Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 November 2019

Gambar Kereta Terbang Viral, Pak Wan Kena Gelak Lagi.

POLITIK | Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof nampaknya sekali lagi menjadi bahan gurauan di laman sosial.

Isu berkaitan kereta terbang menjadi topik sensasi dikalangan netizens berikutan Pak Wan mengumumkan di Parlimen yang beliau akan memandu uji kereta terbang pada Khamis ini.

“Saya nak ulangi jemputan saya, hari Khamis ni saya akan naik kereta terbang.

“Saya jemput kalau Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) nak datang... ambil gambar dan duduk sebelah pun boleh,”
katanya dengan nada yakin berbaur bangga.


“Ini anak muda punya idea, anak muda yang disebut belia ini yang bawa hobi ini.

“Justeru, hari ini kita menggalakkan sekolah supaya menggalakkan pelajar terbabit dalam kemahiran mobiliti udara,”
tambahnya lagi.


Menteri Usahawan itu juga menjemput semua Ahli Parlimen yang berkelapangan khamis ini untuk hadir jika tak menghadiri persidangan Parlimen.

“Saya jemput semua kalau ada masa dan tiada persidangan (sidang Dewan Rakyat) lepas 2 petang... sila datang ke Subang,” katanya.


Bagi netizens yang tak sabar-sabar melihat test drive kereta terbang pertama di Malaysia itu bagaimanapun hampa apabila mengetahui ujian itu akan dilakukan secara tertutup.

“SAYA tidak boleh dedahkan masa dan lokasi sesi uji pandu (kereta terbang) itu kerana bagi menghormati permintaan pemaju projek berkenaan," kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika ditanyakan wartawan hari ini. 

Untuk rekod, lokasi dan masa untuk pandu uji kereta terbang telah didedahkan oleh Menteri Usahawan itu ketika menjawab soalan di Parlimen pada 17 November 2019.

“Saya tidak boleh dedahkan perincian sesi pandu uji ini kerana menghormati permintaan mereka (pemaju), selain khuatir liputan yang akan dibuat sekiranya kereta berkenaan gagal terbang ketika sesi pandu uji,” tambahnya lagi.


Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof turut berkata walaupun negara dalam usaha untuk membantu merealisasikan projek kereta terbang namun ada beberapa hal perlu diberikan pertimbangan sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Terdapat beberapa perkara perlu dibincangkan secara menyeluruh, khususnya perihal ruang udara sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Saya masih belum tahu perincian mengenainya (kereta terbang) lagi. Saya hanya mahu meneliti manfaat kereta terbang itu terlebih dahulu.

“Ketika ini kita masih mempunyai pertikaian mengenai ruang udara dengan perbincangan mengenainya sedang dijalankan di peringkat kerajaan, bagaimana ia boleh diselesaikan,”
katanya lagi. 


Pandang pertama kereta terbang
Sementara itu di laman sosial, beberapa netizens mula menyebarkan 'rupa paras' kereta terbang yang akan dipandu uji oleh Menteri Usahawan pada khamis ini.





Gambar-gambar itu dikesan disebarkan oleh pengendali twit @HaziqEscobar di akaun Twitternya semalam.


"SEMENTARA itu berdasarkan maklumat perisikan, beginilah contoh kereta terbang pertama negara yang dikenali sebagai Vektor, yang akan diterbangkan buat pertama kali oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof di Subang pada hari Khamis ini," katanya dalam kenyataan itu.

Kementerian Usahawan bagaimanapun tidak memberikan apa-apa respon berhubung penularan gambar-gambar yang dikaitkan dengan kereta terbang itu setakat ini. - 19 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...