Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Mac 2020

#Covid19, Beri Data Percuma Untuk Pengguna, Seru UMNO Kepada Syarikat Telekomunikasi.

Shahril Sufian Hamdan | 10GB DATA PERCUMA: KEUNTUNGAN SYARIKAT TELCO SUDAH SEKIAN LAMA TINGGI - INI MASA BERKONGSI DENGAN RAKYAT

Amat bersetuju dengan saranan Shahrul Fadhel agar syarikat-syarikat telekomunikasi berkorban sedikit keuntungan mereka membantu rakyat Malaysia tatkala Perintah Kawalan Pergerakan #Covid19. Berikan data percuma. Ramai yang perlu kerja dari rumah, bukannya mereka duduk goyang kaki semata.








Saya tak perlu ulas panjang, hujah beliau tepat sekali. Cuma nak tambah, bukan 5GB tetapi 10GB pun syarikat telco mampu.

Untuk makluman, keuntungan telco Malaysia adalah amat tinggi berbanding negara lain (semak lampiran). Di negara-negara maju seperti UK dan AS, marjin perolehan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (pendek kata, marjin keuntungan) telco lazimnya 20%. Di Malaysia, 50%.

Kalau nak kira julat keuntungan bersih pun, telco negara kita jauh lebih tinggi dari negara lain. Boleh tengok sendiri di bawah.

Lazimnya bila bercakap tentang soal pendapatan rakyat, soal naikkan gaji, atau apa-apa sahaja yang memberi kos kepada sektor swasta, hujah balas adalah "ini pasaran bebas; syarikat tak mampu" dan sebagainya.

Hakikatnya, banyak syarikat besar yang mampu. Soalnya nak atau tak nak buat sahaja. Ini bukan ketika yang biasa - ini senario luarbiasa. Harap mereka buktikan bukan hanya Kerajaan, penjawat awam, pekerja kesihatan dan rakyat biasa berkorban dalam menghadapi krisis ini. Berkongsilah sikit keuntungan tu dengan rakyat.


-----------

Saranan :  Shahrul Fadhel

Kepada Pembekal Rangkaian Internet, Syarikat Telekomunikasi.

Di saat Malaysia berdepan dengan bencana Wabak Virus Covic 19 ditambah pula dengan arahan Kerajaan “Perintah Kawalan Pergerakan(Movement Control Order)” majoriti Rakyat Malaysia diarahkan berkerja di rumah masing-masing sehingga 31 Mac 2020.

Sudah tentu lebih data internet diperlukan bagi menyiapkan tugasan. Bagi yang mempunyai jumlah data yang sedikit, mereka terpaksa membuat pembelian Data tambahan daripada Pembekal Rangkaian.

Tidak terkecuali juga buat Penuntut IPTA yang terpaksa menanggung beban ini. Malahan ada juga Pelajar di peringkat sekolah diminta untuk belajar di atas talian(online learning).

Oleh yang demikian, bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh kebanyakkan RAKYAT MALAYSIA, saya menyeru supaya Syarikat Telekomunikasi/Pembekal Internet Di Malaysia supaya memberikan DATA PERCUMA buat seluruh Pelanggan Persendirian mereka sebanyak 5 Gigabytes sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan(31 MAC 2020)

Semoga sedikit sumbangan Korporat kalian dapat meringankan beban RAKYAT MALAYSIA dan segala Urusan Pejabat, Pembelajaran Pentadbiran boleh berjalan lancar walau kami berada dirumah. - 19 Mac 2020.

Rabu, 18 Mac 2020

Portal Ismaweb Pertikaikan KPM Buat Iklan PISMP Untuk Lepasan UEC.

Politik | Portal Ismaweb hari ini mempertikaikan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mengeluarkan iklan pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian bagi calon laluan khas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

"Iklan itu seolah-olah menunjukkan Timbalan Menteri Pendidikan I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon telah menunaikan janji dengan pertubuhan radikal, Dong Zong dan Jiao Zong dalam isu pendidikan Cina.

Hang Soon yang juga Timbalan Presiden parti perkauman MCA dilaporkan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan KPM dan gabungan itu untuk menggerakkan reformasi pendidikan
," tulis portal itu hari ini.



Semakan mendapati tindakan KPM itu bukannya baru, kerana pada tahun 2016, iklan yang sama pernah dikeluarkan.


Rujukan : https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/pengambilan-calon-unified-examination-certificate-uec-dan-sijil-menengah-agama-sma-atau-sijil-menengah-ugama-smu-untuk-mengikuti-program-ijazah-sarjana-muda-perguruan-pismp-ambilan-khas-2016
 

Di laman web KPM tidak kelihatan iklan yang dipaparkan di portal Ismaweb itu.


Sebagai rekod, sijil UEC tiada kaitan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia, ia sebaliknya dikendalikan oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dan wakil-wakil dari Dong Jiao Zong sejak 1975 lagi.
UEC merupakan peperiksaan bersepadu yang digunakan oleh sekolah menengah persendirian cina di seluruh Malaysia dimana sukatan pelajarannya tidak selari dengan Dasar Pendidikan serta Akta Pendidikan 1996. - 18 Mac 2020.

Beberapa Kegagalan Dalam Restricted Movement Order Dan Cadangan Penambahbaikan.

POLITIK | Kita sekarang berada di fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

18 Mac adalah hari pertama larangan ini dikuatkuasakan, sehinggalah berakhir pada 31 Mac. Terdapat beberapa kegagalan dalam arahan ini yang nampaknya tidak ditanggani secara baik.


1. Sebaik sahaja arahan keluar, IPT telah mengarahkan kesemua pelajarnya mengosongkan hostel dan kolej kediaman. Kesemua pelajar ini haruslah kita faham, mereka berada dalam mood yang keliru. Pelajar yang ada ibu bapa, berduit, rumah agak dekat, mungkin boleh pulang. Tetapi pelajar yang jauh macam rumah keluarganya di Sabah dan Sarawak, tidak berduit, dan keluarganya tidak berkenderaan, selepas itu terikat dengan komitment kerja part - time, apabila dihalau keluar dari kediaman, mereka menjadi buntu secara tiba-tiba. Situasi semakin meruncing apabila mereka diarahkan balik secara serentak, membuatkan TBS menjadi sesak. Gambaran itu kemudiannya disebarkan netizens, dan mereka menjadi mangsa kecaman di sosmed. Apabila dipertikaikan, PDRM dengan segeranya mengeluarkan larangan keluar ataupun balik kampung. Kena ada borang. Pelajar ini sekali lagi keliru. Kerana memikirkan jika gagal pulang ke rumah sebelum jam 12 malam, adakah berkemungkinan dia perlu tinggal di KL tetapi tiada hostel, kat mana dia nak tidur selama 2 minggu ini. Apabila dihubungi Syed Saddiq, IPT menafikan ada arahan 'menghalau' pelajar balik, tetapi berdasarkan semakan kami, arahan itu adalah benar. Selepas balai sesak dengan ribuan orang datang mengambil borang, PDRM membatalkan arahan. Dan pagi tadi, Kementerian baru sahaja mengeluarkan arahan kepada IPT jangan suruh pelajar balik. Tetapi oh my Allah, hostel dah krik krik krik. Jadi apa yang patut kita buat? 

- bagi yang dah balik tu, biarlah mereka balik. KKM akan terus kempen mengenai kebersihan diri. Semua pelajar tolong patuh arahan.

- bagi yang belum balik, dan masih struggle samada punya duit ke tidak untuk terbang ke Sabah dan Sarawak, usahlah pulang. Duduk diamlah di hostel dan IPT kena pastikan mereka punya makanan yang mencukupi. Jangan pula lepas neh kita dengar mereka bergelut dengan masalah kelaparan dan tak punya wang untuk beli makanan.

- Ini adalah try and error. Pastikan MKN dan agensi terbabit memasukkan senario ini dalam laporan mereka supaya kita lebih bersedia pada masa akan datang.

2. Penjaga kecil, pasar malam, tani, karat, food truck dan semua perniagaan bergerak, perlu menutup operasinya. Ini adalah masalah besar kepada golongan ini. Mereka ini tak semuanya mempunyai simpanan at least untuk cover perbelanjaan selama 2 minggu. Ada yang gaji harian. Hari ini meniaga, dapat duit, cover modal esok, makan esok, jika esok tak meniaga? Modal kemana, duit belanja ke mana. Sungguhpun memahami kepentingan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan adalah demi keselamatan kita semua, golongan ini perlu dibantu dari segi kewangan.

- oleh itu, kita harap kerajaan kaji balik Pakej Rangsang Ekonomi bagi memasukkan kumpulan ini.

- macam biasa, masukkan senario ini dalam laporan untuk tujuan akan datang.

3. Penutupan semua taska dan pusat jagaan anak-anak. Ini memberikan masalah kepada golongan yang perlu bekerja contohnya sektor kesihatan, pembuatan, perkhidmatan, perkilangan dan industri. Macam, boleh ke kita hentikan operasi gas and oil? Nanti kita kehabisan minyak, kemana rakyat nak isi? Pekerja dalam industri-industri ini ada anak. Ke mana anak nak dihantar? Balik kampung? Ada cuti ke pun staff KKM? Jika suami isteri staff KKM, lagi masalah. Bukankah patut ada pertimbangan kedua bila diarahkan penutupan semua pusat jagaan anak-anak ini? Paling kurang, bantu mereka untuk difikirkan kaedah terbaik, di mana mereka boleh meletakkan anak-anak mereka, di tempat yang selamat. Beri kelonggaran mungkin taska dan pusat jagaan anak-anak tak patut dilibat dalam operasi tutup perniagaan tetapi mereka perlu amalkan tahap kebersihan yang tinggi.


4. Bagi kedai-kedai yang perlu menutup operasinya kerana kekurangan pelanggan, paling tidak pun, fikirkan sewa bulanan dan gaji yang perlu dibayar. Apakah kaedah terbaik untuk meringankan tanggungan mereka. Bukan semua kedai ada keuntungan yang besar. Kedai-kedai kecil ini lepas bayar tanggungan je. Sebulan dapat simpan RM200 bersyukur dah.

5. Orang-orang berduit telah melakukan panic buying. Kat sini, kita melihat mereka tidak memahami arahan. Senario ini perlu ada dalam laporan untuk proses penambahbaikan di masa akan datang. Pertama, sebelum mengeluarkan kenyataan mahu partially lockdown atau totally lockdown, semua pihak yang terlibat dalam operasi itu perlu diberikan briefing. Maknanya, pasaraya besar, peniaga rangkaian,  perlu mendapatkan maklumat awal. Beritahu kepada mereka, apa rancangan kerajaan, supaya pasaraya ini boleh buat persediaan. Misalnya, kenakan had pembelian. Contohnya 1 orang 3 paket gula ke. Yang ada banyak duit, mereka boleh beli banyak-banyak. Simpan stock. Tapi bagi yang tiada duit, mereka cenderung cari langkah berjimat cermat, mereka beli kat pasaraya besar kerana pasaraya besar selalunya harga mereka lebih murah dari kedai runcit. Kalau 1 barang jimat 40 sen, 10 barang maybe jimat rm10. Sikit kan? Tapi macam tu la orang takde duit berfikir. Selagi boleh jimat, mereka jimat. Tapi sekarang mereka nak jimat pun dah susah bila orang berduit neh borong satu pasaraya macam esoknya tak boleh keluar. Dan yang lebih bermasalah, jika ada peniaga sengaja ataupun terpaksa naikkan harga barang kerana bekalan kurang. Ini sekali lagi menyusahkan orang miskin. Oleh kerana itu, kerajaan dibawah komunikasi, perlu tackle senario ini. Selain dari melakukan penerangan dan hebahan maklumat yang bertujuan mendidik rakyat, perlu juga 2,3 hari persediaan awal. Lainkali tak boleh mendadak buat sekatan pergerakan tanpa disertai maklumat awal. Contohnya pada 16 Mac dah putuskan nak buat sekatan, pada 16 Mac itu jugalah menteri berkaitan perlu bermesyuarat dengan agensi penerangan, beri semua maklumat penting supaya media boleh menulis dan menerangkan kepada rakyat. Pada 17 Mac, barulah buat pengumuman rasmi. At least ada gap masa untuk rakyat fahamkan situasi dan kuranglah sikit panik mereka tu. Hantar SMS, buat iklan di sosmed dan TV, ulang-ulang supaya rakyat sentiasa alert. Situasi sekarang neh, berbeza. Pengumuman rasmi terus buat rakyat panik walaupun ada selang masa sehari. Buat hebahan dulu, then baru umumkan secara rasmi. Sempat juga la mereka nak bergaduh2, berbincang2, bertumbuk2 dan berpolitik kat sosmed tu sementara disahkan kerajaan kan.

6. PDRM kena tegas. Jangan bagi muka pada mereka yang meremehkan larangan. Bawa mereka kat penjara, tak selesaikan masalah. Nak ajar dorang neh, senang je. Jika kantoi je, rampas HP. HP tu dah macam nyawa dorang. Langsung tak boleh lekang. Ada banyak memori dan sejarah. HP kena rampas. Kunci kereta dan motor kena rampas. Confirm. Meroyan depa. 

7. Semalam, ramai dah berlepas ke kampung. Selepas seminggu dua, entah apa yang berlaku di kampung-kampung. Kerajaan kena kaji senario ini dan fikirkan alternatif andai kita menghadapi musibah, di mana jangkitan lebih merebak dan tak terkawal. Pada ketika inilah, kajian perlu dibuat supaya bila kita menghadapi masalah tersebut, pelan sudah ada.

8. Wujudkan pasukan pemantau. Pasukan ini peranan dia, pantau senario. Apa yang berlaku dalam masa 2 minggu ini, dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, kena ada laporan. Mesti lengkap. Laporan itu perlu disimpan. Untuk rujukan pada masa akan datang. Bila berlaku lagi situasi yang sama, kita akan lebih bersedia. Tukarlah kerajaan 10 kali pun. Jika kita ada satu SOP yang betul, insya-Allah kita boleh menanggani. - 18 Mac 2020.

Siapa Yang Ada Dalam MKN, Ini Jawapan Untuk Anda.

POLITIK | Ada rakyat Malaysia yang mengamuk marahkan menteri-menteri Perikatan Nasional kerana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengulas arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac ini.

Bagi mereka, arahan itu terlalu kelam kabut sehingga menyusahkan rakyat.

Kita tidak mahu mengulas cara ia dilaksanakan disini kerana itu bukan tumpuan kita, tetapi apabila menteri-menteri PN tidak membuka mulut, itu adalah langkah yang betul. Bahkan ia terpakai juga andaikata kerajaan hari ini adalah PH.


Kenapa agaknya?

Menurut laporan Malaysiakini, ini adalah senarai lengkap anggota Majlis Keselamatan Negara;

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi.

2. DS. Hamzah Zainuddin - Menteri Dalam Negeri.

3. Ds. Ismail Sabri Yaakob - Menteri Pertahanan.

4. Saifuddin Abdullah - Menteri Komunikasi.

5. DS. Azmin Ali - MITI.

6. Tuan Mohd Zuki Ali - Ketua Setiausaha Negara.

7. Tuan Affendi Buang - Panglima Tentera.

8. Abdul Hamid Bador - Ketua Polis Negara.

Ini bermakna, hanya lapan individu di atas layak membuka mulut dan mengemaskini mengenai situasi semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri-menteri lain memang tidak boleh, ataupun kita sebutkan lebih tepat, tidak patut membuka mulut bagi mengelak kekeliruan.

Melainkan, mereka ada maklumat yang jelas, fakta, tepat dan dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan.

Jika menteri-menteri PN, sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan, dan kenyataan itu pula didapati bercelaru dan mencetuskan suasana panik, tidak tenteram dan menimbulkan kegusaran dikalangan orang awam, itu lebih bermasalah lagi.

Jika anda mahukan kenyataan, perkembangan terkini dan sewaktu dengannya, sila desak hanya 8 pemimpin di atas. Jangan babitkan keseluruhan kabinet, kerana bukan semua menteri ada dalam MKN itu. - 18 Mac 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...