Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 14 Mac 2014

Isu Bomoh Tikar Terbang - Jamil Khir Perlu Letak Jawatan !!!!

Ewah ewahh ewahh...

Sesedap mulut aje JAKIM nak lepas tangan ye? Meh kita tengok dorang sebut apa kat bawah neh jap ;

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.


Perkataan BOMOH itu sendiri cenderung membawa kepada elemen negatif.

Biasanya, bila ia babitkan perubatan Islam, kita akan sebut ia sebagai rawatan alternatif, perubatan Islam, perubatan alternatif, pengamal rawatan alternatif. Kita tak sebut bomoh Islam. Ada orang sebut bomoh Islam? Memang takde.

Tapi tengok sendiri apa yang si Jamil Khir sebut kat bawah neh?


Jamil Khir sekurang2nya dah sedia maklum akan kedatangan BOMOH 1Malaysia kat KLIA baru2 neh. Sepatutnya seseorang menteri yang AKALNYA WARAS, dia tak boleh la buat kenyataan sebarangan. Dia mesti la cakap, biar saya berjumpa dan meneliti dulu bomoh apa yang nak bantu2 neh. Satgi buat amalan khurafat malu la Malaysia di mata dunia. Ini la jawapan bagi orang2 yang berfikir. Oleh kerana Jamil Khir tak berfikir maka dia keluarkan kenyataan BODOH, tidak salah BOMOH guna khidmat BOMOH. Bila BOMOH 1MALAYSIA tue baca apa pula fikiran dia? Steady beb. Menteri agama pun sekapal dengan aku. Nak heran apa. Itu pasal  hari kedua si pakcik tue mai dengan tikar terbang dan buat segala bagai aksi bangang yang mana sekarang seluruh dunia mengejek dan menyindir perbuatan tersebut.

Untuk rekod, kita ada bukti yang sangat JELAS untuk mengaitkan BOMOH 1MALAYSIA dengan BN. Bahkan kita juga sedang memerhatikan tindakan pihak berkuasa, baik polis, baik jabatan agama, YANG SAMA SEKALI tidak mengambil sebarang pendekatan seperti siasat, dakwa, tarbiah ataupun kaunseling BOMOH tersebut agar kembali ke jalan yang LURUS.

Lihat sini.

Dan,  

Siapa Jamil Khir ini?

Menteri agama.

Apa agensi yang dia kawal?

JAKIM.

Tapi apa yang dia sebut pasal BOMOH?

Tidak salah.

Tetapi selepas perbuatan BOMOH tersebut memalukan negara apa yang JAKIM sebut?

Salah. Amalan bomoh bertentangan dengan Islam.

Tetapi siapa yang JAKIM tegur?

Pihak luar.

Jadi bagaimana pula dengan kenyataan MENTERI AGAMA yang MENGUASAI JAKIM yang mengatakan tidak salah guna KHIDMAT BOMOH?

Buat2 taktau dan tak nampak ataupun tak ingat.

Bila JAKIM nak tegur menteri sendiri? Apa JAKIM lebih takutkan manusia dari TUHAN? Apa JAKIM lebih kisahkan bab duit, jawatan, persepsi, risau kena marah berbanding menegakkan ajaran Allah?

Jangan buat2 lupa. Meskipun ia telah diganti, salah guna duit zakat tetapla salah guna duit zakat.. dan jangan buat2 lupa semata2 nak halalkan tindakan tersebut tetiba2 menteri kita termasuk dalam salah seorang penerima zakat atas nama perjuangan fisabillah. Ye, perjuangan fisabilah la sangat bila mana menteri agama melawan penggunaan qazaf dalam kes perbicaraan liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim..

Orang yang berakal pasti tahu.

Dia mesti fikir dalam2 punya. Tengok senario, kaji insiden, perhatikan tingkah laku dan teliti semua statement. Nampak sangat JAMIL KHIR tak layak mengetuai JAKIM dan menjadi menteri agama di negara ini. Memalukan.

JAMIL KHIR perlu diberambuskan sebelum IMEJ ISLAM dirosakkan lebih teruk akibat kegagalan dia memainkan peranan untuk menegakkan ISLAM dalam erti kata yang sebenar. Cukup2la tue melantik orang yang salah atas jawatan yang betul. Jawatan menteri agama ialah satu jawatan yang betul. Tetapi sayang, orang yang duduk atas jawatan tersebut ialah orang yang salah. Fikir2kan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...