Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Disember 2017

PAS Tanding 130 Kerusi Parlimen Di PRU Ke 14.

PAS akan bertanding sekurang-kurangnya di 130 kerusi Parlimen untuk PRU ke 14 kelak. Itulah kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang ketika berucap di majlis pelancaran ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam semalam.


Presiden itu turut berkata, PAS akan bertanding sebanyak-banyak kerusi kerana PAS akan bersama dengan gagasannya sendiri, bukan dengan Barisan Nasional ataupun Harapan. Malahan PAS juga akan meletakkan calonnya di kesemua kerusi di Terengganu.

“PAS dengan angkatannya sendiri. Bagi negeri Terengganu PAS akan bertanding semua kawasan, tidak ada calon parti lain bagi negeri Terengganu. Akan jadi begitu.

“Seluruh negara kita akan usaha, kali ini kita akan bertanding seboleh-bolehnya lebih 130 kerusi parlimen. Akan diusahakan. Menang, kalah itu cerita lain,” katanya.

Beliau turut berkata, PAS bagaimanapun tidak boleh menang dengan kekuatan ahli, penyokong serta orang yang kuat Pas sahaja tetapi perlukan sokongan tambahan.

“Bagaimana kita hendak buat, (ia) memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi. Banyak ‘dia’ kata, fitnah pada kita (tetapi) kita kena jadi macam pohon kayu yang berbuah.

“Walaupun anak-anak yang nakal dan jahat melontar dengan kayu dan batu, pohon kayu itu membalas dengan buah-buah yang masak. Ini cara yang kita kena faham.

“Jangan orang baling dengan batu kita balas dengan batu juga. Sama-sama ‘benjol’. Tidak boleh menarik orang. Mesti dengan cara yang (boleh) menarik orang.

“Perkenalkan agenda ekonomi kita, pendidikan kita, pentadbiran kita yang bebas rasuah. Kita telah berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan sehingga hari ini,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...