Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 April 2011

Tipsi : Cara-cara nak menang cabutan bertuah says.com di facebook


Bagi yang taktahu pasal contest says.com tue elok klik gambar di atas dan survey sendiri. Bagi yang dah tahu dan dah join contest neh korang boleh baca.

Sebenarnya ramai yang fikir, kalau kita share banyak2 kempen di says peluang untuk kita menang tinggi. Tapi betul ke? Sebenarnya salah beb. Bukan share banyak2 tapi share tepat2. Apa tue share tepat2? Share tepat2 ialah ko share sampai capai target. Dah cukup target ko tak payah susah payah nak share kempen tersebut lagi.

Aku bagi satu contoh iaitu kempen birthday gift. Dalam kempen neh korang perlu share sehingga capai target rm10.00. 

kempen neh dikira 0.20 per click / 10 = 50 click per unique.

Maksudnya korang kena pastikan ada 50 orang click kempen tersebut. Lepas tue tugas korang selesai. Jangan lah rajin2 share banyak2. Rugi. Aku nya click lebih dari 50 tapi dia tetap kira rm10 sebab dia cakap itu syarat dan terma yang terkandung dalam syarat2 kempen tersebut.

Says.com bukan macam churp-churp. Dalam churp-churp sapa share banyak dapat duit banyak. Di says.com mereka mementingkan sebiji kek dipotong sama rata dan sama2 merasa. Maksudnya duit kempen tue dia bahagikan sama rata. Pada yang dah capai target, setakat itulah jelah yang dia boleh dapat. Bagi peluang pula pada yang belum capai target. Susah ke nak capai target? Takde susah sangat.

Macam yang korang tahu tak ramai yang suka masuk contest dan terlibat dalam syarikat2 pengiklanan neh. Lebih2 lagi bagi mereka yang berkerja tetap dan takde masa untuk promosikan kempen2 syarikat neh. Jadi peluang kita sebenarnya cerah.

Kalau aku ada kawan seramai 2k dalam facebook, korang fikir 2k tue seme daftar ke dengan says.com? Takde. Yang daftar mesti yang aktif dengan internet je. Kalau target kempen ialah 50 click sudah tentu2 lah ia mudah dicapai. 

Lagipun kawan aku bukan kawan ko. Kalau aku share kat fb aku dan ko share kat fb ko maka kita membentuk jaringan baru. Kebiasaan mereka akan click dan baca terlebih dulu untuk fahamkan hal neh. Kalau mereka berminat mereka akan proceed langkah seterusnya. Matlamat kempen pun ialah untuk memastikan satu2 pengguna yang click kempen tersebut baca apa yang product/brand tersebut promosikan pada ketika itu. 

Lebih kurang cam leaflet lah. Lepas baca pada yang berminat dia carilah product tersebut. Pada yang tak berminat, dia tinggalkan aje. Janji tugas kita untuk edarkan leaflet dah selesai.

Kalau letak iklan tepi kiri kanan atas bawah peratusan untuk mereka klik dan baca iklan tersebut bukan sangat tinggi melainkan ada paparan visual yang menarik dan unik. Tetapi kalau kita sampaikan kepada kawan2 macam kita bercerita maka kawan2 kita akan tertarik nak dengar dan cuba fahamkan apa yang kita nak sampaikan. Itulah dia kaedah yang churp-churp dan says.com terapkan dalam sistem mereka.

Tapi sebelum kita sibuk2 nak fahamkan orang, kita kena fahamkan diri kita terlebih dahulu. Jangan promosikan benda yang kita rasa tak berbaloi pada rakan2 kita. Jangan buat rakan2 kita tempat / alat untuk cari duit pula. Promosikan kempen yang kita rasa ia berbaloi kalau rakan2 kita sertainya. Jangan rasa terpaksa dan dipaksa. Kalau baca dan fahamkan betul2 salah satu terma yang terdapat di says.com ialah ;

- hanya promosikan kempen yang kita suka dan tertarik. 

- jangan suruh kekawan klik atas nama "help" / pertolongan untuk dapatkan duit.

- jangan SPAM kat email/fb group.

Heloo.. kalau nak duit pergilah cari satu kerja yang stabil kawan. Jangan buat kawan2 kita rasa serba salah dengan kita. Sekali dua boleh lah tolong menolong. Lama kelamaan dia pun jemu. Apatah lagi sistem says.com dan churp-churp sekarang menapis click. Maksudnya disini ialah;

- hari neh korang minta help kawan2 ko click satu kempen
- esok korang suruh kawan2 ko help ko dengan click kempen yang lain pula

- lusa juga begitu, tiap2 bulan juga begitu.

Dan bila korang cashout says.com akan selia setiap click terbabit. Kalau dia dapati 10 kempen yang ko promosikan di click oleh 10 individu yang berlainan tetapi secara tetap ianya takan dikira. Faham tak?

Contohnya 10 kawan ko ialah ;

- ada, naim, diba, yusri, luna, qaseh, adam, aiman, muzaffar, firdawss dan setiap kali ko promosikan kempen mesti dorang klik. Dan setiap kali dorang promosikan kempen ko pula mesti klik, ko fikir says akan bayar ko ke? Jangan harap dan jangan hadap. 

So hanya promosikan kempen yang ko benar2 suka. Jangan gila nak buat duit. Last2 satu haramjadah tak dapat. Bila ko tak dibayar ko kata orang pula menipu padahal ko yang menipu tapi ko tak sedar pula.

Kalau semua kempen yang ada di says.com ko dah capai target maka apa yang perlu ko buat? Nak cari duit takdapat, ko carilah cp. Caranya?

Ko kena promosikan iklan khidmat masyarakat. Iklan khidmat masyarakat takde bayaran. Tapi ada point yang di namakan sebagai cp. Kegunaan cp ialah untuk bida mana-mana barangan yang korang suka dalam says.com. Bidaan ini bukan mencari pembida tertinggi sebaliknya mencari pembida ter-rendah. 

Tengok bawah ;

Maksudnya begini ;

hadiah yang ditawarkan untuk dibida ialah ipod nano 8GB

aku bida 1000 cp
ko bida 800 cp
orang lain bida 336 cp

jadi yang menang ialah pembida ter-rendah. 

Menarik kan? Jadi takdelah terkejar2 nak cari point. Setelah aku perhatikan dan perhalusi terma2 dalam says.com bolehlah aku simpulkan begini ;

- says.com bukan matlamat untuk kita cari duit. Kalau nak cari duit pergi masuk churp-churp. 

- says.com ialah tempat untuk cari hadiah.

- says.com ialah tempat utk kita brkomunikasi dan terlibat dlm kempen2 iklan kemasyarakatan. [tak dapat duit, tp dapat cp]

Bila ko dah buat semua2 di atas.. maka dah takde apa yang perlu ko buat lagi dah. Kalau ko rajin ko suruh lah member2 ko masuk says.com. Tapi peluang mereka untuk menang cabutan bertuah tue dah jadi sama banyak macam ko lah. Macam orang kat bawah neh. Heh


Ini semua bergantung pada luck ya. Jangan dengkilah kalau ada kekawan kita yang dah menang. Rezeki masing2. Belum tiba time kita lagi. Contest neh akan tamat pada 30 april nanti. Sekarang dah 15 april. Ada 15 hari lagi. Kalau berminat klik sini.

Sebelum aku terlupa, kempen2 dalam says.com neh berbeza ikut umur kelayakan. Selalunya student akan dapat banyak peluang utk buat duit daripada pekerja.
Ameno : Dapat rm1k cash dari maybank pun best gak.. boleh beli mcm2.. huhu

Share this

2 Responses to " Tipsi : Cara-cara nak menang cabutan bertuah says.com di facebook "

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...