Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Mac 2014

Malaysia Juga Gunakan Kapal Selam Dan Ini Kapal Selam Yang Digunakan Untuk Cari #MH370.

Ramai sangat yang bergaduh pasal kapal selam. Relax la kawan2. Scorpene tengah emosi tak tentu pasal disebabkan asyik kena heret je dalam isu2 kontroversi. Balik2 dia kena bambu. Asal ada masalah je dia kena. Asal dia kena je mesti ada masalah. Tekanan emosi betul la dia sekarang neh. Rakyat Malaysia tak bagi chance langsung untuk dia berehat dan santai2 dalam laut tue dah kenapa.

Hihi..

Ce tengok apa yang dia sebut. Bidang kerja aku lain tapi aku je yang orang nampak. Kemain banyak lagi aset2 ketenteraan yang negara ada apsal semua pimpinan politik asyik focus kat aku je? Yang lain2 pun sampai dah taknak kawan dengan aku sebab perasan retis. Tension ooo. Rakyat Malaysia bambu lagi. Lepas tue kekawan pula merajuk cakap aku gila glamer.

Apa kejadahnya semua ini..

KAH KAH KAH


Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh MalDef-Malaysian Defense.

Sejujurnya. Rakan2 dari PDRM, TUDM, ATM DAN TLDM yang sokong PR agak berkecil ahti dengan geng2 PAKAR dari PR yang mana kalau kita perhatikan komen2 dan ulasan mereka. Kita percaya mereka la manusia yang paling pakar dan terer dalam segala2 hal. Jangan marah ahh. Aku sampaikan apa yang orang rasa aje. Aku takde kena mengena dengan pergaduhan korang. Aku dok tepi sudah.

HAHAHA

Nah baca ;


Submarine Support and Rescue Vessel : MV Mega Bakti

Baru-baru ini, Singapura telah menyuarakan pertolongnya untuk menghantar sebuah DEEP SEA SUBS RESCUE (tetapi ramai yang menyangka ia adalah sebuah kapal selam perang) yang dilancarkan dari kapal MV Swift Rescue milik RSN. Ia adalah bertujuan bagi mengesan bangkai pesawat yang berada di laut dalam dan mencari Black Box pada pesawat yang terhempas. Black Box ini sangat penting bagi siasatan NTSB dan DCA Malaysia dalam mencari punca nahas. 

Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) ini bagaimanapun telah dimiliki oleh Malaysia sejak pengoperasian Scorpene Submarine. Ia adalah kapal sokongan yang menjadi satu keperluan sangat penting bagi mana-mana negara yang mengoperasikan kapal selam dan mampu menjadi Submarine SAR (SUBSAR) untuk menyelamat mana-mana kapal selam yang karam di lautan dalam. Namun, dalam masa yang sama juga, ia boleh digunakan bagi operasi SAR terhadap kapal terbang atau kapal lautan yang karam ke dalam laut bagi mengesan bangkai kapal dan membantu siasatan punca nahas.

Pengoperasian robotic submarine bukanlah suatu yang baru bagi TLDM. Sebelum ini Mahamiru Class telahpun mengoperasikan Olister SUV (Submarine Unnamed Vehicle) bagi tugas mengesan periuk api. Bagi MV Mega Bakti pula, ia sudah cukup sekadar ROV (dalam gambar kecil) bagi sokongan bawah permukaan, namun kapal ini tidak memiliki Submarine Escape and Rescue (SMER) seperti mana yang dimiliki oleh MV Swift Rescue.

MV Mega Bakti antara kapal bantuan yang dihantar ke lokasi nahas MH370 bagi mengesan bangkai pesawat tersebut yang tenggelam di dasar lautan.

Dan lagi ;


Olister ROV : KD Jerai Bakal Sertai Operasi SAR MH370

Seperti mana MV Mega Bakti, kapal dari Kelas Mahamiru ini juga mempunyai ROV sendiri tetapi lebih besar dari ROV Debris yang ada pada MV Mega Bakti. Kelas Mahamiru adalah kapal pemusnahrajau dan periuk api yang terdiri daripada KD Mahamiru (11), KD Jerai (12), KD Ledang (13), dan KD Kinabalu (14). Asalnya sistem remote-operated submersibles (ROV) adalah dari sistem PAP-104, tetapi apabila kapal dinaiktaraf dalam program SLEP, ia digantikan dengan sonar baru dari Thales dan ROV baru jenis Olister (gambar kecil) bagi tujuan pemusnah periuk api.

Walaubagaimanapun, ROV ini juga boleh diguna bagi mengesan bangkai pesawat atau kapal yang karam dalam lautan. KD Jerai antara aset yang akan digerakkan bagi operasi SAR MH-370 bagi pengesan bangkai pesawat, dan mendapatkan Black Box bagi memudahkan siasatan punca nahas oleh NTSB dan DCA.

Dan kawan2. Mari la kita saling luangkan masa untuk bertanya dari meletakkan tuduhan sebarangan ye. Aku rasa geng2 tentera tue tak kisah pun kita tanya dulu.. bukan depa kenakan bayaran pun.. 

Haha..

Oke bai..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...