Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label barisan nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barisan nasional. Papar semua catatan

Rabu, 25 April 2018

Sistem BN Rosak, Calon Tak Bermoral Dipilih, Puad Zarkashi Umum Letak Jawatan JASA..

Datuk Dr. Puad Zarkashi hari ini sah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA berkuatkuasa esok, 26 April 2018.

Ini susulan protes kerana namanya tidak dicalonkan semula untuk bertanding di Parlimen Batu Pahat oleh Barisan Nasional.

Umno sebaliknya memilih Ketua Wanita Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah untuk bertanding di Batu Pahat.

Pada PRU ke 13, BN gagal mempertahankan Batu Pahat dan kalah kepada PKR.

Menurut Puad Zarkashi, sistem pemilihan (calon) BN sudah rosak dan sia-sialah segala tindakan JASA yang mempertahankan kerajaan selama ini.


Dan berikut adalah kenyataan penuh beliau seperti yang terpapar di Facebooknya;

"25.4.2108. HARI TERAKHIR DI JASA

Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet PH mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja.

Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan sehingga JASA semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.

Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka yang tidak mengikuti sejarah saya. PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong Anwar kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari. PRU 2004 nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua dan setpol YAB MB Johor (TS Ghani Othman). Saya juga meletakkan jawatan sebagai setpol serta merta. Tetapi saya juga tidak lari.

PRU ke 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari. Di PRU 2018 ini, saya digugurkan dalam tempoh 24 jam setelah menerima panggilan dan sebelumnya ditemui oleh TS Fatmi Salleh yang mengesahkan pencalonan saya. Pengguguran saya berlaku tanpa perundingan walaupun saya adalah ahli MT, KP JASA dan Ketua Bahagian.

Sebab itu saya berani mempersoalkan sistem memilih calon kali ini adalah ROSAK. Sebab itu apabila TPM mendakwa saya digugurkan kerana berlaku kerosakan sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu Pahat maka ia meyakinkan saya sistem memilih calon UMNO kali ini adalah rosak dan corrupted.

Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan UMNO Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.

Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjawab komen TPM secara terbuka? Kalau begitu kenapa Ahmad Said yang membawa usul supaya DS Razif dipecat sebagai MB tidak dikenakan tindakan dan dicalonkan semula.

Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral dipilih. Calon yang tidak membantu parti juga terpilih.

Walaupun mempertahankan Kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik. Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi. Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I WIN,"
katanya dalam satu kenyataan. - 25 April 2018.

Selasa, 19 Mac 2013

Internet Percuma 30 minit pertama untuk rakyat miskin - Najib Razak.


Ini hujah Najib. Kita teliti dulu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhidmatan Internet percuma bagi setengah jam pertama kepada warga miskin di bandar dan luar bandar.
   
Katanya butiran lengkap mengenai perkara itu akan disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

   
Berucap pada majlis ramah mesra warga Telekom Malaysia (TM) bersama Perdana Menteri di sini, Najib turut mengumumkan hadiah sagu hati RM500 kepada warga syarikat itu.
   
Katanya bayaran sekali sahaja itu akan dibuat pihak pengurusan TM kepada petugas tetap, kontrak dan kakitangan yang dipinjam sebelum cuti persekolahan 25 Mac ini.
   
"Sumbangan ini jelas menunjukkan kemakmuran negara kita dikongsi bersama. Negara ditadbir baik, negara makmur, kita kongsi.
   
"TM diurus baik, TM berjaya, kita kongsi kejayaan dengan warga TM," katanya. - Bernama

1. Internet percuma = 30 minit.

2. Untuk orang miskin bandar dan luar bandar.

Baiklah.

Ini ialah pendapat aku pula. 

1. Internet percuma hanya 30 minit. Apa yang kita harapkan dengan menggunakan internet sebanyak 30 minit dalam sebulan? Maaf aku tengah ketuk2 kepala sambil fikir apa motif perkara ini Najib buat.

2. Untuk dapatkan internet percuma = perlu langgan pakej internet, betul tak?

3. Pakej internet = fees + monthly payment. Betul kan?

4. This free internet, 30 minutes dedicated untuk mereka yang miskin, betul?

5. Then you think yang miskin akan grab  internet or food?

Antara kemudahan internet dengan harga barang makanan, kemudahan pengangkutan, batalkan GST [at least bukan sekarang], rendahkan cukai kereta, kaji harga rumah, ini lebih dekat dengan rakyat sebenarnya.

You don't expect poor families akan langgan pakej internet semata2 nak grab free 30 minutes, betul tak? Seriously. You are not thinking like that kan Najib? 

Okey fine bersyukurlah internet 30 minit percuma. Then so?

Yang miskin agak2 ada ke smartphone? Itu nak fikir lagi. Sure ke depa ada hp and surf internet? Aku survival der, survival untuk makan. Untuk bayar persekolahan anak2. Untuk bayar hutang. And smartphone with internet pakej? Aku rasa najib dah gila.

Ini agaknya orang2 miskin akan berkata kalau la, KALAU berita ini sampai kepada mereka. Kalau dah namanya MISKIN, kadang2 TV pun takde. Nak beli paper jangan la HADAP. And 30 minit internet percuma? Hah. PIEM AKU tue. PIEM kita semua. 

As you stated they are from poor families kan. Jadi sesungguhnya kemudahan ini tidak TALLY ataupun TIDAK AKAN SAMPAI kepada golongan sasaran.

Apa yang najib patut buat ialah rendahkan pakej langganan internet. Pakej internet di malaysia mahal. Kelajuan tidak SETIMPAL dengan nilai yang di TAWARKAN.

Yang ini ko buatla. At least dapat juga kita berjimat 50 - 60 sebulan.

Dengan penjimatkan 50 - 60 kita boleh salurkan untuk bayar benda lain. Or buat simpanan.

Kadang2 aku heran. Aku bukan nak sangat kondem BN. Bukan nak sangat kondem najib. Tidak la kerja aku asal celik mata hahhhhh aku nak kondem najib. Aku nak kondem bn. Noo. 

Tapi BN dan Najib itu sendiri suka sangat buat kerja2 yang aku rasa haizhhhh apa benda yang perdana menteri aku merepekkan ini hahhh?

Aku nak sayang kat piem aku. Nak juga bersangka baik. Nak juga sokong. Tapi biarlah piem itu sendiri lakukan sesuatu yang mendekati dengan keperluan masyarakat. Jangan dok pongpang2 kenapa kami membantah la. Cuba korang sendiri semak dulu. Semak idea2 yang NAJIB DAN BN sendiri promote. Taknak bantah pun tak boleh. 

Kita orang PEMBANGKANG sudah sampai di hujung curam. Samada terjun sungai atau mampos kena bunuh. Menyokong idea ini terasa nya BODOH sangat. Tak menyokong, bantah pula, pun kena tembak bertubi2.

Menyokong salah. Tak menyokong pun salah. BN la yang memaksa kami tersepit. Bukan kerana kami suka membantah. Kami diseru untuk membantah, faham tak? Oke bai. 

Khamis, 13 Disember 2012

Malaysia Juara Dunia Dalam Amalan Rasuah.

Amek kaw.

Tadi dok citer pasal juara dunia memiliki pemandu teksi yang tidak berhemah sekitar kuala lumpur rujuk sini, kini juara rasuah pula. Lepas neh juara apa ek kita nak gondol? Berita tersebut dipetik dari laman web ini ==> http://www.hindustantimes.com/world-news/Americas/Malaysia-is-world-champion-in-corruption/Article1-972080.aspx


Merujuk kepada artikel di atas ;

1. Artikel di atas berkenaan amalan rasuah di kalangan usahawan / pegawai eksekutif / syarikat / perniagaan di malaysia.

2. 50% daripada mereka mengakui / mempercayai bahawa mereka kalah dalam perebutan tender / projek kepada pesaing mereka disebabkan amalan rasuah yang berleluasa di kalangan penjawat awam.

3. Mexico berada di tangga kedua selepas Malaysia. Sorry Mexican. You lost to Malaysian oke.

4. Jepun pula mencatatkan paling kurang mengamalkan rasuah dalam mendapatkan projek iaitu sebanyak 2% dan di ikuti oleh singapore sebanyak 9%.

5. Bahkan dalam tahun 2012, statistik Malaysia menjunam mengalahkan Indonesia.

Ya, ya kali neh nak dibandingkan dengan siapa bila kita no 1 paling teruk? Sapa duduk di tangga 0? Ada mana2 negara duduk di tangga zero? Kita lebih baik dari negara itu oke.

kah kah kah

6. Ini juga menunjukkan bagi syarikat swasta untuk mendapatkan projek dari kerajaan maka amalan rasuah itu terpakai ataupun lebih tepat sebahagian dari 'tata kerja'.

Dan errrr kenapa pula penyokong umno dan bn nak melatah dalam isu ini? Ada tak kajian di atas mengatakan amalan rasuah berleluasa di malaysia hanya melibatkan orang2 bn je? Tak. Dia cakap sektor awam. Sektor awam di kedah, kelantan, penang, selangor bukan lah merujuk kepada pentadbiran bn kan? Jadi y u melatah di posting kawan2 fb?

Yang sepatutnya melatah ialah SPRM. Selagi SPRM tidak cekap dan tegas membanteras rasuah selagi itulah kita top dalam amalan tersebut. SPRM patut malu. Beria2 dok canang kat tv, kat media konon nya amalan rasuah berkurangan tapi nampaknya apa yang dicanangkan itu tidak merujuk kepada realiti pun. So SPRM..perlu kan plastik sampah? Rumah aku banyak oke. Sesuai untuk tutup muka.

kah kah kah

Ahad, 11 November 2012

Video yang semua penyokong UMNO mesti tonton.

Hoi, penyokong umno. Plus bloggers umno. Plus penyokong barisan nasional sekali la. Seme2 yang terbabit dengan perang saiko dan propaganda internet apa bagai. Korang meh sini kejap.

Aku nak suruh korang tengok satu video kat bawah neh. Penting. Bukan apa. Aku ikhlas nak mendidik korang. Kadang2 kesian tengok korang tue benak sangat. Orang berpolitik, dia pun nak berpolitik. Orang bagi hujah dan fakta. Luahkan ikut pengalaman peribadi dan bercakap pasal hakikat dan keadaan semasa. 

Korang plak merepek pasal benda yang tak terbukti. Plus suka main fitnah. Then cipta topic bodoh untuk mengalihkan isu bila dah takde hujah. Mula2 rakyat mungkin termakan la taktik tue. Tapi kalau dah 55 tahun gunakan taktik sama mana la rakyat akan termakan lagi. Orang bodoh je yang main terima bulat2 tanpa melakukan analisis sendiri. Macam korang.

kah kah kah

So disebabkan aku baik, cuma kurang jahat sikit dari rais yatim yang alim nak mampos tue.. aku bagi korang peluang untuk cerdikkan diri masing2. Tengok video kat bawah neh dan belajar. Belajar bagaimana untuk mengeluarkan hujah. Bukan pergi fitnah orang gay apa seme or pr perintah negara terus bankrupt selepas 100 hari. Itu bukan hujah la bodoh. Itu satu tuduhan yang takde base. BODOH nak MAMPOS.

KAH KAH KAH

 

Rais Yatim, Perempuan selak kain dan Anugerah Skrin 2012.

Woww..

Nurul Izzah sokong murtad.

Bersih sokong LGBT.

PR pro kebebasan beragama.

DAP anti islam.

PKR pro yahudism.

PAS sesat.

Ini kat bawah neh hapa hah?


Sumber gambar : sini

Seseorang apabila menolak islam tak semestinya dia cakap depan2 gunakan mulut dia hey aku tolak islam la. Cukup la tak perlu melakukan apa yang termaktub dalam islam. Tak perlu buat pengakuan pun.

Seseorang yang canang depan tv dan pusing 1malaysia dengan pongpang2 PR adalah segala yang buruk, jahat, zalim, kejam, dan etc2.. sudah semestinya meletakkan diri dia adalah seseorang yang baik kan? Betul tak?

So orang baik mana buat benda2 kat atas. Orang baik takan sokong event pro maksiat. Orang baik takan sokong artis pakai seksi. Orang baik takan hadir majlis yang mempromosikan perkara mengarut. BN kan baik. Umno kan baik. Rais yatim kan baik. Yang jahat tue dsai. Jahat tue aku. Jahat tue pr. Kenapa pula bukan dsai dalam gambar tue? Kenapa bukan aku ? Kenapa bukan pr? Tapi menteri bn? Kenapa hah?

Sapa baik dan sapa jahat sebenarnya neh?

Sapa yang permainkan islam neh?

Sapa yang sesat dan hipokrit neh?

PAS ke jawapan dia? 

kah kah kah

Ahad, 2 September 2012

Inilah kenyataan Nurul Syuhada yang menyebabkan rakyat Sarawak mengamok.

Semua ke?

Aku tatau. Tapi korang baca dulu kenyataan tersebut kat bawah neh ;
Berikut ialah ulasan hos Nurul Syuhada dan Fedtri dalam konteks Bintulu sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia. 

Syuhada, " Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak...

Fedtri, " Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching....

Syuhada, " kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....

Disebabkan menyebut perkataan DAIF,  cik kak nurul syuhada telah dihentam oleh pelbagai pihak. Yang menjadikan tapak kaki aku ketawa2 sampai tak hengat donia ialah PAS pun turut menyemak dalam isu neh.

kah kah kah

Kemon. 

Kalau dia cakap bintulu daif kita nak marah kenapa?

Bintulu = sarawak = bn = daif?

So yang

PAS NAK MENYEMAK kenapa?

Kalau dia mai perak dia cakap perak daif takan nak marah kot? Aku dah berjuta kali cakap perak daif.  Aku bandingkan kehidupan aku kat kl dengan perak. So aku cakap apa yang aku pernah alami. Tang mana salahnya pengalaman aku? 

Tak suka?

Bagi la maju macam kl. Macam johor. Sampai bila nak macam neh jek. Kelantan tak nampak maju tapi rumah besar. Ko ada? Kawasan sini sudah la takde kemajuan, pembangunan terpilih,  projek kroni, daif, miskin sana sini sampai selalu masuk bersamamu tv3, negeri ketiga termiskin, gaji kecik, hapa pun takde then nak marah aku? Cakap benda betul merupakan satu kesalahan ke?

Dan sejujurnya aku pelik banyak kali atas isu neh. Kalau korang baca betul2 apa yang cik kak nurul tue cakap kan..

kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....

1. Kawasan bintulu daif.

2. Melalui pelan transformasi

3. Tadaaaa tak daif lagi dah..

Macam neh pun nak marah ka? Biar betikk?

Hold.

Mari kita bertukar2 fikiran. Berlapang dada. Kita hidup dengan pengalaman yang berbeza2. Jadi jangan heran kenapa pandangan kita akan berbeza2 juga. Dan aku fikir, nurul syuhada tak mengatakan apa2 yang salah. Takde point sama sekali nak marah dia melulu. Kesian kat dia. Sampai kena minta dan sudah pun minta maaf.

Dan paling takde point sekali ialah PAS. Memang kelakar. Jangan sebut PAS la. Random sangat. Sebut Pemuda PAS Sarawak. Kali terakhir yang aku ingat ialah PAS = PEMBANGKANG di sarawak. Aku tatau pula yang PAS dah tukar jadi PEMBANGANG di sarawak. 

Jika ada orang luar bintulu mengatakan bintulu itu daif tembak lah bn. Mereka tak buat pembangunan. Yang ko tembak orang yang cakap jujur buat apa? Tugas ko tahun melawat sarawak ke or cari jalan untuk memerintah sarawak?

kah kah kah

Opss.. tak habis lagi.

Bukti bintulu tak daif ada kat bawah neh hah ;



Oppa Najib nak mai. Lagi beberapa minggu piem nak mai mula sibuk repair jalan. Macam piem sorang jek guna jalan tue.. jalanraya di malaysia dibuat untuk menteri bukan untuk penduduk awam..

Dan dengan neh boleh la si taib tue berbangga.. tadaaaaaa kan i dah habaq kat u.. bintulu tak daifff, i km yang baikkk dan iiii akan pastikan mereka voteee biennnn okeee opppa?

kah kah kah 

Sumber gambar dan rakaman percakapan nurul syuhada disini. 

Khamis, 5 Julai 2012

Ini bukti janji BN ditepati.



Malaysia ialah sebuah negara islam. Buktinya kita ada menteri agama, boleh melaungkan azan dan memiliki banyak masjid dan surau yang kosong.


Jamil khir.


Ustazah Mashitah.

Kita diperintah oleh BN. Umno adalah sebahagian dari parti yang mengangotai BN = BARISAN NASIONAL. UMNO = wakil rakyat yang paling banyak mendapat kerusi adun dan parlimen = parti yang dianggotai oleh majoriti islam dan melayu khususnya.

Orang umno seringkali bagitau kita bahawa bn telah menepati janji mereka selama memerintah malaysia dan perjuangan umno adalah untuk ;

1. Melayu = bangsa

2. Islam = agama

3. Malaysia = tanahair

Oke. Kita dah faham. Dan kita nak ucapkan terima kasih sebab memperjuangkan seme perkara tersebut.

Umno dan hiburan.








Umno dan judi.





       ** KWSP? Apa kaitan dengan judi? Owhh.. seme duit kita diniagakan dalam syarikat judi. :)

UMNO dan rasuah.









Umno dan skandal 








  



Umno dan Islam.







Umno dan Melayu.


  
Umno dan fitnah






Terima kasih umno. Kami sayang anda. Anda memang best. Sekarang aku dah faham maksud sebenar berjihad mempertahankan islam, melayu dan negara. Tenkiu. Mucho2 gracias umno. Bai.


kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...