Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Mac 2020

Siapa Yang Ada Dalam MKN, Ini Jawapan Untuk Anda.

POLITIK | Ada rakyat Malaysia yang mengamuk marahkan menteri-menteri Perikatan Nasional kerana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengulas arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac ini.

Bagi mereka, arahan itu terlalu kelam kabut sehingga menyusahkan rakyat.

Kita tidak mahu mengulas cara ia dilaksanakan disini kerana itu bukan tumpuan kita, tetapi apabila menteri-menteri PN tidak membuka mulut, itu adalah langkah yang betul. Bahkan ia terpakai juga andaikata kerajaan hari ini adalah PH.


Kenapa agaknya?

Menurut laporan Malaysiakini, ini adalah senarai lengkap anggota Majlis Keselamatan Negara;

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi.

2. DS. Hamzah Zainuddin - Menteri Dalam Negeri.

3. Ds. Ismail Sabri Yaakob - Menteri Pertahanan.

4. Saifuddin Abdullah - Menteri Komunikasi.

5. DS. Azmin Ali - MITI.

6. Tuan Mohd Zuki Ali - Ketua Setiausaha Negara.

7. Tuan Affendi Buang - Panglima Tentera.

8. Abdul Hamid Bador - Ketua Polis Negara.

Ini bermakna, hanya lapan individu di atas layak membuka mulut dan mengemaskini mengenai situasi semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri-menteri lain memang tidak boleh, ataupun kita sebutkan lebih tepat, tidak patut membuka mulut bagi mengelak kekeliruan.

Melainkan, mereka ada maklumat yang jelas, fakta, tepat dan dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan.

Jika menteri-menteri PN, sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan, dan kenyataan itu pula didapati bercelaru dan mencetuskan suasana panik, tidak tenteram dan menimbulkan kegusaran dikalangan orang awam, itu lebih bermasalah lagi.

Jika anda mahukan kenyataan, perkembangan terkini dan sewaktu dengannya, sila desak hanya 8 pemimpin di atas. Jangan babitkan keseluruhan kabinet, kerana bukan semua menteri ada dalam MKN itu. - 18 Mac 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...