Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Disember 2017

Skandal Wang Kelian Dan Segalanya Yang Anda Patut Tahu Tentangnya.

Nama Wang Kelian kembali menjadi sebutan masyarakat. Kali terakhir ia menjadi sensasi apabila polis mendedahkan penemuan kubur-kubur manusia dan kem pemerdagangan manusia di kawasan berbukit, dalam hutan antara sempadan Malaysia - Thailand di lokasi itu.

Wang Kelian merupakan sebuah bandar di negeri Perlis. Ia berada dalam kawasan sempadan Malaysia - Thailand, berhampiran dengan bandar Satun, Thailand. 


Wang Kelian merupakan pintu keluar-masuk antara sempadan Malaysia - Thailand sejak 1992. Wang Kelian - Wang Prachan bebas keluar masuk pada setiap hari sabtu dan ahad namun pada 1 Februari 2008 kelepasan itu dibatalkan sementara sebelum dikembalikan semula pada 4 December tahun yang sama. Bagaimanapun penemuan kem pemerdagangan manusia pada tahun 2015 membuatkan kelepasan itu ditarik semula pada 1 April atas alasan keselamatan negara

Senjata api, barang dagangan, rokok, arak, dadah dilaporkan mudah bolos menerusi laluan ini menyebabkan KDN mempertahankan tindakannya meskipun dibantah kerajaan Perlis. (Wikipedia).


Dan ini apa yang anda patut tahu tentang pendedahan NSTP.

1. Pada 25 Mei 2015, berita melaporkan polis menemui ;

- 139 kubur yang dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia

- 106 rangka manusia yang dipercayai mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia

- 28 kem sementara pemerdagangan manusia

di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

2. Bagaimanapun dalam pendedahan terbaru NSTP, polis sebenarnya telah mengetahui tentang kem pemerdagangan manusia itu pada 19 Januari 2015. Polis juga mendakwa kem itu telah dikosongkan 3 minggu sebelumnya ketika ditemui tetapi ianya adalah tidak benar menurut pendedahan NSTP. Ia ditemui dalam keadaan kem berkenaan masih lagi sedang beroperasi (memperdagangkan manusia). 


3. Apa yang mengejutkan, laporan NSTP juga menyebut "polis didakwa memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan (terhadap kem tersebut) sehinggalah berlalunya masa hampir setengah tahun".

4. Pada 19 Januari 2015, jam 10.15 pagi Pasukan Operasi Am yang mengendalikan dan memantau kawasan sempadan telah perasan berlakunya sesuatu perkara yang aneh.

5. Mereka mendapati ada sesuatu yang sedang berlaku di kawasan yang sepatutnya tiada manusia tinggal didalamnya. Mereka menemui sisa makanan, air sabun, yang mengalir melalui laluan air sungai ketika melakukan rondaan berkala.

6. Mereka juga menemui jejak manusia di ke Hutan Simpan Mata Aye.


7. Mereka kemudiannya memanggil pasukan sokongan (backup). Dan mengikuti jejak laluan tersebut. Operasi yang dimulakan pada jam 11.45 pagi hari yang sama itu berhasil menemukan kem yang berukuran 30m persegi dengan 6 sangkar yang dipenuhi dengan lelaki dan wanita dan dikawal oleh warga asing yang memiliki senapang M-16. Warga asing itu juga melakukan rondaan di kawasan sekitarnya bagi menjaga dan melindungi kegiatan jenayah mereka.

8. Pada jam 4.30 petang, selepas lima jam, pihak berkuasa berjaya membawa turun 38 orang pendatang asing tanpa izin. 22 ialah warga Bangladeshi. 16 ialah Myammar. Laporan itu turut menyebut lebih kurang 150 yang terkurung di sangkar pemerdagangan manusia berjaya menyelamatkan dan melarikan diri ketika operasi serbuan dilancarkan. Malahan secara 'ajaibnya' pihak sindiket juga berjaya menyelamatkan diri dan lari menuju ke hutan bersama-sama pihak yang diperdagangkan oleh kumpulan penjenayah itu. Tidak dapat dipastikan kenapa ianya berlaku begitu.

9. Sekurang-kurangnya kem pemerdagangan manusia tersebut telah beroperasi lebih dari 6 bulan. Malahan ada kem yang ditemui telah beroperasi sejak tahun 2013 lagi kata laporan itu.

10. Kesemua yang ditahan dibawa ke balai polis Padang Besar untuk diproses pada jam 9.30 malam pada hari yang sama.

11. Keesokan harinya, pegawai yang mengetuai serbuan bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Negeri. Satu arahan kemudiannya dikeluarkan; yakni musnahkan lokasi kejadian jenayah dan pegawai menjalankan tugasnya dengan mematuhi arahan yang diberikan.

12. NSTP beranggapan ia adalah logik untuk berfikir bahawanya operasi khas akan dilancarkan secepatnya bagi mencari lebih banyak kem pemerdagangan manusia di lokasi yang sama, namun tiada apa-apa yang berlakunya sehinggalah 13 Mac 2015.

13. Pada 13 Mac 2015, pasukan komando menyelinap masuk pada tengah malam dalam misi mencari dan menangkap di Bukit Genting Perah, di kawasan yang berbeza sama sekali dari operasi sebelumnya.

14. Menurut laporan itu lagi, pemantauan telah dijalankan oleh pihak berkuasa yang sangat berkemahiran tinggi dan mereka menemui bukti wujudnya aktiviti manusia disitu (terdapat cahaya pada waktu malam) sehingga membawa kepada operasi mencari dan menangkap. 5 suspek (penjenayah) dibawa lari oleh pasukan komando yang cukup terlatih itu. Di pertengahan jalan pulang, pasukan komando itu kemudiannya mendengar bunyi tembakan yang dipercayai berpunca dari sindiket yang menyedari 5 anggotanya hilang. Perkara ini menurut NSTP, tidak pernah didedahkan kepada umum.

15. Lokasi operasi Bukit Genting Perah kemudiannya diperluaskan sehingga membawa kepada penemuan beberapa kem yang lainnya - sejumlah 28 kem pemerdagangan manusia keseluruhannya.

16. Tebusan yang membayar wang kemudiannya dilepaskan dan melarikan diri untuk keluar dari kem pemerdagangan manusia - mewujudkan jejak laluan membantu pasukan penyiasat mengukuhkan bukti penyiasatan.

17. Hasil siasatan NSTP mencadangkan wujudnya cubaan untuk menutup kes berprofil tinggi berkenaan dengan cara yang cukup terancang. Beberapa perkara tentang fakta kes turut diubah dakwa laporan itu lagi.

18. Polis juga mengarahkan kem-kem berkenaan dimusnahkan sebelum siasatan forensik dijalankan - sedangkan kawasan itu berpotensi menjadi lokasi berlakunya kejadian jenayah.

19. NSTP turut mempersoalkan beberapa perkara antara lainnya;

- Kenapa rahsiakan penemuan kem?
- Siapa yang berikan arahan musnahkan dan bersihkan lokasi kejadian?
- Kenapa ia dilakukan?

Dalam perkembangan berkaitan, satu laporan baru yang diterima oleh pasukan penyiasat NSTP turut mendedahkan;

- Laporan bebas dari pasukan polis yang lain bercanggahan dengan laporan yang dibentangkan terdahulu.

- Dalam laporan itu menyebut, bukannya 30 pegawai yang menyerbu lokasi pada kali pertama sebaliknya hanya lapan sahaja.

- Ketika operasi serbuan dijalankan, lapan pegawai itu berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diketuai oleh unit Pasukan Operasi Am manakala satu kumpulan lainnya diketuai oleh pegawai yang didatangkan khas untuk menyiasat hal yang dilaporkan.

- Kedua-dua kumpulan menggunakan laluan yang berbeza untuk tiba ke kem pemerdagangan manusia.

- Bagaimanapun kumpulan yang diketuai oleh pegawai yang didatangkan khas tidak pernah tiba di kem tersebut.

- Ketika kumpulan yang diketuai oleh Pasukan Operasi Am menunggu dengan diam di lokasi kejadian, mereka terdengar suara,"lari, polis ada disini!".

- Ia di antara jarak masa tiga hingga lima minit, pasukan yang diketuai oleh pegawai khas itu kemudiannya tiba di lokasi dan memberikan arahan untuk berundur.

- Turut dimaklumkan dalam laporan bebas itu, pasukan yang melakukan serbuan pada 19 Januari memaklumkan kubur telah ditemui ketika operasi hari pertama dijalankan, bukannya ketika arahan memusnahkan lokasi kem pemerdagangan manusia dikeluarkan.

- Tambah laporan itu lagi, kerosakan lokasi jenayah adalah dalam kadar minimal. Hanya pembakaran pondok pengawal dan khemah yang termusnah.

20. Terdahulu, Bernama pernah melaporkan ejen sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian didalangi oleh seorang lelaki bangsa Rohingya yang dikenali dengan nama Yassin.

21. 5 suspek yang ditahan dan isu Yassin tiada 'follow-up' yang menjelaskan kedudukan sebenar dan terbaru mengenainya.

22. Menurut NSTP lagi, ada sumber yang mengakui bahawa sindiket pemerdagangan manusia ini turut didalangi oleh pihak-pihak yang sepatutnya menjaga sempadan dan keselamatan negara dari dicerobohi oleh warga asing.

23. Selagi mana terdapat pegawai yang tidak amanah, membanteras negara dari sindiket pemerdagangan manusia adalah satu kerja yang sukar - tambah laporan itu lagi. 

Rujukan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemerdagangan-manusia-tiada-kem-penempatan-baharu-ditemui-di-perlis-62652

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kem-pemerdagangan-manusia-di-wang-kelian-milik-ejen-besar-yassin-8217-1.96783

https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/12/316331/wang-kelian-sources-keen-unload-secrets

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/12/20/bukti-dimusnahkan-fakta-diubah-dalam-tragedi-kubur-beramai-ramai-perlis-lapor-nst/

https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/12/316339/exclusive-secrets-wang-kelian-exposed

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/365689/rahsia-di-wang-kelian

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...