Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 November 2019

NAFAS Dapat Kontrak RM1.4b, Inilah Penjelasan Lengkap.

PENJELASAN | Nampaknya hari ini media sosial bergema dengan kritikan ke atas NAFAS. NAFAS dikatakan telah mendapat kontrak bernilai RM1.4b bagi membekalkan baja bersubsidi.

  
Asal usul kritikan : Ia dimulakan oleh Ayer Hitam - Wee Ka Siong ketika bersidang di Parlimen pada 21 November 2019. Menurut Wee, beliau mempersoalkan kenapa kerajaan membatalkan tender dan seterusnya memberikan projek tersebut kepada NAFAS. Wee mahukan penjelasan.

Sebagai CHECK and BALANCE kepada kerajaan sedia ada, tindakan Wee sememangnya wajar dipuji kerana beliau sentiasa memantau setiap gerak kerja dan keputusan kerajaan. Namun kritikannya tidaklah tepat.

Dan berikut dibawah adalah penjelasannya;

1. Salah satu daripada Manifesto Pakatan Harapan andai mengambilalih kerajaan ialah mengadakan tender terbuka dan bukannya menggunakan sistem rundingan terus.

2. Disebabkan komited kepada manifesto tersebut, maka projek-projek kerajaan mula ditawarkan secara tender terbuka.

3. Antaranya projek membekalkan baja bersubsidi.

4. Selama ini, dibawah kerajaan Barisan Nasional, NAFAS sememangnya diberikan projek secara rundingan harga.

5. Bagaimanapun semua itu berubah setelah Pakatan Harapan mengambilalih tampuk kepimpinan.

6. Buat pertama kalinya pada Jun 2018, Kementerian Pertanian telah membuka projek membekalkan baja bersubsidi kepada pihak swasta.

7. Pada ketika itu juga, kesemua pengurusan NAFAS telah digantung selama enam bulan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang; yakni pihak pengurusan tidaklah boleh membantah, mempersoalkan ataupun masuk campur kerana ia melanggari had kuasa - sehinggalah pengurusan baru NAFAS mula dilantik pada awal Januari tahun 2019.

Sebagai rekod, pengurusan NAFAS 2018 digantung kerana terdapatnya 42 dakwaan salahlaku dan kesemua kes tersebut masih dalam siasatan SPRM.

8. Setelah pengurusan baru memasuki NAFAS dan memahami operasi syarikat, mereka mendapati 96% teras perniagaan NAFAS adalah bersandarkan kepada pembekalan baja bersubsidi menerusi anak syarikatnya NPK Fertilizer Sdn Bhd.

9. Justeru itu rayuan dibuat kepada Kementerian Pertanian agar NAFAS diberikan projek secara rundingan harga, mengikut kebiasaan terdahulu bagi memastikan operasi syarikat dapat berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah.

10. Pertama kali hal itu disebutkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, pada 4 Februari 2019, di Parlimen bahawanya;

- Tender membekalkan baja menerusi skim bersubsidi akan diberikan secara terus kepada NAFAS.

- Iaitu sebuah kilang yang dimiliki oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan; NPK Fertilizer Sdn Bhd.

-  Penjelasan Datuk Amiruddin Hamzah pada ketika itu ialah, walaupun kerajaan komited kepada janji mereka untuk melaksanakan sistem tender terbuka, namun dalam beberapa keadaan tertentu, sistem rundingan terus akan diberi pertimbangan berdasarkan keperluan.

- Mengambilkira operasi syarikat, dimana kilang NAFAS menghasilkan baja, membekalkan kepada ahli dan menjualnya, apabila mendapat keuntungan, ahli akan memperolehi dividen.

"Sebenarnya ini produk dihasilkan kilang (NAFAS), ia kemudian kembali kepada ahli itu sendiri.

Kerajaan mengambilberat perjalanan Pertubuhan Perladangan Kawasan (PKK) kerana ia memberikan faedah apabila dapat membuat keuntungan dan apabila kilang membuat keuntungan, ia membayar dividen kepada ahli," demikian penjelasan Datuk Amiruddin.

- Dalam ertikata lain, tidaklah menjadi rahsia bahawa kerajaan setelah mempertimbangkan rayuan NAFAS, ada niat mahu menganugerahkan tender pembekalan skim baja bersubsidi 2020 kepada NAFAS.

11. Dalam kes NAFAS, sistem tender rundingan terus dilakukan kerana mengambilkira;

- ketidakmampuan kilang untuk bersaing dengan syarikat swasta yang menawarkan harga lebih rendah; yang mana syarikat mereka lebih besar dan mempunyai modal yang banyak.

- ketidakmampuan kilang untuk tetap meneruskan operasi andai tidak diberikan tender.

- seterusnya akan membuatkan kakitangan mereka kehilangan pekerjaan disamping peladang yang mempunyai saham akan kehilangan dividen, dan CSR yang dijalankan setiap tahun bagi membantu kumpulan petani, peladang, orang miskin, B40 terpaksa dihentikan. Antaranya zakat kepada golongan asnaf, biasiswa kepada anak-anak persatuan menerusi Yayasan Pelajaran Peladang, pinjaman kepada peladang menerusi Dana Peladang.

- akan mengambil masa yang lama untuk menerokai perniagaan yang baru; yang turut melibatkan modal, pelaburan, memahami pasaran, kepakaran dan pengiklanan.

12. Sememangnya benar pada 24 Julai 2019 hingga 29 Ogos 2019 kerajaan telah mengeluarkan satu tender bagi membekalkan skim baja bersubsidi kepada pihak swasta. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada tender tersebut telah dianugerahkan kepada mana-mana pihak.

13. NAFAS juga mengesahkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan kontrak membekalkan skim baja bersubsidi 2019 secara berfasa kepada agensi itu.

14. Bagi tender yang dibuka pada 24 Julai 2019 yang lalu, ia adalah merujuk pembekalan baja bersubsidi untuk tahun 2020. Pihak kami belum mendapatkan maklumat lengkap mengenainya setakat ini.

15. Namun, difahamkan pentingnya tender pembekalan skim baja bersubsidi diberikan kepada NAFAS adalah kerana ia periuk nasi ataupun punca rezeki kepada ribuan pekerja, apatah lagi ia adalah syarikat dibawah kerajaan.

16. Skim ini akan membantu kilang terus beroperasi dan membekalkan baja kepada petani/peladang melalui khidmat PPK - yang juga melibatkan ratusan pekerja.

17. NAFAS dinaungi oleh 921,931 ahli pesawah, peladang dan petani.

18. Difahamkan, NAFAS menguasai 8% pasaran baja tempatan yang mana 92% lainnya didominasi oleh syarikat swasta ketika ini. 

Sebagai rekod, NAFAS yang dikenali sebagai Pertubuhan Peladang Kebangsaan telah diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussien pada 31 Mac 1972 yang bertindak sebagai sebuah badan induk yang menyatukan semua peladang dan persatuan peladang dibawah satu naungan. 

Ini dibuat bagi membolehkan peladang bergerak maju dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat berasaskan asas tani diluar sana. - 21 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...