Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Disember 2017

1MDB Bayar IPIC RM4.89b Hari Ini, Selesai Sudah Bayaran Akhir.

Oleh : The Malaysian Insight

SYARIKAT pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyelesaikan baki AS$1.2 bilion (RM4.89 bilion) hutang kepada dana Abu Dhabi, sekali gus menyelesaikan pertikaian yang boleh memalukan pentadbiran Najib menjelang pilihan raya umum akan datang. 


Bahagian terakhir daripada AS$630 juta dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) hari ini, jumlah yang tidak kecil untuk premium besar dibayar oleh syarikat China untuk hartanah dimiliki oleh 1MDB, iaitu tanah di Pulau Indah, Selangor dan Air Itam, Pulau Pinang. 

 Campur tangan oleh syarikat-syarikat China dan keupayaan mereka untuk membayar harga di pasaran adalah petunjuk peningkatan mereka di rantau ini dan kesediaan Beijing untuk membantu kerajaan Malaysia dengan masalah yang menjadi beban selama beberapa tahun lalu. 

1MDB dan IPIC jalinkan hubungan pada 2012, apabila bekas jaminan dua bon bernilai US $ 1.75 bilion setiap satu untuk 1MDB untuk mengumpul dana bagi pembelian aset. 

Sebagai gantinya, 1MDB adalah untuk membuat pembayaran cagaran kepada IPIC. Bagaimanapun pada hujung 2015, masalah mula timbul apabila IPIC/Aabr dan 1MDB tidak mendapat persetujuan berhubung sejumlah dana yang hilang berikutan syarikat pelaburan Malaysia gagal menyelesaikan pinjaman AS$1.2 bilion kepada Abu Dhabi. 

Kedua-dua belah pihak tidak dapat mendamaikan wang yang hilang, dengan Malaysia menegaskan bahawa ia telah membayar balik AS $ 3.5 bilion kepada anak syarikat IPIC yang mengekalkan bahawa mereka tidak menerima dana itu sepenuhnya. 

Pada Mei tahun lalu, Abu Dhabi dan Malaysia bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian itu menerusi arbitrasi di London, hasilnya ialah 1MDB akan membayar IPIC sebanyak AS $ 1.2 bilion dalam tiga ansuran, yang terakhirnya diserahkan hari ini. 


The Malaysian Insight melaporkan Arul Kanda Kandasamy akan kekal sebagai presiden 1MDB dan ketua eksekutif 1MDB kerana dana pelaburan negara yang tercetus skandal itu melepaskan semua asetnya. Arul dijadualkan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember. 

Beliau dilantik pada Januari 2015 untuk mengubah syarikat oelaburan negara itu yang berdepan pelbagai tuduhan penggubahan wang haram oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan pihak berkuasa di Singapura dan Switzerland. 

Difahamkan Putrajaya membuat keputusan untuk mengekalkan Arul Kanda dalam 1MDB adalah bagi melancarkan operasi menjelang pilihan raya umum akan datang. 

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa 1MDB dan Perdana Menteri Najib Razak, yang juga menteri kewangan untuk mendedahkan bagaimana mereka mendapatkan wang untuk membayar kepada IPIC. 

Unit Perisikan Ekonomi dalam laporan baru-baru ini menyebut sokongan kuat China kepada pentadbiran Najib di tengah-tengah skandal 1MDB, meletakkan Malaysia sebagai negara pelaburan terus luar negara keempat untuk China. 

"Negara ini muncul sebagai nod utama BRI (Inisiatif Belt and Road) dan mengalu-alukan pelaburan China, tidak kurang juga sebagai sebahagian daripada sokongan yang diberikan mereka kepada pentadbiran yang diterajui Najib, yang terjejas berikutan skandal aktiviti syarikat pelaburan 1MDB," kata EIU.

FELDA Mungkin Hilang Tanah Bernilai RM200 Juta Kerana Transaksi Meragukan..

Felda dikatakan berisiko bakal kehilangan hak milik tanah di kawasan strategik iaitu : Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta, lapor Berita Harian (BH) hari ini. 


Laporan itu menyebut, perkara itu berlaku disebabkan pertukaran hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015. Menurut laporan Berita Harian lagi, tanah tersebut kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA dikenali sebagai KLVC Tower1A. 

Carian dalam portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati Menara KLVC Tower1A sudah diluluskan untuk dimajukan dengan bangunan pejabat 68 tingkat meliputi 59 tingkat pejabat, dua tingkat podium pejabat termasuk parkir, enam tingkat tempat letak kereta, dua tingkat parkir bawah tanah, taman atas bumbung dan helipad.


Sumber memberitahu BH, pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Cor-poration Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya. 

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017. 

Menurut sumber itu, semua keputusan pelantikan syarikat terbabit, dipercayai dibuat oleh FIC, tetapi hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah FELDA tiga bulan kemudian, iaitu pada 2 September 2014 untuk kelulusan secara retrospektif. 

"Ia agak mengelirukan dari segi urus tadbir kerana Lembaga Pengarah FELDA tak tahu siapa sebenarnya buat keputusan, sama ada FIC atau FELDA kerana ketika itu ada orang yang sama duduk dalam FIC dan dalam FELDA. 

"FELDA keluarkan surat kuasa wakil kepada syarikat pemaju untuk bangunkan kawasan terbabit, namun tanah berkenaan kemudian didapati dipindah milik kepada syarikat itu sejak Disember 2015," katanya. 

Carian BH di Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga mendapati satu daripada tanah iaitu lot 390 seluas 16 hektar yang sebelum ini menempatkan ibu pejabat lama FELDA, Anjung FELDA dan Wisma FELDA ditukar nama kepada sebuah syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama projek itu pada 21 Julai 2016. 

Difahamkan, sehingga kini tiada pengumuman dikeluarkan FELDA berhubung pemindahan hak milik tanah itu atau transaksi pengambilalihan tanah antara FELDA dengan pemilik baharu tanah itu. 

Menurut krew Berita Harian, wakil media itu telah bertemu dengan pihak pemaju di pejabatnya untuk mendapatkan penjelasan lanjut, tetapi seorang pengarah syarikat terbabit enggan memberi sebarang komen. 

Mengikut laporan media pada 14 Mei 2014, kawasan itu mulanya dirancang dimajukan sebagai projek pembangunan bercampur komersial dan kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM500 juta oleh anak syarikat FIC, iaitu ENCORP Bhd. 

Namun, pada 6 November 2014, DBKL menerima permohonan kebenaran merancang kawasan sama daripada pemaju utama KLVC dan bukan ENCORP. Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga mendapati kontraktor utama projek KLVC adalah sebuah syarikat baharu yang hanya ditubuhkan Januari lalu.

Serah Bukti Penyelewengan Yang Disimpan 30 Tahun? Azwan Ali Dipertikaikan Netizens.

Semalam selebriti yang terkenal kerana bermulut celupar, Azwan Ali menyerahkan dokumen sulit dan bukti mengenai kes salah laku rasuah dan kemewahan melampau seorang pemimpin yang enggan beliau namakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 


"Saya bukan datang dengan tangan kosong ke sini tetapi dengan membawa dokumen dan bukti kukuh mengenai kes salah laku rasuah dan kemewahan melampau. Melibatkan siapa, saya tidak mahu komen," katanya kepada pemberita selepas meyerahkan bukti tersebut. 

"Saya buat perkara ini sendiri bukan sebab sudah dekat pilihan raya umum tetapi kerana Allah. "Malah, semalam saya menerima panggilan bertalu-talu daripada pemimpin pembangkang yang mengalu-alukan pendedahan yang dibuat ini," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Utusan dan Berita Harian melaporkan kenyataan Azwan Ali bahawanya bukti yang diserahkan kepada SPRM sebenarnya telah disimpannya selama 30 tahun, sejak beliau mula bergelar artis. 

Menurut Wikipedia, Azwan Ali dilahirkan pada 13 Februari 1966 yang bermakna usianya kini ialah 51 tahun.

Manakala Azmin Ali dilahirkan pada 25 Ogos 1964 yang bermakna usianya ialah 53 tahun.

Jika usia Azwan ditolak sebanyak 30 tahun itu bermakna dia telah menyimpan bukti penyelewengan sejak beliau berusia 21 tahun.

Menurut Wikipedia lagi, Azwan Ali mula aktif dalam industri hiburan pada tahun 1991. Jika tahun 2017 ditolakkan kepada 30 tahun yang lepas, kita akan kembali ke tahun 1987. Pada tahun 1987, Azwan Ali belum aktif dalam bidang hiburan. 😅😅😅

Namun menurut rekod Wikipedia, tahun 1987 ialah tahun Azmin mula berkhidmat dengan Anwar Ibrahim. Selepas habis belajar dari salah sebuah universiti di Amerika, Azmin dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu ialah Menteri Pendidikan Malaysia. Azmin diperkenalkan kepada Anwar melalui Mahathir.

Azmin kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri (jawatan Anwar ketika itu) sehinggalah Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.

Dalam perkembangan berkaitan, netizens mempertikaikan Azwan Ali yang mendakwa telah menyimpan bukti selama 30 tahun lamanya.

Abdul Karim Aswad : "Bohonglah 30 tahun. Zaman tu dokumen ada pakai mesin taip. Kertas pun kertas kuning. Kalau tak simpan betul-betul dah lunyai".

Mohd Fouzi Othman : "Silap tempat tu. Patut dihantar ke Arkib Negara".

Raja Kamarul Azzahar : "Azwan Ali kata dia simpan bukti penyelewengan Azmin selama 30 tahun. Bolehkah dia didakwa bersubahat selama 30 tahun? Boom! Dia kata dia kecewa tak diberi projek. Bermakna pentadbiran Azmin lurus. Azwan yang bercita-cita kronisme. Boom!".

Mazlan Mokthar : "Azwan dakwa simpan 'bukti sulit' dalam envelop selama 30 tahun !! Bersama-sama dengan alat sulit, barangkali! Hehehehe". 

Muhammad Azhan : "Azmin jadi MB baru beberapa tahun jer, ini mesti campur sekali dengan kes Azmin pinjam duit belanja sekolah rendah dia dulu 😂😂".

Krisis Azwan - Azmin kembali menjadi perhatian masyarakat apabila Azwan secara tiba-tibanya membuat kemunculan semula selepas tiga tahun menyepikan diri. Azwan muncul disaat anak saudaranya Nuzul Fadli yang juga penyokong setia Azmin Ali ditahan SPRM dipercayai ada kaitan dengan skandal perlombongan pasir di Selangor.

Ketika ini tiada perkembangan terbaru berkaitan siasatan kes yang dimaklumkan SPRM kepada pihak media. Ramai tertanya-tanya apakah siasatan tersebut membebaskan Nuzul Fadli dari sebarang pertuduhan ataupun tidak. 

Skandal Wang Kelian Dan Segalanya Yang Anda Patut Tahu Tentangnya.

Nama Wang Kelian kembali menjadi sebutan masyarakat. Kali terakhir ia menjadi sensasi apabila polis mendedahkan penemuan kubur-kubur manusia dan kem pemerdagangan manusia di kawasan berbukit, dalam hutan antara sempadan Malaysia - Thailand di lokasi itu.

Wang Kelian merupakan sebuah bandar di negeri Perlis. Ia berada dalam kawasan sempadan Malaysia - Thailand, berhampiran dengan bandar Satun, Thailand. 


Wang Kelian merupakan pintu keluar-masuk antara sempadan Malaysia - Thailand sejak 1992. Wang Kelian - Wang Prachan bebas keluar masuk pada setiap hari sabtu dan ahad namun pada 1 Februari 2008 kelepasan itu dibatalkan sementara sebelum dikembalikan semula pada 4 December tahun yang sama. Bagaimanapun penemuan kem pemerdagangan manusia pada tahun 2015 membuatkan kelepasan itu ditarik semula pada 1 April atas alasan keselamatan negara

Senjata api, barang dagangan, rokok, arak, dadah dilaporkan mudah bolos menerusi laluan ini menyebabkan KDN mempertahankan tindakannya meskipun dibantah kerajaan Perlis. (Wikipedia).


Dan ini apa yang anda patut tahu tentang pendedahan NSTP.

1. Pada 25 Mei 2015, berita melaporkan polis menemui ;

- 139 kubur yang dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia

- 106 rangka manusia yang dipercayai mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia

- 28 kem sementara pemerdagangan manusia

di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

2. Bagaimanapun dalam pendedahan terbaru NSTP, polis sebenarnya telah mengetahui tentang kem pemerdagangan manusia itu pada 19 Januari 2015. Polis juga mendakwa kem itu telah dikosongkan 3 minggu sebelumnya ketika ditemui tetapi ianya adalah tidak benar menurut pendedahan NSTP. Ia ditemui dalam keadaan kem berkenaan masih lagi sedang beroperasi (memperdagangkan manusia). 


3. Apa yang mengejutkan, laporan NSTP juga menyebut "polis didakwa memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan (terhadap kem tersebut) sehinggalah berlalunya masa hampir setengah tahun".

4. Pada 19 Januari 2015, jam 10.15 pagi Pasukan Operasi Am yang mengendalikan dan memantau kawasan sempadan telah perasan berlakunya sesuatu perkara yang aneh.

5. Mereka mendapati ada sesuatu yang sedang berlaku di kawasan yang sepatutnya tiada manusia tinggal didalamnya. Mereka menemui sisa makanan, air sabun, yang mengalir melalui laluan air sungai ketika melakukan rondaan berkala.

6. Mereka juga menemui jejak manusia di ke Hutan Simpan Mata Aye.


7. Mereka kemudiannya memanggil pasukan sokongan (backup). Dan mengikuti jejak laluan tersebut. Operasi yang dimulakan pada jam 11.45 pagi hari yang sama itu berhasil menemukan kem yang berukuran 30m persegi dengan 6 sangkar yang dipenuhi dengan lelaki dan wanita dan dikawal oleh warga asing yang memiliki senapang M-16. Warga asing itu juga melakukan rondaan di kawasan sekitarnya bagi menjaga dan melindungi kegiatan jenayah mereka.

8. Pada jam 4.30 petang, selepas lima jam, pihak berkuasa berjaya membawa turun 38 orang pendatang asing tanpa izin. 22 ialah warga Bangladeshi. 16 ialah Myammar. Laporan itu turut menyebut lebih kurang 150 yang terkurung di sangkar pemerdagangan manusia berjaya menyelamatkan dan melarikan diri ketika operasi serbuan dilancarkan. Malahan secara 'ajaibnya' pihak sindiket juga berjaya menyelamatkan diri dan lari menuju ke hutan bersama-sama pihak yang diperdagangkan oleh kumpulan penjenayah itu. Tidak dapat dipastikan kenapa ianya berlaku begitu.

9. Sekurang-kurangnya kem pemerdagangan manusia tersebut telah beroperasi lebih dari 6 bulan. Malahan ada kem yang ditemui telah beroperasi sejak tahun 2013 lagi kata laporan itu.

10. Kesemua yang ditahan dibawa ke balai polis Padang Besar untuk diproses pada jam 9.30 malam pada hari yang sama.

11. Keesokan harinya, pegawai yang mengetuai serbuan bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Negeri. Satu arahan kemudiannya dikeluarkan; yakni musnahkan lokasi kejadian jenayah dan pegawai menjalankan tugasnya dengan mematuhi arahan yang diberikan.

12. NSTP beranggapan ia adalah logik untuk berfikir bahawanya operasi khas akan dilancarkan secepatnya bagi mencari lebih banyak kem pemerdagangan manusia di lokasi yang sama, namun tiada apa-apa yang berlakunya sehinggalah 13 Mac 2015.

13. Pada 13 Mac 2015, pasukan komando menyelinap masuk pada tengah malam dalam misi mencari dan menangkap di Bukit Genting Perah, di kawasan yang berbeza sama sekali dari operasi sebelumnya.

14. Menurut laporan itu lagi, pemantauan telah dijalankan oleh pihak berkuasa yang sangat berkemahiran tinggi dan mereka menemui bukti wujudnya aktiviti manusia disitu (terdapat cahaya pada waktu malam) sehingga membawa kepada operasi mencari dan menangkap. 5 suspek (penjenayah) dibawa lari oleh pasukan komando yang cukup terlatih itu. Di pertengahan jalan pulang, pasukan komando itu kemudiannya mendengar bunyi tembakan yang dipercayai berpunca dari sindiket yang menyedari 5 anggotanya hilang. Perkara ini menurut NSTP, tidak pernah didedahkan kepada umum.

15. Lokasi operasi Bukit Genting Perah kemudiannya diperluaskan sehingga membawa kepada penemuan beberapa kem yang lainnya - sejumlah 28 kem pemerdagangan manusia keseluruhannya.

16. Tebusan yang membayar wang kemudiannya dilepaskan dan melarikan diri untuk keluar dari kem pemerdagangan manusia - mewujudkan jejak laluan membantu pasukan penyiasat mengukuhkan bukti penyiasatan.

17. Hasil siasatan NSTP mencadangkan wujudnya cubaan untuk menutup kes berprofil tinggi berkenaan dengan cara yang cukup terancang. Beberapa perkara tentang fakta kes turut diubah dakwa laporan itu lagi.

18. Polis juga mengarahkan kem-kem berkenaan dimusnahkan sebelum siasatan forensik dijalankan - sedangkan kawasan itu berpotensi menjadi lokasi berlakunya kejadian jenayah.

19. NSTP turut mempersoalkan beberapa perkara antara lainnya;

- Kenapa rahsiakan penemuan kem?
- Siapa yang berikan arahan musnahkan dan bersihkan lokasi kejadian?
- Kenapa ia dilakukan?

Dalam perkembangan berkaitan, satu laporan baru yang diterima oleh pasukan penyiasat NSTP turut mendedahkan;

- Laporan bebas dari pasukan polis yang lain bercanggahan dengan laporan yang dibentangkan terdahulu.

- Dalam laporan itu menyebut, bukannya 30 pegawai yang menyerbu lokasi pada kali pertama sebaliknya hanya lapan sahaja.

- Ketika operasi serbuan dijalankan, lapan pegawai itu berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diketuai oleh unit Pasukan Operasi Am manakala satu kumpulan lainnya diketuai oleh pegawai yang didatangkan khas untuk menyiasat hal yang dilaporkan.

- Kedua-dua kumpulan menggunakan laluan yang berbeza untuk tiba ke kem pemerdagangan manusia.

- Bagaimanapun kumpulan yang diketuai oleh pegawai yang didatangkan khas tidak pernah tiba di kem tersebut.

- Ketika kumpulan yang diketuai oleh Pasukan Operasi Am menunggu dengan diam di lokasi kejadian, mereka terdengar suara,"lari, polis ada disini!".

- Ia di antara jarak masa tiga hingga lima minit, pasukan yang diketuai oleh pegawai khas itu kemudiannya tiba di lokasi dan memberikan arahan untuk berundur.

- Turut dimaklumkan dalam laporan bebas itu, pasukan yang melakukan serbuan pada 19 Januari memaklumkan kubur telah ditemui ketika operasi hari pertama dijalankan, bukannya ketika arahan memusnahkan lokasi kem pemerdagangan manusia dikeluarkan.

- Tambah laporan itu lagi, kerosakan lokasi jenayah adalah dalam kadar minimal. Hanya pembakaran pondok pengawal dan khemah yang termusnah.

20. Terdahulu, Bernama pernah melaporkan ejen sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian didalangi oleh seorang lelaki bangsa Rohingya yang dikenali dengan nama Yassin.

21. 5 suspek yang ditahan dan isu Yassin tiada 'follow-up' yang menjelaskan kedudukan sebenar dan terbaru mengenainya.

22. Menurut NSTP lagi, ada sumber yang mengakui bahawa sindiket pemerdagangan manusia ini turut didalangi oleh pihak-pihak yang sepatutnya menjaga sempadan dan keselamatan negara dari dicerobohi oleh warga asing.

23. Selagi mana terdapat pegawai yang tidak amanah, membanteras negara dari sindiket pemerdagangan manusia adalah satu kerja yang sukar - tambah laporan itu lagi. 

Rujukan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemerdagangan-manusia-tiada-kem-penempatan-baharu-ditemui-di-perlis-62652

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kem-pemerdagangan-manusia-di-wang-kelian-milik-ejen-besar-yassin-8217-1.96783

https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/12/316331/wang-kelian-sources-keen-unload-secrets

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/12/20/bukti-dimusnahkan-fakta-diubah-dalam-tragedi-kubur-beramai-ramai-perlis-lapor-nst/

https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/12/316339/exclusive-secrets-wang-kelian-exposed

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/365689/rahsia-di-wang-kelian

Rabu, 20 Disember 2017

"Di Langkawi Orang Minum Arak Macam Minum Air Sejuk," - Mohd Amar.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini dilaporkan berkata kerajaan negeri sengaja melambatkan proses pembangunan di negeri itu.

Mengakui pembangunan di negeri itu agak terbelakang, Mohd Amar berkata kerajaan negeri mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengerakkan pembangunan di negeri Kelantan.


Laporan Malaysiakini menyiarkan kenyataan Mohd Amar yang dipetik sebagai berkata : "Memang kita akui pembangunan fizikal negeri kita lambat. Kita sengaja melambatkan supaya kita nak pastikan pembangunan ini dapat dinikmati rakyat. 

"Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan. 

“Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan".

Mohd Amar berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, malam tadi.


Katanya lagi, kerajaan Kelantan mahu rakyatnya menikmati pembangunan berbanding tempat lain yang mana pembangunannya pesat tetapi rakyatnya terpaksa berpindah. 

"Kita mahu rakyat tempatan dapat menikmati pembangunan, berbanding tempat lain yang membangun pesat tetapi rakyatnya terpaksa pindah dan lari," katanya.

Dengan mengambil Langkawi sebagai contoh, Mohd Amar turut berkata Langkawi dibangunkan dengan pesat sebagai pusat pelancongan ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri namun masyarakat setempat di Langkawi hari ini duduk entah di mana. 

"Selain itu kita tengok kesan sosial, kalau kita tak kawal pembangunan kita dapat lihat kesan sosial. 

"Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka. 

"Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial," ujarnya. 

Naib presiden PAS itu juga berkata tanah rizab melayu di Kelantan ialah sebanyak 90% dan selebihnya ialah berstatus tanah terbuka dan jika berlakunya pembangunan yang terlalu cepat melayu akan kehilangan tanah di negerinya sendiri.


"Di Kelantan tanah milik rizab Melayu adalah 90 peratus dan sebahagian saja berstatus tanah terbuka. 

"Jadi kalau kita terlalu cepat membangun, akan berlaku kehilangan milik tanah rizab Melayu. Kita akan hilang tanah dalam negeri kita sendiri," jelasnya.

PAS Tanding 130 Kerusi Parlimen Di PRU Ke 14.

PAS akan bertanding sekurang-kurangnya di 130 kerusi Parlimen untuk PRU ke 14 kelak. Itulah kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang ketika berucap di majlis pelancaran ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam semalam.


Presiden itu turut berkata, PAS akan bertanding sebanyak-banyak kerusi kerana PAS akan bersama dengan gagasannya sendiri, bukan dengan Barisan Nasional ataupun Harapan. Malahan PAS juga akan meletakkan calonnya di kesemua kerusi di Terengganu.

“PAS dengan angkatannya sendiri. Bagi negeri Terengganu PAS akan bertanding semua kawasan, tidak ada calon parti lain bagi negeri Terengganu. Akan jadi begitu.

“Seluruh negara kita akan usaha, kali ini kita akan bertanding seboleh-bolehnya lebih 130 kerusi parlimen. Akan diusahakan. Menang, kalah itu cerita lain,” katanya.

Beliau turut berkata, PAS bagaimanapun tidak boleh menang dengan kekuatan ahli, penyokong serta orang yang kuat Pas sahaja tetapi perlukan sokongan tambahan.

“Bagaimana kita hendak buat, (ia) memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi. Banyak ‘dia’ kata, fitnah pada kita (tetapi) kita kena jadi macam pohon kayu yang berbuah.

“Walaupun anak-anak yang nakal dan jahat melontar dengan kayu dan batu, pohon kayu itu membalas dengan buah-buah yang masak. Ini cara yang kita kena faham.

“Jangan orang baling dengan batu kita balas dengan batu juga. Sama-sama ‘benjol’. Tidak boleh menarik orang. Mesti dengan cara yang (boleh) menarik orang.

“Perkenalkan agenda ekonomi kita, pendidikan kita, pentadbiran kita yang bebas rasuah. Kita telah berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan sehingga hari ini,” katanya.

Azwan Hantar Bukti Penyelewengan Azmin Ke SPRM.

Selebriti Azwan Ali hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan dokumen dan bukti berkaitan penyelewengan dan salah laku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lapor Sinar Harian sebentar tadi.


Azwan yang juga merupakan adik kepada Mohamed Azmin hadir pada jam 10 pagi itu membawa sepucuk sampul surat bersaiz A4.

Ketika ditanya berapa muka surat dokumen yang dibawa, Azwan enggan mengulas lanjut.

"Berapa tebal dokumen ini menunjukkan betapa serius perkara ini.

"Saya tak tahu berapa lama akan berada di dalam. Ini kali pertama di sini," katanya di hadapan lobi SPRM pagi ini.

Azwan dijangka akan menyerahkan dokumen tersebut kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Terdahulu, Azwan Ali berjumpa dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dengan membawa bahan bukti penyelewengan Azmin namun Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menolak untuk melihatnya kerana berpendirian ianya perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Viral video dia nak jumpa saya, sebagai pemimpin kita jumpa ramai orang, jadi bila ada kenyataan daripada rakyat nak jumpa, saya tiada masalah nak jumpa dan mendengar apa yang nak disampaikan. 

“Akhirnya kita dapat jumpa hari ini. Saya beritahu kalau urusan hal keluarga saya tidak dapat bantu, dia pun faham. 

“Cuma dia kata ada perkara yang lebih mustahak yang mahu dikongsi. Jadi saya beritahu dia, saya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga SPRM tetapi bukan agensi yang menyiasat. Jadi saya cadangkan kepada dia untuk mengemukakan apa juga bukti yang dia ada kepada SPRM. 

“Jadi dia bersetuju, saya tidak tengok. Saya tidak mahu tengok bahan bukti yang dia ada sebab saya bukan agensi yang menyiasat tetapi bila saya cadangkan dia bersetuju,” katanya kepada pemberita ketika ditanyakan tentang hal itu.

Konflik Azwan-Azmin-Ummi Hafilda kembali hangat selepas anak saudara kepada ketiga-tiga adik beradik itu ditahan SPRM disebabkan siasatan kes perlombongan pasir di Selangor.

Selasa, 19 Disember 2017

Pensyarah Kata Rafizi Tipu Sokongan Melayu Pada BN, PAS Merosot.

KAJI SELIDIK INVOKE : RAFIZI RAMLI KANTOI LAGI
Hari ini telah beredar rayuan kutipan dana INVOKE yang ditulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif INVOKE merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bertajuk “BN only has 41% Malay support, 51% PAS supporters inclined to support PH” (“BN hanya memiliki sokongan 41% pengundi Melayu, 51% penyokong PAS cenderung untuk menyokong PH”).
Rayuan kutipan dana INVOKE ini menggesa pembacanya supaya menyumbang RM1 juta kepada INVOKE bagi melatih 20,000 agen pembuangan dan pembilangan undi (polling and counting agent, PACA) di mana PACA ini kononnya menjadi penentu kepada keputusan PRU 14 kerana BN didakwa akan cuba menipu di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara.
Di dalam rayuan ini, serta di dalam laporan portal berita Malaysia Kini bertajuk “Kajian tunjukkan sokongan Melayu kepada UMNO, PAS menurun” dan laporan portal berita The Malaysian Insight bertajuk “Pakatan menang PRU14 walaupun 3 penjuru, kata INVOKE”, Rafizi mendakwa kononnya PH akan memenangi PRU 14 dengan memperolehi 115 kerusi.
BN pula, dakwa Rafizi, akan memperolehi 103 kerusi manakala PAS tidak akan memenangi apa-apa kerusi di dalam PRU 14 ini. Alasan utama Rafizi ialah sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dan PAS di dalam kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 kononnya mengalami penurunan berbanding kaji selidiknya pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017.
Sokongan pengundi Melayu kepada UMNO difokuskan kepada dapatan kaji selidiknya pada 5-13 Disember 2017, iaitu 41%, yang dikatakan rendah. Turut disebutkan ialah kononnya 50% daripada pengundi Melayu yang menyokong UMNO mahu GST dimansuhkan, yang beliau dakwa membawa makna sokongan mereka kepada UMNO akan terus merosot.
Fokus Rafizi juga tertumpu kepada PAS di mana beliau menyebut betapa tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS kononnya telah “jatuh merudum” dalam tempoh 12 bulan, iaitu 25% pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 yang menjadi 15% pada 5-13 Disember 2017. Disebutkan lagi kononnya 51% penyokong PAS cenderung untuk menyokong PH.
Menyedari kecenderungan Rafizi untuk memutar-belit atau mereka-reka cerita, saya telah membaca balik dapatan kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017. Apa yang didapati ialah kaji selidik ini memproses data 104,340 daripada 8.36 juta rakyat Malaysia yang menjawab soalan yang dikemukakan oleh INVOKE bila dihubungi.
Data daripada kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 ini menunjukkan bahawa 40% pengundi Melayu menyokong BN, 25% menyokong PAS, 21% menyokong PH manakala 14% lagi menyatakan mereka tidak akan mengundi di dalam PRU 14, tetapi tiada mana-mana responden yang didapati merahsiakan sokongan mereka.
Sebaliknya, data daripada kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 yang didedahkan oleh Rafizi hari ini pula memproses data semua 5,000 rakyat Malaysia yang dihubungi olehnya, di mana 41% pengundi Melayu didapati menyokong BN, 14% menyokong PAS, 13% menyokong PH manakala 32% lagi didapati merahsiakan sokongan mereka.
Berdasarkan data-data ini, adalah jelas bahawa Rafizi tidak berlaku jujur di dalam kenyataan beliau, khususnya di dalam menyebutkan bahawa tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS kononnya telah “jatuh merudum” dalam tempoh 12 bulan, kerana kedua-dua kaji selidik yang dibandingkan itu menggunakan kaedah dan bilangan responden yang berbeza.
Jika mahu dibandingkan juga kedua-dua kaji selidik yang berbeza ini, maka Rafizi sepatutnya berlaku jujur dengan menyebut bahawa bukan setakat PAS sahaja mengalami penurunan di dalam sokongan pengundi Melayu, dari 25% ke 14%, tetapi PH juga mengalami penurunan ini, dari 21% ke 13%, manakala UMNO pula mengalami peningkatan, dari 40% ke 41%.
Jika Rafizi jujur, beliau sepatutnya menonjolkan hakikat bahawa PAS sentiasa mengatasi PH dari segi sokongan pengundi Melayu, di mana kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 menunjukkan PAS mengatasi PH sebanyak 4% manakala kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 pula menunjukkan PAS mengatasi PH sebanyak 1%.
Andaian Rafizi bahawa sokongan pengundi Melayu kepada UMNO akan terus merosot kerana 50% daripada penyokong UMNO mahu GST dimansuhkan juga adalah satu andaian liar, begitu juga dapatan bahawa 51% penyokong PAS akan menyokong PH jika PAS tidak bertanding yang tidak mempunyai apa-apa makna kerana PAS pasti akan bertanding.
Dakwaan Rafizi bahawa BN akan cuba menipu di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara sehingga menyebabkan INVOKE terpaksa meletakkan 20,000 PACA terlatih di kerusi-kerusi tersebut pula adalah tidak lebih daripada satu tindakan terdesak Rafizi untuk menarik simpati dan seterusnya mendorong penyokong INVOKE menyumbang dana kepadanya sahaja.
Apa pun, kaji selidik INVOKE ini sekadar mendedahkan tembelang pemimpin PH sendiri yang sering mendakwa akan berlaku tsunami Melayu untuk menyokong PH yang akan membolehkan PH memenangi PRU 14 kerana tidak dapat dibayangkan bagaimana tsunami Melayu ini boleh muncul bila PH hanya disokong oleh 13% pengundi Melayu sahaja.

Orang Melayu Sokong BN 41%, Enggan Beritahu 32%, PAS 14% & HARAPAN 13% Kata Rafizi.

Oleh : Malaysiakini
Kaji selidik terkini yang dijalankan pusat penyelidikan pilihan raya Invoke menunjukkan sokongan kaum Melayu kepada Umno dalam pilihan raya akan datang semakin merosot, terutamanya disebabkan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun, hasil kajian mendapati Pakatan Harapan (HARAPAN) juga menghadapi tugas berat dalam mendapatkan sokongan Melayu walaupun dipimpin oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, 41 peratus orang Melayu akan memilih Umno (dan BN) manakala 14 peratus akan menyokong PAS, kata pengasas Invoke yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Ketika dihubungi kemudian, Rafizi menjelaskan bahawa HARAPAN mencatatkan sokongan Melayu terendah sebanyak 13 peratus.
Beliau menjelaskan bahawa baki 32 peratus responden memilih untuk tidak mendedahkan mana-mana gabungan atau parti yang mereka sokong.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan secara bulanan itu, separuh daripada 41 peratus orang Melayu yang menyokong Umno mahu GST dimansuhkan.
"Ini bermakna tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno akan terus merosot kerana pengundi Umno pun merasa tekanan kos sara hidup," kata Invoke dalam satu kenyataan.
PAS lebih baik daripada HARAPAN
Sementara itu, kaji selidik mendapati sokongan terhadap PAS menurun hampir separuh daripada kaji selidik yang dilakukan pada Januari iaitu sebanyak 25 peratus.
Ini bermakna PAS memperoleh hampir 15 peratus sokongan mengatasi HARAPAN.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru antara HARAPAN dan BN, 51 peratus responden berkata mereka akan menyokong HARAPAN manakala hanya 28 peratus menyatakan sokongan kepada BN.
Di kerusi parlimen seperti Kulim Bandar Baru dan Merbok di Kedah, serta Johor Bahru di Johor, hanya satu pertiga daripada orang Melayu menyokong BN.
Bagaimanapun, pecahan sokongan kepada PAS dan HARAPAN tidak dinyatakan.
Sementara itu, Invoke berkata sokongan bukan Melayu untuk pakatan pembangkang mencerminkan sokongan pada PRU13.
Sokongan kaum Cina melepasi 80 peratus manakala sokongan India adalah sebanyak 40 peratus.
Invoke menyimpulkan bahawa keputusannya menunjukkan HARAPAN memenangi "sekitar 115" daripada 222 kerusi parlimen, yang membolehkannya membentuk kerajaan.
Kaji selidik nasional melibatkan 5,000 pengundi berdaftar di seluruh negara dijalankan di antara 5 hingga 13 Disember 2017, sementara kaji selidik di peringkat parlimen dijalankan di antara 6 November hingga 15 Disember 2017.

Isnin, 18 Disember 2017

Mahathir Sokong 'Bebas Anwar' Kerana Nak Patahkan Komplot Muhyiddin Kata KP JASA.

Ketua Pengarah JASA, Mohd Puad Zarkashi berkata tindakan Mahathir menyokong pembebasan Anwar ada kaitan dengan agenda sulit yang dirancangkan oleh Muhyiddin Yasin yang juga Presiden PPBM.
Menurut Puad, Muhyiddin telah merancang untuk menyingkirkan Mahathir disebabkan pengaruhnya yang kuat di PPBM dengan menggunakan kekuatan dan pengaruh Anwar Ibrahim yang mampu 'mengikat' sokongan DAP bagaimanapun langkah itu gagal selepas 'perancangan sulitnya' berjaya dihidu oleh Mahathir.
"Muhyiddin seperti hilang daripada radar politik. Namanya jarang disebut. Ceramahnya kurang mendapat sambutan. Muhyiddin jauh tenggelam berbanding Shafie Afdal di Sabah.
Kehadirannya dalam Pakatan Harapan seperti tidak relevan. Walaupun Presiden PPBM, tetapi Pengerusi parti lebih berkuasa dan sering mengeluarkan kenyataan rasmi parti.
Mengenali Muhyiddin semasa dalam UMNO, dia tidak ada kekuatan sendiri. Dia bergantung kepada kekuatan orang lain. Pengikut tegarnya tidak setegar mana. Sebab itu di Pagoh, cawangan UMNO yang bubar tidak ada. Dia hanyalah opportunis dan manipulator di saat terakhir apabila berlaku konflik," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Menurut Puad lagi Mahathir dan Muhyiddin tidak serasi di antara satu sama lagi tambahan pula Mahathir masih berupaya menjadi seorang diktator.
"Kini dia tersepit dalam PPBM. Tun M masih berkeupayaan sebagai diktator dalam PPBM. Mahyuddin tidak boleh berbuat apa apa. Ketiadaan “chemistry” Muhyiddin-Tun M antara punca PPBM gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan," katanya.
Hasrat Muhyiddin untuk menggunakan pengaruh Anwar juga gagal apabila bekas Perdana Menteri itu dengan segeranya mengumumkan menyokong pembebasan Anwar Ibrahim dan mengiktirafkan Anwar sebagai tahanan politik.
"Dia merancang untuk menyisihkan Tun M. Tetapi Tun M ada pendinding iaitu Lim Kit Siang. Undi Cina penting. Muhyiddin nampak hanya satu jalan sahaja iaitu menggunakan rakan karibnya semasa dalam UMNO iaitu Anwar. Lagi pun Wan Azizah dan family masih ada dendam pada Tun M. Dan Anwar pun ada pengaruh pada DAP.
Tetapi Tun M dapat membaca gerakan sulit ini. Lantas dia umum menyokong pembebasan segera Anwar. Konspirasi dalaman PPBM telah bermula," katanya lagi mengakhiri kenyataan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...