Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Mac 2014

Persoalan-Persoalan Yang Kerajaan Malaysia Perlu Jawab Mengenai #MH370.

Baiklah.


Nampaknya kita sudah ada satu keputusan yang pasti. Sidang media Najib sebentar tadi (pada siang 15/3) telah memberikan kita beberapa maklumat baru dan maklumat2 baru ini adalah maklumat2 yang pasti. Sahih. Bukan spekulasi. Bukan juga andaian ataupun kemungkinan kecuali mengenai satu perkara iaitu rampasan.

Jika selepas ini menteri2 kita membuat kenyataan sebaliknya ataupun u-turn daripada apa yang Najib sebutkan tadi maka sila nantikan respon maki hamun dari rakyat jelata yang nampaknya sampai sekarang masih terpinga2 dan keliru dengan apa yang telah berlaku..

Maklumat yang Najib sebutkan tadi ;

1. Pesawat berpatah balik. Ini bukan lagi satu kemungkinan. Tetapi sudah menjadi satu kepastian. PESAWAT MAS B777 MH370 DISAHKAN TELAH BERPATAH BALIK DARI LALUAN SEPATUTNYA.

2. Isyarat terakhir yang dikesan (ping dari sistem perkomputeran ke atas satelit) dari kapal terbang tersebut ialah pada jam 8.11 pagi. Ini bukan spekulasi sebaliknya maklumat yang telah disahkan oleh kerajaan Malaysia melalui sidang media yang dibuat oleh Najib siang tadi.

3. Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara oleh kerajaan Malaysia, FAA, NTSB dan AAIB termasuklah pakar2 yang terlibat dalam operasi mengesan dan menyelamat pesawat MH370.

4. Sistem komunikasi yang terdapat dalam pesawat tersebut telah dimatikan secara sengaja secara berasingan. Ia hanya boleh dimatikan oleh seseorang yang berada dalam pesawat tersebut. Mula2 sistem ACARS dimati sebelum pesawat tiba di pantai timur. Dan ketika pesawat mula memasuki ruang udara Vietnam, alat yang berfungsi untuk menentukan kedudukan pesawat iaitu transponder pula dimatikan.

5. Semua operasi yang berlaku di laut China Selatan telah dihentikan serta merta.

6. Pasukan pencari kini menumpukan usaha mereka kepada dua lokasi iaitu ;

- Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan.
- Dari Indonesia ke Lautan Hindi.

7. Menurut Najib mereka mempertimbangkan KEMUNGKINAN BERLAKUNYA RAMPASAN yang menyebabkan pesawat tersebut membuat lencongan.

8. Yang pasti, yang sahih dan yang confirm, pesawat tersebut memang telah menukar laluan asal pada kali terakhir dia dikesan melalui radar umum.

Okey.

Ini info2 yang telah disahkan oleh kerajaan. Info sahih nak ulas pun senang. Untuk rekod, rumah pilot Kapten Zaharie mungkin akan digeledah untuk mencari beberapa perkara bagi membantu siasatan.

Setelah menimbangkan, membaca, membandingkan dan meneliti kesemua info2 yang tersebar selama ini maka, aku percaya rakyat Malaysia pasti tertanya2 perkara ini ;

1. Masih ingat tak bila ada kenyataan dari kerajaan kita bahawa mereka telah mengesan satu pesawat yang tidak dapat dipastikan telah melalui ruang udara kita?

Ini rujukan aku ; http://www.sinarharian.com.my/semasa/tudm-kesan-pesawat-tak-dikenali-lepas-mh370-hilang-1.259581

Ini aku. Tugas aku menjaga ruangan udara Malaysia daripada dicerobohi oleh pihak2 tertentu. Satu hari ada sesuatu yang tidak dikenalpasti telah memasuki ruang udara di negara aku. Apa aku buat ketika itu? Biarkan aje kalau ikut jalan cerita di atas.

Korang tak rasa pelik ke? Kalau aku, aku terpaksa cakap, aku rasa pelik. Bayangkan kalau yang masuk tue pesawat yang nak serang Malaysia, tak pasal2 kena bom wa cakap sama lue.

2. Dalam Awani ada la temubual. Dengan pakar la juga. Orang Malaysia. Orang ketenteraan. Ada satu soalan yang wartawan Astro Awani studio tanya dia, apabila pesawat berpatah balik, tidak kah ini menimbulkan tanda tanya kepada pihak yang menjaga station radar ketika itu? Jawapan dia cakap tidak. Ini kerana yang berpatah balik tue ialah pesawat komersil. Dan mereka memang akan menganggap ia perkara biasa sebab tue pasukan tentera tak berbuat apa2.

Nanti dulu kawan.

- Berapa kerap berlakunya kes pesawat komersil berpatah semula apabila telah berlepas?

- Berapa kerap berlakunya kes pesawat komersil berpatah semula dan kemudian tiba2 hilang dari radar?

Dua keraguan.

Bukan kah sepatutnya perkara ini bukan perkara yang normal apabila pesawat komersil berpatah semula **yang jaga laluan udara negara sepatutnya rasa pelik kenapa tiba2 pesawat ini mengalami masalah? Kenapa tak contact dan berhubung dengan pesawat tersebut dan kenapa tak hubungi MAS untuk mengetahui maklumat selanjutnya? Kenapa tak cari jawapan untuk kepastian? Mula2 berpatah balik, kemudian hilang dari radar ia sebenarnya sesuatu yang pelik. Jika aku orang yang jaga laluan trafik udara aku pasti rasa pelik.

Yang menghairankan aku, interview ini disiarkan berulang2 kali di saluran Astro Awani ia ditonton oleh ramai orang, bukan kah ini sekaligus akan memberikan persepsi negatif kepada pasukan ketenteraan negara?

3. Najib mengesahkan bahawa sistem komunikasi dan transponder telah dimatikan dengan sengaja secara berasingan oleh seseorang yang berada di dalam pesawat tersebut. Dari mana kesimpulan ini diperolehi? Adakah dari laporan satelit yang mengesahkan menerima isyarat ping terakhir yang dikesan dari pesawat tersebut pada jam 8.11 pagi? Jika ia boleh mengeluarkan isyarat ping bukan kah ini bermaksud kapal terbang tersebut masih berupa mengeluarkan isyarat komunikasi? Kalau sistem komunikasi lumpuh sepenuhnya bagaimana satelit boleh terima isyarat ping pada jam 8.11 pagi? Adakah berlakunya keadaan ia dibuka ditutup dibuka ditutup?

4. Bukan calang2 orang yang boleh matikan sistem komunikasi dan transponder yang berada dalam kapal terbang. Pertama ia perlukan seseorang yang tahu mengenai sistem perkomputeran pesawat. Kedua ia memerlukan seseorang yang tahu di mana lokasi dan kedudukan setiap perkara2 yang dia mahu 'usik'. Melalui senarai krew penerbangan dan juga mereka2 yang menaiki pesawat, bukan kah sudah sewajarnya kita mempunyai list yang telah dikecilkan bilangan suspectnya? Atau, sebenarnya mana2 pihak yang berada dalam penerbangan tersebut tidak layak di anggap suspect disebabkan kekurangan bukti? Apakah ada kemungkinan ada penceroboh dalam pesawat tersebut? Seseorang yang mana namanya tidak berada dalam pesawat tersebut? Seseorang yang masuk cara lain?

5. Masih ingat lagi tak bahawa ketika pesawat ini mula2 dikatakan hilang dulu telah tersebarnya satu berita yang mengatakan ia telah pun selamat mendarat di Nanning, China. Betul? Okay, pernah kita terfikir siapakah individu pertama yang sebarkan spekulasi ini? Dan apakah tujuannya spekulasi ini disebarkan? Faham tak? Telah berlaku sesuatu seperti pesawat hilang.. pesawat hilang bukan perkara yang biasa di Malaysia, jadi sepatutnya kes2 begini kita tak fikir orang akan buat spekulasi liar ketika di permulaan kisah.. lainla macam kes politik ka, kes artis ka, kes mengarut2 ka memang la dah normal. Jadi, sejurus ia dikatakan hilang pada pagi sabtu, jam 1.40 selepas itu juga dalam beberapa jam selepas itu kita lihat ada berita yang melaporkan pesawat tersebut telah disahkan mendarat di Nanning.

Lihat ;




Apa yang aku buat?


- Mula2 aku petik ayat di atas. Aku petik dari Pesawat dampai ke sebentar tadi. Ayat sebijik2 aku tiru. Huruf besar, huruf kecik, ringkasan semua aku tiru.

- Then aku google ayat tersebut.

- Aku dapati, hanya ada satu media saja yang melaporkan perkara tersebut iaitu TV3.

- Dari mana TV3 mendapatkan berita tersebut?

- Ini satu misteri yang amat2 misteri pada aku.

- Di saat PDRM dan SKMM sound rakyat awam agar jangan sebar spekulasi, rupa2nya isu pesawat telah selamat mendarat di Nanning sebaran dia bukan datang dari manusia biasa2.. dari tv3 sendiri. Kenapa TV3 boleh buat cerita macam tue?

Untuk rekod, disebabkan spekulasi ini la, rakyat agak 'delay' untuk mengambiltahu cerita susulan mengenai pesawat tersebut. Ia mengambil masa sehingga petang ke malam untuk seluruh rakyat benar2 alert bahawa pesawat yang hilang itu TIDAK MENDARAT DI NANNING.

6. Kali terakhir pesawat tersebut diselanggara ialah pada  23/2/2014. Ia mula hilang pada 8/3. 12 hari sebelum ia hilang. Ini disahkan oleh pengarah DCA yang buat sidang media. Katanya lebih kurang 2 minggu pesawat tersebut telah pun diba Dalam proses penyelenggaraan sesiapa yang terlibat dalam kerja2 penyelenggaraan boleh keluar masuk periksa dan sebagainya untuk memastikan pesawat tersebut berada dalam keadaan yang baik, betul? Siapakah individu2 yang terlibat dalam proses penyelenggaraan ini? Sudah kah pihak berkuasa memanggil mereka dan kuaratinkan mereka bagi tujuan soal siasat? Apakah ada kemungkinan sistem pesawat tersebut telah digodam / di ubah suai sehinggakan tiada sesiapa pun yang perasan telah berlakunya sesuatu ke atas sistem penerbangan pesawat tersebut atas sesuatu tujuan?

7.  Untuk rekod, pesawat yang terbang rendah boleh menghilangkan diri dari dikesan oleh radar. Namun, radar ketenteraan berbeza dari radar kebiasaan. Ada sesetengah radar tentera masih berupaya mengesan pesawat yang terbang rendah dari dicapai oleh radar umum. Kenapa wujudnya radar begini? Ia adalah bagi tujuan keselamatan. Adakah di Malaysia, kita memiliki radar jenis ini? 


8. Terdapatnya andaian bahawa pesawat ini mungkin melintasi lautan Hindi. Di sana terdapatnya satu kem ketenteraan USA yang serba canggih. Untuk sebuah negara yang mana paranoid gila babi terhadap keselamatan dan ketenteraan, walaupun transponder pesawat tersebut dimatikan dan sistem komunikasi mereka dilumpuhkan, bukan kah USA masih mampu mengesan kehadiran pesawat tersebut melalui cara lain? 

Fikir. Semua orang tahu sistem komunikasi seperti transponder akan menyebabkan sesiapa boleh mengesan sesiapa di atas radar. Maka, jika ada mana2 negara yang nak p berperang ke apa ke mereka mungkin akan mematikan transponder mereka supaya pesawat mereka tidak dikesan oleh musuh. Janji mereka dapat kesan pesawat orang lain sudah la. Dan, apakah bodoh sangat negara yang PARANOID pasal tahap keselamatan ini tidak memikirkan kemungkinan ini? Maka, apakah mereka tidak terfikirkan sistem sokongan supaya boleh mengesan apa2 sahaja bendasing yang lalu di atas ruang udara mereka bagi mengelak sebarang kemungkinan?

Rujuk : http://english.astroawani.com/news/show/mh370-pentagon-has-indications-that-the-missing-plane-may-be-in-the-indian-ocean-31811

Oke, kata lah mereka memang ada sistem tersebut. Bukan kah itu boleh merungkai kepada persoalan di atas? Ialah, bila difikir2kan semula, atas sebab apa PENTAGON berani keluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 berada di lautan hindi? Jika mereka boleh mengesan kehadiran pesawat di lautan hindi meskipun tanpa radar, apakah tidak logik untuk mereka mengesan lokasi sebenar pesawat tersebut walaupun tanpa radar? 

9. Yang terakhir. Aku baca di berita, MAS akan menukar kod laluan dari KL - Beijing kepada kod yang baru. MH370 sebenarnya ialah kod penerbangan. Kod baru ialah MH371 dan ia akan mula digunakan pada bulan April ini. Kalau kita perhatikan kereta, mereka ada no plat. Kalau kita perhatikan motor, mereka juga ada no plat. No plat ialah identiti ataupun pengenalan diri kepada kenderaan tersebut. Jika pengenalan diri ini ada pada kenderaan biasa, apakah pengenalan diri yang sama tidak ada pada pesawat MAS? Kalau ada 10 kapal terbang MAS B777, macam mana kita nak bezakan setiap satu? Aku percaya, setiap kapal terbang ini juga pasti ada no pengenalan diri yang boleh jelas terlihat dari luar. Apakah andaian aku ini benar? 

Jadi, oleh kerana dari hari pertama kehilangan kita hanya sebut MH370.. dan bukannya no pengenalan diri PESAWAT ini, maka andaikata pesawat ini dirampas dan berada di mana2 lokasi sekalipun biarpun di tempat terbuka takde sesiapa akan perasan ini ialah pesawat yang hilang memandangkan semua pesawat MAS kita tahu memang lebih kurang serupa. Lainla kalau kita tahu apa no pengenalan dirinya.. macam no plat kenderaan. Ini bukan macam kereta, yang boleh tukar no plat semudah ABC. Ini sembang pasal pengenalan diri pesawat. Rasanya kalaupun mereka mampu tukar no pengenalan diri pesawat (andai ia ada) ia tetap memerlukan satu tempoh tertentu bagi mereliasisasikan perkara tersebut, betul?

Jadi inilah persoalan2 yang bermain di minda aku. Dan aku rasa, aku tak la terikat dengan teori konspirasi ka komplot ka apa ka.. aku masih ada andaian yang lain. Namun melihatkan kepada perkembangan terbaru yang dikemaskini oleh kerajaan kita, seolah2 nak membayangkan berlakunya rampasan maka aku rasa persoalan2 di atas relevant kepada situasi ini. 

Oke bai.

Jumaat, 14 Mac 2014

Akhirnya Video Pengakuan Bomoh 1Malaysia Mengaku Sebagai Penyokong BN Tersebar..

Aik..

Dia pakai lencana 1Malaysia je terus nak kaitkan dia sebagai orang BN?

Takan la bergambar dengan pemimpin2 BN terus nak cop dia sebagai penyokong BN?

Takan la sebab dia ada je kat majlis2 BN terus nak anggap dia BN tegar?

Okayyyyy..

Kalau dia cakap dia penyokong Barisan Nasional.. cap kapal layar macam mana? Boleh tak diterima pakai? Btw, logo BN kan dacing..? Jadah apa cap kapal layar? Adakah tiga segi dacing tue dia ingat kapal layar?

KAH KAH KAH

KELAKAR WEYYYYYYYYYYYYY

Cakap banyak tak mau.. tengok sendiri apa yang dia sebut.

Antaranya ;

1. Dia bomoh korporat.. orang kaya.. 

Fuhhhh.. adakah nak bagitau yang selama neh yang langgan dia semua stok VVIP? Siapakah VVIP tersebut? Nama ada? Boleh dedahkan ke?

Hihihihi..

2. KJ kacang lupakan kulit.. time PRU hari tue dia arahkan budak2 dia selama 11 ribu ke 14 ke undi KJ. Kalau tidak, tak menang la KJ..

Fuhhhhhh.. ramai gila pengikut2 mahaguru neh rupanya.. baru aku tahu..

3. Then dia sebut yang Mahathir banyak ikut nasihat dia.. kata2 dia..

Fuhhhhhhhhhhh.. yeke Mahathir? Ini penasihat bomoh Mahathir ke selama neh?

KAH KAH KAH

4. Then dia bagitau lagi.. Zambry Kadir.. Noh Omar.. orang2 dia..

Fuhhhhh.. tak aneh.. tak anehhhh..

KAH KAH KAH

5. Then dia sambung.. dia ialah penyokong BARISAN NASIONAL.. minta KJ tarik balik kenyataan dia.. dia bukan orang lain.. orang cap kapal layar juga..

KAH KAH KAH

Ini yang paling bestt sekali. Nak tahu kenapa?

Sebab?

ORANG UMNO YANG DOK TUDUH2 KITA FITNAH akan terdiam terduduk tunduk tutup muka dan tatau dah nak cakap apa punya laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

KAH KAH KAH

Layankan sendiri kat bawah neh okayyyyy..
 

Bomoh 1Malaysia Naik Angin, Warning Mahu Saman - Perkataan 'BOMOH' Trending Dunia..

Bomoh 1Malaysia nampaknya dah naik angin. Dia mahu saman semua yang mengaitkan dia dengan ritual sesat lagi menyesatkan. Katanya penggunaan buah kelapa adalah simbolik semata2. Begitu juga dengan alatan lain. Dia tidak mengamalkan ajaran sesat atau menyimpang dari ajaran Islam. Jika pihak2 terbabit masih lagi mengaitkan upacara perbomohan dia sebagai sesat dia akan saman pihak tersebut.

Yeke tok bomoh?

Ada berani SAMAN JAKIM?

JAKIM berulang ulang ulang ulang kaji menyebut amalan tersebut sebagai menyimpang dari ajaran ISLAM.

Ke sembang kencang je cakap nak SAMAN tetapi tak berani nak SAMAN sebab ia melibatkan JAKIM?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH



BTW, pelik tak pelik la juga kan. Bomoh kita neh tahu aje caranya nak bercakap dengan media. Melalui Utusan Malaysia pula tue. Ada apa2 ke? Kawan rapat ke apa ke?

KAH KAH KAH

Sementara tue BBC melaporkan ;
The word “bomoh” is trending worldwide and has been tweeted more than 200,000 times, with the most obvious sentiment expressed being shame, the BBC reported. 
"It's so embarrassing to have 'Malaysia' and 'Bomoh' in the same sentence," tweeted one. 
"Stupid, shameful" and "ignorant", others tweeted back to BBC Trending, the BBC said.
Yang menariknya ;
The curious and the gullible might like to visit the website, Bomoh Gadgets Malaysia.
Among the many items on sale is a magic flying carpet at RM99,900. The site is also offering a 20% discount on magical bubu fishing trap and magical bamboo sticks.
Tue dia..
Siap ada website parody lagi.
Adoiyaiii..
Negara lain terkenal dek kerana teknologinya, kepintarannya penduduknya, ekonominya, kepesatan pembangunan nya, kita pula terkenal dek kerana bomoh. Jika dulu ingat Malaysia ingat KLCC. Now, ingat Malaysia ingat RAJA BOMOH NEGARA PENCARI PESAWAT #MH370.

KAH KAH KAH

LAWAK oittt

Kemaskini Terbaru Berita Spekulasi #MH370 - Hari Ketujuh Hilang


Kenapa ia disebut berita spekulasi? Kerana memang itulah yang terjadi. Baik wartawan dalam negara mahupun wartawan luar negara. Masing2 menyampaikan berita berbaur spekulasi. Sehinggakan berita2 tersebut mengelirukan orang awam macam aku.

Namun disebalik yang spekulasi itu, ada juga yang benar. Cuma kita kena tunggu jangka masa tertentu bagi menentukan laporan2 berita tersebut benar ataupun spekulasi semata2.

Kita akan start bermula dari hari rabu 12/3 punya cerita.

Semalam polis menjawab apa yang dah tersebar sejak hari selasa hari tue. Iaitu gambar dua warganenegara Iran yang dikatakan penumpang kepada pesawat #MH370 yang hilang. 

Ini gambarnya ;


Hari rabu hari tue viral gambar di atas yang dikatakan telah di edit. Polis keluarkan statement. Mereka sebut ;
"Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut. 

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama," katanya ketika dihubungi pada Rabu. 

Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama.

Aku rasa semua orang tahu macam mana nak photostat kertas. Dan aku rasa semua orang pasti nak lempang polis bila polis bagi alasan macam neh kat media antarabangsa. Di ulangi, MEDIA ANTARABANGSA. MH370 bukan isu tempatan untuk POLIS bagi alasan BANGANG macam neh. Polis dah biasa bagi alasan BANGANG. Aku tahu, ko tahu dan polis itu sendiri lebih tahu. Rakyat boleh la buat2 tak nampak bila polis bagi alasan bangang bila ia babitkan isu tempatan, tetapi sekarang neh babitkan isu antarabangsa, macam mana pula polis tergamak zahirkan hujah sedemikian rupa? Bukan kah alasan yang lebih tepat heyyyy ada pegawai saya yang CUAI. Suruh photostat pun tatau. Tak pasal2 imej polis dah termalu depan orang awam.. hahaha.. apa pun ini memang bukti kami memang cuai. 

Simple.

Berita khamis 13/3

Objek terapung yang ditemui penyelamat dari CHINA tiada kaitan dengan pesawat MH3700.

Semalam kecoh China dedah 3 gambar satelit yang dipercayai serpihan MH370. Rupany2 kes nya adalah seperti berikut ;

- Imej tersebut adalah imej yang dikesan sejak bermula sabtu lalu.

- Pasukan pencari dah pun berada di 3 lokasi tersebut sejurus mendapat maklumat berkaitan imej satelit tersebut.

- Namun gagal menemui apa2 objek.

- Website yang memuatkan imej tersebut sebenarnya nak mendapatkan millage berita/sensasi.

- Hakikatnya kerajaan China sendiri telah mengeluarkan amaran dan memanggil pihak yang leak info untuk siasatan.

Aiyoo.. berita hari sabtu semalam baru lue siar ka? Itu info bila hari punya? Punyalah berlambak2 blog dan website dok laporkan. Alih2 apa pun takdak. Spekulasi je yang ada. Baik berita dalam dan luar negara semua sama. 

Semalam WSJ juga ada melaporkan kemungkinan pesawat terbang selama 5 jam selepas didapati hilang dari radar. Ini bersandarkan kepada keterangan pegawai penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan dari AS yang menyebut pesawat tersebut mungkin terbang 5 jam selepas hilang dari radar bersandarkan kepada laporan prestasi enjin yang diterima setiap 30 minit dari enjin 777 kepada pihak Rolls-royce PLC. 

Antara yang melaporkan, rujuk sini ==> http://www.dailymail.co.uk/news/article-2579955/No-wreckage-no-cracks-fuselage-no-secret-engine-data-Clueless-airline-officials-rule-EVERY-new-crash-theory-going-come-REAL-information.html

Apa yang berlaku ialah ;

- Pihak MAS menafikan perkara tersebut wujud atau dalam erti kata sebenar, laporan tersebut tidak betul.

- Nampaknya pihak luar pun dok galak main spekulasi.

- Kalau ada data maklumat tersebut kenapa tak dedahkan dari awal2 lagi?

- Yang aku pelik, benda2 begini laju aje orang nak percaya pasal media barat yang lapor. Jangan lupa, siapa yang lapor bukan isu. Tetapi cara laporan dan bukti yang kita kena tekankan. Aku dah baca laporan tersebut. Perkataan seperti kemungkinan, andaian, ada dalam laporan tersebut. Yakni, sekali lagi kita perlu faham mereka menyimpulkan keadaan tersebut bersandarkan kepada maklumat yang dipercayai ada tetapi sebaliknya ia belum dibuktikan ada.

- Dalam erti kata lain, keterangan tersebut belum lagi dapat dibuktikan secara fakta. Tunggu la depa bagi laporan berserta bukti.

- Untuk rekod isu MH370 ialah isu antarabangsa yang mendapat liputan meluas. Masing2 sibuk nak cover berita neh semata2 ranking memandangkan rakyat seluruh dunia concern dengan apa yang berlaku pada MH370. Jadi, pandai2 la kita analisa maklumat2 yang ada. JANGAN LA MAIN PERCAYA AJE.

Dunia membidas cara Malaysia menguruskan situasia. Media barat juga mengkritik dan menyelar Malaysia sebagai cakap berbelit2 dan sering mengeluarkan kenyataan tidak konsisten.

Ini betul. Rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia berani beri jaminan kritikan media antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia adalah sememangnya tepat. Sekurang2nya untuk isu MH370. Rakyat Malaysia sampai dah lali melihat kenyataan demi kenyataan putar belit pimpinan tertinggi negara sampai dah tak boleh nak buat apa dah. Lantak la ko nak merepek apa pun ko punya pasal janji kami dapat maki ko dah cukup. Sampai macam neh la kami fikir. Membuktikan tahap putar belit dan penipuan dorang sudah masuk ke tahap yang terlampau.

Sepatutnya hanya satu atau dua jurucakap yang diberikan akses untuk berhubung dengan pihak media supaya kenyataan konsisten dan selari setiap masa.

Sepatutnya juga mereka2 yang terlibat perlu berbincang dan mengambil tahu semua fakta2 yang dikemukakansebelum berhubung dengan pihak media.

Dan sepatutnya juga pihak media tidak dilarang dari mengikuti operasi mencari. Bukan la nak kata pihak media mampu membantu operasi mencari tetapi sekurang2nya berikan la peluang kepada pihak media tempatan untuk turut serta dalam satu dua operasi at least dapatla dilaporkan kepada rakyat bagaimana pasukan pencari kita buat kerja.

Dimaklumkan juga carian sudah sampai ke lautan Hindi.

Setakat ini sudah 12 negara menyertai operasi mencari pesawat MH370 yang hilang termasukla yang terbaru dari India, Brunei dan Jepun.

Operasi yang diketuai oleh pasukan Malaysia telah menjadi sasaran kritikan oleh pihak berkepentingan juga. Bekas pengarah NTSB yang kritik beb. Bukan cikai2 punya orang. Peter Goelz menyebut sepatutnya Malaysia menandatangani perjanjian dengan negara2 yang terlibat dalam operasi mencari MH370 untuk mengekang khabar angin dan juga supaya boleh koordinasi pencarian (lebih sistematik dan tersusun).

Dalam perkembangan yang lain, terdapat satu spekulasi kononnya wujud isyarat TANGO ataupun CHARLIE yang dikeluarkan oleh PILOT Kapten Zaharie. Isyarat tersebut adalah isyarat rahsia yang digunapakai oleh pilot andaikata berlaku rampasan dan kapal terbang dihijack. Siasat punya siasat rupanya laporan tersebut juga berbaur spekulasi. Dipercayai ada isyarat.. ini apa punya statement neh? Nak bagi statement pun cuba la sahkan dulu, isyarat tersebut wujud ke tidak? Adoi.

 
Menurut laporan The Star pula, pernah ada rancangan untuk bom pesawat Malaysia pada tahun 2001. Namun rancangan tersebut digagalkan. Richard C. Reid ialah individu dalam gambar di atas. Individu ini antara yang diarahkan oleh Alqaeda untuk lakukan pengeboman ke atas dua pesawat milik Amerika. Salah seorang rakan dia yang turut diarahkan ke atas perkara yang sama, Saajid Badat mendedahkan rancangan yang sama pernah cuba dibuat ke atas Malaysia. Sekali lagi citer berkenaan tiada bukti konkrit yang boleh disabitkan dengan kehilangan MH370 ketika ini. Haiyaaaaa..

Rujukan : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/12/Missing-plane-bomber/

Dan semalam, berita2 mengenai MH30 dihujani dengan kritikan dan kecaman terhadap Malaysia yang meneruskan operasi pencarian MH370 menggunakan bomoh. Antara yang dilaporkan oleh media luar, rujuk sini ==> http://www.huffingtonpost.co.uk/2014/03/12/missing-malaysia-airlines_n_4947618.html


Ping dikesan dari pesawat 777 yang hilang oleh satelit. Penyiasat memberitahu 'ping' berkenaan menunjukkan terdapatnya masalah pada bahagian teknikal pesawat yang dikesan sejam selepas pesawat tersebut hilang dari radar tetapi ping berkenaan tidak boleh memberitahu samada ia berlaku ketika pesawat masing terbang ataupun sebaliknya. Namun ping berkenaan adalah bukti bahawa sepatutnya pilot boleh berkomunikasi dengan station radar memandangkan sistem penjanaan elektronik masih berfungsi (terima isyarat ping selepas sejam). 

Berita hari ini 14/3

Pentagon memberitahu mereka ada lead yang menunjukkan pesawat tersebut mungkin berada di lautan Hindi.

Rujuk :  http://english.astroawani.com/news/show/mh370-pentagon-has-indications-that-the-missing-plane-may-be-in-the-indian-ocean-31811

Dan maklumat2 lain yang baru masuk perlu disahkan. Ia akan dikemaskini kelak.

Sebenarnya. Dalam pada kita risau2 juga apa yang berlaku pada MH370 sedikit sebanyak kita dapat membuktikan beberapa perkara kepada pihak2 tertentu.

Pertamanya, kita dapat pembuktian yang jelas mengenai perairan negara yang membabitkan tuntutan royalti minyak kelantan ke atas kerajaan pusat.

Yang keduanya, kita dapat buktikan yang kerajaan kita tidak cekap dalam menguruskan isu2 penting dan global seperti ini. Mereka lack of information, lack of intergrity dan credibilities, bahkan ia diakui oleh pakar2 dari luar juga.

Kita juga dapat membuktikan bagaimana media di negara ini dikawal oleh pihak2 tertentu sehingga menyekat laporan2 penting dikemukakan dengan cepat dan telus.

Dan juga, kita dapat membuktikan bahawa pemimpin2 di negara kita hanya reti cakap putar belit. Bila tiba isu sebenar, masalah sebenar boleh lihat betapa lemahnya mereka dalam mengawal situasi disebabkan hanya biasa curahkan keringat dan pemikiran untuk layan isu2 fitnah yang mana tak membantu untuk develope skill mereka untuk atasi conflict yang sebenar. Harap2 rakyat kita akan sedar, inilah pemimpin saya dan anda, kita diperintah oleh orang yang bodoh. Namun sebodoh2 mereka, mereka masih lagi pemimpin, sepandai2 kita, kita masih lagi rakyat, nampak tak betapa teruk dan sadisnya kehidupan kita?

Lue fikirlah sendiri.

Isu Bomoh Tikar Terbang - Jamil Khir Perlu Letak Jawatan !!!!

Ewah ewahh ewahh...

Sesedap mulut aje JAKIM nak lepas tangan ye? Meh kita tengok dorang sebut apa kat bawah neh jap ;

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.


Perkataan BOMOH itu sendiri cenderung membawa kepada elemen negatif.

Biasanya, bila ia babitkan perubatan Islam, kita akan sebut ia sebagai rawatan alternatif, perubatan Islam, perubatan alternatif, pengamal rawatan alternatif. Kita tak sebut bomoh Islam. Ada orang sebut bomoh Islam? Memang takde.

Tapi tengok sendiri apa yang si Jamil Khir sebut kat bawah neh?


Jamil Khir sekurang2nya dah sedia maklum akan kedatangan BOMOH 1Malaysia kat KLIA baru2 neh. Sepatutnya seseorang menteri yang AKALNYA WARAS, dia tak boleh la buat kenyataan sebarangan. Dia mesti la cakap, biar saya berjumpa dan meneliti dulu bomoh apa yang nak bantu2 neh. Satgi buat amalan khurafat malu la Malaysia di mata dunia. Ini la jawapan bagi orang2 yang berfikir. Oleh kerana Jamil Khir tak berfikir maka dia keluarkan kenyataan BODOH, tidak salah BOMOH guna khidmat BOMOH. Bila BOMOH 1MALAYSIA tue baca apa pula fikiran dia? Steady beb. Menteri agama pun sekapal dengan aku. Nak heran apa. Itu pasal  hari kedua si pakcik tue mai dengan tikar terbang dan buat segala bagai aksi bangang yang mana sekarang seluruh dunia mengejek dan menyindir perbuatan tersebut.

Untuk rekod, kita ada bukti yang sangat JELAS untuk mengaitkan BOMOH 1MALAYSIA dengan BN. Bahkan kita juga sedang memerhatikan tindakan pihak berkuasa, baik polis, baik jabatan agama, YANG SAMA SEKALI tidak mengambil sebarang pendekatan seperti siasat, dakwa, tarbiah ataupun kaunseling BOMOH tersebut agar kembali ke jalan yang LURUS.

Lihat sini.

Dan,  

Siapa Jamil Khir ini?

Menteri agama.

Apa agensi yang dia kawal?

JAKIM.

Tapi apa yang dia sebut pasal BOMOH?

Tidak salah.

Tetapi selepas perbuatan BOMOH tersebut memalukan negara apa yang JAKIM sebut?

Salah. Amalan bomoh bertentangan dengan Islam.

Tetapi siapa yang JAKIM tegur?

Pihak luar.

Jadi bagaimana pula dengan kenyataan MENTERI AGAMA yang MENGUASAI JAKIM yang mengatakan tidak salah guna KHIDMAT BOMOH?

Buat2 taktau dan tak nampak ataupun tak ingat.

Bila JAKIM nak tegur menteri sendiri? Apa JAKIM lebih takutkan manusia dari TUHAN? Apa JAKIM lebih kisahkan bab duit, jawatan, persepsi, risau kena marah berbanding menegakkan ajaran Allah?

Jangan buat2 lupa. Meskipun ia telah diganti, salah guna duit zakat tetapla salah guna duit zakat.. dan jangan buat2 lupa semata2 nak halalkan tindakan tersebut tetiba2 menteri kita termasuk dalam salah seorang penerima zakat atas nama perjuangan fisabillah. Ye, perjuangan fisabilah la sangat bila mana menteri agama melawan penggunaan qazaf dalam kes perbicaraan liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim..

Orang yang berakal pasti tahu.

Dia mesti fikir dalam2 punya. Tengok senario, kaji insiden, perhatikan tingkah laku dan teliti semua statement. Nampak sangat JAMIL KHIR tak layak mengetuai JAKIM dan menjadi menteri agama di negara ini. Memalukan.

JAMIL KHIR perlu diberambuskan sebelum IMEJ ISLAM dirosakkan lebih teruk akibat kegagalan dia memainkan peranan untuk menegakkan ISLAM dalam erti kata yang sebenar. Cukup2la tue melantik orang yang salah atas jawatan yang betul. Jawatan menteri agama ialah satu jawatan yang betul. Tetapi sayang, orang yang duduk atas jawatan tersebut ialah orang yang salah. Fikir2kan.

Khamis, 13 Mac 2014

Gambar2 Bomoh Tikar Terbang Bersama Pemimpin2 Barisan Nasional Tersebar !!!!!

Amboi.

Ada rakan2 dari UMNO yang marah dengan kita le.  Dia kata kita suka2 aje babitkan bomoh tersebut dengan BN. Apa kena mengena. Dan, ada juga di antara mereka yang mendakwa video pasal tilik nasib tue sebenarnya adalah bukti bomoh tersebut sokong PR. PR pergi jumpa bomoh tersebut untuk tilik nasib tengok boleh menang ke tidak dalam PRU yang lepas.

Adoii..

Ketika video klip versi A tersebar, aku tak cakap apa2.

Aku cuma diam dan berharap ada versi yang lebih jelas supaya dapat melihat perkara sebenar.

Namun sekarang neh video klip versi B pula yang tersebar. Versi A ialah versi yang dah di potong. Versi B juga versi yang dah di potong, cuma versi B lebih jelas iaitu ada bendera BN dan bomoh tersebut sebenarnya sedang buat satu upacara untuk memberitahu kepada 'PIHAK BN' berapa peratus peluang kemenangan yang BN ada..

Hahahaha.. 

Itula yang ramai tatau.

Tapi, itupun masih ada lagi yang dok pusing cerita dan menganggap sebaliknya.

Takpelah.

Ini kita bagi bukti yang lebih jelas. Untuk rekod benda neh dapat kat klip video. Aku screenshot yang penting2. Nak bagi bukti kat geng2 BN yang fikir kita fitnah depa. Dan video tue dah diwujudkan sejak tahun 2013 tau. Bukan kita yang pandai2 sebar untuk fitnah sesapa okayyyyy..

Tengok ;












Huraian ringkas.

Tue dia.. dengan pemimpin negara pun ada. Mahathir ada, Pak Lah pun ada. Noh Omar ada, Shahidan Kassim pun ada. Pemimpin baru dan lama pun ada. Macam2 event kerajaan yang dia terlibat. Siap mendoakan agar Zambry Kader menang lagi. Yang aku tertarik.. siap menjampi mahkamah tinggi semasa perbicaraan DSAI supaya tidak digangu ilmu2 hitam. Ini pasal liwat ek? Amboi. Percaya juga bomoh neh kat Saiful ek..

Hihihi..

Apa2 pun kita harap dengan bukti2 yang disertakan ini jangan la penyokong2 BN marah kat kita tak tentu hala. Bukti dah bagi okayyyyyy.. kita tak fitnah2 okayyyyyyy

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Rujukan video disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...