Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Januari 2014

Najib Naik Pesawat Baru, Lim Guan Eng Naik Kereta Baru, Rakyat Naik Apa?


Perdana 2 ataupun NR2 kemungkinan besar singkatan kepada pangkal nama Najib Razak ialah pesawat terbaru lagi mewah yang akan menjadi kegunaan rasmi bagi pegawai2 tertinggi di negara neh termasukla untuk kegunaan golongan kerabat2 diraja.

Sungguh pun JPM telah menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan oleh bloggers UMNO tetapi Najib masih lagi tidak menjawab jika ;

1. Percutian Najib dan sekeluarga ke luar negara menggunakan pesawat baru ini?

2. Percutian = perkara peribadi. Ia tiada kaitan dengan kerja2 rasmi. 

3. Katakanla Najib benar2 menggunakan pesawat ini untuk bercuti ke luar negara, siapakah yang menanggung kos sewaan dan minyak, makan minum serta penginapan?

4. Jika wang rakyat yang digunapakai adakah ini termasuk salah satu insentif yang memang layak PM miliki?

5. Jika tidak, bukan kah ini namanya salah guna wang rakyat untuk kepentingan peribadi?

Bukan kah sekurang2nya Najib perlu memperjelaskan secara terperinci, ya atau tidak NAJIB BERCUTI ke luar negara menggunakan pesawat ini, dan YA atau TIDAK Najib menggunakan wang rakyat untuk membayar semua kos percutian? 

Selepas mengumumkan 11 langkah penjimatan yang sektor awam perlu amalkan konon nya untuk mengatasi kemelut ekonomi negara, bukan kah sekurang2nya Najib perlu mengurangkan atau mengelakkan perbelanjaan2 yang tidak perlu, contohnya seperti bercuti menggunakan wang rakyat, betul?

Kesimpulan nya disini, Najib masih lagi tidak menjawab persoalan pokok dan selagi Najib tidak menjawab persoalan utama yang menjadi perhatian awam, rakyat akan menganggap Najib bercuti dan bersuka ria menggunakan wang rakyat di saat rakyat terhimpit dengan masalah kewangan disebabkan tindakan kerajaan yang memutuskan untuk rasionalisasikan sehingga menyebabkan kos sara hidup di negara ini naik secara mendadak dan berterusan.

Itu satu.

Yang kedua. Lim Guan Eng sudah pun menjawab mengenai isu kereta baru  (Mercedes-Benz  S300L) yang dia beli baru2 ini. Ya, kereta baru itu ;

- Untuk kegunaan rasmi

- Bukan milik peribadi LGE

- Ia dibeli dengan telus, tanpa rasuah dan penyelewengan

- SPRM boleh jalankan siasatan

- LGE telah melakukan penjimatan apabila berhasil memperolehi discount sebanyak 55% berbanding dari harga asal iaitu RM657,218 kepada RM298,263.75 dengan penggurangan sebanyak RM358,954.25 hasil dari penolakkan cukai dan discount yang berkaitan.

Sekarang kita akan memasuki badan penyokong2 PR.

PR : BODOH NAK MAMPOS punya BN. Punyala banyak pembaziran2 yang dilakukan oleh BN dorang boleh kecoh gila babi pasal LGE tukar kereta. Oi Mat Said tukar kereta baru tak bising, Taib Mahmud naik kereta mewah tak bising, tapi ko bising LGE tukar kereta?

Fakta : Taib Mahmud, Ahmad Said, mahupun LGE masing2 tukar kereta rasmi yang baru dan akan meninggalkan kereta2 tersebut selepas mereka tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

Kenapa BN main isu neh?

Dia nak orang awam faham bahawa ;

Hey Ahmad Said tukar kereta baru, hey LGE pun tukar kereta baru. Point utama walaupun siapa pun yang memimpin, mereka tetap tukar kereta baru.

Siapa yang tak tukar kereta baru? 

TENGOK DIRI SENDIRI.

Hujah LGE betul, dia tidak melakukan rasuah dalam pembelian kereta rasmi itu. Tetapi focus utama bukan pasal rasuah. Yang kita nampak ialah kerajaan negeri melakukan pembelian yang tidak perlu. 

Contoh. 

Ali sudah ada jam. Ali beli jam baru. Jam lama tidak rosak. Ali cuma mahu beli jam baru.

LGE sudah ada kereta. LGE beli kereta baru. Kereta lama tidak rosak. LGE cuma beli kereta baru.

Perbelanjaan ini tidak perlu di saat rakyat serabut fikir pasal kenaikan kos sara hidup. Apa beza LGE jemput UAI buat ceramah dengan Najib anjurkan forum agama jika kedua2nya masih lagi mengamalkan perbelanjaan yang tidak berhemah? Alangkah baiknya jika LGE gunakan kereta yang sedia ada sehingga la terbukti kereta sedia ada benar2 tidak dapat digunakan sampai menjejaskan tugas sebagai ketua menteri Penang.

Sekarang kita masuk pula ke badan penyokong2 BN.

Penyokong2 BN memang dah sedia maklum pemimpin2 dorang suka songlap dan sebagainya. Mereka sekarang sedang berperang sesama sendiri iaitu hentikan songlapan besar besaran dari dalam dengan mengatur pergerakan dan strategi yang tersusun dan, dalam waktu yang sama sentiasa mencari kelemahan2 PR supaya, sementara dorang sedang membersihkan UMNO dan BN secara berperingkat mereka juga melawan pemimpin2 PR agar rakyat dapat tahu bahawa apa yang PR sebut2kan bahawa mereka berbeza dari BN adalah palsu. 

Mereka juga tidak jauh berbeza dari BN. Sepertimana pemimpin2 BN mengamalkan perbelanjaan tidak berhemah, pemimpin2 PR juga tidak terkecuali. Jadi rakyat perlu amek tahu benda neh. Itu sebab ko melihat kenapa media BN dok pongpang2 benda neh. Jadi jika ko nak bandingkan ;

Ali : Hoi LGE beli kereta baru. Apa citer neh? Khalifah Umar la sangat..

Abu : Ak ek ney. Yang Najib tue apa citer? Wasatiyah la sangat melancong guna duit rakyat.

Ali : Dah tue yang pemimpin2 PR Selangor naikkan gaji ape citer? Potong elaun my foot.

Abu : Bengong ko. Yang gaji pemimpin2 di Perlis, Johor, Kedah dan Sarawak naik apa kes?

Ali : Dah tue gaji pemimpin2 PR di Penang tak naik meh?

Seterusnya Ali dan Abu akan berperang sesama sendiri dengan masing2 menjadi perisai kepada pemimpin masing2 sampai terlupa bahawa Ali dan Abu sama2 tak dapat kereta baru, tak dapat kenaikan gaji dan heyyy nak pergi bercuti dalam negeri pun takde duit dudee..

Kerana apa?

Kerana masing2 sibuk bandingkan pemimpin siapa yang lebih pandai melakukan perbelanjaan yang tidak berhemah sehingga persoalan utama tidak terjawab. Dan sementara rakyat sedang bertelagah sesama sendiri, pemimpin2 tetap relax naik kereta dan pesawat baru. Dorang kesah apa dengan korang punya pertengkaran? 

Dan ko masuk pula ke badan penyokong2 yang err tak sokong pembelian Merds LGE dan tak sokong juga kerajaan BN.

Kami tak sokong siapa pun yang membazir. Seperti itu juga la kami tak sokong jika ada mana2 pemimpin melakukan perbelanjaan yang tidak berhemah samada dalam skala kecil mahupun dalam skala besar kerana pembaziran ialah pembaziran bukan kira ko membazir sikit atau ko membazir banyak.

Pembaziran oleh mana2 pemimpin di negara ini tidak boleh ditutup dengan ko naikkan gaji guru2 KAFa ataupun sebagainya. Jika ko faham rentetan yang menyebabkan BN berani melakukan pembaziran sehingga mendorong kepada penyeleweng adalah disebabkan kerana pada mulanya BN amalkan satu perkara yang salah, rakyat tidak tegur, bahkan rakyat relax aje sebab BN bina sekolah, bina jalan, bina masjid dan sebagainya. Kesalahan pemimpin itu kita mekap cantik2 dengan kebaikan yang mereka buat. Sepatutnya tindakan rakyat ialah asingkan kedua2nya. Yang mana salah tetap salah dan perlu kita berbahas betul2 supaya kesalahan tersebut tidak diamalkan lagi manakala yang betul itu tetap betul dan perlu kita kekalkan perkara yang betul sehingga la benda yang betul itu menjadi salah.

Dan begini la yang sesama rakyat perlu berfikir kerana pemimpin yang baik dan amanah akan dilahirkan oleh rakyat yang cerdik. Selagi kita tak ubah cara kita berfikir, jadi perisai pemimpin itu, jadi perisai pemimpin ini, kita jadi perisai semua pemimpin tapi pada saat kita kesusahan tiada mana2 pemimpin yang sudi jadi perisai kita dan sampai bila kita perlu letakkan kedudukan kita di tahap yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat kasihan? Sampai bila?

Ingatlah. Rakyat yang perlu bersatu sesama rakyat.

Rakyat tidak perlu bersatu dengan parti politik. Rakyat perlu bersatu dengan rakyat. Kadang2 ada rakyat yang dianiaya oleh pemimpin PR dan kadang2 ada rakyat yang dianiaya oleh pemimpin BN maka sebagai rakyat kita jadila perisai rakyat kerana akhirnya bila ko kelaparan, ko kehausan, ko perlukan pertolongan, rakyat2 ini la yang akan tolong kau kerana kita berdiri di satu padang yang sama. Pemimpin2 sekarang sedang patah2kan lidi dengan mudah kerana lidi2 itu tidak disatukan. Tetapi bila lidi2 itu disatukan, gabungan semua pemimpin dari semua parti politik pun tidak mampu patahkan kumpulan lidi itu. Kerana kumpulan lidi itu terlalu banyak jumlahnya sehingga tidak terdaya pemimpin2 nak menghadapinya.

Kita nak jadi sebatang lidi dengan kita sorang aje mendapat kebaikan ataupun kita sama2 cari jalan untuk satukan semua lidi2 tersebut supaya kita sama2 boleh mengejar kebaikan? Lue fikirlah sendiri.

Akhir kata pembaziran adalah pembaziran. Pemimpin yang baik mahupun pemimpin yang jahat, bila dia melakukan pembaziran ia adalah pembaziran. Bukan tengok parti. Kerana akhirnya parti2 ini takan bagi ko shafaat satusen pun depan Allah nanti. Menangis la ko sorang2 depan Allah nanti mengenangkan dosa2 kita di dunia neh, oke?

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...