Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 November 2019

NAFAS Dapat Kontrak RM1.4b, Inilah Penjelasan Lengkap.

PENJELASAN | Nampaknya hari ini media sosial bergema dengan kritikan ke atas NAFAS. NAFAS dikatakan telah mendapat kontrak bernilai RM1.4b bagi membekalkan baja bersubsidi.

  
Asal usul kritikan : Ia dimulakan oleh Ayer Hitam - Wee Ka Siong ketika bersidang di Parlimen pada 21 November 2019. Menurut Wee, beliau mempersoalkan kenapa kerajaan membatalkan tender dan seterusnya memberikan projek tersebut kepada NAFAS. Wee mahukan penjelasan.

Sebagai CHECK and BALANCE kepada kerajaan sedia ada, tindakan Wee sememangnya wajar dipuji kerana beliau sentiasa memantau setiap gerak kerja dan keputusan kerajaan. Namun kritikannya tidaklah tepat.

Dan berikut dibawah adalah penjelasannya;

1. Salah satu daripada Manifesto Pakatan Harapan andai mengambilalih kerajaan ialah mengadakan tender terbuka dan bukannya menggunakan sistem rundingan terus.

2. Disebabkan komited kepada manifesto tersebut, maka projek-projek kerajaan mula ditawarkan secara tender terbuka.

3. Antaranya projek membekalkan baja bersubsidi.

4. Selama ini, dibawah kerajaan Barisan Nasional, NAFAS sememangnya diberikan projek secara rundingan harga.

5. Bagaimanapun semua itu berubah setelah Pakatan Harapan mengambilalih tampuk kepimpinan.

6. Buat pertama kalinya pada Jun 2018, Kementerian Pertanian telah membuka projek membekalkan baja bersubsidi kepada pihak swasta.

7. Pada ketika itu juga, kesemua pengurusan NAFAS telah digantung selama enam bulan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang; yakni pihak pengurusan tidaklah boleh membantah, mempersoalkan ataupun masuk campur kerana ia melanggari had kuasa - sehinggalah pengurusan baru NAFAS mula dilantik pada awal Januari tahun 2019.

Sebagai rekod, pengurusan NAFAS 2018 digantung kerana terdapatnya 42 dakwaan salahlaku dan kesemua kes tersebut masih dalam siasatan SPRM.

8. Setelah pengurusan baru memasuki NAFAS dan memahami operasi syarikat, mereka mendapati 96% teras perniagaan NAFAS adalah bersandarkan kepada pembekalan baja bersubsidi menerusi anak syarikatnya NPK Fertilizer Sdn Bhd.

9. Justeru itu rayuan dibuat kepada Kementerian Pertanian agar NAFAS diberikan projek secara rundingan harga, mengikut kebiasaan terdahulu bagi memastikan operasi syarikat dapat berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah.

10. Pertama kali hal itu disebutkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, pada 4 Februari 2019, di Parlimen bahawanya;

- Tender membekalkan baja menerusi skim bersubsidi akan diberikan secara terus kepada NAFAS.

- Iaitu sebuah kilang yang dimiliki oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan; NPK Fertilizer Sdn Bhd.

-  Penjelasan Datuk Amiruddin Hamzah pada ketika itu ialah, walaupun kerajaan komited kepada janji mereka untuk melaksanakan sistem tender terbuka, namun dalam beberapa keadaan tertentu, sistem rundingan terus akan diberi pertimbangan berdasarkan keperluan.

- Mengambilkira operasi syarikat, dimana kilang NAFAS menghasilkan baja, membekalkan kepada ahli dan menjualnya, apabila mendapat keuntungan, ahli akan memperolehi dividen.

"Sebenarnya ini produk dihasilkan kilang (NAFAS), ia kemudian kembali kepada ahli itu sendiri.

Kerajaan mengambilberat perjalanan Pertubuhan Perladangan Kawasan (PKK) kerana ia memberikan faedah apabila dapat membuat keuntungan dan apabila kilang membuat keuntungan, ia membayar dividen kepada ahli," demikian penjelasan Datuk Amiruddin.

- Dalam ertikata lain, tidaklah menjadi rahsia bahawa kerajaan setelah mempertimbangkan rayuan NAFAS, ada niat mahu menganugerahkan tender pembekalan skim baja bersubsidi 2020 kepada NAFAS.

11. Dalam kes NAFAS, sistem tender rundingan terus dilakukan kerana mengambilkira;

- ketidakmampuan kilang untuk bersaing dengan syarikat swasta yang menawarkan harga lebih rendah; yang mana syarikat mereka lebih besar dan mempunyai modal yang banyak.

- ketidakmampuan kilang untuk tetap meneruskan operasi andai tidak diberikan tender.

- seterusnya akan membuatkan kakitangan mereka kehilangan pekerjaan disamping peladang yang mempunyai saham akan kehilangan dividen, dan CSR yang dijalankan setiap tahun bagi membantu kumpulan petani, peladang, orang miskin, B40 terpaksa dihentikan. Antaranya zakat kepada golongan asnaf, biasiswa kepada anak-anak persatuan menerusi Yayasan Pelajaran Peladang, pinjaman kepada peladang menerusi Dana Peladang.

- akan mengambil masa yang lama untuk menerokai perniagaan yang baru; yang turut melibatkan modal, pelaburan, memahami pasaran, kepakaran dan pengiklanan.

12. Sememangnya benar pada 24 Julai 2019 hingga 29 Ogos 2019 kerajaan telah mengeluarkan satu tender bagi membekalkan skim baja bersubsidi kepada pihak swasta. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada tender tersebut telah dianugerahkan kepada mana-mana pihak.

13. NAFAS juga mengesahkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan kontrak membekalkan skim baja bersubsidi 2019 secara berfasa kepada agensi itu.

14. Bagi tender yang dibuka pada 24 Julai 2019 yang lalu, ia adalah merujuk pembekalan baja bersubsidi untuk tahun 2020. Pihak kami belum mendapatkan maklumat lengkap mengenainya setakat ini.

15. Namun, difahamkan pentingnya tender pembekalan skim baja bersubsidi diberikan kepada NAFAS adalah kerana ia periuk nasi ataupun punca rezeki kepada ribuan pekerja, apatah lagi ia adalah syarikat dibawah kerajaan.

16. Skim ini akan membantu kilang terus beroperasi dan membekalkan baja kepada petani/peladang melalui khidmat PPK - yang juga melibatkan ratusan pekerja.

17. NAFAS dinaungi oleh 921,931 ahli pesawah, peladang dan petani.

18. Difahamkan, NAFAS menguasai 8% pasaran baja tempatan yang mana 92% lainnya didominasi oleh syarikat swasta ketika ini. 

Sebagai rekod, NAFAS yang dikenali sebagai Pertubuhan Peladang Kebangsaan telah diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussien pada 31 Mac 1972 yang bertindak sebagai sebuah badan induk yang menyatukan semua peladang dan persatuan peladang dibawah satu naungan. 

Ini dibuat bagi membolehkan peladang bergerak maju dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat berasaskan asas tani diluar sana. - 21 November 2019.

Apa Rahsianya Pakatan Harapan Dibenci Dalam Masa 2 Tahun?

NURUL ASYIKIN | Terdapat pihak yang menyalahkan Kementerian Komunikasi sebagai punca utama kenapa calon Pakatan Harapan PRK Tanjung Piai mengalami kekalahan yang sangat teruk.


Meletakkan kesalahan ke atas bahu Gobind memang mudah tetapi apakah itu realitinya? 

Berdasarkan tinjauan kami di laman sosial dan juga atas lapangan terdapat beberapa isu yang sangat ketara kenapa Pakatan Harapan dibenci rakyat kurang dalam masa dua tahun memerintah.

Berikut kesimpulan yang kami dapat susun untuk pemerhatian lanjut dari pihak yang berkenaan;

1. Masalah ekonomi dan halatuju negara. Nampaknya rata-rata rakyat tidak memahami ke manakah negara ini akan dibawa dan apakah matlamat Pakatan Harapan. Oleh kerana mereka bercakap tentang rasuah melebihi dari halatuju negara dan masalah ekonomi, apa yang difahami rakyat ialah peranan Pakatan Harapan hanya mahu membanteras masalah penyelewengan sahaja khususnya berkaitan 1MDB. Mereka tidak fikir Pakatan Harapan akan menyelesaikan;

- masalah kemiskinan

- ketidaseimbangan pembangunan kawasan bandar dan luar bandar

- menambahbaik kemudahan awam dan prasarana seperti pengangkutan awam, sistem jaringan jalanraya yang menyeluruh, sekolah yang lebih maju, alatan teknologi yang lebih murah dan mampu dimiliki, kenderaan dan rumah yang mampu milik tanpa membebankan golongan M40 dan B40.

- khidmat kesihatan yang lebih cekap dan pantas, seperti yang kita lihat, kebanyakan rakyat beranggapan jika kita mempunyai sakit kronik, hanya hospital swasta sahaja boleh merawat penyakit tersebut dengan cepat bagi menyelamatkan nyawa tetapi bukan hospital kerajaan. Hospital kerajaan dianggap akan memperlambat-lambatkan rawatan sehingga akhirnya pesakit kanser/kronik akan mati dan terbiar disebabkan peralatan hospital awam tidak ditambahbaik disamping kekurangan pakar dan kakitangan. Hal seperti ini perlu ditanggani dan jika wujudnya salah faham, perlu diperbetulkan.

- oleh kerana pembangkang terlalu kerap memainkan isu hutang negara semakin bertambah, lebih banyak bon pinjaman dibuat kerajaan tetapi rakyat tidak menerima manfaatnya secara langsung, matawang negara jatuh, dan kini Bursa Malaysia direkodkan antara yang berprestasi buruk, kegagalan menangkis serangan menyebabkan negara ini dilihat sedang menuju kehancuran dan tiada hala tuju.

- penjualan aset demi aset dilaporkan secara besar-besaran tetapi jawapan yang diberikan menteri ialah kerajaan terdahulu menjual lebih banyak - perbandingan merendahkan akal ini akhirnya membuatkan Pakatan Harapan dilihat 2x5 seperti BN dan rupa-rupanya tiada alternatif yang lebih baik.

2. Uturn, FLIP FLOP, cakap pusing-pusing. Ini adalah sesuatu yang sangat dibenci penyokong dan rakyat. Mereka melihat kerajaan ini tiada perancangan teliti. Tidak berbincang sebelum mengeluarkan kenyataan. Terburu-buru menyatakan pandangan. Seterusnya apabila dikritik, terpaksa menarik balik dan membuat pusingan U. Jadi bagaimana mahu menyakinkan rakyat?

3. Meremehkan JANJI MANIFESTO. Berulangkali dinyatakan keperluan untuk menunaikan janji kerana janjilah itulah Pakatan Harapan diberikan undi. Kenyataan MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI bukan sahaja tidak meredakan kemarahan malahan menjadi bahan troll oleh semua penyokong walaupun dikalangan pro kerajaan sendiri.

4. Masalah perkauman. Kegagalan menguruskan insiden berkaitan perkauman dengan cekap akhirnya membuatkan ia menjadi semakin teruk. Hasilnya kini melayu, india, cina saling benci membenci antara satu sama lain. Prasangka dan syak wasangka dikalangan mereka semakin menebal. Menteri Perpaduan sangat kayu dan dia tidak tampil dengan wajah Menteri Malaysia. 

5. Penjawat awam rasa tidak selamat. Ya, rata-rata penjawat awam rasa tidak selamat dengan kerajaan PH yang dianggap akan membuang mereka bila-bila masa sahaja apabila saiz penjawat awam, bonus dan kelebihan, pencen, dipertikaikan, diperbahaskan dan diperdebatkan di ruangan awam. Undi awal membuktikan PH hilang sokongan yang teruk dari kakitangan awam. Ini ditambah apabila terdapat pro Pakatan Harapan yang memalukan dan mengugut penjawat awam di laman sosial serta mendesak kakitangan awam yang tidak menyokong PH dipecat. Bagi pro PH langkah ini dicadangkan untuk memastikan semua kakitangan awam tidak memburukkan kerajaan di sosial media, tetapi bagi kakitangan awam, langkah ini dianggap sebagai kukubesi dan diktatorship. Bagi kami, cadangan yang tepat ialah melunakkan penjawat awam dengan POLISI yang BETUL, PENGURUSAN yang CEKAP, dan PENTADBIRAN yang AMANAH. Tak perlu dapatkan sokongan mereka dengan paksaan, kerana hati yang dipaksa akan memberontak.

6. Menyimpan KABINET KAYU dalam kerajaan. Sejak awal bila didesak agar Waytha dipecat, kerajaan ini tidak pernah mahu tunduk dan memahami suara rakyat. Berulangkali berita kabinet akan dirombak dilaporkan, tetapi tiada rombakan. Paling terbaru rombakan dikatakan akan berlaku selepas November 2020, apakah itu boleh dipercayai? Tambah lagi masa setahun untuk tolerate dengan perangai menteri yang tak boleh perform dengan betul? Jika diperhalusi kenyataan Tun Mahathir;

- Tak boleh suka-suka rombak kabinet kerajaan, menteri baru akan mengalami kesukaran untuk memahami tugas : hakikatnya menyimpan menteri bodoh yang tak boleh buat kerja akan tetaplah menyusahkan kerajaan kerana menghakis kepercayaan rakyat. Menteri baru mungkin mengalami kesukaran untuk menyambung tugas kerana masih baru tetapi jika dia bijak, kesukaran itu akan menjadi kerja mudah baginya kerana cepat belajar.

- Kerana nak menghadapi persidangan APEC 2020 - ya, persidangan ini penting. Bagaimana pentingnya pun persidangan itu, ia tetaplah tidak boleh lebih penting dari memastikan negara ini diurustadbir oleh menteri yang mampu buat kerja dengan cekap. Persidangan itu bermula dan berakhir dalam satu event tetapi bukannya pentadbiran negara. 

Terdapat pandangan reshuffle kabinet tidak dibuat kerana kesannya lebih teruk ke atas PPBM kerana menteri-menteri pro PPBM dan Tun Mahathir yang seringkali dikecam masyarakat.

Misalnya - Redzuan, Maszlee, Marzuki, Azmin, Waytha, Ketapi, Rina, Muhammad Sabu.

7. Dia kutuk BN buat tapi bila dia buat jadi suci. BN dikecam kerana lantikan politik, tetapi PH buat perkara sama. BN dikecam kerana LYNAS tetapi PH teruskan LYNAS. BN dikecam kerana PTPTN tetapi PH tidaklah berbeza. BN dikecam kerana BRIM, tetapi PH masih teruskan dengan nama baru, BSH. BN dikecam kerana lantikan anak beranak, kronisme dan nepotisme, tetapi PH teruskan budaya yang sama. BN dikecam kerana gula-gula PRK, dan PH buat perkara yang sama. BN dikecam kerana suka memainkan naratif perkauman dan PH ikut rentak yang sama. Sosok yang melawan dan mengkritik pula akan dilayan sebagai MACAI. Walaupun kita rasa bangga kononnya kita beri ruangan mengkritik, tetapi kita juga bodoh kerana melayan kritikan itu sebagai SAMPAH. Seolah-olahnya ia tiada nilai di mata pengundi hakikatnya semakin lama semakin ia meresapi ke dalam pemikiran.

Maaf cakap, hal ini sangat berat untuk dituturkan kerana akan dikecam sebagai tidak menghormati negarawan dan orang tua, tetapi perkara ini tetap perlu dinyatakan.

Pemikiran Tun Mahathir yang beranggapan rakyat mudah dibeli kerana wang adalah salah. Ia bukan kerana mereka mudah dibeli dengan wang, ia adalah kerana mereka nak ambil kesempatan setelah mereka sakit otak melihat drama politik semua partisan di tanahair. Fahamkan perbezaannya.

Mahathir masih lagi beranggapan punca kekalahan teruk di Tanjung Piai bukan kerana manifesto dan pentadbiran PH yang kelam kabut.

Masih lagi kita yang betul. Masih lagi hanya kita sahaja yang betul. Masih lagi kerana kita hidup lebih lama, ada 22 tahun bersama kita, pengalaman itu kita ada, jadi sudah tentulah kita sahaja yang betul dulu, kini dan selamanya.

Tetapi otak rakyat tidak berfikir seperti itu. Otak pengundi dan penyokong juga tidak berfikir seperti itu. Kerana itu salam 15,806 adalah hadiah buat kamu. Satu kerusi apa la sangat. Tetapi jika nilai satu kerusi ini diremehtemehkan dengan adunan perkauman, cina sudah tentulah undi cina, maka akan datang tak mustahil salam kerajaan satu penggal. 

Naratif perkauman yang kamu nampak itu sebenarnya secara realitinya adalah naratif kegagalan kamu dalam menguruskan masalah berkaitan ekonomi dan pentadbiran. Kami semua sakit. - 21 November 2019.

Rabu, 20 November 2019

Doktor Bantah Larangan Minum Arak Secara Terbuka Dikritik.

KENYATAAN MEDIA | BANTAHAN TERHADAP CADANGAN LARANGAN ARAK MENGAIBKAN PROFESION DOKTOR

1. Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Medical Association (MMA) dan Federation of Private Medical Practitioners’ Associations Malaysia (FPMPAM) yang menyelar kenyataan saya di Dewan Rakyat minggu lepas berhubung larangan meminum arak secara terbuka. Kenyataan kedua-dua persatuan ini boleh diakses di pautan

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/11/20/doctors-groups-against-alcohol-ban/

2. Untuk rekod, semasa saya mengambil bahagian di dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan pada 12 November 2019, saya telah melontarkan cadangan kepada pihak kerajaan agar menggubal undang-undang bagi menghalang sebarang aktiviti meminum arak di khalayak ramai. Ia susulan kenyataan salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak berhak menggubal undang-undang larangan tersebut memandangkan ia di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

3. Saya menyatakan bahawa peminum arak sebenarnya bukan sahaja memudaratkan diri mereka bahkan berpotensi untuk memudaratkan orang lain. Tidak perlu untuk saya datangkan fakta secara terperinci betapa bahayanya minuman beralkohol ini kerana saya tahu semestinya seorang pengamal perubatan lebih arif tentang hal ini.

4. Tidaklah perlu dihuraikan lagi bagaimana minuman ini beralkohol mengandungi bahan etanol, iaitu sebatian yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat seterusnya mendatangkan kesan fizikal dan mental peminumnya. Ia juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari. Sebaik sahaja diminum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus. Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan. Manakala sebahagian besar alkohol akan dimetabolisma oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing. Kesan alkohol kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah seseorang itu. Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk.

5. Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran. Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan memory blackout yang mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol. Kesan lain akibat mabuk adalah apa yang dikenal sebagai hangover. Saya fikir fakta ini merupakan adalah fakta asas yang sudah tentu dihadam oleh seorang pengamal perubatan.

6. Perlukah untuk saya ingatkan kembali bagaimana Jun lalu, Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas selepas gerai nasi lemak dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk. Sebulan kemudian, satu lagi kes sama membabitkan seorang pekerja kontrak yang maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara.

7. Kejadian sama turut meragut nyawa Mohaidin Gani Mohamad, 58, apabila motosikalnya dirempuh oleh kereta seorang wanita warga China berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat. Minggu lepas pula, seorang pegawai bank maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Bandar Puteri, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dipercayai dilanggar pemandu dalam keadaan mabuk.

8. Alangkah memalukan profesion kedoktoran apabila pihak yang membantah cadangan ini ialah daripada pengamal perubatan sendiri. Saya jangkan bantahan akan datang daripada Persatuan Penjual-penjual Arak misalnya, atau daripada pemegang-pemegang taruh di dalam perniagaan ini, namun sayangnya ia datang daripada seorang bergelar doktor! Alangkah kenyataan ini benar-benar memalukan ramai lagi doktor yang ikhlas membantu masyarakat.

9. Saya kira doktor seperti ini setaraf dengan pawang kampung yang melepaskan hantu peliharaannya untuk mengacau penduduk kampung dan seterusnya datang berubat dan dia berpeluang membuat untung.

Ahmad Fadhli Shaari,
Ahli Parlimen Pasir Mas
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Bertarikh : 20 November 2019

Selasa, 19 November 2019

Koleksi Kenyataan Pimpinan PH Desak Tun Mahathir Berundur.

Kamarul Yusoff | KOLEKSI TUNTUTAN SUPAYA TUN DR MAHATHIR BERUNDUR

16 NOVEMBER 2019, SABTU:

(1) Dr Syed Husin Ali, PKR: “Tun Dr Mahathir harus tahu apa yang patut dilakukannya dengan segera. Jangan dolak dalik lagi!”

(2) Ng Wei Aik, DAP: “It’s time for Dr Mahathir to go!!!” (“Masa sudah tiba untuk Dr Mahathir berundur!!!”.

(3) Charles Santiago, DAP: “Time for some leaders to take a break.” (“Masa untuk sesetengah pemimpin berundur.”)

(4) Hew Kuan Yau, DAP: “The old horse needs to hand the stick to Anwar as soon as possible.” (“Kuda tua perlu menyerahkan kuasa kepada Anwar secepat mungkin.”)


(5) David Marshel, DAP: “Siapa yang akan ambil tangungjawab atas kekalahan teruk PH? Sepatutnya letak jawatan! Prinsip pentingkan! PM ke-8 amat diperlukan untuk selamatkan perjuangan PH selama ini!!!”

17 NOVEMBER 2019, AHAD:

(1) Ronnie Liu Tian Khiew, DAP: “A smooth handover is needed to regain trust and confidence of the rakyat. The rakyat has spoken loud and clear. Just do it” (“Penyerahan kuasa yang lancar adalah diperlukan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Rakyat telah bersuara lantang dan jelas. Lakukannya sahaja!”)

(2) Ganabatirau Veraman, DAP: “It’s time to revamp the whole PH government to avoid further damages. It’s time to welcome our new PM, Dato Seri Anwar Ibrahim.” (“Masa sudah tiba untuk merombak seluruh kerajaan PH untuk mengelakkan kerosakan lanjut. Masa sudah tiba untuk meraikan PM baru kita, Dato Seri Anwar Ibrahim.”)

(3) Kim Quek, PKR: “There is only one way to save Harapan from its current plunge to the abyss now. Get Anwar to take over from Mahathir immediately.” (“Hanya ada satu jalan untuk menyelamatkan Harapan dari terus terjun ke jurang. Usahakan untuk Anwar ambil alih dari Mahathir secepat mungkin.”)

(4) Wong Chen, PKR: “As in all organisations, the CEO is mostly responsible. So the big chunk of the blame has to still land on Dr Mahathir's lap.” (“Seperti dalam semua organisasi, KPE adalah bertanggungjawab. Jadi sebahagian besar daripada kesalahan masih perlu diletakkan ke atas bahu Dr Mahathir.”)

(5) Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, AMANAH: “Kepimpinan negara perlu dirombak segera dan peralihan kuasa kena dilaksanakan segera.”

(6) Che Ibrahim Mohamed, AMANAH: “Pertukaran PM dari Tun Dr Mahathir kepada Dato Seri Anwar Ibrahim perlu disegerakan.”

18 NOVEMBER 2019, ISNIN:

(1) Hassan Abdul Karim, PKR: “Dr Mahathir should emulate David Cameron, who resigned as the UK Prime Minister in 2016, for failing to prevent the United Kingdom leaving the European Union (EU).” (“Dr Mahathir perlu mencontohi David Cameron, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri UK pada 2016, kerana gagal menghalang United Kingdom meninggalkan European Union (EU).”)

(2) Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, PKR: “Dr Mahathir should take the blame. Have to push for Dr Mahathir's removal…” (“Dr Mahathir perlu memikul tanggungjawab. Perlu mendesak pengunduran Dr Mahathir…”)

(3) Charles Santiago, DAP: “Pakatan's presidential council should decide on whether Dr Mahathir should continue to lead.” (“Majlis Presiden Pakatan perlu memutuskan sama ada Dr Mahathir perlu terus memimpin.”)

19 NOVEMBER 2019, SELASA:

(1) Dr P Ramasamy, DAP: “Independent of what Mahathir thinks or acts, the succession issue must be settled and date be specified for Anwar Ibrahim to take over.” (“Tanpa mengira apa Mahathir fikir atau buat, isu peralihan kuasa mesti diselesaikan dan tarikh mesti ditetapkan untuk Anwar Ibrahim mengambil alih.”)

Jual Saham KFC & Pizza Hut, Najib Sindir Pakatan Harapan.

POLITIK | Semalam portal Sinar Harian melaporkan : QSR Brand (M) Holdings (QSR) dipercayai merancang menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut di Asia Tenggara pada harga kira-kira S$1.96 bilion (RM6 bilion), lapor The Straits Times.



Akhbar Singapura itu menjelaskan, maklumat tersebut didedahkan oleh satu sumber yang mengetahui mengenai perkara berkenaan namun enggan mendedahkan identitinya kerana mendakwa maklumat diperoleh bersifat peribadi.

Katanya, sumber menjelaskan, cadangan menjual dua rangkaian restoran makanan segera berkenaan ada kaitannya dengan masalah ekonomi di Malaysia yang perlahan dan kurang memberangsangkan di Asia Tenggara
.


Berita itu dengan pantasnya menjadi perbualan hangat dikalangan netizens dan rata-ratanya beranggapan ini adalah satu lagi tindakan yang berniat untuk melupuskan aset dan perniagaan berkaitan bumiputera.

Najib juga tak ketinggalan membicarakan perkembangan terbaru itu. 

Menurutnya selama BN mentadbir negara bisnes KFC dan Pizza berjalan lancar namun semua itu berubah selepas beralih kepada PH.

"Bisness KFC dan Pizza Hut ok je berpuluh tahun ini.

Sampai tangan PH, jual ayam goreng dan pizza je pun terjejas,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.


Najib turut berkongsikan pautan berita yang melaporkan penjualan itu.

"Ini yang dilaporkan dalam artikel yang saya share ini : 


"Katanya, sumber menjelaskan, cadangan menjual dua rangkaian restoran makanan segera berkenaan ada kaitannya dengan masalah ekonomi di Malaysia yang perlahan dan kurang memberangsangkan di Asia Tenggara."

Saya masih ingat Menteri PH janji nak selesaikan kenaikan harga KFC dan Pizza Hut akibat cukai SST akhir tahun lepas tapi sampai sekarang pun masih belum selesai.

"Jan 2019: Menteri: Kos pengeluaran meningkat punca harga KFC naik" https://www.freemalaysiatoday.com/…/menteri-kos-pengeluara…/

Masa itu juga, Rafizi kata dia nak tulis surat kepada KFC kenapa naik harga.

Disember 2018: Rafizi: 'Memang naik harga, nanti saya tulis surat pada KFC' https://www.malaysiakini.com/news/457956

Rafizi tak pernah beritahu jika KFC ada membalas surat dia atau tidak,"
katanya lagi.


Untuk rekod, saham KFC dan Pizza Hut dimiliki oleh Johor Corp dan Johor Corp adalah milik penuh kerajaan negeri Johor. - 19 November 2019.

Gambar Kereta Terbang Viral, Pak Wan Kena Gelak Lagi.

POLITIK | Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof nampaknya sekali lagi menjadi bahan gurauan di laman sosial.

Isu berkaitan kereta terbang menjadi topik sensasi dikalangan netizens berikutan Pak Wan mengumumkan di Parlimen yang beliau akan memandu uji kereta terbang pada Khamis ini.

“Saya nak ulangi jemputan saya, hari Khamis ni saya akan naik kereta terbang.

“Saya jemput kalau Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) nak datang... ambil gambar dan duduk sebelah pun boleh,”
katanya dengan nada yakin berbaur bangga.


“Ini anak muda punya idea, anak muda yang disebut belia ini yang bawa hobi ini.

“Justeru, hari ini kita menggalakkan sekolah supaya menggalakkan pelajar terbabit dalam kemahiran mobiliti udara,”
tambahnya lagi.


Menteri Usahawan itu juga menjemput semua Ahli Parlimen yang berkelapangan khamis ini untuk hadir jika tak menghadiri persidangan Parlimen.

“Saya jemput semua kalau ada masa dan tiada persidangan (sidang Dewan Rakyat) lepas 2 petang... sila datang ke Subang,” katanya.


Bagi netizens yang tak sabar-sabar melihat test drive kereta terbang pertama di Malaysia itu bagaimanapun hampa apabila mengetahui ujian itu akan dilakukan secara tertutup.

“SAYA tidak boleh dedahkan masa dan lokasi sesi uji pandu (kereta terbang) itu kerana bagi menghormati permintaan pemaju projek berkenaan," kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika ditanyakan wartawan hari ini. 

Untuk rekod, lokasi dan masa untuk pandu uji kereta terbang telah didedahkan oleh Menteri Usahawan itu ketika menjawab soalan di Parlimen pada 17 November 2019.

“Saya tidak boleh dedahkan perincian sesi pandu uji ini kerana menghormati permintaan mereka (pemaju), selain khuatir liputan yang akan dibuat sekiranya kereta berkenaan gagal terbang ketika sesi pandu uji,” tambahnya lagi.


Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof turut berkata walaupun negara dalam usaha untuk membantu merealisasikan projek kereta terbang namun ada beberapa hal perlu diberikan pertimbangan sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Terdapat beberapa perkara perlu dibincangkan secara menyeluruh, khususnya perihal ruang udara sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Saya masih belum tahu perincian mengenainya (kereta terbang) lagi. Saya hanya mahu meneliti manfaat kereta terbang itu terlebih dahulu.

“Ketika ini kita masih mempunyai pertikaian mengenai ruang udara dengan perbincangan mengenainya sedang dijalankan di peringkat kerajaan, bagaimana ia boleh diselesaikan,”
katanya lagi. 


Pandang pertama kereta terbang
Sementara itu di laman sosial, beberapa netizens mula menyebarkan 'rupa paras' kereta terbang yang akan dipandu uji oleh Menteri Usahawan pada khamis ini.





Gambar-gambar itu dikesan disebarkan oleh pengendali twit @HaziqEscobar di akaun Twitternya semalam.


"SEMENTARA itu berdasarkan maklumat perisikan, beginilah contoh kereta terbang pertama negara yang dikenali sebagai Vektor, yang akan diterbangkan buat pertama kali oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof di Subang pada hari Khamis ini," katanya dalam kenyataan itu.

Kementerian Usahawan bagaimanapun tidak memberikan apa-apa respon berhubung penularan gambar-gambar yang dikaitkan dengan kereta terbang itu setakat ini. - 19 November 2019.

"Bukan Saya Yang Rancang Pertemuan Ke Rumah Azmin", - Hishamuddin Hussein.

POLITIK | Sementara penyokong PKR dan DAP yang cemas dengan tindakan Azmin bertemu dengan 22 wakil BN, dikalangan pro BN nampaknya situasi itu juga tidak diterima dengan positif.

Lokman adalah pemimpin UMNO pertama yang menyatakan bantahan itu secara terbuka malam tadi.

"Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi mengkhianati Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Tanjung Piai yang baru sahaja dua hari lalu memberikan kepercayaan kepada Calon BN bagi memenangi kerusi tersebut.

Sebelum ini Hisham bermaharaja menjadi orang tengah Tun Mahathir untuk membawa masuk pimpinan dan MP Umno ke PPBM tanpa sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan Umno. Setiap kali bila diajukan soalan kenapa beliau menghasut MP Umno untuk menyertai PPBM, beliau kerap memberi alasan beliau mengepung MP-MP BN bagi mengelakkan mereka menyertai PPBM.

Namun hari ini, apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 orang MP BN kerumah Menteri Semburit Azmin Ali di Presint 8, Putrajaya? Walaupun bukan semua 22 MP ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa pada 30hb Oktober 2019 lalu, saya telahpun membuat laporan kepada Lembaga Disiplin Parti dan Presiden Umno terhadap penglibatan Hishammuddin Tun Hussein dalam menghasut Pimpinan dan MP Umno untuk menyertai PPBM. 


Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada mereka yang mempengaruhi Pimpinan dan MP Umno untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekaligus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan. Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT Umno yang sudahpun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. 

Saya berharap tiada pihak mempertahankan pengkhianatan yang dilakukannoleh Hishammuddin ini. Parti perlu mengambil tindakan tegas," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan beliau mengetuai pertemuan beberapa Anggota Parlimen malam tadi.

Beliau berkata tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan beliau rela disiasat.




“Tuduhan yang saya mengetuai pertemuan antara Azmin Ali dan Ahli Parlimen pembangkang semalam tidak benar sama sekali. Bukan saya yang rancang pertemuan tersebut.

"Namun, jika lembaga disiplin UMNO nak siasat saya, saya sedia disiasat. Tiada apa saya hendak sembunyikan,”
katanya menerusi sebuah muat naik di akaun Twitter miliknya.


Penyokong kedua parti, samada pro BN dan PH berbelah bahagi dengan pertemuan tersebut. Ada yang meraikannya atas nama penyatuan ummah tetapi ada pula yang mengkritik tindakan tersebut sebagai politik tikam belakang dan mengkhianati amanah. - 19 November 2019.

Beberapa Teori Netizens Kenapa 22 Ahli Parlimen BN Jumpa Azmin Ali.

SOSMED | Malam tadi media sosial agak kecoh dengan laporan 22 Ahli Parlimen BN dan 5 Ahli Parlimen PKR datang ke kediaman Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di Putrajaya.


Netizens dari pelbagai kelompok parti menzahirkan bermacam pandangan bagi membincangkan situasi terbaru ini.

Berikut adalah rangkuman teori-teori netizens mengenai perjumpaan tersebut;

1. Azmin Ali mahu menunjukkan kepada kem Anwar bahawanya dia mampu menghuru-harakan Pakatan Harapan jika desakan untuk peralihan kuasa semakin kuat. Sebenarnya tiada istilah lompat parti. Apa yang ada Azmin mahu membuktikan dia juga berkeupayaan untuk meranapkan kerajaan ini.

2. Azmin Ali didesak oleh Tun Mahathir bagi mencari jalan agar Tun boleh berkuasa menjadi PM sepenggal. Kenyataan terbuka oleh Hanif Katri, peguam Tun Mahathir mengesahkan teori ini. Semalam Hanif membangkitkan isu mengenai video semburit dimana telah tergantung selama 5 bulan. Pemerhati beranggapan isu video itu adalah satu tekanan kepada Azmin Ali untuk mendapatkan sokongan BN dan PAS bagi mempertahankan kedudukan Tun Mahathir.

3. Azmin tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana ia akan menyebabkannya hilang kedudukan. Oleh itu perjumpaan dengan BN dibuat bagi mencari jalan keluar.

4. Azmin Ali mahu protes. Oleh kerana desakan untuk Tun berundur semakin kuat maka Azmin Ali sengaja menganjurkan majlis makan malam bersama Ahli Parlimen BN tanda beliau mahu protes secara terbuka. Ini juga merupakan satu amaran kepada PKR dan DAP bahawanya dia ada peluang melompat atau membawa lebih ramai dari BN untuk masuk ke dalam PPBM.

5. Ahli Parlimen BN yang hadir ke majlis tersebut sekadar mendengar tawaran dan memerhatikan situasi politik terkini. Seterusnya akan berbincang dikalangan mereka dan memikirkan strategi yang terbaik bagi menghancurkan Pakatan Harapan.

6. Ahli Parlimen BN yang hadir telah bersiap sedia dengan rakaman. Apabila tiba masa yang tepat, rakaman versi cut, akan diedarkan bagi menjatuhkan musuh.

7. Ahli Parlimen BN sekadar memenuhi undangan untuk melayan game Azmin yang mahu protes terhadap PH, khususnya PKR. Mereka sebenarnya tepuk tangan melihat PH bergaduh sesama sendiri selepas kekalahan teruk di PRK Tanjung Piai.

8. Ahli Parlimen BN sebenarnya datang untuk menjadi mata-mata kepada Najib dan Zahid. Mereka tak berminat pun nak bergabung dengan PH yang sepenggal.

9. Ahli Parlimen BN datang kerana penyatuan ummah memandangkan yang dijemput semuanya orang melayu - tiada kaum cina dan india. Mereka plan nak singkirkan DAP dari kerajaan dengan membawa masuk lebih banyak melayu ke dalam Pakatan Harapan.

10. Ahli Parlimen BN yang datang sebab nak cari talian hayat bagi membebaskan mereka dari pertuduhan rasuah ataupun bakal dihadapkan atas pertuduhan rasuah.

11. Ahli Parlimen BN yang hadir inilah Ahli Parlimen yang akan melompat untuk membentuk kerajaan pintu belakang. Mereka hadir bagi membuktikan mereka akan melompat parti bagi menyakinkan Azmin Ali. Perbincangan dengan Hishammuddin dah lama berlaku tetapi tiada 'number' diterjemahkan dalam bentuk perjumpaan, maka inilah tujuannya.

Nota : Rangkuman teori dipetik dari komen-komen berita di portal Sinar Harian, Free Malaysia Today, Malaysiakini dan Berita Harian. Komen-komen tersebut kemudiannya diolah semula bagi memudahkan pembacaan. - 19 November 2019.

Isnin, 18 November 2019

BURSA MALAYSIA Murah Tetapi Tak Ramai Yang Nak Beli..

Khairul Azri | KLCI - BURSA PALING TERUK DI ASIA, MAKIN MURAH TAPI TAK RAMAI YANG NAK BELI.
1. Bursa Malaysia, (FBM-KLCI) kini adalah bursa utama paling tidak 'perform' di seluruh Asia.

2. Bursa Malaysia kini juga berada pada 'valuation' terendah sejak sedekad yang lalu, terendah sejak krisis global 2008.

 
3. Book valuation hanya pada 1.5x 'Book value', terendah sejak 2009, manakala 'Earnings' Bursa Malaysia kini berada pada paras -12% dan hanya 4% lagi untuk masuk ke bear market.

4. Anehnya walaupun Bursa Malaysia berada pada 'valuatio'n rendah/murah, namun pelabur-pelabur global telah keluar dari Bursa Malaysia untuk tahun ini sahaja sebanyak USD2 Billion.

5. Kebanyakan pelabur melihat isu penjimatan kerajaan, ringgit yang lemah, ketidaktentuan penyerahan jawatan PM oleh Tun M sebagai risiko utama untuk melabur di Malaysia.

6. Walaupun sentimen bisnes dilihat menerima kesan besar dan negatif berikutan langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan kononnya mengurangkan hutang, namun isu ketidaktentuan penyerahan jawatan PM dilihat sebagai fokus utama pengurus pelabur untuk melabur di Bursa Malaysia.

7. Hal ini berikutan, terdapat spekulasi bahawa walaupun Tun M telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar, kebanyakan orang dalam pasaran melihat ada gerakan daripada menteri ekonomi, DS Azmin dan anak Tun M in the running untuk posisi PM tersebut.

8. Sentimen terhadap Bursa Malaysia juga makin merosot didokong oleh data makro GDP yang makin menguncup iaitu 4.4% tahun lepas, iaitu paling perlahan sejak 2016 dan juga ura-ura FTSE Russell untuk menyingkirkan Bursa Malaysia dari senarai World Government Bond Index badan pelaburan tersebut. 


Analisis ini dipetik dari sosial media influencer Tuan Khairul Azri di Facebooknya pada 18 November 2019.

Paul Yong Kembali Bertugas Sebagai EXCO, Bukti Peja Lemah, Tiada Kuasa.

POLITIK | Nampaknya tindakan Paul Yong yang kembali bertugas sebagai EXCO Perak mengundang ketidakpuasan hati dikalangan beberapa pemimpin DAP Perak.



Perkara ini dilaporkan Malaysiakini semalam. Portal itu melaporkan terdapat rakaman audio berdurasi 19 saat yang tular dimana terdapat suara pemimpin kanan DAP yang nampaknya tidak bersetuju dengan tindakan Paul kembali bertugas.


Dalam rakaman audio itu, pemimpin kanan DAP Perak berkata Paul tidak mendapat restu parti sebelum mengumumkan untuk kembali bertugas.

"Pakai baju seragam DAP, dapat gaji DAP, tetapi menganggap dirinya sebagai orang yang paling besar. Sekarang ini, ada orang boleh mengumumkan kembali bertugas dengan keputusan sendiri.

"Tidak perlu minta (izin) daripada parti. Tak ada sepatah pun perkataan kepada parti. Saya tidak mahu menyebut nama orang itu tetapi semua orang tahu,"
kata suara itu, memetik laporan Malaysiakini.


Paul bagaimanapun enggan memberikan respon terhadap isu tersebut, lapor portal itu lagi. Namun menegaskan beliau ada hak kembali bertugas kerana beliau bukannya dipecat sebaliknya bercuti secara sukarela.

Dalam perkembangan berkaitan, di laman sosial milik peguam PPBM, Hanif Khatri menempelak tindakan Paul Yong yang kembali bertugas sedangkan kes dakwaan rogol masih lagi dalam perbicaraan.

"PAUL YONG - ANDA JANGAN FIKIR TENTANG KEPENTINGAN PERIBADI, SAMPAI LUMPUHKAN KEPENTINGAN KERAJAAN NEGERI PERAK !!

Sekali lagi saya TEGASKAN ianya adalah amat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB serta BERKEPENTINGAN SENDIRI dan BIADAB untuk PAUL YONG memikirkan bahawa beliau boleh dengan sendirinya umumkan dia kembali bertugas, sedangkan yang berkuasa di bawah sistem kerajaan berdemokrasi untuk menentukan kedudukan mana-mana ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak, samada boleh kembali bertugas ataupun tidak adalah Menteri Besar Perak AHMAD FAIZAL AZUMU sahaja !!
 

PAUL YONG seperlunya WAJIB sedar bahawa Rakyat Malasyia yang prihatin, terutamanya Rakyat dari Negeri Perak yang terjejas dengan isu PAUL YONG ini BERHAK menuntut bahaw Kerajaan Negeri Perak dan PAUL YONG hendaklah "Cakap serupa Bikin" ataupun "Walk the Talk" dalam urusan kedaulatan undang-undang, apatah lagi dalam keadaan pengundi di Selatan Tanahair, yakni di PRK -TG PIAI baru sahaja memberi petanda daripada Rakyat seluruh negara kepada Kerajaan PAKATAN HARAPAN untuk melakukan tugasan dan tanggungjawab dengan betul dan berkepentingan umum !!
 

Hatta, saya sarankan agar Menteri Besar Perak AHMAD FAIZAL AZUMU dapat dengan serta merta memberhentikan SANDIWARA PAUL YONG yang tidak langsung berkepentingan umum, malah merupakan tindakan BIADAB yang mencabuli kuasa dan hak Menteri Besar, dengan menggantung jawatan PAUL YONG sebagai Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak dengan serta merta !!," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

MB Perak lemah, PPBM ditekan

Dalam perkembangan yang sama, rata-rata respon netizens beranggapan tindakan Paul adalah bukti PPBM tiada taring di Perak dan Peja adalah MB boneka.

"Undang-undang dalam tangan DAP. Melayu PH pak turut," - Azmi Abdullah.

"Patutnya letak jawatan. MB Perak buat apa? Pecatlah," - Arif Kadir Alkatami.

"Hebat lah kerajaan baru sekarang. Kes rogol tu. Ada undang undang baru agaknya. Exco atau mp boleh cover dan boleh bertugas semula sebagai exco. Tak pernah berlaku dalam malaysia. Ini kes pertama. Yang saya paham kes rogol. Kes jenayah paksaan. Berat tu. Keputusannya doktor lah. Air main siapa dalam kemaluan perempuan itu. Itu ja. Kalau air mani kucing. Siang siang dah ada keputusan kan. Kerajaan lebih sayang mp dari parti. Sepatutnya berehat lah dulu," - Zainuddin Moosa.


"Belum disabitkan bersalah baik kerja dari makan gaji buta. Itulah dalam pemikiran MB," - Matt Salleh.

"MB Perak ni betul-betul badut. Buang zaman moden," - Mat Mat. 

"BERSATU kan ada satu je kat Perak tu. DAP treler. Kena gelek la apa lagi. Melayu PH anjing. Mana ada maruah," - Noorul.


Sebagai rekod, PPBM hanya mempunyai satu kerusi di Perak dan kedudukan Menteri Besar diserahkan kepada PPBM kerana mengikut perjanjian PRU14.

Terdahulu, terdapat spekulasi bahawa Aziz Bari dari DAP berperanan mahu menjatuhkan Peja sebagai Menteri Besar namun dinafikan oleh ADUN Tebing Tinggi itu beberapa kali.

Rakaman video mirip ADUN Tebing Tinggi itu juga tular sebelum hari pengundian PRK Tanjung Piai.

Sinar Harian melaporkan Aziz Bari tidak tahu dan tidak pernah menonton video itu.

"Video-video yang dibuat oleh orang-orang tak rasmi, yang tak tahu siapa buat ini saya tak dengar pun. Jadi jangan tanya pasal ini.

“Cuma seingat saya benda ini dah lama Disember tahun lepas atau awal tahun ini.

“Jadi benda ini bukan barulah tapi benda yang dah diulas dan saya fikir tak perlu ulas lagi,”
katanya.


Perak sebelum ini dispekulasikan mempunyai krisis dalaman dimana dakwaan wujudnya campurtangan keterlaluan DAP dalam pentadbiran kerajaan.

Hal itu bagaimanapun dinafikan Peja atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Azumu setiap kali ditanyakan pemberita. 

Namun, video tular yang menyaksikan pengakuan Peja kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional semasa kempen PRK Tanjung Piai menguatkan lagi dakwaan Menteri Besar itu ditekan oleh DAP.

"Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini.

"Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita.

"Saya buat itu perlahan-lahan. Tapi, Alhamdulilah... kat sana (Perak) kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya,"
katanya.


Pada awalnya Peja menyifatkan rakaman itu dipetik dari luar konteks kerana rakaman panjang adalah berdurasi lebih dari 20 minit.

Peja juga menafikan beliau bersalah kerana membuat kenyataan sedemikian. - 18 November 2019.

Cerita Lepas Kalah #PRKTanjung Piai - Respon Pemimpin, Penyokong Bergaduh Sesama Sendiri..

PRKTanjungPiai |"Salam 15,806", "Isyarat ini 15,806 jelas tak", antara yang menjadi tular sejak kekalahan teruk Pakatan Harapan di PRK Tanjung Piai pada Sabtu lepas.

Kekalahan itu menyaksikan calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini meraih undi sebanyak 10,380 berbanding Wee Jeck Seng dari Barisan Nasional yang meraih undi sebanyak 25,466 jauh meninggalkan pesaingnya yang lain;

Calon Gerakan : Wendy Subramaniam, 1,707 undi.

Calon Berjasa : Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz, 850 undi.
 
Calon bebas : Dr Ang Chuan Lock, 380 undi.

Calon bebas : Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 32 undi.

Respon pemimpin

Syed Saddiq paling awal memberikan respon dengan mengatakan beliau meminta maaf kepada semua atas kekalahan teruk itu.

"Kekalahan ini pahit untuk ditelan.‬ Rakyat sudah bersuara.‬ Suara rakyat, suara keramat.‬ My sincerest of apologies to the Malaysian Youths for my schortcomings.‬ Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan.‬ Sekali lagi, minta maaf," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu. ‬

Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim berkata PH harus menjadikan kekalahan itu sebagai satu iktibar dan menghormati pilihan yang dibuat pengundi Tanjung Piai.

"Tahniah kepada Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng di atas kemenangan yang diraih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Bagi pihak Pakatan Harapan (PH) kami menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat keseluruhannya.

Majoriti yang diperoleh pembangkang ini satu kejutan dan ia mesej jelas kepada seluruh pimpinan PH.

Kita seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan PRK ini.

Kita juga harus berusaha menanam keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh PH dengan usaha positif melaksanakan janji-janji,"
katanya.


Bagi Dr. Xavier, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, kekalahan PH di Tanjung Piai bukanlah tanda rakyat menolak kerajaan PH.

"TANJUNG Piai bukan seluruh Malaysia. Tanjung Piai di Johor, itu bangsa Johor,” katanya.

"Dia lain, lain daripada lain. Jadi, tak boleh buat macam itu. Tapi kita ambil itu sebagai satu mesej dan kita akan buat sesuatu untuk masa depan," tambahnya lagi.


Liew Chin Tong bagaimanapun beranggapan kekalahan teruk Pakatan Harapan bagaikan dilanda gempa bumi.

"Kekalahan yang membinasakan ini akan menjadi permulaan kepada pengakhiran pemerintahan Pakatan Harapan seperti yang kita ketahui atau memberi peluang kepada kami untuk memulakan suatu permulaan yang lebih baik.

"Kekalahan besar pada pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah titik perubahan untuk politik Malaysia. Ibaratnya umpama tidak kurang daripada gempa bumi.

"Kami dengan rasa rendah diri mengakui kekalahan ini dan menghormati keputusan demokratik rakyat,"
katanya.




Bagi Datuk Salahuddin Ayub, kegagalan PH adalah disebabkan masalah komunikasi. Kegagalan menyampaikan gerak kerja, polisi baik kerajaan dan perubahan yang telah dilakukan oleh PH menyebabkan pengundi tidak menyedari kebaikan kerajaan.


Rakyat bertepuk tangan meraihkan kekalahan Pakatan Harapan. 


"Para tetamu majlis makan memberikan tepukan gemuruh apabila saya mengumumkan kekalahan teruk kerajaan PH di pilihanraya kecil Tanjung Piai," tulis Lim Lip Eng pada Sabtu lepas.

Menurut laporan Malaysiakini, Lim yang juga Ahli Parlimen Kepong menyatakan, "Ini satu pengajaran kepada PH khususnya DAP. Kita mesti mengkaji, kita mesti pergi balik kepada komuniti Cina di Tanjung Piai, tanya mereka apa yang PH dan DAP telah buat salah.


“Mengapa mereka begitu marah kepada kita? Kita mesti balik kepada (penduduk) Tanjung Piai,”
katanya.


Hashtag #TunExpired, penyokong bergaduh sesama sendiri.


Tinjauan di laman sosial mendapati penyokong Pakatan Harapan bergaduh sesama sendiri sejak kekalahan PRK Tanjung Piai.



Penyokong PPBM menyalahkan Anwar dan PKR yang mereka anggap dalang disebalik kekalahan teruk PH di Tanjung Piai. Mereka menyebarkan satu gambar tangkaplayar dimana mereka mendakwa ia adalah bukti penyokong PKR memboikot PRKTanjungPiai. 



Selain itu, mereka mendakwa kekalahan ini akan digunakan sebaik habis bagi membolehkan DAP dan PKR mendesak Tun Mahathir meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Penyokong PPBM juga beranggapan DAP sudah besar kepala dan ada seruan dikalangan mereka bahawa PPBM patut keluar dari Pakatan Harapan.

Sesetengahnya beranggapan pengundi menolak PPBM di Tanjung Piai, khususnya bagi penyokong DAP adalah berpunca dari isu;

Zakir Naik
LTTE
Himpunan Maruah Melayu
Khat, Jawi

Namun berdasarkan kajian Ilham Centre, dua punca utama kenapa pengundi menolak calon PH adalah disebabkan kegagalan menunaikan janji manifesto dan tiada polisi ekonomi yang jelas samada di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Penyokong PPBM juga menyindir tindakan mengundi Wee hanya meramaikan kaum cina dalam Parlimen dan mengurangkan jumlah orang melayu namun mesej-mesej perkauman seperti ini nampaknya tidak diraikan oleh penyokong lain, misalnya dari DAP dan PKR.

Penyokong PKR beranggapan kekalahan teruk PH di Tanjung Piai adalah disebabkan;

Menyimpan menteri-menteri yang tak perform.
Menyimpan menteri-menteri terkait skandal.
Kegagalan menyakinkan rakyat mengenai proses peralihan kuasa.

Namun bagi penyokong DAP mereka beranggapan tindakan Tun Mahathir yang sering flip flop, uturn mengenai manifesto, dan gagal menyampaikan halatuju negara adalah punca kenapa calon dari PPBM itu ditolak. Isu kerajaan pintu belakang dan pengakuan Peja juga mempengaruhi mood pengundi kerana ia memberikan mesej kepada penyokong DAP bahawa PPBM akan bersama-sama kartel bagi memecahkan Pakatan Harapan. Sebelum mereka ditinggalkan, adalah lebih baik mereka meninggalkan - antara komen-komen pro DAP di halaman page pro DAP.

Ketika ini hashtag #TunExpired juga sudah dimainkan oleh sebilangan mereka yang menyokong PKR - Anwar.

Bagi penyokong Amanah, mereka nampaknya lebih banyak mendiamkan diri dan berharap penyokong PH tidak bergaduh di laman sosial.

Ini selari dengan mesej Menteri-Menteri dari Amanah yang beranggapan kekalahan PH di Tanjung Piai adalah kegagalan bersama dan bukannya kegagalan Tun Mahathir. 

Menyalahkan pengundi


Suara-suara menyalahkan pilihan pengundi juga nampaknya jelas kelihatan menerusi status dan komen penyokong PH kini. 

Meskipun pemimpin mengambil pendirian berbeza, iaitu meraikan pilihan pengundi, tetapi nampaknya sebilangan penyokong PH tidak dapat menerima keputusan itu secara demokratik. - 18 November 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...