Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Mac 2014

MAS Nafi Penemuan Objek Adalah Serpihan Pesawat Yang Hilang - Lagi Kemaskini Baru Mengenai #MH370 !!


Sidang media terbaru mengenai MH370.

Aku difahamkan yang mereka (pihak2 yang terbabit) sedang berada dalam tekanan yang melampau ketika ini.

- Asakan dari rakyat Malaysia yang mahukan info terkini setiap 1 saat.

- Asakan dari agensi berita dalam dan luar negara yang mengharapkan MAS dan kerajaan dedahkan kesemua maklumat yang mereka ada.

- Menjadi tumpuan dunia dan agensi2 antarabangsa seperti INTERPOL, CIA dan juga agensi perisikan CHINA.

- Menjadi topik utama bagi beberapa buah negara apabila soal keselamatan, soal piawaian dan juga soal protokol mengenai pasport dan tahap keselamatan menjadi tajuk pertikaian, perbualan dan juga perhatian.

Mereka memang tertekan dan ditekan lagi apabila kita seolah2 mahu memaksa mereka agar mereka lakukan apa sahaja cara untuk memastikan pesawat itu ditemui secepat mungkin dalam apa jua keadaan.

Begitulah diibaratkan situasi mereka. Tak berapa baik untuk reputasi negara dan MAS bila perkara ini berlaku. Sebab tue aku tertanya bagaimana ada orang tergamak mengaitkan ini dengan segala bagai konspirasi (politik) la sangat. Tolong la kawan. Ia kesangatan taksubisme disitu.

Haha.

Isi tajuk mengenai PC yang berlaku tadi.

1. MAS menafikan sebarangan penemuan apa2 objek ataupun serpihan dari pesawat MH370.

2. Baik yang ditemui oleh pasukan pencari CHINA, SG mahupun Vietnam. Objek2 tersebut telah dihampiri untuk dikenalpasti tetapi andaian awal terbukti meleset. Kesemua objek2 yang ditemui sama sekali tiada kaitan dengan pesawat yang hilang MAS BOEING 777 MH370.

3. Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga ia ditemui tanpa ada had waktu.

4. Pada kadar ini, aku melihat secara kasar mereka sudah membayangkan bahawa sudah tiada harapan lagi. Kemungkinan terburuk sudah diserapkan melalui cara mereka menggunakan kata2 dalam sidang media itu. Yakni, harapan tinggal harapan. Kini ia hanya perlu dimuktamadkan dengan satu penemuan supaya semua pihak dapat menerima keadaan tersebut.

5. MAS, DCA tidak mahu membuat apa2 andaian. Mereka hanya selesa mengeluarkan kenyataan yang berupa fakta supaya tidak menganggu apa2 hasil siasatan. Dan aku rasa ini juga untuk menghormati keluarga mangsa yang terlibat.

6. Mereka tidak menolak andaian ini ada kaitan dengan terrorist. Mereka tidak menolak kemungkinan ini. Dan mereka juga memikirkan beberapa kemungkinan yang lain. Apa yang pasti mereka tidak selesa membuat sebarang teori sehinggala ia dibuktikan dengan fakta.

Ini pula beberapa laporan dari luar negara.

1. Agensi berita SG melaporkan bahawa pasukan Vietnam sebenarnya gagal untuk mendapatkan objek yang ditemui pada lewat petang ahad untuk dibuat analisa.

Lihat ==> http://sg.news.yahoo.com/vn-says-cannot-object-thought-025159322.html

Mereka mempercayai objek tersebut mungkin merupakan serpihan dari bahagian pintu ataupun ekor pesawat MH370 namun mereka tidak dapat mengambil objek tersebut akibat lewat petang (cuaca semakin gelap). Dan apabila mereka mencari semula objek tersebut, ia gagal ditemukan.

2. Teori kehilangan pesawat ada kaitan dengan militan Islam mula tersebar di beberapa portal luar negara. Dan ia juga dikembangkan oleh beberapa pihak yang ada kaitan dengan penyiasatan kehilangan Boeing MH370.

3. Kawalan keselamatan yang longgar sehingga menyebabkan penumpang yang memiliki passport palsu berupaya menaiki pesawat juga menjadi antara tajuk2 laporan bagi agensi luar negara. MAS dipersoalkan mengenai protokol dan juga sistem keselamatan mereka. Apakah ia tidak selamat seperti yang dibayangkan?

3. Aljazeera turut melaporkan bahawa pihak Malaysia mempersoalkan pihak imigresen mengenai langkah2 keselamatan yang diambil mungkin tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Lihat : http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2014/03/missing-plane-201439124920242120.html

4. Setiausaha Interpol, Ronald Noble mempersoalkan mengapa pihak Malaysia tidak cross-check dengan maklumat yang disediakan oleh INTERPOL melalui pangkalan data yang disediakan oleh mereka. Mereka menzahirkan kekecewaan dan kekesalan berhubung perkara ini namun ia masih terlalu awal untuk menjangkakan kejadian ini ada kaitan dengan terrorist.

Rupa2nya, kita boleh cross check dengan interpol sebelum approve sebarang boarding mereka2 yang mahu menaiki pesawat.

Aku rasa Malaysia perlu ambil ini sebagai satu teguran dan kritikan yang membina. Jangan patah ahti. Ini satu benda yang kita kena telan suka atau tak suka.




Laporan oleh BBC ;
Ronald Noble, the secretary general of Interpol,said in a statement that while it was too soon to speculate on any connection between the theft and the plane's disappearance, it was "clearly of great concern that any passenger was able to board an international flight using a stolen passport listed in Interpol databases".
He said no checks of Interpol's database had been made for either passport between the time they were stolen and the departure of the flight, and expressed frustration that few of Interpol's 190 member countries "systematically" search the database.
Lihat :  http://www.bbc.com/news/world-asia-26510027

Itu saja yang terbaru dari mereka.

Tadi aku ada baca berita. Bukan baru sangat la. Bagaimana pakar menganalisa bahawa kehilangan MH370 sememangnya misteri. Mereka examine ;

- Faktor cuaca

- Faktor laluan

- Faktor teknikal

- Faktor sistem kapal terbang itu sendiri

Mereka sebut kehilangan ia secara misteri sememangnya sukar untuk diterima oleh akal manusia. Dalam apa juga keadaan terburuk sekalipun, pilot sepatutnya ada masa untuk menghantar isyarat mayday. Melihat kepada analisa ini, mereka menyimpulkan mungkin wujud ancaman terrorist ataupun, kapal terbang hilang fungsi sepenuhnya sehingga mengagalkan mereka untuk berbuat apa2.

Dan, aku juga ada baca keterangan Zahid Hamidi yang mempersoalkan staff imigresen. Takan tatau nak beza wajah orang asia dengan wajah orang eropah? Sebenarnya tak boleh nak salahkan dorang juga. Kita neh sekarang dah bercampur gaul. Orang Malaysia tapi muka macam bangladesh p mengundi pun ada. Jadi mana kita boleh buat diskriminasi bersandarkan wajah dan rupa semata2. Jangan2 kahwin campur antara dua benua macam mana? Sewajarnya Zahid tak boleh keluarkan kenyataan bodoh seperti itu. Kita sedia maklum ini juga berlaku di negara ini. Dek kerana kahwin campur melayu macam india pun ada, india macam cina pun ada cina macam melayu pun ada rakyat Malaysia macam INDONESIA DAN BANGLADESH pun ada. MACAM2 ADA.

Sewajarnya. Zahid amek tahu dulu bagaimana protokol imigresen berjalan. Teguran bab protokol sepertimana yang dibuat oleh INTERPOL adalah teguran yang BIJAK dan BERNAS. Zahid, tengok bagaimana orang luar berhujah sekali sekala. Minta jangan syok sendiri ye. Tak rugi pun kita belajar dari mereka. Ilmu tak semestinya dari orang ISLAM sahaja. Take note. Okey.

Dan, ketika ini kita mungkin akan menghadapi situasi yang sukar. Staff MAS mungkin tertekan. Saham mereka mungkin terjejas. Ia akan mempengaruhi kita secara tak langsung memandangkan MAS ialah GLC. Kerugian MAS ialah kerugian rakyat Malaysia. Suka tak suka itulah hakikatnya. Maka, janganla kita dok menokok tambah benda yang dah sedia buruk. Berpada2la semua. Tolong tutup remote saling salah menyalahkan antara kita. Amek remote bagaimana masalah ini patut diselesaikan sewajarnya. Itu lebih baik.

Okay bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...