MAS meminta agar rakyat di seluruh dunia berdoa dan bersolat hajat (bagi yang muslim) supaya pesawat Boeing 777 MH370 dapat ditemui secepat mungkin. Dalam pada itu, pihak berkuasa Malaysia meminta agar rakyat Malaysia tidak menyebarkan apa2 spekulasi yang mungkin akan menyebabkan ahli keluarga mangsa terguris dan bersedih ahti.
Mereka juga, katanya memahami yang rakyat Malaysia mahukan LAPORAN YANG TEPAT dan TELUS.
PEMBERITA2 dan WARTAWAN2 juga harapkan perkara yang sama. Mereka berharap diberikan AKSES sepenuhnya dan SEBEBASNYA untuk melaporkan INSIDEN ini tanpa ada KAWALAN dan ARAHAN tertentu dari pihak berkuasa yang mungkin berperanan menapis sebarang info yang keluar dari bilik berita.
Dalam erti kata lain, rakyat dan pemberita hanya mahu apa yang diperkatakan oleh pihak berkuasa Malaysia ditunaikan dalam bentuk tindakan. Jika benar mereka memahami yang rakyat Malaysia berhak mendapatkan berita yang TELUS dan TEPAT maka biarkan pihak media kita melaporkan insiden neh dengan menggunakan ayat yang 'SEPATUTNYA'.
Kita faham kesedaran pihak berkuasa dan MAS yang mahu menjaga ahti ahli2 keluarga mangsa. Tetapi kita berharapa jangan sampai ia melangkaui kebenaran.
Itu sahaja.
Dan berikut di bawah ialah gambar2 cemas, pilu dan sedih ahli2 keluarga mangsa yang sedang traumatik menunggu laporan demi laporan dari MAS. Ada juga ahli2 keluarga yang rasa terganggu dengan kehadiran wartawan demi wartawan. Ada yang okay bila wartawan approach dan interview mereka. Tetapi ada yang rasa tidak okay. Mereka rasa privacy mereka telah diganggu. Ini masa untuk mereka tenangkan emosi masing2, wartawan sepatutnya lebih peka dengan situasi yang dialami oleh mereka, jangan fikir nak cari bahan berita aje.
Apa pun terserah korang nak tafsir bagaimana tugas wartawan. Apa pun emosi ahli keluarga mangsa memang perlu kita hormati dalam apa jua keadaan sekalipun. Harap semua faham.