Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 April 2011

Entry berapi : RPK muncul tv3 buat pengakuan II !



Hari neh sambungan kedua interview tv3-raja petra disiarkan di berita buletin utama tadi. Episod pertama tengok sini. Neh apa yang dia cakap kat tv3 tadi [tajuk tue aku yang simpulkan sendiri, bukan rpk, tp petikan di bawah tajuk tue ialah kata2 rpk dalam berita tadi]

1. Isu ketidaksepakatan pakatan pembangkang.

"Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."

2. Isu 16 sept yang mana anwar gagal menunaikan janjinya.

"ketika di mahkamah anwar pernah berjumpa rpk yang ketika itu berjalan 2 kes secara serentak. Anwar berkata kepada rpk, awak akan bebas tak lama lagi"

3. Kedegilan DAP dan kelemahan PAS dalam menerangkan kepada DAP apa itu islam.

"Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"

4. Kelemahan anwar dalam kepimpinan selangor dan gagal mengawal ketidaksefahaman wakil2 rakyat pakatan pembangkang di bawah nya.

"Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."

5. Rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan rakyat.

"Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang."

Selain dari di atas, rpk juga mengulas bab [yang neh aku simpulkan je, rpk tak cakap macam neh tp lebih kurang beginilah maksudnya]

6. liwat

- menyelesaikan kes liwat dia sekali harung. Senang. Rakyat tak mampu nak pergi mahkamah untuk cover isu neh. Rakyat bukan peguam. RPK pun bukan peguam.Kadangkala peguam sendiri pun keliru sebab terlalu banyak itu ini dalam kes liwat.

7. Kabinet bayangan.

- macam mana pakatan nak memerintah negara kalau kabinet bayangan pun gagal nak tunjukkan kepada masyarakat awam? Jelas di sini pakatan pembangkang tidak mampu membentuk kesefahaman untuk membentuk satu kabinet bayangan sekalipun. Mungkin tak boleh nak bertolenrasi kot di antara satu sama lain.

8. Kecelaruan pembangkang.

- Menjadi pembangkang mudah,  hanya perlu membangkang. Kerja membangkang, memang lah hanya membangkang. Tapi kalau jadi kerajaan, sukar. Kerajaan perlu melaksanakan. Dan ia bukan satu kerja mudah.

Apa yang RPK cakap neh mmg betul. Dia huraikan satu persatu kelemahan pakatan rakyat. Sebelum pakatan rakyat membuta tuli nak pegang kuasa bagai nak rak, mereka patut memperbaiki kelemahan mereka neh. BN dah sah2 teruk. Kita taknak ganti parti yang lebih kurang perangai cam BN.

Contohnya adun dap perak, nga kor ming baru2 neh wat lawak bangang. Bukan taktahu peraturan sidang dun perak kena pakai pakaian rasmi dun. Dia boleh pula tak pakai. Nampak tak? Menda simple neh pun dia langgar? Nak harapkan dia jadi pemimpin kerajaan? Dan biarkan dia langgar peraturan? Wak luee..!

Dsai kena tegur dan tubuhkan jawatankuasa displin pakatan pembangkang. Mana2 yang buat lawak bangang macam nga kor ming neh kasi denda. Lebih elok buang terus dari jadi wakil rakyat. Sama gak macam PAS. Cuba lah kuat, konsisten dan bersatu sket dalam isu2 yang membabitkan umat islam. 

PAS sejak akhir2 neh kurang bersemangat macam tahun2  sebelumnya. Kepimpinan pas pun banyak yang bercakaran dalam dan luar parti. Tengok pun sakit ahti. Baru dalam parti dah serabut. Itu belum lagi jadi pemimpin. Pas kelantan dan kedah dilihat bersatu. Aku nampak. Tapi pas perak? Hancur. Hey.. jangan nafikan kata2 aku. Aku dok sini. Aku tahu. Aku perhatikan mereka. Mmg serabut bhai. Serabut habis.

Pakatan pembangkang kena terbuka menerima kritikan rpk. Memang timing dia tak sesuai beb. Time2 pilihanraya negeri sarawak pula tiba2 dia nak luahkan pendapat dia. Tapi instead of condemn dan kritik dia, elok kita perhatikan dan cuba fahami dulu sbb2 di sebalik semua itu.

Video interview rpk-tv3 di sini.

Ameno : Sebelum repair rumah orang, repair dulu rumah sendiri.

Share this

6 Responses to " Entry berapi : RPK muncul tv3 buat pengakuan II ! "

  1. wei,takyah la semua ni tak relevan,amenoworld ney nak dapat duit dgn trffic jew,ye memang aku dengki,fux la amenoworld,.ko x yah wat alim,aku tak kenal ko pun aku tahu,ko ni gila duit

    BalasPadam
  2. ini good entry.. betul pe yg ko ckpkn.. sbb tu aku bengang tol ngn PR ni.. dok condemn pndai je.. pastu dok ckp kerajaan itu in pdhal dorg pon ade mslah gk.. xnmpk profesional n mcm budak2 gadoh.. kalo ko nk memerintah, tnjuk la yg bgus.. xyh nk ckp kerajaan naekkn harga brgla pela..itu isu lapuk.. even aku mmg xcaye if PR mmrintah pn harga xkn turun..serius aku ckp..mnela tawu ttbe pR mmrintah harga mnyk naek giler2 xkn dorg nk sekat..sure2 gov kne tggung subsidi byk..ni sume boleh difikirla..jgn pker mcm xde otak..

    BalasPadam
  3. psl isu kroni la, rasuah la.. even dlm PR pn ade bnda tu.. xmungkin xde.. mnusia bhaii.. so xyh nk ckp kburukn org sdgkn dri sndri pn xleh nk jge..yg pnyokong lak dok maki2.. org xskong je dok ckp bodohla pela.. be rasional la.. jgn ingt korg tu bgus sgt(aku tuju ke pnyokong tegar BN n PR).

    BalasPadam
  4. bukan masalah teguran atau kritikan..ye betul, kritikannya ada yang membina..tapi RPK jelas dipihak siapa..cuma skang kenapa dia mengajukan kritikan dikala PR di medan perang..semacam RPK nie dapat "license to kill" Pakatan Rakyat yg selama nie menjadi medium idea dan pandangan RPK di pentas politik..pada yg pasti, anda tahu ini adalah sebahagian drama konspirasi utk menjatuhkan PR..RPK boleh jumpa TV3 suku n bagi pandangan, why not RPK sendiri jumpa Anwar atau PR leaders yg lain, yg ini tak berlaku pula..why dia bg kritikan menggunakan media perdana sedangkan selama ini media perdana lah yg banyak mengeluarkan berita bg menyokong cadangan melucutkan warganegara beliau..rakan2 PR patut beringat anybody pun walopun sebagus mana dia, belum pasti dia akan kekal pada perjuangan asal..jadikan RPK sebagai contoh..lepas ezam kotak, RPK king burger pulak..sedih..

    BalasPadam
  5. fine rpk nak britahu pendapat dia.inilah mslh media di malaysia.tv3 suku ni berat sebelah..tanya pendapat ttg dsai dan pr je. x tanya pulak ttg kerajaan sedia ada.tu lah yg org x puas hati.x boleh nak pertimbangkan,kene dgr yg sblh pihak sj. anyway sape kt naik harga isu lapuk? rakyat sume perlukan tu.itulah gunanya pembangkang.kalau xda pembangkang lg teruk!.mana2 kerajaan msti ada pembangkang.kalau x kerajaan buat kut sukahati je.hah lepas pru,tiada lagi rm1 untuk klinik kerajaan..kalau nak rawatan free,amek insurans byrla tiap2 bulan rm100++. kalau x amek insurans,byrla rm40 sekali dtg.huh..makin lama makin tersepit,menghimpit!dah lama sgt 50 tahun.makin lama makin teruk rakyat dihimpit.

    BalasPadam
  6. psl isu kroni la, rasuah la.. even dlm PR pn ade bnda tu.. xmungkin xde.. mnusia bhaii.. so xyh nk ckp kburukn org sdgkn dri sndri pn xleh nk jge..yg pnyokong lak dok maki2.. org xskong je dok ckp bodohla pela.. be rasional la.. jgn ingt korg tu bgus sgt(aku tuju ke pnyokong tegar BN n PR).

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...