Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 Mac 2014

Hanya 2 Pasport Palsu Dalam Pesawat #MH370 - Salah Seorang Tersenarai Di Interpol - Pesawat Mungkin Dilencong Ke Nepal

Seperti yang dipetik dari agensi berita antarabangsa, CNN.

BREAKING 1100 hrs: Maklumat terkini. Satu daripada dua pasport yang dicuri disahkan berada dalam pangkalan data Interpol menurut satu sumber dipetik CNN.

Pasport warganegara Itali telah pun berada dalam siasatan mereka dan menggesa Malaysia Airlines memberikan maklumat lebih terpeinci tentang identiti setiap penumpang dari 14 buah negara yang berada dalam pesawat itu.

Kedutaan Itali telah mengesahkan bahawa warganegaranya tidak berada di dalam pesawat MAS MH370 seperti yang diumumkan dalam sidang media kedua semalam.

Dalam pada itu, MAS menubuhkan pusat operasi di Kota Bharu, Kelantan atau Ho Chi Minh, Vietnam sebaik menerima pengesahan sekiranya pesawat itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.

DCA pula mengharapkan agar waris bertenang sementara menantikan maklumat terkini, dan ahli keluarga mereka turut diberikan bantuan oleh Kementerian Kesihatan sekiranya trauma terhadap misteri kehilangan pesawat itu ada di kalangan mereka.

Usaha pencarian pesawat diteruskan ke kedudukan yang 'tidak dijangka dan bukan berada dalam laluan penerbangan' iaitu antara 60 hingga 100 batu nautika menurut jurucakap tentera laut China.

Mereka tidak menolak kemungkinan pasukan penyelam yang dihantar dan bertugas dalam tiga giliran mampu menemui pesawat sekiranya petunjuk terbaru diperoleh.

Tentera laut Filipina ditugaskan mencari di perairan antarabangsa manakala Singapura yang menghantar tambahan jet pejuang dan kapal perang terbaru kini akan menumpukan usaha mencari di kawasan 80 batu nautika ke utara Kota Bharu.

TLDM pula kini bersama tentera laut Amerika Syarikat dan Vietnam mencari di sekitar Teluk Siam dalam jarak 70 batu nautika dari kepulauan Tou Chu, Vietnam dan kawasan tersebut dijangka tumpuan utama misi mencari pesawat berkenaan.

Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan menghantar sepasukan pakar forensik dan akan bergabung dengan penyiasat NTSB yang sudah berada di Ho Chi Minh.

Kemungkinan perampas membawa pesawat sehingga ke pergunungan di India dan Nepal kini diteliti ejen CIA dan meminta pihak berkuasa rantau Asia Selatan supaya memaklumkan sebarang pergerakan pesawat yang mencurigakan.


Sumber kat sini ==>  http://edition.cnn.com/2014/03/08/world/asia/malaysia-airlines-plane-missing/index.html?iid=article_sidebar

Lihat ;


The U.S. government has been briefed on the stolen passports and reviewed the names of the passengers in question but found nothing at this point to indicate foul play, said a U.S. law enforcement official, who spoke on condition of anonymity.

Of the two passports in question, the Italian one had been reported stolen and was in Interpol's database, CNN Law Enforcement Analyst Tom Fuentes said, citing sources at Interpol.


Additionally, no inquiry was made by Malaysia Airlines to determine if any passengers on the flight were traveling on stolen passports, he said. Many airlines do not check the database, he said.
During the news conference in Kuala Lumpur, Rahman declined to say whether the airline or Malaysian authorities had checked the database.

Hish..

Laju betul berita2 luar negara update. 

Berita mengenai salah satu dari pasport yang dicuri berada dalam pangkalan data Interpol tidak disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Dan CNN pun tak dedahkan pasport palsu tersebut berada dalam pangkalan data mereka kerana terkait dengan insiden apa.

Dan, mengenai 4 pasport palsu tue pula ;


Berita oleh CNN keluar dulu kemudiannya, menteri kita buat PC mengatakan pesawat mungkin berpatah balik ketika berada di pertengahan jalan.

Lihat ==> http://sozcyili.blogspot.com/2014/03/menteri-lapor-pesawat-hilang-mh370.html

Menerusi Awani tadi, salah seorang ahli keluarga mangsa juga meminta jasa baik rakyat Malaysia agar ;

1. Jangan buat lawak2 dan edit gambar2 yang boleh menyebabkan emosi mereka terganggu.

2. Jangan keluarkan sebarang citer bebaur spekulasi.

3. Ada di antara mereka tak boleh buka tv dan fb disebabkan terlalu banyak versi cerita. Kejap terhempas, kejap hilang, kejap ada kaitan dengan terrorist. Mereka keliru dalam waktu yang sama sedih dalam waktu yang sama mengharap dalam waktu yang sama tertekan kerana diganggu oleh pihak media.

Hish..

Aku memang faham situasi dia. Tapi aku rasa kita perlu juga aware dengan apa yang media2 dalam dan luar laporkan mengenai kehilangan pesawat MAS B777 #MH370.

Andai kata jika ada apa2 update di blog ini yang mengguris ahti mana2 pihak, aku minta maaf banyak2. Ikhlas dari ahti. Harap maklum.  

Updated ;

8/3/2014.

MAS membuat pengesahan mengenai kenyataan menteri yang memberitahu kepada pihak media sebelumnya yang mengatakan terdapat 4 individu yang dipercayai menggunakan 4 pasport palsu menaiki kapal tersebut. Menurut MAS, mereka hanya sahkan 2 individu yang menaiki pasport palsu menaiki penerbangan tersebut bukan 4 seperti dalam kenyataan awal.

Harap maklum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...