Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Januari 2014

Najib Naik Pesawat Baru, Lim Guan Eng Naik Kereta Baru, Rakyat Naik Apa?


Perdana 2 ataupun NR2 kemungkinan besar singkatan kepada pangkal nama Najib Razak ialah pesawat terbaru lagi mewah yang akan menjadi kegunaan rasmi bagi pegawai2 tertinggi di negara neh termasukla untuk kegunaan golongan kerabat2 diraja.

Sungguh pun JPM telah menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan oleh bloggers UMNO tetapi Najib masih lagi tidak menjawab jika ;

1. Percutian Najib dan sekeluarga ke luar negara menggunakan pesawat baru ini?

2. Percutian = perkara peribadi. Ia tiada kaitan dengan kerja2 rasmi. 

3. Katakanla Najib benar2 menggunakan pesawat ini untuk bercuti ke luar negara, siapakah yang menanggung kos sewaan dan minyak, makan minum serta penginapan?

4. Jika wang rakyat yang digunapakai adakah ini termasuk salah satu insentif yang memang layak PM miliki?

5. Jika tidak, bukan kah ini namanya salah guna wang rakyat untuk kepentingan peribadi?

Bukan kah sekurang2nya Najib perlu memperjelaskan secara terperinci, ya atau tidak NAJIB BERCUTI ke luar negara menggunakan pesawat ini, dan YA atau TIDAK Najib menggunakan wang rakyat untuk membayar semua kos percutian? 

Selepas mengumumkan 11 langkah penjimatan yang sektor awam perlu amalkan konon nya untuk mengatasi kemelut ekonomi negara, bukan kah sekurang2nya Najib perlu mengurangkan atau mengelakkan perbelanjaan2 yang tidak perlu, contohnya seperti bercuti menggunakan wang rakyat, betul?

Kesimpulan nya disini, Najib masih lagi tidak menjawab persoalan pokok dan selagi Najib tidak menjawab persoalan utama yang menjadi perhatian awam, rakyat akan menganggap Najib bercuti dan bersuka ria menggunakan wang rakyat di saat rakyat terhimpit dengan masalah kewangan disebabkan tindakan kerajaan yang memutuskan untuk rasionalisasikan sehingga menyebabkan kos sara hidup di negara ini naik secara mendadak dan berterusan.

Itu satu.

Yang kedua. Lim Guan Eng sudah pun menjawab mengenai isu kereta baru  (Mercedes-Benz  S300L) yang dia beli baru2 ini. Ya, kereta baru itu ;

- Untuk kegunaan rasmi

- Bukan milik peribadi LGE

- Ia dibeli dengan telus, tanpa rasuah dan penyelewengan

- SPRM boleh jalankan siasatan

- LGE telah melakukan penjimatan apabila berhasil memperolehi discount sebanyak 55% berbanding dari harga asal iaitu RM657,218 kepada RM298,263.75 dengan penggurangan sebanyak RM358,954.25 hasil dari penolakkan cukai dan discount yang berkaitan.

Sekarang kita akan memasuki badan penyokong2 PR.

PR : BODOH NAK MAMPOS punya BN. Punyala banyak pembaziran2 yang dilakukan oleh BN dorang boleh kecoh gila babi pasal LGE tukar kereta. Oi Mat Said tukar kereta baru tak bising, Taib Mahmud naik kereta mewah tak bising, tapi ko bising LGE tukar kereta?

Fakta : Taib Mahmud, Ahmad Said, mahupun LGE masing2 tukar kereta rasmi yang baru dan akan meninggalkan kereta2 tersebut selepas mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

Kenapa BN main isu neh?

Dia nak orang awam faham bahawa ;

Hey Ahmad Said tukar kereta baru, hey LGE pun tukar kereta baru. Point utama walaupun siapa pun yang memimpin, mereka tetap tukar kereta baru.

Siapa yang tak tukar kereta baru? 

TENGOK DIRI SENDIRI.

Hujah LGE betul, dia tidak melakukan rasuah dalam pembelian kereta rasmi itu. Tetapi focus utama bukan pasal rasuah. Yang kita nampak ialah kerajaan negeri melakukan pembelian yang tidak perlu. 

Contoh. 

Ali sudah ada jam. Ali beli jam baru. Jam lama tidak rosak. Ali cuma mahu beli jam baru.

LGE sudah ada kereta. LGE beli kereta baru. Kereta lama tidak rosak. LGE cuma beli kereta baru.

Perbelanjaan ini tidak perlu di saat rakyat serabut fikir pasal kenaikan kos sara hidup. Apa beza LGE jemput UAI buat ceramah dengan Najib anjurkan forum agama jika kedua2nya masih lagi mengamalkan perbelanjaan yang tidak berhemah? Alangkah baiknya jika LGE gunakan kereta yang sedia ada sehingga la terbukti kereta sedia ada benar2 tidak dapat digunakan sampai menjejaskan tugas sebagai ketua menteri Penang.

Sekarang kita masuk pula ke badan penyokong2 BN.

Penyokong2 BN memang dah sedia maklum pemimpin2 dorang suka songlap dan sebagainya. Mereka sekarang sedang berperang sesama sendiri iaitu hentikan songlapan besar besaran dari dalam dengan mengatur pergerakan dan strategi yang tersusun dan, dalam waktu yang sama sentiasa mencari kelemahan2 PR supaya, sementara dorang sedang membersihkan UMNO dan BN secara berperingkat mereka juga melawan pemimpin2 PR agar rakyat dapat tahu bahawa apa yang PR sebut2kan bahawa mereka berbeza dari BN adalah palsu. 

Mereka juga tidak jauh berbeza dari BN. Sepertimana pemimpin2 BN mengamalkan perbelanjaan tidak berhemah, pemimpin2 PR juga tidak terkecuali. Jadi rakyat perlu amek tahu benda neh. Itu sebab ko melihat kenapa media BN dok pongpang2 benda neh. Jadi jika ko nak bandingkan ;

Ali : Hoi LGE beli kereta baru. Apa citer neh? Khalifah Umar la sangat..

Abu : Ak ek ney. Yang Najib tue apa citer? Wasatiyah la sangat melancong guna duit rakyat.

Ali : Dah tue yang pemimpin2 PR Selangor naikkan gaji ape citer? Potong elaun my foot.

Abu : Bengong ko. Yang gaji pemimpin2 di Perlis, Johor, Kedah dan Sarawak naik apa kes?

Ali : Dah tue gaji pemimpin2 PR di Penang tak naik meh?

Seterusnya Ali dan Abu akan berperang sesama sendiri dengan masing2 menjadi perisai kepada pemimpin masing2 sampai terlupa bahawa Ali dan Abu sama2 tak dapat kereta baru, tak dapat kenaikan gaji dan heyyy nak pergi bercuti dalam negeri pun takde duit dudee..

Kerana apa?

Kerana masing2 sibuk bandingkan pemimpin siapa yang lebih pandai melakukan perbelanjaan yang tidak berhemah sehingga persoalan utama tidak terjawab. Dan sementara rakyat sedang bertelagah sesama sendiri, pemimpin2 tetap relax naik kereta dan pesawat baru. Dorang kesah apa dengan korang punya pertengkaran? 

Dan ko masuk pula ke badan penyokong2 yang err tak sokong pembelian Merds LGE dan tak sokong juga kerajaan BN.

Kami tak sokong siapa pun yang membazir. Seperti itu juga la kami tak sokong jika ada mana2 pemimpin melakukan perbelanjaan yang tidak berhemah samada dalam skala kecil mahupun dalam skala besar kerana pembaziran ialah pembaziran bukan kira ko membazir sikit atau ko membazir banyak.

Pembaziran oleh mana2 pemimpin di negara ini tidak boleh ditutup dengan ko naikkan gaji guru2 KAFa ataupun sebagainya. Jika ko faham rentetan yang menyebabkan BN berani melakukan pembaziran sehingga mendorong kepada penyeleweng adalah disebabkan kerana pada mulanya BN amalkan satu perkara yang salah, rakyat tidak tegur, bahkan rakyat relax aje sebab BN bina sekolah, bina jalan, bina masjid dan sebagainya. Kesalahan pemimpin itu kita mekap cantik2 dengan kebaikan yang mereka buat. Sepatutnya tindakan rakyat ialah asingkan kedua2nya. Yang mana salah tetap salah dan perlu kita berbahas betul2 supaya kesalahan tersebut tidak diamalkan lagi manakala yang betul itu tetap betul dan perlu kita kekalkan perkara yang betul sehingga la benda yang betul itu menjadi salah.

Dan begini la yang sesama rakyat perlu berfikir kerana pemimpin yang baik dan amanah akan dilahirkan oleh rakyat yang cerdik. Selagi kita tak ubah cara kita berfikir, jadi perisai pemimpin itu, jadi perisai pemimpin ini, kita jadi perisai semua pemimpin tapi pada saat kita kesusahan tiada mana2 pemimpin yang sudi jadi perisai kita dan sampai bila kita perlu letakkan kedudukan kita di tahap yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat kasihan? Sampai bila?

Ingatlah. Rakyat yang perlu bersatu sesama rakyat.

Rakyat tidak perlu bersatu dengan parti politik. Rakyat perlu bersatu dengan rakyat. Kadang2 ada rakyat yang dianiaya oleh pemimpin PR dan kadang2 ada rakyat yang dianiaya oleh pemimpin BN maka sebagai rakyat kita jadila perisai rakyat kerana akhirnya bila ko kelaparan, ko kehausan, ko perlukan pertolongan, rakyat2 ini la yang akan tolong kau kerana kita berdiri di satu padang yang sama. Pemimpin2 sekarang sedang patah2kan lidi dengan mudah kerana lidi2 itu tidak disatukan. Tetapi bila lidi2 itu disatukan, gabungan semua pemimpin dari semua parti politik pun tidak mampu patahkan kumpulan lidi itu. Kerana kumpulan lidi itu terlalu banyak jumlahnya sehingga tidak terdaya pemimpin2 nak menghadapinya.

Kita nak jadi sebatang lidi dengan kita sorang aje mendapat kebaikan ataupun kita sama2 cari jalan untuk satukan semua lidi2 tersebut supaya kita sama2 boleh mengejar kebaikan? Lue fikirlah sendiri.

Akhir kata pembaziran adalah pembaziran. Pemimpin yang baik mahupun pemimpin yang jahat, bila dia melakukan pembaziran ia adalah pembaziran. Bukan tengok parti. Kerana akhirnya parti2 ini takan bagi ko shafaat satusen pun depan Allah nanti. Menangis la ko sorang2 depan Allah nanti mengenangkan dosa2 kita di dunia neh, oke?

Bai.

Jumaat, 3 Januari 2014

Pembeli Rokok Seludup Juga Boleh Dipenjara - Pindaan Baru.

Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah Kah Kah

Tak sangka. Daripada penjual sampai kepada pembeli depa nak buat kes pendakwaan. Gila punya undang2. Orang nak beli rokok murah pun tak boleh. Dah la barang semua mahal nak mampos sekarang neh. Sekarang perokok2 nak hisap rokok murah pun kena kacau. Weyyy jangan lupa pantau pocket abang2 polis sama. Depa hisap rokok sah = bercukai ataupun rokok haram = tidak sah = lari dari cukai okey.

Hahahahahaha

Larangan Menjual, Membeli Atau Memiliki Rokok Tidak Sah.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 untuk memperkukuhkan peruntukan bagi melarang penjualan, pembelian atau pemilikan rokok yang tidak memenuhi PPKHT. Pindaan Peraturan 15(4A), PPKHT ini telah diwartakan pada 11 Jun 2013 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

Mana-mana penjual yang MENJUAL atau pembeli yang MEMBELI ataupun orang awam yang MEMILIKI rokok yang tidak dicetak dengan amaran kesihatan bergambar yang wajib adalah melakukan kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM 5,000.00 atau didenda oleh mahkamah sehingga RM 10,000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya. Peraturan baru ini bertujuan untuk menangani masalah penjualan rokok tidak sah yang berleluasa di pasaran dan ketiadaan undang-undang terhadap orang awam yang membeli atau memiliki rokok tidak sah.

Langkah ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan usaha KKM untuk menangani tabiat merokok yang memudaratkan, khasnya yang diakibatkan oleh rokok tidak sah yang berharga murah, dan seterusnya bagi mencapai maklamat untuk mengurangkan bilangan perokok di kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan berkuatkuasanya peraturan baru ini, KKM akan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk melaksanakan peraturan ini.

KKM telah mengatur barisan aktiviti sepanjang tahun ini termasuk operasi penguatkuasaan di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana orang yang menjual, membeli atau memiliki rokok tidak sah. Orang awam dinasihatkan agar mengambil maklum mengenai perlaksanaan peraturan baru ini. Sekian, terima kasih.






















Bantu Mangsa Kemalangan Pun Nak Kecohkan Ke Ahmad Said?

Ahmad Said belajar dari pengalaman yang lampau. Dia tahu benda2 begini akan menyebabkan dia dipuji melambung di laman2 sosial dan menambahkan persepsi positif terhadap imej dia sendiri. Dia dah lalui dulu. Syoknya kena puji.

Kini dia datang lagi dengan aksi ROBIN HOOD yang baru..


Owh Ahmad Said menteri besar Terengganu kesayangan kuu.. baikkkkk diaa. Bantu orang mangsa kemalangan pula tue.. hebat hebat.. sayangggg sangatt..

Inila MB contoh yang kita cari2 selama neh..

Silap2 ada komen begini..

MB Terengganu sanggup bantu mangsa kemalangan. Ini bukti MB Terengganu adalah pemimpin pengasih dan berjiwa rakyat.. kita semua wajib pilih..!!!

Almaklumla. Geng2 bodek sanggup lakukan apa saja untuk paparkan kobodekkan mereka di laman2 sosial..

Tulisan yang lepas pasal mangsa banjir menyebabkan geng2 UMNO tulis di blog dan kutuk aku macam selalu. Cuma kali neh depa tambahkan perasa makian dalam penulisan.

Rujuk ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/tahan-lori-roti-tak-layak-langsung-mb.html

Takpe. Aku memang kulit tebal pun. Tetap cool walaupun dimaki berbakul2. 

HAHAHAHAHAHA

Yang neh pun aku ingat mesti aku kena maki punya. Dari dulu lagi aku dah cakap. Aku dah nampak dah fenomena pembodohan skala besar yang suka dibuat oleh pelbagai pemimpin dari pelbagai negara oleh pelbagai bangsa dan pelbagai agama neh.

Ini namanya propaganda supaya imej dorang terlihat baik. Bila media menyerapkan elemen2 positif terhadap satu2 pemimpin, yang membaca pun akan memikirkan bahawa pemimpin neh baik rupanya.. tetapi pada hakikatnya pemimpin yang amanah tak di ukur melalui berapa banyak roti yang dia edarkan pada mangsa banjir, lepas tue dapat gelaran Robin Hood lepas tue beria2 promosikan gambar pemimpin bantu mangsa kemalangan di dada akhbar..

Tidak beb. Tidak.

Ko nak tahu pemimpin tue amanah ke tidak senang je. Ko kira berapa ramai orang susah di satu2 negeri dan lihat berapa ramai yang dibantu. Bukan la nak memuji sangat PAS Kelantan tue. Tapi tv3 kan suka dedahkan betapa daifnya rakyat di Kelantan. Lepas tue dedahkan stastistik bantuan yang diterima oleh orang2 Kelantan. Paling ramai. Aim tv3 nak bagitau jumlah orang susah paling ramai didapati di Kelantan. Dengan tujuan nak buruk2kan pentadbiran PAS. Tapi apa yang aku nampak betapa bagusnya PAS Kelantan yang seboleh2nya bantu semua orang susah yang memerlukan dengan skim bantuan yang wujud. Kat negeri lain pun berlambak2 orang susah. Tapi tak semua diberikan hak mereka untuk mendapatkan skim bantuan tersebut, bukan disebabkan jentera kerajaan tak effisen sangat tetapi lebih kepada wujudnya kakitangan2 kerajaan yang tidak amanah.

Sambung balik sesi mengumpat Ahmad Said dalam isu di atas. Yang aku heran nak mampos tue. Ko dah membantu satu hal. Lepas tue tah mana2 pembantu ko tangkap gambar then boleh pula edarkan gambar tersebut kepada media untuk dibuat cerita? Lawak bangang ape kah itu? Perlu ke sampai tahap macam tue? Dah terdesak nak pujian ke apa Ahmad Said oi?

Manusia yang tertarik dengan penampilan luaran bersifat pura2 boleh la terpedaya dengan ko Ahmad Said. Untuk aku? Sorry la. AKu tetap istiqomah menolak apa juga bentuk watak yang ko ingin tampilkan di media. Robin hood la sangat. Perasan la kau.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Najib Bercuti Dengan Pesawat Mewah - Siapa Yang Perlu Tanggung?

Wowww

Kita sedia maklum yang Najib Razak pergi bercuti ke luar negara baru2 ini. Sebelum tue dia beria2 umumkan betapa wasatiyah nya pentadbiran Najib bila umumkan 11 langkah penjimatan oleh kerajaan pusat bagi menanggani krisis ekonomi negara. Lepas selesai tunjuk baik dan berharap rakyat akan memuji pengumuman dia sebagai langkah2 yang sangat bagus dan bijak, dia pun pergi bercuti dengan Rosmah Mansur ke luar negara.

Dan, sekarang neh blogger UMNO dedahkan kemungkinan besar Najib Razak bercuti ke luar negara menggunakan satu pesawat baru. Pesawat baru ini dilabel sebagai NR2 = Najib Razak 2 = Perdana 2.

Lihat paparan screenshot ;

 

Gambar ruang dalaman pesawat mewah tersebut. Aku google image je neh. Harap2 betul.



Klik sini.

Dan gambar pesawat yang dimaksudkan ;

 
Kadar anggaran sewa pula ;
The lease for this kind of travel is not cheap at all. It ranges between USD25,00–30,000 per hour. That is usually without the fuel and food and beverages bill. However, for long term or returning clients, a good discount could be expected.

Ini penulisan dari blogger UMNO.

Rujuk sini ==> http://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/01/03/penny-wise-pound-foolish/

Itu matawang  Dollar Amerika. Kalau convert ke Ringgit Malaysia berapa? Dan apa? Kadar sewaan untuk sejam? Gila babi punya mahal.

Sebenarnya ia bukan langkah yang cerdik oleh PM untuk terbang bercuti ke luar negara dalam rakyat sibuk berhempas pulas menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup. Tetapi PM tetap pergi juga. Oke bai2 la kita disini kena tinggal.

Kita terfikir2 gak dia pergi guna duit sapa, sapa yang perlu bayar kos penginapan dan sebagainya. Sampai terlupa pula nak fikir, dia pergi guna apa? Naik apa? Pesawat? Of course la pesawat peribadi yang mewah. Luar negara kan. Takan dia nak pergi naik penerbangan biasa MAS. Kalau ya dah lama dah Utusan apa bagai kecohkan bagai. Biasalah mewatakkan Najib sebagai pemimpin suci memang kesukaan dorang.

Najib perlu jawab. Aku nak tahu beberapa perkara penting berkaitan isu neh.

1. Najib pergi bercuti menggunakan pesawat apa?

2. Siapa yang biayai kos perjalanan pergi balik menggunakan pesawat tersebut.

3. Adakah kos perbelanjaan ketika Najib bercuti seperti bayaran hotel, makan minum, kenderaan yang digunakan menggunakan duit sendiri atau babitkan duit rakyat?

4. Minta jelaskan secara terperinci apa yang dipersoalkan oleh blogger UMNO menerusi isu jet mewah di atas.

Aku bukan apa. Orang nak kata aku dengki pun kata la. Kalau ko dah dibayar mahal2 kan. Dan dah dapat macam2 insentif dan sebagainya. Lepas tue apa lagi yang ko mahukan? Gunakan la pendapatan ko untuk dapatkan apa2 yang ko inginkan. Ko bukan tak mampu ma. Lebih dari mampu. Kalau la kos percutian pun rakyat kena tanggung, dengan sewa pesawat,minyak kapal terbang dan sebagainya, adil ke pada rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup sekarang neh? Lue fikirlah sendiri ek Najib. 

Oke bai.

Jabatan Mufti Perak Bakal Jawab Isu Darah Halal Selepas Diserang Bertubi2 Oleh Rakyat Marhaen..


Mungkin selepas tunduk dengan tekanan. Kenyataan Mufti Perak memang berat untuk diterima. Bahkan ia adalah satu kenyataan berbentuk ancaman secara terbuka yang mana ia akan membahayakan nyawa2 mereka2 yang sokong pembangkang secara tidak langsung.

Dua perkara yang Harussani sebutkan.

- Perhimpunan jalanan adalah haram. Perhimpunan melawan kezaliman kerajaan di anggap HARAM kerana menderhaka kepada Sultan dan pemimpin negara..

- Darah peserta2 perhimpunan halal..

Hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Perak meletakkan kedudukan rakyat yang anti kerajaan BN ialah mereka2 yang layak dibunuh. 

Katakanla ada pihak2 di luar sana yang terserap dengan hukum tersebut, bukan kah ada kemungkinan mereka2 ini akan bawa parang dan tetak kami semua? Nak bercakap apa sekalipun fahami dulu situasinya dari semua peringkat.

Situasi Harussani ;

Dia rasa BN = UMNO kerajaan yang baik kerana dia tidak mengalami apa2 perkara seperti kena tindas ke, di aniaya oleh sistem keadilan yang berat sebelah dan sebagainya. Dalam erti kata lain dia tidak menghadapi masalah2 yang rakyat biasa macam rakyat kebanyakkan hadapi sekarang neh.

Situasi rakyat ; 

Manakala situasi rakyat pula berbeza dengan situasi Harussani. Rakyat menghadapi beberapa masalah yang mana masalah2 tersebut berpunca daripada ;

- Ketidakadilan dalam undang2. Bila orang kecil buat salah, lain citernya. Bila orang berpangkat dan berpengaruh buat salah, lain citernya. Bahkan undang2 juga diperlihatkan tidak adil. Rakyat mengadu barang kena curi, rumah kena rompak, haram siasatan dilakukan dengan telus dan terperinci sehingga membawa kepada penangkapan, tetapi bila ia babitkan orang2 kaya dari A sampai Z disiasat..

- Ketidakadilan dalam pengagihan kek ekonomi negara. Subsidi untuk rakyat terus dipotong. Manakala pihak2 yang tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan amanah terus dilindungi.

- Peraturan2 yang diwujudkan untuk membeza2kan status antara manusia ikut pangkat dan nilai kekayaan seolah2 mereka2 yang takde kualiti tertentu seperti kaya, berpangkat, bertaraf VVIP, golongan diraja, dan sebagainya ialah mereka2 yang takde standard dan boleh la dilayan dengan jelik disebabkan kekurangan benda2 keduniaan tadinya tue.

- Ketidakadilan layanan oleh setiap warganegara sepertimana yang disebut2 dalam perlembagaan negara. Perlembagaan negara sebut begini, tetapi kita amal begini. Bila kita cuba untuk kembali semula kepada apa yang disebut2 dalam perlembagaan negara maka mereka akan cari peluang tutup hak kita melalui polisi2 dan akta2 mengarut seperti SOSMA dan sebagainya. Agama juga digunakan untuk menghalalkan penindasan dan kezaliman.

Dengan mengambil kira dulu beberapa point penting kenapa pemberontakan rakyat terhadap BN berlaku, akidah Harussani sebagai seseorang muslim yang taat tidak akan luntur waima seinci sekalipun.

Rakyat tidak melakukan pemberontakkan terhadap kerajaan yang adil, kerajaan yang baik. Katakanla kerajaan BN sekarang adil kepada Harussani, baik kepada Harussani tetapi ia tak bermaksud kerajaan itu adil dan baik kepada semua pihak. Apakah Harussani tidak faham bahawa setiap rakyat di negara ini dilayan secara berbeza2? 

Dengan sesetengah orang memang la BN memperlihatkan mereka baik dan adil. Maka sesetengah orang akan merasakan bahawa BN memang adil.

Tetapi dengan sesetengah yang lain, BN bersikap tidak adil dan tidak baik pula. Ini berlaku kerana, bukan semua orang sanggup bersubahat untuk menutup kezaliman dan kepincangan BN dalam mentadbir negara neh. 

Rakyat tak boleh tutup mata penyelewengan PKFZ hanya semata2 BN bina masjid, buat sekolah, buat jalanraya, bina bangunan tinggi2, buat universiti, bina hospital, bagi BRIM dan sebagainya.

Penyelewengan adalah penyelewengan. Penyelewengan citer lain. Bina sekolah ialah citer lain. Bina sekolah untuk menyeleweng pun citer lain. Pendek kata kat negara neh ada banyak2 situasi. Ada yang betul2 amanah. Bila bina sekolah, masjid, dia bina betul2. Tak songlap duit peruntukkan. Ada pula yang kaki songlap peruntukkan sampai bangunan asyik runtuh. Ada pula memang betul2 buat jalanraya tetapi harga projek pun dimarkup tinggi2 untuk mengambil keuntungan ekpress. Pendek kata yang rakyat tegur ialah rakyat tegur ketidakamanah itu. Ketidakamanahan yang sedang berlaku. 

Contoh kes, bantuan untuk orang susah. Kementerian sediakan peruntukkan. Tetapi orang yang betul2 susah tak dapat. Rakyat protes. Nak masuk tv tak boleh. Nak masuk paper pun tak boleh. Bila kena kritik, kementerian jadi cuak. Mereka siasat punya siasat sekali geng2 sendiri yang buat onar. Nak cover nama baik, nak cover kawan2, maka menganiaya orang lain yang tidak berdosa. Ini situasi rakyat di negara neh. Harussani perlu faham. Sebelum keluarkan hukum, faham dulu situasi dan keadaan rakyat. Jangan bercakap jika hanya duduk dalam bilik sempit dan berborak2 dengan kawan2 sendiri. Turun padang dan sertai rakyat yang protes, dengar citer dorang dulu baru sembang kencang. Apakah itu keadilan jika ko hanya dengar hujah dari sebelah pihak?

Rakyat tidak tegur, protes di jalanan kerana BN itu BN atau kerana UMNO itu UMNO. Rakyat protes kerana BN dan UMNO itu terlibat dalam pelbagai jenis skandal penyelewengan dana awam dan tiada tindakan susulan yang keras dan tegas untuk mengajar si perompak2 berlesen itu bahkan yang lebih teruk yang menegur pula yang dihadapkan dengan pelbagai risiko dan ancaman yang membahayakan diri dia sendiri. 

Dalam erti kata lain, instead of memahami kenapa teguran itu berlaku, kenapa protes di jalan itu perlu, kenapa ada rakyat di negara ini mendambakan revolusi, kenapa pemberontakan demi pemberontakkan itu wujud, kerajaan BN cenderung mengabaikan kritikan2 tersebut dan terus melakukan kesalahan dengan mengekalkan cara pentadbiran yang tidak amanah seperti sebelum2 ini yang mana tindakan seperti inila yang melukakan ahti rakyat terbanyak kerana akhirnya rakyat juga yang perlu tanggung akibat apabila BN mula memperkenalkan polisi2 yang seperti CUKAI GST, rasionalisasi subsidi, dan sebagainya yang menekankan kedudukan kewangan rakyat secara langsung.

Nampak tak macam mana?

Merompak satu hal. Lepas merompak terlepas pula dari hukuman. Dan disebabkan rompakan itu, rakyat pula terpaksa menanggung akibat kerana perlu mengcover semula kehilangan wang akibat dari rompakan yang berlaku.

Bila dah duduk dalam situasi seperti ini apakah tidak cukup sabar lagi bila rakyat hanya memilih jalanan sebagai tempat melakukan protes dan itupun, protes aman? Kalau la rakyat di negara ini benar2 memahami apa itu revolusi, Putrajaya dah lama kena serang. Fikir2kanla ye Harussani. Sebelum sibuk keluarkan hukum, lebih baik fahami dulu kenapa rakyat bertindak melakukan protes. Tak payah susah2 nak pakai kasut yang rakyat pakai. Cukupla dengan hanya berkawan dengan rakyat dan sediakan telinga ko untuk mendengar terlebih dahulu luahan2 rakyat, faham mufti?

Sinar Harian ;
Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan ‘bughah’ yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (Turun) pada malam sambutan Tahun Baru 2014, lalu.

Timbalan Mufti negeri, Zamri Hashim berkata, penjelasan itu akan dibuat secara umum dalam masa terdekat.

"Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak," katanya ketika ditemui sempena lawatan Pemuda Pas Perak, di sini, pagi tadi.

‘Bughah’ yang mengikut hukum membawa maksud ‘darah halal’ mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang merujuk kumpulan perhimpunan berkenaan.

Khamis, 2 Januari 2014

Darah Peserta Perhimpunan HALAL Kata Harussani.



Bagus. Bagus. Memang bagus. Merompak, membunuh, merogol dan merasuah sekalipun jika digabungkan tetap tak boleh menandingi jenayah berhimpun di jalaman untuk lawan kezaliman yer.

Hebat sungguh fatwa dan hujah Harussani kita. Takpe. Depan Allah kita jumpa lagi oke.

Bahasa maki.
Bahasa kesat.
Bahasa kasar.

Hanya akan menyebabkan kedudukan aku dan Harussani seri tak pasal2. Lepas neh kalau ada mana2 peserta perhimpunan yang mati maka tahu la kita ini ajaran sapa okey.

Baca bawah ;

Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Berita Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

 Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu. “Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang. “Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata ~ Malaysiakini

Rabu, 1 Januari 2014

PDRM Minta Maaf Isu Berkenaan Gambar Fitnah..

Ini yang sebaik2nya dibuat oleh PDRM. Tahniah sebab akui kesilapan. Dalam pada waktu yang sama POLIS juga haruslah sedia memahami bahawa orang biasa macam kami pun kadang2 terkena dengan permainan provokasi. Kali neh POLIS sendiri terkena dengan perangai lahanat sesetengah pihak. Bayangkan selama neh berapa ramai lagi yang menjadi mangsa si lahanat2 tersebut?

Mohon polis take note. Kami dah selalu terkena dah.. dah tak larat nak take note apa bagai.. take note hari neh kang esok geng UMNO fitnah balik. Pendek kata hari2 take note hari2 kena fitnah dengan geng2 UMNO.. apa la nak jadi dengan hidup kami neh..

KAH KAH KAH

Ini penjelasan dari pihak polis ;


Sebelum itu disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/01/polis-sebarkan-gambar-mangsa-di-tetak.html

Ikhlas aku katakan. Aku cadangkan elokla polis amek masa sedikit untuk siasat si gila mana yang buat kerja neh sehingga dengan polis2 sekali terjebak dengan provokasi yang tidak bertanggungjawab oleh pihak2 tersebut. Mohon polis dedahkan siapa individu aka dalang disebalik penyebaran. Bukan aku minta hukum ke apa. Pada aku isu neh isu kecil. Aku rasa sekadar warning dah cukup la. Cuma elok juga didedahkan siapa yang buat angkara neh. Biar satu Malaysia tahu. Rupa2nya ini la kaki pemfitnah ekkk..

KAH KAH KAH

Oke bai.

Rakyat Pening Fikir Kos Sara Hidup, Najib Sibuk Bercuti Luar Negara?

Kannnnnn

Piem kesayangan sapa la neh. Hari tue kemain bangga lagi depa sebarkan 11 penjimatan bagai oleh kerajaan pusat sebagai langkah jimat cermat untuk menanggani krisis ekonomi dalam negara.

Alih2 kita dengar citer piem kesayangan negara dok sakan bercuti kat luar. Geng2 menteri yang lain pun sama.

WOWWWW

Jimat cermatnya. Btw naik apa ek nak pergi bercuti tue? Pesawat negara lagi ke? Kos percutian pergi balik pun rakyat kena tanggung ek? Bukan berkira oke. Jangan salah faham. Yang berkira tue BN. Depa yang beria2 potong dan mahsuh subsidi apa bagai. Jadi kita sebagai rakyat kena la berkira dengan mereka2 yang berkira dengan kita.

Semalam rakyat di negara neh berhimpun untuk desak kerajaan tanggani kenaikan kos sara hidup. Bukan hanya di Malaysia. Bahkan di negara2 lain juga ada berlakunya protes aman sempena kedatangan tahun baru. Atas niat dan matlamat yang berbeza2 namun semua nya atas satu tujuan yang sama. Mahu pemimpin2 di negara masing2 selesaikan masalah rakyat. Jangan sibuk nak enjoy dalam bilik ber aircond jek.

Dalam pada rakyat dok protes bagai rupa2nya piem kita sedang enjoy bercuti di luar negara. Cantik. Itu bukan laporan aku. Itu blogger mesra UMNO yabg tulis..

Rujuk ;

Where's Najib?

Http://www.kadirjasin.blogspot.com

PM Not Here to Hear

WHILE the protestors, be they for or against the government, may be demanding this and that, they should know that the man who could make things happen, i.e the Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak, is not here to hear their demands firsthand. He will be abroad for the New Year celebrations. Despite an earlier denial by a member of his Communication Advisory Group (CAG), the PM is indeed abroad.

A Kedai Kopi Assembly (KKA) regular said he left soon after Christmas celebrations in Penang and is not due back until Jan. 5. Some readers and commentators may consider this article a gossip and “fitnah” (libel/slander) or even sacrilegious. But the following is the sequence of event to drive home my point.

 1. In the posting entitled “Wanita Chief and the Grandmaster” on Dec. 11, a debater going by the name of Zainol, had, among other things, commented: “…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri…Mereka terbang dari LA ka Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ka Les vagas untok tengok kalimkedua matahari naik. sebab Amerika satu hari lambat dari Australia.”

 2. I asked a member of the CAG via SMS if this is true. The response: “NO!!!..” which I duly posted in the comment section of the posting entitled “Suspending Newspapers May Not Be The Answer.”

3. I then made the following notation: “Jadi, kalau ikut penasihat CAG itu, berita/dakwaan PM akan bercuti di luar negara pada tahun baru tidak betul. Tetapi tahun baru masih 7 hari lagi.”

 4. Today, on the advise of the CAG member (one who denied the PM was going abroad) I sent the following SMS to the PM’s Press Secretary, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad: “Salam Tengku. This is akj. I have published a denial that the PM and wife are going to sydney and las vegas on the new year’s eve. The source asked me to confirm with you. Tq.”

5. He replied “Dato.. PM is on leave and overseas.” (So the CAG member was wrong!)

 6. Just to be absolutely sure and not be accused of gossiping, libelling and slandering, I sent another SMS to Tengku Sharifuddin: “Sorry, I assume he will not be around for the new year. Tq.”

7. His response: “Overseas on leave. Dpm will be around.” (Good luck Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Tired or not our well being is in your hand for the next few days.)

8. Just to be super sure that I wasn’t missing anything, I asked two very senior newspaper editors, one of whom is also a member of the CAG, via SMS: “Sdr, akj here. Was there official announcement that the PM is on leave abroad? For my blog. Help appreciated. Tq.”

 9. One responded: “No. I don’t think so. Don’t quote me plse.”

10. My response to him; “…May I say, a newspaper editor said no official media statement to that effect? Tq.”

11. He replied: “Ok.”

12. To be fair to all, I shot another SMS to Tengku Sharifuddin: “So the allegation that he might be in sydney and las vegas to see the sunrise on the new year could possibly be true. Someone from the CAG said pm wasn’t going abroad. I have to clarify in my blog. Anything u would like to add? Tq.”

The PM was also away at this time last year. But he is not alone.

Many other ministers are also out of the country. So if this is a gossip, a libel and a slander ( as I have alleged), I am willing to have debaters and visitors departing this blog in droves and not ever again commit sins by debating here as many a pious Muslim has been warning us


 ----------

Najib. Najib. Aku tengah pecah kepala tengah fikir macam mana nak survive dalam menghadapi tahun barang naik 2014. Ko sibuk bercuti yer?

CANTIK!!!!

Polis Sebarkan Gambar Mangsa Di Tetak Sebagai Mangsa Keganasan Perhimpunan..

Dua gambar polis letak. 

Lihat ;


Keterangan pihak polis ;
EMPAT PARANG, TIGA PISAU ANTARA SENJATA DITEMUI SEMASA PERHIMPUNAN HARAM

Kuala Lumpur - Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam.

Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di sini.

Beliau berkata perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan.

Zainuddin berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami juga akan menyiasat insiden membaling botol air mineral ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berucap untuk menenangkan keadaan," katanya.

Beliau berkata polis juga akan mengesan beberapa pemimpin politik yang dilihat berada pada perhimpunan haram itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Para peserta perhimpunan telah menyerbu masuk ke Dataran Merdeka dan mengganggu konsert sempena menyambut tahun baharu yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.

Zainuddin berkata berikutan keganasan peserta perhimpunan haram itu, konsert berkenaan yang dihadiri 25,000 penonton terpaksa dihentikan. - BERNAMA

Jelas gambar tersebut di anggap polis sebagai merujuk kepada insiden kejadian di perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka malam tadi. Baikla. Kita sangka baik. Polis pun sebenarnya terpedaya dan terperangkap dengan fitnah yang disebarkan oleh sesetengah pihak.

Pasal gambar lelaki yang cedera tue boleh rujuk sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2014/01/fitnah-di-baling-batu-oleh-peserta.html 

Kita tengokla macam mana orang2 pro UMNO neh buat jalan citer tanpa memikirkan akibat yang mendatang. Aku tak la nak negatif sangat pada polis. Cuba kalau yang buat neh orang awam ? Mao polis hukum bagai. Dakwa bagai. Atas nama pengajaran bagai. Sekarang benda neh babitkan orang UMNO.. aku tak rasa pendakwaan, pengajaran dan sebagainya terpakai kat situasi macam neh. Hanya orang2 PR dan tak mesra kerajaan aje yang bila mana melakukan apa2 kesilapan tiada ruang kemaafan buat mereka. Jika ia dilakukan oleh orang2 mesra BN usah kata ruang kemaafan bahkan tak perlu minta maaf pun derr.. dorang kan maksum.

Apa pun pandangan aku elokla POLIS bersegera betulkan balik fitnah yang dah tersebar secara berleluasa tue. Apa benda la sebagai POLIS ko pun boleh sebarkan maklumat yang tak terbukti sahih. Kalau begitu apa beza orang awam macam aku dengan agensi polis? Orang awam memang la.. perangai dorang sama aje di mana2 negara. Disebabkan banyak pemikiran dan sebagainya. Tetapi polis terikat dengan SOP sebelum boleh melakukan apa2 tindakan.

Aduhaiiii..

Macam tak percaya agensi kepolisan kita pun terjebak dengan permainan mereka. Ke polis kita sedang masuk pertandingan menulis email palsu yang dianjurkan oleh Rafizi Ramli?

KAH KAH KAH 

LAWAK SIOTTTTTT..

Gambar Anggota Keselamatan Cedera Parah Di Baling Batu Oleh Peserta Perhimpunan Disebarkan..

Wowww

Kalau korang perhatikan sejak semalam geng2 UMNO kita kemain lagi kau sebarkan satu gambar. Konon nya itulah bukti bergambar yang peserta perhimpunan aman semalam adalah PENGGANAS DAN PERUSUH serta SUKA MENYUSAHKAN ORANG.

Lihat gambar ;


Yang disebarkan oleh page pro err dorang kata BN. Hehehe.. dan bloggers UMNO pun sebarkan benda yang sama gak semalam di twitter... 

Aku terai la godek2 berita kan. Almaklum la.. kalau benda neh betul2 berlaku mesti la ada masuk berita. Takan la dah cedera parah macam neh Utusan dan Berita Harian terlupa nak cover kan.

Tapi takde beb. Dari malam tadi aku tunggu2 takde keluar berita. Berita pagi neh pun takde. Dah nak masuk tengahari neh, apsal la paper2 tak update langsung pasal berita di atas hah? Rupany2 berita mengenai kejadian di atas tak dikemaskini dalam paper disebabkan ;


Rupa2nya individu di atas neh kena parang. Bukan ada kaitan dengan PGA apa bagai pun. Jauh sekali ada kaitan dengan Dataran Merdeka ke peserta perhimpunan ke apa ke.

Suka2 ahti aje sebarkan benda mengarut. Yang lebih teruk ada je orang percaya dan pergi kutuk2 peserta perhimpunan.

Apa la bangang nak mampos dengan orang yang suka2 buat cerita HARAM macam neh? Kot ye pun nak mendengki biarlah atas sebab yang betul.

BONGOK!

BTW, aku tengok beria2 sangat surat khabar arus perdana bernama Utusan dan Berita Harian cuba mengambarkan yang suasana perhimpunan semalam adalah tidak aman, tidak berjalan dengan lancar dan benar2 mengacau situasi. Ada apa2 ke tue? Merajuk sebab tak dapat tengok bunga api ke? Ada yang cakap persembahan bunga api dibatalkan sebab peserta perhimpunan terlalu ramai dan atas faktor2 keselamatan persembahan bunga api terpaksa dibatalkan. Datuk Bandar balik bukan sebab ada serangan di atas pentas utama sebaliknya sebab di boooooooooooo oleh peserta2 perhimpunan. Betul ke maklumat tue?

Weyyy buat pertama kalinya dalam sejarah perhimpunan anjuran rakyat berjalan dengan aman dan lancar.. mesti korang dengki le tue takde gambar2 provokasi yang boleh disebarkan di media korang kan. Padan muka. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...