. nak byr bulanan yg sakit..sape nak byr bulanan? sng2 je ko jib nak susahkan rkyat

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...