Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 Mac 2014

Kapten Di Kecam Kerana Sokong PR - Panggilan Telefon Ke Penumpang #MH370 Berbunyi Tetapi Tak Berangkat !!!!


** Tangisan ahli keluarga yang menunggu dengan penuh berdebar mengenai berita ahli keluarga mereka yang berada dalam pesawat MAS MH370.



** Dua beradik yang bercermin mata ini sedang menunggu kepulangan ibu bapa dan abang2 mereka yang berada dalam pesawat MH370

Alahai..

Sejak2 kapten kapal didedahkan sebagai penyokong kepada Pakatan Rakyat mula la wujud komen2 yang memperlekehkan kapten tersebut secara halus.

Menyampah pula aku tengok.

Contoh ;






Mulut macam apa. Takde insurans ke apa. Mula2 disharenya gambar kapten kapal iaitu Kapten Zaharie Bin Ahmad lepas tue dikutuk2nya pasal pilot yang menyokong PR. Itu apa maksudnya tue? Agak2 la nak menulis tue. Fikir sikit kat ahli keluarga mangsa. Pendapat politik dia takde kaitan dengan langsung dengan kerja dia.

Neh nak citer sket. Aku baca juga komen2 kawan kepada kapten kapal Zaharie. Orangnya dah berkhidmat lama dengan MAS. Sejak tahun 1981. Salah satu juruterbang senior dan berpengalaman luas dalam syarikat MAS AIRLINES. Kat rumah dia siap ada mini plane lagi. Untuk dia berlatih time lapang kot. Meningkatkan skill penerbangan.

Ini gambarnya.



Rujukan : http://www.sharelor.net/1/post/2014/03/tribute-who-exactly-is-malaysia-airlines-captain-zaharie-shah-of-mh370.html

Rupa2nya kapten penerbangan ini sahabat kita. Sahabat seperjuangan kita, kawan2. Aduh. Makin bertambah sedih rasanya.

Takde mana2 pilot yang apabila ditugaskan untuk mengemudi kapal terbang berhajat untuk pandu kapal tersebut sampai hilang ke terhempas ke apa ke dan sebagainya. Senang cakap dorang tak berhajat pun nak terlibat dalam sebarang kemalangan. Mohon mulut2 yang asyik menuduh2 tak henti2 ini salah kapten ke apa ke berhentilah buat tuduhan melulu.

Kita tunggu aje ;

1. Pesawat tersebut ditemui. Jika penumpangnya masih hidup, syukur.

2. Jika sebaliknya, tunggu la kandungan maklumat dalam kotak hitam.

Sebelum itu jangan dok tunding2 jari pada juruterbang ke, krew ke dan sebagainya. Dorang semua tue masih hilang dan sepatutnya kita doakan mereka agar ditemui dengan cepat dan dalam keadaan yang selamat.

Dan ini ada beberapa update dari agensi berita dalam dan luar negara.

1. Pihak China mengesahkan mereka menemui sisa/serpihan pesawat pada petang tadi namun berita malamnya menafikan serpihan tersebut ada kaitan dengan kehilangan MH370.

2. Siang tadi pengarah DCA mengatakan mereka akan mendedahkan hasil kimia tompokan minyak yang ditemui di perairan tempat terakhir kapal tersebut dikesan tetapi berita pada malamnya tidak mendedahkan langsung perkara tersebut. Namun Hishammudin sebut, laporan tersebut mungkin sudah berada di pihak pengarah operasi maritim.

3.  Kes dua penumpang yang menggunakan pasport palsu ada petunjuk baru. Agensi berita CNN dan BBC mengesahkan bahawa kedua2 penumpang tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain. Mereka dipercayai saling kenal mengenal sebab membeli tiket secara bersama2 dan menuju ke destinasi yang sama.

4. Dan, yang paling mengemparkan apabila salah seorang ahli keluarga mangsa (CHINA) berjaya menghubungi no telefon salah seorang penumpang yang berada dalam kapal terbang tersebut. Namun ia tak berangkat. Dan kemudiannya, ia diputuskan.

Ia dilaporkan disini ==> http://www.mirror.co.uk/news/world-news/missing-malaysia-airlines-flight-live-3219331#.Uxw-rcY24A4.facebook

 Dan, apa yang mereka harapkan, dengan petunjuk baru ini ia boleh membantu pihak berkuasa untuk mengesan ahli keluarga mereka yang hilang bersama2 pesawat tersebut.

5. Kedua2 penumpang yang menggunakan PASPORT PALSU itu dilaporkan walaupun membeli tiket bersama2 dan namun akan menuju ke destinasi yang berlainan. Yang menipu dengan identiti Italy sepatutnya menuju ke Amsterdam manakala yang menipu dengan identiti Austria sepatutnya menuju ke Frankrut.

6. Boleh jadi, boleh jadi kebetulannya, penjenayah yang terperangkap dalam kehilangan pesawat. Tak semestinya ada kaitan dengan serangan pengganas.

7. Namun salah seorang kolumnis dari Mirror ada menulis mengatakan kemungkinan wujud serangan pengganas. Dan mengaitkan pula ia dengan PEJUANG PEMISAH (PENGGANAS) MUSLIM BERBANGSA UIGHURS. Penulis juga mengaitkan ia dengan insiden keganasan terbaru yang berlaku di China pada 2 Mac yang lepas.

Lihat penulisan penuh dia kat sini ==> http://www.mirror.co.uk/news/world-news/missing-malaysia-airlines-flight-early-3222594

8. Namun kebarangkalian ia adalah angkara serangan pengganas ini dinafikan oleh PAKAR ANTI KEGANASAN ANTARABANGSA. Iaitu Prof Rohan Gunaratna. Bahkan teori ini juga kurang diyakini benar oleh salah seorang pilot yang enggan mendedahkan namanya. 

Katanya ;

Dalam pada itu seorang juruterbang MAS yang enggan dikenali berkata, sistem keselamatan Boeing 777-200 dilengkapi dengan alat kawalan canggih yang membuatkan sebarang cubaan rampasan, hampir mustahil.

"Memang tahap keselamatan pesawat tersebut tinggi. Terutama selepas kejadian serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, kebanyakan pesawat mempunyai tahap keselamatan tinggi yang tidak memungkinkan ia dirampas," katanya.

Katanya pintu kokpit pesawat itu dilengkapi dengan kod akses serta kamera litar tertutup (CCTV) yang mana juruterbang boleh melihat segala perubahan yang berlaku di dalam kokpit.

Selain itu, terdapat juga sistem penggera yang boleh mengeluarkan isyarat senyap tanpa pengetahuan pengganas.

9. Namun, sudah tentulah maklumat yang paling panas ialah APABILA SALAH SEORANG PILOT yang juga enggan namanya dipetik berkata bahawa telah berlakunya komunikasi radio (suara) antara dia dengan kapten pesawat tersebut. Audio tersebut tidak jelas, tidak lancar namun dia mendengar seperti berlakunya sesuatu percakapan sebelum mereka terputus. Dia percaya dia sedang bercakap dengan co - pilot iaitu kapten Fariq namun komunikasi tersebut tidak lancar dan terdapat gangguan yang menyebabkan ia terputus. 

Kapten tersebut menganggap tiada apa2 yang berlaku dan ia sememangnya perkara biasa (komunikasi antara pesawat terputus). Hinggala dia mendapat maklumat bahawa MH370 tidak pernah mendarat. Menurut kapten itu lagi, mereka yang mengikuti frenskusi yang sama pada ketika itu termasuklah kapal2 yang berada di laut berupaya untuk mengesan isyarat pertukaran komunikasi itu. Dan, ujarnya lagi ketika itu tiada kedengaran suara seperti mereka berada dalam suasana huru hara apabila ucapan mayday mayday tidak disebut. Kapten itu merekodkan pertukaran komunikasi mereka berlangsung pada kira2 1.30 pagi dan itulah dipercayai SIGNAL TERAKHIR YANG DIKESAN mengenai kapal terbang tersebut sebelum mereka hilang dari radar. Dan, kapten tersebut dipercayai INDIVIDU TERAKHIR yang mendengar suara2 (walaupun tidak jelas) kapten kapal pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie dan Kapten Fariq.

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/b777-pilot-contacted-mh370-before-it-vanished-says-there-was-radio-interfer

Update lagi.

10. Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.


-----------------------

Hari kedua. MH370 masih gagal ditemui. Kita berharap esok akan ada penemuan baru. Dan doakan agar kesemua penumpang2 tersebut selamat ditemui.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...