Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Januari 2014

Darah Peserta Perhimpunan HALAL Kata Harussani.



Bagus. Bagus. Memang bagus. Merompak, membunuh, merogol dan merasuah sekalipun jika digabungkan tetap tak boleh menandingi jenayah berhimpun di jalaman untuk lawan kezaliman yer.

Hebat sungguh fatwa dan hujah Harussani kita. Takpe. Depan Allah kita jumpa lagi oke.

Bahasa maki.
Bahasa kesat.
Bahasa kasar.

Hanya akan menyebabkan kedudukan aku dan Harussani seri tak pasal2. Lepas neh kalau ada mana2 peserta perhimpunan yang mati maka tahu la kita ini ajaran sapa okey.

Baca bawah ;

Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Berita Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

 Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu. “Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang. “Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata ~ Malaysiakini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...