Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Januari 2014

Pembeli Rokok Seludup Juga Boleh Dipenjara - Pindaan Baru.

Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah Kah Kah

Tak sangka. Daripada penjual sampai kepada pembeli depa nak buat kes pendakwaan. Gila punya undang2. Orang nak beli rokok murah pun tak boleh. Dah la barang semua mahal nak mampos sekarang neh. Sekarang perokok2 nak hisap rokok murah pun kena kacau. Weyyy jangan lupa pantau pocket abang2 polis sama. Depa hisap rokok sah = bercukai ataupun rokok haram = tidak sah = lari dari cukai okey.

Hahahahahaha

Larangan Menjual, Membeli Atau Memiliki Rokok Tidak Sah.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 untuk memperkukuhkan peruntukan bagi melarang penjualan, pembelian atau pemilikan rokok yang tidak memenuhi PPKHT. Pindaan Peraturan 15(4A), PPKHT ini telah diwartakan pada 11 Jun 2013 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

Mana-mana penjual yang MENJUAL atau pembeli yang MEMBELI ataupun orang awam yang MEMILIKI rokok yang tidak dicetak dengan amaran kesihatan bergambar yang wajib adalah melakukan kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM 5,000.00 atau didenda oleh mahkamah sehingga RM 10,000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya. Peraturan baru ini bertujuan untuk menangani masalah penjualan rokok tidak sah yang berleluasa di pasaran dan ketiadaan undang-undang terhadap orang awam yang membeli atau memiliki rokok tidak sah.

Langkah ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan usaha KKM untuk menangani tabiat merokok yang memudaratkan, khasnya yang diakibatkan oleh rokok tidak sah yang berharga murah, dan seterusnya bagi mencapai maklamat untuk mengurangkan bilangan perokok di kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan berkuatkuasanya peraturan baru ini, KKM akan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk melaksanakan peraturan ini.

KKM telah mengatur barisan aktiviti sepanjang tahun ini termasuk operasi penguatkuasaan di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana orang yang menjual, membeli atau memiliki rokok tidak sah. Orang awam dinasihatkan agar mengambil maklum mengenai perlaksanaan peraturan baru ini. Sekian, terima kasih.






















Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...